Bee Gees

Saturday, 7 April 2012

Muzium Paya Bakau Sungai Semeling



Bagi anda, rakan rakan yang tak tahu dimana letaknya Sungai Semeling ni, sila kesini untuk saya tunjukkan lokasinya, hahaha.


Bagi yang dah pernah bertandang ke rumah saya di Sungai Layar, Sungai Petani ni, dan pernah saya bawa makan makan di Tanjung Dawai tu, lokasinya pasti mudah diingat. Terletak kira kira 10 minit perjalanan dari rumah saya, mengarah ke UiTM Merbok.


Projek ini dimulakan oleh kroni UMNgOk sekitar selepas PRU112 yang lalu, paling tepat, tujuan utama adalah untuk mengkayakan kroni Puteri yang merupakan penduduk kelahiran Sungai  Jagung ni.


Pernah terdengar , pada asalnya, mahu dibina jeti untuk fery berulang alik ke Langkawi.
Sebaik siap dibina jetinya, ternyata spefikasinya rendah, hanya sesuai untuk bot nelayan sahaja. Jadi, terbazir sudah wang rakyat yang diagih sesama kontraktor kroni tu.


Yang mula tersiap adalah jetinya bersama restoran. Restorannya pernah saya ceritakan dimajlis 'Basuh Balai' . (Sila kelik untuk kisahnya)


Restoran milik adik beradik Puteri UMNgOk itu, indah khabar dari rupa, sebesar besar restoran , tapi pengunjungnya hanya 'sedang sedang' sahaja. Mungkin juga di'boikot' rakyat yang tahu siapa pemilik sebenar restoran itu


Yang ini , terbina dengan perlahan melepasi 2-3 tahun selepas  PRU12. Tetapi baru kini ianya dibuka , itu pun dalan keadaaan hidup segan mati tak mahu. Saya agak mungkin kontraktor UMNgOk sudah buat hal lagi, duit dah dibalas, kerja tak siap.


Salahkan kerajaan Negeri sekarang? Atau 'kera'jaan yang terdahulu?






Kalau buat hotel/chalet, macamana?

Tak pun bela lembu kambing sahaja

Kaunter Penerangan Muzium

Sebahagian dari bangunan muzium.

Pada awalnya, saya sangkakan chalet untuk pelancung menginap serta diadakan aktiviti mudik Sungai Semeling. Tapi, bila dah siap dan dijadikan Muzium Paya Bakau, hati saya berbelah bagi, perlu ke ada Muzium dengan menebang paya bakau bersebelahan, dan persekitaran Muzium ini yang dibangunkan kolam membela ikan air payau?


Memang cantik lokasinya dan seni pembinaannya, tapi.......

Kebun saya tiada sungai sebesar ini, dan untuk merealisasikan suasana begini, saya harus membesarkan sungai dipinggir kebun itu, supaya airnya boleh memasuki tanah saya sekitar 10 kaki dan dibina tiang sekitarnya untuk pembinaan chalet. Maknanya , sebahagian chalet ini seakan akan berada di atas sungai.




Saya tak salahkan kerajaan sekarang, saya tetap salahkan kerakusan Ketua Puteri UMNgOk Kedah, si Shahanim yang rakus membelanja wang rakyat demi 'masyuk' projek ke tembolok dia dan kroni.




Bayangan saya dari satu chalet ke chalet lain bersambung seperti kaki lima ini, cantikkan?
Walaupun dibawahnya tanah, bukannya air sungai. Boleh dibina kolam ikan bagi yang tak mahu turun ketanah. Cantik jugak idea ni.


Ada kontraktor tu cadangkan saya bina kolam simen, dan airnya dari telaga yang digali.


Saya suka kolam tanah yang asli, tapi, kena fikirkan yang terbaik.


Jeti dan Restoran, kira gah jugak binaannya. disebelah tu jambatan Semeling bagi memudahkan perjalanan ke Merbok dan Yan



Kalau begini bentuk chalet saya di kebun, tak perlu semua, sekadar yang dihujung kanan itu, untuk inapan hujung minggu saya dan keluarga, mahu pun rakan rakan yang bakal bertandang, saya dah kira lengkap pencarian saya pada usia setengah abad ini.


Katalah sebuah harganya paling murah pun RM30,000.00 , nak bina 5 atau 6 buah, mahu jugak RM150,000.00 . Nak cekau duit kat mana ek?


Nak masuk politik songsang dengan membuat duit dari darah rakyat, tak tergamak saya, nak masuk politik berlandaskan agama, kena berkorban banyak ni, jadi, tunggu dan lihat ajelah, rezki ditangan Tuhan, kita hanya merancang.


Latiff Hariri
2008 07042012
Sungai Petani



No comments: