Bee Gees

Sunday, 28 February 2010

CUTI CUTI 2009

Sebab dah hujung tahun, cuti kena habiskan, kami hanya berputar sekitar utara-timur- barat. Tiada apa yang menarik selain dari bertemu keluarga dan sanak saudara di sana. Bermalam di KB untuk dua malam, berpestakan makanan di pasar malam KB selain dr mencuci mata di Pengkalan Kubor. KB semakin maju dan banyak laluan telah di sehalakan , serta bangunan tinggi dan kompleks membeli belah. Hanya 'mereka' aje yang kata Kelantan mundur.

Sepanjang perjalanan di pandu oleh Aqilah , senang hidup saya. Sesekali saya memandu, singgah di KT beli kain-kainan di pasar KT pada hari ke tiga, dan langsung ke Kemaman kampung Injin Gergaji, perkampungan nelayan di tepi pekan Chukai. Disini pesta makan ikang dan sarapan pagi makanan yang pelik pelik.Dua malam aje melepak dirumah Ayah Long ni. Pakcik kepada Roziah.



Bersama Mak Long dan Che De


Bersama Ayah Long di kg Injin Gergaji, Kemaman, Terengganu


Terus ke Kuala Lumpur, menginap di area Chow Kit, senang nak membeli dan 'belah', sebab di pusat kota. Malam tu tengok konsert lagi di Dewan MPO di KLCC. Irama Melayu gandingan penyanyi Lah, Aishah dan konduktor malam itu Datuk Johari Salleh.

Muzik memang menarik, tapi sebaiknya Datuk Johari Salleh mencampuradukkan muzik tradisional Melayu, supaya iramanya lebih kemelayuan. Agak upset sebab Lah dan Aishah hanya mendendangkan 2 lagu setiap saorang, dan pengacara pulak , yang perempuannya tak reti berbahasa Malaysia dengan betul, tapi konsert "Irama Melayu" dan rakyat Malaysia ni.






Lapik perut dulu


Malaysian Philharmonic Orchestra ni memang powerlah, tapi , slot lagu Lah dan Aishah hanya 2 lagu setiap saorang, menjadikan show ini tersenarai dibawah sepanjang konsert yang pernah saya tonton. Foto dicuri ambil sebab pemain biola hujung kiri tu, rakan Facebook Izzuddin.


Anita Sarawak jugak menjadi tumpuan malam tu.


Acara Otograf, Penyanyi Lah, Datuk Johari Salleh dan Aishah. Aishah ni pangkat makcik kepada saya, tapi saya senior dia setahun, dari keluarga Janaton, belah bapak .


Pengacara malam tu, yang terkedet kedet ke pentas setiap kali nak buat pengumuman




Malam 'dinner di Nasi lemak Antarabangsa, ternyata nasinya dah tak sehebat dahulu.

Latiff Hariri
0920 28022010
Bandar Tun Hussein Onn

Thursday, 25 February 2010

Maulidur-Rasul 1431Hijrah



Hari ini hari kelahiran Nabi Junjungan Umat Islam Nabi MUHAMMAD S.A.W...As usuall tomorrow children and students of Maahad Tahfiz Al-Quran including me(hehehe)will marching From the mosque to the mosque I mean we'll start at the mosque and will be end at the mosque...Prophet MUHAMMAD S.A.W fight with the enemy to protect Islam from being destroy...

My friend's father just passed away around 10:00 pm ...I don't know what to say but I can only recite Yaasin and Al-fatihah and I also don't know what is the cause of this death I'm sympathy to Iffat Bin Shamsolbahri and family...AL-FATIHAH...

Back to the Malidur-Rasul...I have being to the makkah and madinah...When I saw the grave of Prophet MUHAMMAD S.A.W my tears rooling to the check cause I am near with Prophet MUHAMMAD S.A.W and the companions...
Tonight is friday night,let us recite yaasin to all muslim..
Actually I am proud with my name because I have Muhammad in my name

Thats all for tonight
MUHAMMAD IZZUDDIN JANATON
26/02/2010
ALLAHUAKHBAR

Tuesday, 23 February 2010

PERNIKAHAN ALIFAH SHUIB DAN NEAKMAT HUSSEIN

Pernikahan anak buah kami pada cuti bulan December 2009, sebaik sahaja tamat SPM, bukan yang pengantin, tapi Noor Faiqah. Kami tak dapat hadir pada majlis kendurinya kerana harus ke Kota Bharu dan Kemaman , langsung ke Kuala Lumpur . Dah hampir hujung tahun, terpaksa habiskan cuti.Pengantin perempuan orang Merbok, dan yang lelaki orang Bukit Besar, kira, dua dua orang Kedah lah.

Foto ni sengaja nak usik anak anak buah ni, sekeluarga di Merbok, dan kpd abang Shuib.



Alifah bersama duapupunya.


Sign Alifah, jangan tak sign.


Salam yang penuh dengan tanggungjawab


Inilah kiriman dariku


Sujud tanda kesyukuran


Kira terbatallah air sembahyang, baru je solat tadi.


Yang dibelakang tu'cute' pulak tgk pengantin intim


Besan bertemu , hanya boleh tengok je, tak boleh nak 'kiro'.


Baru lepas kena khutbah dgn Tok Kadi tadi, sekarang mrk pulak nak berkhutbah, ish ish ish



Melangkah kaki memasuki rumah sebagai suami isteri.

Perjalanan anak anak baru dimulakan, hati hati dan sabar selalu.


Latiff Hariri
2150 23022010
Sungai Petani

Monday, 22 February 2010

Kembara Berbasikal Lenggong 13 March 2010

Insyaallah , kiranya diizinkanNya, the Hariri Brothers akan berkembara dgn basikal di Lenggong , bermula dari persekitaran Masjid Lenggong, paling tepat , tapak rumah lama Kuarters Kerajaan ke Labit-Chepor(Boat dah dapat)-Pulau Chery-Kota Tampan-Raban-Banggol Belimbing-Kg Chain-SMDA-Lenggong.

Kepada rakan2 SRJK(i) Lgg, dan SMDA yang mahu turut serta, beritahu awal, tiada wang pendaftaran, hanya beli Tshirt sehelai, tak sampai RM20 . Makan minum sendiri sendiri.Hehehe .





Bermula dr Puncak Embun Pagi, Bukit Tinggi , menuruni Kelok 44, sebelum tiba di Tasik Maninjau, dlm hujan dan panas, adalah dlm 46km ke arah Lubuk Basung, mengambil masa dlm 3jam, berhenti byk beborak dgn 'peminat' disana. Sepatutnya berdua dgn Izzuddin, tapi dia demam hari tu. Ini masa Idul Adha 2008

Lepas ni , dlm rencana, Sabah Sarawak, dan Bandung-Puncak-Bogor-Jakarta.
Ada yang berminat? Daftar sekarang. book awal , dapat tiket ekonomi.

Latiff Hariri
2215 22022010
Sungai PEtani

Sunday, 21 February 2010

NORARFAH BINTI MUHAMMAD RAMLI - SMDA 1977-1980(KELAS A3) CONVENT TAIPING 1981(SC1)



Ini foto terkini Nora yang baru saya terima dr beliau, untuk memutarsemula memory anda.Akibat tumor, mata beliau semakin kabur setiap hari. 2115pm 21022010





Saya dapat berbual panjang dgn Nora sebentar tadi, rupanya lepas SMDA , dia sambung Tingkatan 5 di Convent Taiping. Masa di SMDA dia menetap di asrama SMDA. Kampung ayahnya di Sauk, arwah ayah bekas tentera. Kini emaknya menetap di Kg Gapis, Padang Rengas. Anak sulong dr 5 adik beradik.
Beliau menetap di Kelang, dan mempunyai 2 orang permata hati.

Kira kira awal bulan ini, beliau disahkan mengidap ketumbuhan (Tumor) dikepala beliau, dan pihak Hospital PPUM akan menetap tarikh pembedahan pada minggu hadapan. Dijangka akan dibedah pada bulan April mendatang. Katanya pembedahan akan dibuat melalui hidung untuk membuang 'tumor' tersebut .(Ngeri nak bayangkan)

Kepada rakan rakan SMDA Lenggong dan Convent Taiping, serta King Edward (yang anak anak Tentera di Kamunting, manalah tahu kut kut kenal budak Nora ni) , sila silakan.
Hubungi saya, Ramli atau Asri untuk mendapatkan update Nora. Nora boleh dihubungi lewat Email norarfa@yahoo.com .

Salam Persahabatan buat Nora dari saya dan Roziah.


Latiff Hariri
1250 21022010
Sungai Petani

Saturday, 20 February 2010

MAT REMPIT GABRA

Setiap kelapangan Sabtu Ahad, aktivitI bersepeda, atau kayuh gerek, atau berbasikal menjadi kemestian bagi saya. Selain mengeluarkan bisa bisa badan , dapat jugak melihat sekitar bandar SP sambil beriadah. Selalunya, adalah dalam 10-15km saya berkayuh, memasuki kampung sekitar, taman taman perumahan hingga ke hujung , samaada tol SP Utara, atau SP Selatan. Hari ni dah ready dgn kamera.






Kami gunakan lorong denai di belakang Taman Dahlia dan sekitar perkampungan, tiba tiba budak bawah umur yang bersepeda motor/motosikal membuat 'U-turn' dalam keadaan gelabah, kami teruskan mengayuh. Rupanya, ada 3 Polis preman dah tahan 2 motosikal rempit dihadapan. Saya senyum kpd Pegawai Polis yang bertugas tu tanda setuju,dan mereka membalas senyuman saya, dalam hati, ha....., dah kena pun, baru tahu lagit tinggi rendah.

Dihadapan banyak lagi Mat Rempit membuat pusingan U, dan terus memecut, bila diatas jambatan, tiba tiba , gedegang!!

Si Mat Rempit sekor ni dah hentam kereta Corolla Pakcik Cina , kemek kedua pintu sabelah kiri orang tua tu. Apa lagi, saya pun terus sound kpd mrk. "Ha, baru tahu , dah kena pun"
Dan sebuah motosikal Polis preman tadi pun sampai, terus saya kata, 'Tangkap aje mrk berdua ni, menyusahkan orang'
Yang berbaju putih tu pun membalas, 'kenapa pulak? Saya Polis.'
Hehehe, aku silap orang ni, manalah saya nak kenal, rupanya Polis tu kejar Mat Rempit ni.
Saya tak mahu mengalah, heheheh .'Tak kira lah, dua dua bawa laju tadi'
Hahahah
Tapikan, manalah saya tahu , mereka berpakaian biasakan spt orang awam.



Masih sempat nak control macho, melambai tangan kearah pakcik Cina yang berkeretakan Toyota Corolla tu, kununnya , tak ada apalah , kes kecil. Siap dia tepuk tepuk pakcik tu sambil berkata, Uncle....banyak sorry la.
Yang berbaju putih tu katanya Polis, tapi memang dia dah pegang mamat tu tadi, bertahu Izzuddin kpd saya.
Kemek teruk pintu kiri depan dan belakang Corolla tu.

Anyway, tabik dua kali kepada abang abang Polis yang betul betul menjalankan tugas tadi




Dah masuk bandar SP, bila nak melintasi Sungai Sg Petani, tiba tiba ada sekumpulan bangau melintasi diatas kami, terus saya klik foto ini.
Cantikkan, dalam bandar SP masih ada Bangau yang singgah.

Tiba kat rumah sempatlah sapu sampah diperkarangan sebelum Azan Maghrib.

Inilah catatan saya untuk malam ini


Latiff Hariri
2345 20022010
Sungai Petani

Thursday, 18 February 2010

Sisa Sisa Usia dan Waktu Semakin Singkat

Ini lah sekeping foto hari bersejarah Ramli dan Zaharah yang dalam simpanan saya.





Yes, bila berkawan macam tu lah. Biar kawan kawan hanya mengenali saya setakat 2-3 tahun di Lenggong, tetapi kekal hingga ke akhir hayat.
Saingatan saya, Ramli ni sportman, tinggi lampai, dan kuat berlari.
Dia duduk di Labit, diwaktu petang Pakcik Yahaya akan membawa dia ke pekan Lenggong, dan Ramli akan melambai kearah rumah saya setiap kali melintasi simpang tiga tu. Lepas thn 1972 tak jumpa dah.

Terjumpa dia semula , Azizun dan Roziah di Hari Sukan SR KIng Edward VII-I, jemputan larian antara Sekolah tahun 74 atau 75. Mereka mewakili sekolah, saya masih masuk acara rebut gula-gula di padang antara rumah masa tu, hahaha. Senyap lagi lepas tu.

Jumpa balik si mamat ni kat area LA, Lebuh Ampang la. Memang dia tak berubah. Lepas tu , terus rapat, hingga dia menamatkan alam bujangnya. Saya, Roziah dan Aqilah pun hadir. Tahun berapa saya tak ingat dah, tapi ini buktinya , foto Ramli dan Zaharah.

Berakhirnya tahun 2000, saya pulak menghilangkan diri dari Kuala Lumpur, tapi, untungnya nombor hp Ramli masih aktif, dan adalah sekali sekala berhubung. Tetapi semalam pertemuan selepas 10 tahun tak berjumpa.

Macam biasa , acara penting makan makan. Di Restoran Palestin/Labenon di Jalan Ampang, nikmati Nasi Mandi Kambing.




Satu pinggan nasi di share berdua.


Satu pos kenangan sebelum berpisah selepas hampir 10 tahun tak berjumpa.


Setiap kali turun ke Lenggong, saya jarang nak miss ke rumah Kak Midah di Kg Sira. Kak Midah ni rapat dgn family sejak dr 1970 lg. Ada dua Kak Midah, Satu Kak Midah Putih, sebab dia putih, dan sorang lagi Kak Midah Hitam, sebab dia agak sawo matang la....
Kak Midah Hitam pun duk kat Kg Sira, dia ada adik nama Latib, ada sesiapa tahu dimana Latib sekarang?

Agaknya, apa yang dimenungkan Kak Midah dedepan rumah tu? Foto diambil lepas majlis perkahwinan di rumah Asri.






Abang Man dan Latiff(rupanya abang man ni Khairul punya abang ipar, kan saya dah kata, Lenggong ni rapat)


Kak Midah Putih dan Bie bersembang kisah lama.

Masa semakin suntuk, saya harus kejar sebelum tiba 'masa'nya.

Latiff Hariri
1715 18022010
Sungai Petani

Tuesday, 16 February 2010

CINTA PERTAMA-ANNA MATHOVANI (1974)

Saya memang dah lupa lagu ini. Tapi, Rahman memainkan, memutarsemula memori saya sebulan sebelum reunion SRJK(I)Lenggong. Ha ah, ingat ingat, masa tu tahun 1974 di Taiping dan filem ini menjadi hit remaja masa itu, tidak termasuk saya ek, baru darjah 4. Tapi , mungkin juga rakan rakan di Lenggong ada kisah tersendiri masa itu. Nikmati dan hayati melody merdu serta kata kata cinta Anna Mathovani. Lakunan Slamet Rahardjo dan Christine Hakim.
Yes , masa tu Pak Slamet ni kira macho habis , serta Christine yang menjadi igauan pemuda bujang masa tu. Klik sambil nikmati tulisan serta foto lama ini.






Ahli sukan SRJK(I)Lenggong tahun 1976 simpanan Roziah. Tanya saya, apa sukan yang saya wakili SRK KIng Edward VII-I, 1976? Hehehhe
Ragby je...... lawan dgn Clifford Kuala Kangsar.



Satu dua foto milik Roziah yang masih tersimpan di dalam Album


Darjah 6 dibawah jagaan Cikgu Hizam


Masa ni saya sudah bekerja, berbanding dgn mereka bertiga ni yang masih menuntut.


Kami dah tahu yang Sekolah ini bakal dirobohkan, jadi, klik aje untuk tatapan anak anak cucu, ish ish.


Dalam kelas Darjah 1 milik Cikgu Ainon. Ada yang masih menyimpan foto didalam kelas ini?


Dimanakah anda semua terutamanya Raja Sukarno , dan Sherry?

Best kan lagu Cinta Pertama? Ada yang jumpa lagu Cinta Kedua, Ketiga, Keempat?
Hubungi saya untuk saya rekodkan kedalam blog ini.Bukan lagunya, tapi kisah andalah.....


Latiff Hariri
1715 16022010
Sungai Petani

KELAHIRAN GENERASI BARU

Hmm, masa berlalu begitu pantas, betul tak Din & Fatimah? Kamera MP5, tak berapa cool.


Perjuanagan hidup diteruskan, Tahniah kepada rakan saya, teramat baik orangnya, Din Selamat yang baru menimang cahaya mata keduanya. Dah lengkap rasanya Din. Sepasang permata hati. Aturan dariNya sempurna sungguh.



Dhiyaa Dhamyra (DDDS) bakal menemani hidup mu sepanjang perjuangan Ahmad Aiman Asraf di Amerika Syarikat untuk beberapa tahun mendatang nanti.
Double Celebtration untuk keluarga kecil berjiwa besar ini.



Keluarga bahagia Din Selamat


Kami tak lepaskan peluang untuk rekodkan hari bersejarah ini kedalam blog.

Memang doa sayapun , mintak mintaklah dapat tengok kelahiran ini sebelum balik ke SP, dan doa dimakbulkan, jadi tak rugi saya ke KL kali ini, dari 4 rakan yang saya targetkan harus berjumpa, kira 50% tercapai. Lagi 50 peratus tunda ke tarikh lain.

Latiff Hariri
1150 16022010
Sungai Petani

Kuala Lumpur 13-14022010 -Edith Sumampo(1932-2000)

Bila usia meningkat baru saya faham mengapa diperingkat umur ini, Bapak suka serahkan kunci kereta kpd saya untuk menjadi Supir kereta Bapak. Saya mula mendapat lesen memandu pada usia 18tahun, belajar di sekolah memandu di Jln Jelatek. Saya hanya berbasikal setiap hujung minggu dr Ampang Jaya ke sempadan Keramat, kawan kawan saya sebut Jelatek Height. Masa tu tahun 1982, kawasan setinggan , penuh dgn warga Indonesia.

Kini lebih senang bersantai dibelakang sambil Aqilah dan Faiqah mengemudi dihadapan, Bertolak jam 930 pg selepas sarapan di Pinang Tunggal dgn Wan.



Kami tiba di KL jam 120ptg, terus makan tengahari di Kampung Baru, paling tepat Jalan Raja Muda Musa. Seterusnya kerumah Rahman untuk rehat sebelum acara seterusnya dimalam hari.


Kearah selatan boleh berlumba, sedangkan ke utara macet teruk. Saya kurang faham dgn PLUS yang perlahan bertindak membuka lorong berlawanan arus setiap kali musim perayaan

Edith Sumampo(1932-2000)

Beliau kelahiran Menado, Sulawesi Utara. Mengikuti rombongan Bangsawan Melayu bersama ayah beliau ke Singapura. Selepas Perang Dunia Kedua, berhijrah ke Pulau Pinang, dan filem pertama beliau ialah Seniyati. Beliau dikenali sebagai Edith Sumampo, namun kurang dikenali, Pak AR Tompel mengkomersial nama beliau kpd
NORMADIAH



Kami menikmati lagu lagu beliau yang didendangkan oleh Azlina Aziz, Liza Aziz dan Musly Ramly. Suara Azlina mirip suara Normadiah sementara Liza agak brlainan tapi, tetap ada ada keistimewaan tertentu. Gandingan Musly Ramly tidak menghampakan dengan gaya suara P Ramlee .

Normadiah mempunya 3 album kompilasi dan 1 solo, sementara Azlina 11 Album dan Liza Aziz , 2 . Antara nyanyiam malam itu,Jangan Merajuk, Dewa Dewi, Penggodaan,Mengapa Riang Ria, dan banyak lagi lagu yang didendangkan. Saya agak upset kerana Seri Dewi Malam hanya di orkestrakan sahaja.

Walaupun berlaku sedikit kesilapan dari Liza Aziz dan Musly Ramli, yang terlupa lirik dan terdahulu dr muzik, hmm, pada saya, adatlah, bila dah excited dan darah gemuruh , teruja dgn kehadiran dewan yang penuh.


Arif, Aqilah dan Izzuddin


Makan malam segera di BurgerKIng. Emak ,Aqilah dan Faiqah.


Ibu posing depan poster


Aqilah & Faiqah


Musly Ramli bersama Izzuddin


Izzuddin bersama Konduktor 'Imbauan 2 Sdr Ahmad Muriz Che rose, Rahman Hariri dan Ariff

Seingataan saya, anak anak semuda usia 4 tahun , pasti akan ketawa terkekeh bila menonton tiga Lagenda ini berlakun, P Ramlee, S Samsudin dan Aziz Sattar.
Izzudin juga tidak terkecuali dimasa usia itu, hingga kini......


Izzuddin bersama Datuk Aziz Sattar yang sudah menjangkau usia 84, tetap ceria sepertimana dalam filem filem beliau. Terima Kasih Datuk!! Andalah Lagenda.



Osman tak pernah menghampakan saya, setiap kali saya menonton, tiket extra mesti dibeli untuk dia. Terema Kasih Osman!



Nikmatilah Dari Lagenda Normadiah -Seri Dewi Malam (1932-2000)



Persembahan tamat dalam jam 2200, tiada acara fotografi dan Otograf. Hanya ambil gambar sendiri sendiri aje.


Latiff Hariri
1105 16022010
Sungai Petani