Bee Gees

Monday, 31 October 2011

Pra-Depavali

Kenal dua rakan OE1981 ni? Saorang anak India, soarang anak Melayu. Itu uniknya King Edward VII-1 suatu ketika dahulu.

Yang pasti bagi saya, kedua mamat ini, masa tingkatan/remaja dahulu, badan mereka sekeping sahaja. Kini dah 2-3 keping siap berjambang/berjanggut dan beruban lagi!!

Saya ingat pertemuan semula saya dan Kabilan adalah di Sarawak , sebaik tamatnya Reunion terbesar OE1981 di Sekolah Menengah King Edward dengan tema utamanya ' Sesudah 23 Tahun....' itu.

Kabilan saya temui di Pelabuhan Udara (ini bahasa pra-kemerdekaan) Kuching, sekitar 4-5 hari selepas 'Sesudah 23 Tahun....'

Laaa, kenapa tak datang re-union itu Kabilan?

Sebenarnya, beliau ada saya hubungi diwaktu itu. Tetapi, faham faham ajelah, saorang guru yang ada saja projek sesama guru guru ni. Mereka berencana ke Kuching selama 4 hari pada jadual itu, dan saya pulak, sebaik selesai acara, saya memang dah berencana untuk berehat ke Kuching sendirian. Jadi, kami bertemu sewaktu saya memasuki Bandara Kuching, sementara Kabilan sedang memunggahkan bagasinya untuk pulang. Sempat bersalaman dan bertanya khabar seketika.

Saya pulang ke Taiping Isnin terbaru ni. Hmmm, dah dua kali saya balik Taiping dibulan Oktober ini. Kali ini pulang sebab emak dah kembali semula ke luboknya, selepas sebulan merantau ke rumah anak anaknya di Kuala Lumpur tu.

Pukul 430 subuh saya sudah bersiap dan bergerak dari Sungai Petani sekitar 530 pagi, dan berSubuh di R&R Alor Pongsu sekitar 610 pagi.

Hm, mengapalah engkau ni keluar awal awal buta ni?

Saya nak kejar roti canai Bismillah lah. Tak nak berebut dan tunggu lama di restoran tu. 'Korang' pun tahu, nak makan disitu kena beratur panjang. Kuali canainya yang ada sepasang tu, gagal memenuhi tuntutan 'nafsu' makan mereka mereka yang kadang kala balik ke Taiping ni! Hehehe.
Yang saya pasti, dahulu saya beri kesempurnaan roti canai Bismillah ini markah penuh 10. Kini saya beri 6.5 sahaja. Memang dah tak sesedap dahulu. Emak kata, dah tukar management lain dah. Kuah kuning dia 'ceroi'(bahasa Kedah untuk cair)!!


Tiba tiba teringat kepada rakan ni, saya SMS sekitar pukul 620 pagi meminta beliau datang bersarapan sama....tapi tiada jawapan.

SMS saya hanya dibalas sekitar pukul 930 pagi, dan terus saya dan dia, aturkan satu pertemuan.

Banyak pertanyaan saya tentang rakan rakan India Oe1981, yang mana Kabilan juga gagal mengetahui perkembangan mereka. Antara yang masih dalam ingatan saya dan Kabilan .

Arumugam(sc1) - rakan sekelas dan pernah bekerja di Sylverstone selepas tamat kuliah beliau. Kabilan tiada berita terkini tentang Arumugam

Murthy (sc1) - memasuki ALAM (Akademi Laut) sebaik tamat SPM. Saya 'ternaik' bas yang sama dengan Murthi ke Kuala Lumpur. Itu yang saya dapat tahu yang beliau ke Melaka lapur diri di ALAM. Terkini dari Kabilan, Murthy masih dengan perkapalan, samaada di Pantai Timur atau Sabah/Sarawak .

Alex (sc1) - sebaik tamat SPM, sepertimana saya, memulakan karier sebagai kerani bank. Sering saya bertembung dengan Alex setiap pagi di Lebuh Ampang. Kini, tak pasti dimana beliau. Kabilan hanya mengisahkan adik perempuan kepada Alex adalah Junior beliau di Maktab, dan cuba dikawal dari jauh oleh Alex melalui Kabilan. Tapi, akhirnya, adik perempuan Alex memeluk agama Islam. Saya pasti adiknya menarik, kerana pertembungan darah campuran antara India dan Cina.

Jeya Kumar - Jurutera TNB, Jeya Gobi -Guru, Gopinath juga guru, Mathivanan tiada berita. Yang beliau ingat Letchumanan senior tu yang memasuki RMC . Saya ingat mereka semua ni sebab ada yang sekampung di Aulong dahulu, dan ada yang sedarjah dari darjah 3 hingga tamat SPM.


Maruku, kuih loyang dan biskut moden menjadi hidangan PraDevali, pertama saya berdevali dengan Kabilan dirumah ayahnya di Tupai, Pokok Assam.

Kabilan mengajar di SM Tengku Sulaiman, Beseri, Perlis dan isteri Kabilan juga saorang guru. Orang Sitiawan dan mempunyai 3 anak dara sunti.

Itulah kisahnya yang kami berdua kisahkan pagi Isnin pra-devali ni. Saya rasa saya pernah sekelas dengan Kabilan masa Tingkatan 1-2 dahulu. Walaupun waktu itu kenal kenal begitu sahaja, tapi Kabilan agak 'low profile' waktu di King Edward dahulu. Kira macam saya jugaklah....ish ish ish.

Selamat Berdepavali kepada rakan rakan yang saya sebut nama namanya diatas.

Latiff Hariri
1231 26102011
Sungai Petani

Friday, 28 October 2011

Sepetang di Perlis

Rancang yang lain, jadi yang lain.

Pagi Sabtu ni tiada rencananya, sekadar menghantar kereta untuk dibaik-pulih apa yang patut, dan mahu ke Alor Setar.

Dalam duk termanggu manggu mencari rentak ni, pukul 11 pagi baru bergerak.

Tidak seperti biasanya, saya gunakan laluan Persekutuan, dari SP - Bedong - Gurun - Kota Sarang Semut - Pendang Lebuh Raya Plus - Alor Setar Utara.

Ya, kami tiba melepasi pukul 1220 tengahari. Dah time makan ni, terus ke Restoran Pumpong, yang agak terkenal tu.

Pesta makan makan.

Selesai , kami mundar mandir didalam kereta mengarah ke Bukit Pinang, terus ke Jitra. Teringat kepada Dr Rosli, tapi kami terjumpa klinik Dr Mohd Fadhillah di jalan utama Jitra ni. (Junior Dr Zed?)

Tak tahu kemana? Soalan mudah , tanya bebudak dalam kereta ni. Jawapan sepontan, Padang Besar. Dan saya sempurnakan pusingan 360 darjah di bulatan pekan Jitra ini, meluncur ke laluan persekutuan semula, mengarah ke bandar Arau, melepasi UITM, kami gunakan laluan desa ke arah Mata Air -Chuping - Padang Besar, punyalah dekat.



Pemandangan menarik mengarah ke Padang Besar dari Ladang Tebu Chuping.

Bukit bukau ini 'trade mark' Perlis.

Ladang Tebu Chuping berkeluasan 8000 hektar , dan suhu maksima 41' selsius.

Saujana mata memandang ladang tebu ini.

Kami di Bandar Padang Besar ni sekitar pukul 2 petang, berhenti seketika di ATM Maybank tu, minta duit sikit dari bank.

Bermulalah episod membeli dan belah, selepas membeli.


Saya minat jugak tengok kasut kasut sukan ni, harganya patut sangat sangat, tapi, kaki saya berukuran 'BigFoot' termasuk Izzuddin.

Baju orang perempuan , dari Siam tapi ada jugak yang dari negara jiran yang lain.


Bergerak meninggalkan Padang Besar sekitar pukul 430 petang. Meluncur laju didalam hujan yang teramat lebat. Saya beranggapan, banjir akan melanda Negeri kedah dan Perlis dalam masa terdekat ini.

Singgah semula di Bandar Alor Setar untuk menghantar anak pulang ke asramanya.

Kami tiba di Sungai Petani senja sekitar azan maghrib. Kereta yang dibaik pulih sudah tersedia semula dirumah. Senang kalau ada anak anak bujang kejiranan yang 'ringan tulang' mengatur kerja yang adakalanya saya tidak berkesempatan.

Sebenarnya, dari rumah saya ke Padang Besar, perjalanan menggunakan Plus dan terus keluar di Changlun dan memasuki simpang UNIMAP itu, saya kira tak sampai dua jam, anda boleh tiba di Bandar Padang Besar tu, sama jauhnya kiranya anda mahu ke Bukit Kayu Hitam/Danok Thailand tu.


Latiff Hariri
1127 26102011
Sungai Petani

Wednesday, 26 October 2011

Hajanat tuaha wa tafansara syiruhu.

Bukit Drummond, Kamunting, Taiping, Perak.

Saya petik dari buku anakandanya Buya Hamka.

Ini cerita yang lain.

- Saya mengiringi ayah di negara bahagian Johor Bharu, Malaysia yang perbatasan dengan Singapura. Begitu keluar dari pelabuhan udara, kami disambut oleh seorang yang lebih tua dari saya. Seperti kebiasaan orang Malaysia dia cium tangan ayah, seraya mengucap Alhamdulillah berulang-ulang kerana Buya yang lama dinanti sudah datang. Alhamdulillah, kata orang itu berkali kali. Lalu diteruskannya dengan Subhanallah berkali kali pula.

"Apa khabar Tuan?" Tanya ayah.

"Alhamdulillah, dan bagaimana Bapak?"

Dan ayah pun membalas dengan ucapan yang sama.

Begitulah setiap pembicaraan tak lupa diselangi dengan tahmid dan tahlil yang berulang ulang. Tapi jelas bahawa itu dibuat-buat.

"Bagaimana dengan keadaan politik sekarang disini?" tanya saya.

"Folitik. Alhamdulillah, aman saja, khair, khair", jawabnya. Dan dia pun bercerita tentang parti UMNO yang disebutnya perti yang berjasa besar kepada negara membangun dan menciptakan kesejahteraan rakyat. Yang hebat lagi, lidahnya sangat kearab-araban, pakai tasdik dan disengau sengau pendeknya 'makhraj'nya benar benar Arabi. Rupanya kawan kami itu sengaja hendak menimbulkan kesan kepada ayah bahawa dia saorang yang amat fasih berbahasa Arab. Ketika kami dengar dia berbicara dengan kawan kawannya sesama orang Melayu, ternyata lidahnya biasa saja seperti orang lain.

Satu kali dimeja makan ayah berbisik ke telinga saya, "Dengarlah sebuah pepatah Arab...Hajanat tuaha wa tafansara syiruhu..."

Saya minta diulang sekali lagi kerana tidak mengerti maksudnya.
Lalu ayah menulisnya diatas bungkus rokok saya huruf Latin, seraya bibirnya dan matanya diarahkan kepada kawan kami yang sedang asyik bicara. Saya pun tak dapat lagi menahan ketawa kerana yang ditulis ayah diatas kertas itu adalah bahasa Minang dengan gaya Arab, " Hajan tuah tapanca cirik'.

Rupanya ence Melayu itu tahu bahwa kami menggungkingnya dengan bahasa Arab, dia bertanya dengan gaya kearab araban pula kepada ayah.

"Apa fasal?', tanyanya.

Tanpa berubah mimiknya, ayah tetap dengan tenang mengulang kembali bahasa Arabnya, " Hajanat tuaha wa tafansara syiruhu."

"Alhamdulillah." Jawab orang itu.

Terpaksa saya terbirit birit menuju tandas melepaskan rasa geli saya beberapa lama. -

(Rusydi Hamka)

Begitulah dengan puak ini, sejak dari dulu, kini dan selamanya. Tak tahu apa apa pun, berlagak tahu, tapi menjadi bahan ketawa rakyat marhain. Kita pernah menonton filem P Ramlee , seperti Ali Baba tu, dimana gaya percakapan kearaban, seolah olah begitu 'Islamic'nya watak Ali Baba itu. Bukanlah Islamic sebenarnya, tapi bahasa Arab itu bermulanya Islam. Begitulah dengan mereka ini. Tiada kelulusan agama pun, tapi memandai mandai . Sejak dari merdeka hingga kini mereka akan tetap begitu.

Kalau nak tahu kisah selanjutnya, cari carilah kisahnya sejarah Malaysia/Indonesia ini lewat toko ilmiah yang banyak terjual untuk kita rungkai kisahnya 'mereka' ini. Tak tahu apa pun, berlagak tahu saja. Bila tanya kelulusan, dengan bangga menunjuk lulusan Cambridge , England, bukannya dari Al-Azhar mahupun Timur Tengah.

Hahaha, saja saja je tulis kisah ni. Tak ada modal sebenarnya.

"Apa maksud bahasa Minang ni Des, Hajan Tuah Tapanca Cirik ?"
Soal saya kepada adik di Ranah Minang ni.

Maksudnya, cakap berdegar degar, sebenarnya tiada apa apa pun, seperti tin kosong. Bahasa utagha kata, Sembang Degheh ,(sembang deras) padahal habuk pun tak ada.

Jadi, kalau ada orang Minang yang berkata "Hajan Tuah Tapana cicrik", pastikan jawapan anda "Alhamdullillah...." Hahaha.(Kira kita bersangka baik apa?, hehe)


Latiff Hariri
0848 22102011
Sungai Petani



Monday, 24 October 2011

Pulang ke Perak

Taman Tasik Taiping yang permai dalam hujan.15102011




Balik ke Taiping hujung minggu ni, kalau tak disambut oleh hujan, bukan balik Taiping lah. Kami tiba di persimpangan lampu isyarat Kamunting/Batu Kurau/Taiping tu sekitar 140 petang, kelihatan arah ke Klian Pauh , awan gelap sudah menanti kami.

Jarang pun guna laluan ini, sebab dahulunya penuh dengan kuarters tenters dan agak sunyi laluannya. Kini, dah bertukar wajah. Mengapalah dijual tanah tanah ni kepada pemaju?

Belum sempat tiba di Penjara, hujan dah turun selebat lebatnya. Itulah Taiping.

Hujan ini menambahkan lapar kami, yang sememangnya belum makan tengahari. Jadi, tahu aje lah, kearah mana kami sebaik tiba di tengah bandar ni. Pertama, dalam ribut hujan ini, kami memasuki Restoran Doli. Pekena seorang 2 pinggan kue teow Doli!!

Ke Casual Market Taiping, untuk dibungkus 20 keping popiah, 4 mertabak dan RM5.00 kew teow kombat. Orang Taiping kalau tak tahu dimana ceruknya makanan yang enak enak ni, baik jadi orang Taipeh aje.

Nak minum petang ramai ramai ni.


Macam ni punya 'view' yang mengelilingi rumah kawan kita ni. Boleh dikatakan menginap didalam Mini Zoo Taiping.

Memang saya teruja dengan reka-bentuk kuarters bercirikan Malaysia era-50an dulu. Saya teringat rumah kerjaan yang pernah saya inap bersama Bapak di Lenggong dan Bukit Residen Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.

Tuan rumahnya tiada, jadi saya buat macam rumah sendirilah.

Sambut tetamu yang pertama lepas kehadiran saya, iaitu saudara Sallehuddin, rakan OE1981 jugak. Tak pernah bertemu lebih 30 tahun, dan tak pernah sekelas pun, tapi, mula rapat lewat maya, sejak kebelakangan ini.

Hala tuju sejarah Perak khususnya Taiping,harus dititi dengan baik, supaya tiada yang tertinggal. Semangat kawan saya ini, lagi hebat dari saya .

Dan tetamu yang ketiga adalah abang ipar sekeluarga, tuan rumah ini.

Kami mulakan acara minum petang in tanpa kehadiran tuan rumah.

Zawawi hanya tiba dipertengahan minum petang, terus kami sambung bersama. Meriah meja dengan laksa Kuale dan kacang parang, cucor kodok dari stesen KTM Taiping pun ada.

Semakin masa berlalu, semakin ramai tamu yang datang, seoalah olah kami sedang berhari raya dirumah orang kawan ni. Punyalah ramai rakan rakan Awie/Zed yang meraikan kepulangan mereka yang merantau sekian lama ke negeri orang tu.



Anak anak dan orang orang rumah minum petang di ruang ramu.



Yang pasti memang riuh rendah dengan gelak ketawa.

Rumah masih berkeadaan 'kapal yang nak berlayar'(istilah kapal dulu, kapal sekarang dah berubah) , sedangkan tamu tamu sudah mula bertandang. Kesian tuan rumah ni.

"Abah..... abah tahu tak abang Yeob pun ada sama?" itu penyataan Izzuddin kepada saya.

"Hah.., mana , mana?"

Saya terus menerpa keluar rumah. Tak tahu pulak Awi bawa pengiring dari Sarawak ni. Yeob ni orang Taiping jugak. Anak buah kepada Awie yang menjadi salah saorang orang kanan Pengiring kami yang ber17 orang, yang bertandang ke Kem Pakit , setahun yang lalu.


Terima kasih lah Yeob, tak ada ole ole yang saya bawa, tak tahu pulak Yeob dan rakan lain turut serta.

Acara minum minum ni kami akhiri sekitar 530 petang.

Tetamu makin ramai yang datang. Rakan rakan lama Awie serta abang beliau sekeluarga dari Batu Kurau, abang Idris.

Kami bergerak dengan satu kenangan menarik. Pertama kali memasuki kuarters yang terletak di Bukit Doremon ini, kerana kawasannya agak tersorok dan terkawal. Sedangkan dimasa kanak kanak dan remaja, saya hanya berkayuh dibahagian luar , terutamanya jalan yang berhadapan dengan 'keramat Tok Bidan' tu, kerana pernah jugak saya dan bapak serta keluarga bertandang kesitu diaakhir tahun 70an dahulu.

Saya ingat rumah kawan OE1981 kita, Si Abu Bakar Hashim (sekarang guru di Pahang), yang juga merupakan sepupu kedua saya, dari salasilah Bab Abdul Rahman.

Terus meluncur laju . Hujan dan berhenti. Kami terus ke Alor Setar.


Latiff Hariri
0831 221012011
Sungai Petani

Thursday, 20 October 2011

Khatib Bertindak

" Abang Jumaat kat mana tadi?" Soalan sebaik sahaja pintu pejabat dibuka.

"Saya ikut abang Nal, dia bawa saya lari ke Masjid lain....maklumlah dia tahu saya ni penyokong kuat...", saya menunding jari ke Abang Nal.

Abang Nal muka selamba je.

"Laaaa, rugi besar abang oi, hari ni lagi power! Ustad Al-Hafiz Nordin Khatibtya. Dia bagi kaw - kaw punya khutbah. 'Kawan' kita hari tu tak bergerak dari sudut kanan barisan kedua, mengadap ke kubur, gelisah dia." Sambung adik saya yang sorang ni, sambil diiakan oleh abang Shukri.

"Saya dah agak dah". Itu jawapan kecewa dari saya.

Khatib kali ini bertukar lagi. Munggu lalu Khatib yang disanggah itu Ustaz Azmi, orangnya sekitar awal 60an, lembut perwatakan, termasuk khtubatnya sederhana, tetapi berbisa.

Mungkin sesama Khatib ini sudah berbincang tentang insiden minggu yang lalu,dimana keputusan dibuat mereka, sesaorang yang lantang harus menyanggah ' makmum' tersebut sebagai amaran.

Diberitakan, Khatib menyentuh tentang pertemuan Raja Muda Perak bersama alim ulamak serta pemikir Islam di Perak tempohari, dimana Raja Nazrin mengingatkan betapa warga keturunan India bersatu menentang novel Intelok dek kerana perkataan 'pariah' yang digunakan, sedangkan Umat Islam tidak berani bersatu bila hukum Hudud dibangkitkan. Itu kata kata Raja Nazrin.

Khutbah yang dibawa Khatib AlHafiz Nordin memang berapi. Mamat yang menjadi perhatian minggu yang lalu kelihatan gelisah. Katanya mereka , Khatib siap menghentak cokmar kelantai mimbar memberi amaran kepada umat yang masih menolak Hudud.

Ditambah lagi, mengapa kita mahu mempersoal tindakan peguam peguam yang memang 'bodoh dan bangang' yang menentang Hudud, sedangkan mereka kafir dan buta Islam. Apa yang saya faham disini, memang terjawab soalan makmum tu tentang apa yaang disoal Karpal Singh itu!! Ambik Kau!
(Saya pun tak setuju dengan Karpal Singh dalam isu ini(padahal itu klip lama komen dia yang diulang siaran oleh Utusan Meloya dan TV3suku tu), tapi, dia bukannya orang Islam. Yang saya persoalkan kita orang Islam)

Memang panas telinga 'orang orang Umno' petang itu.

Pada sesi kedua khutbah, sebagai penutupnya, Khatib menyentuh tentang disaat Sangkakala kedua ditiup Izrafil, maka seperti debu debu yang bangkit dari tanah, lahirnya manusia untuk kali kedua, dimulakan yang mula mula mati diikuti yang terakhir.

Diwaktu itu, Allah akan berfirman " Kamu sekarang berada didalam kerajaan Aku!!"

Apakah diwaktu itu manusia akan berkata kami berada didalam kerajaan .... atau kerajaan Allah, sedangkan didunia kita menidakkan undang undang yang tercipta untuk kita manusia dariNya.

Hmmm, memang saya dah duga semua ini. Kawan kawan aku dalam Umno masih mempersoalkan Hudud, gara gara dibawa oleh PAS. Tapi , kalau Umno yang bawa, apakah mereka menerimanya ?

Silap banyaklah, kalau mereka nak bawa Hukum Hudud tu, kerana orang yang pertama yang bakal di adili adalah tak lain tak bukan.....dia, dia dan dia.

Lu fikir sendirilah!!

Latiff Hariri
0658 20102011
Sungai Petani


Saturday, 15 October 2011

KEVIN RUDD JUMPA EMAK

Emak saya ni kaki merayau jugak. Kalau ada yang sponsor dia berjalan, dia tak pernah menolak, kecuali kesihatan tidak mengizinkan. Sebab itulah, agaknya, saya pun kaki merayau, cuma tak ada yang nak sponsor.

Pertama kali emak ke Australia ditahun 1985, waktu itu sempena Wisuda Rahman di Monash University. Dia bersama dua adik bongsu saya, Zali dan Aishah, bertiga naik MAS sendirian, dan dinanti kehadiran oleh Rahman.

Rasanya sebulan mereka disana, dilayan sepenuhnya oleh Rahman dan pakcik yang telah berhijrah, Pak Lang Aziz Bokhari Bab , abang kepada arwah Bapak.

Boleh dikatakan selepas itu, 2-3 tahun sekali emak akan ke Australia, untuk bercuti sebulan.

Walaupun emak hanya berkelulusan darjah 9, kira setakat Tingkatan 3 , bahasa Inggeris emak ni pun, boleh membuat saya menggigit jari. Emak pernah bersama Aqilah ,anak sulong saya, berdua ditahun 1996(kalau tak silap)menaiki pesawat dari KLIA-Narita-Texas, pejalanan dua/tiga hari, tanpa bertemankan orang lelaki. Waktu itu saya risau sikit sikit atas keselamatan emak dan Aqilah, sebab yakin , emak 'aku' ni part bergebang bahasa Inggeris , mesti Mat & Minah Salleh cair punya.

Tapi, rupanya di Jepun, Mat dan Minah Jepun , langsung tak tahu berbahasa Inggeris. Ceritanya , mak agak panic, sebab tak pasti arah tuju untuk transit menaiki pesawat lain ke Texas, ya lah, semua bahasa Jepun.

Tapi di hari kedua/ketiganya....terasa lega bila Rahman menalipon yang emak/Aqilah dah selamat sampai. Tahun 1996, saya masih berhubung dengan talian talipon rumah, saya kurang minat HP hingga kini.

Jadi tak hairanlah kalau emak 'aku' ni disambut oleh Perdana Menteri Australia tahun 2009 , rasanya selepas Hari Raya di Canberra, Australia. Kira majlis persendirian ni, 'PM dan isterinya boleh jumpa emak' selamba aje.

"Tatak sombong punya, seperti itu Perdana Menteli kita woooo." Itu kata adik adik saya la....


Emak bersama Theressa & Kevin Rudd, (kini mantan PM) besama Adam, cucu emak.

Kalau lah Bik Mama yang berfoto dengan emak ni, taubat dia nak senyum macam Thheressa Rein-Rudd ni!! Kan , kan , kan?

Saya masih menanti ajakan rakan saya yang mahu bernostalgia ke Australia untuk bercuti seminggu dengan menyewa Caravan, tapi.... kena tunggu hari yang sesuai bagi kami.

Bukan tak teringin, adakalanya lebih kepada 'tukaran Dollar/Ringgitnya yang tinggi,.' yang membuat saya beralasan untuk perabiskan ringgit saya.

Yang pasti tahun 2012 akan lebih mencabar, kerana ekonomi global yang sudah mula mengecut di Eropah dan Amerika sekarang ni. Kepada rakan rakan guru, tahniah atas kenaikan gaji anda. Dan nasihat saya kepada semua, mulakan tabungan secara serius bermula Oktober ini, kerana 2012 bakal berlaku pengucupan ekonomi Malaysia.......

Simpanan anda dapat membantu menguatkan ekonomi anda.

Latiff Hariri
1722 08102011
Sungai Petani

Thursday, 13 October 2011

Selamat Tinggal Jakarta

Bangun pagi sepertimana biasa.

Semua sudah tersiap untuk diusung keluar. Saya sudah memesan taksi, melalui pengemudi yang menghantar kami malam tadi dari Dufan tu.

Pesawat kami sekitar pukul 1130 pagi wib, kira pukul 1230 tengaharilah waktu kita.
Selesai daftar keluar, taksi sudah menunggu. Dia sampai sekitar 745 pagi. Awal tu.
Kami terus bergerak, kesemuanya ada 5 bagasi, terlebih satu , gara gara berbelanja di Tanah Abang.


Senyum dalam duka, dah nak balik dah.......

Perjalanan agak lancar, kami tiba di Sukarno-Hatta sekitar 50 minit, menghampiri jam 9 pagi, dan terus berlegar legar, kerana masih terlalu awal.

Sementara menantikan masanya , saya izinkan mereka bebas dengan acara masing masing, sedangkan saya mengisi perut untuk sarapan.

Kalau tak salah saya, kompleks ini terbina sekitar lewat 70an, dimana keluasan tanah digunakan sepenuhnya. Hanya di bilik pelepasan / ketibaan yang diasingkan dengan lantai 1 dan lantai bawah, selainnya adalah kompleks besar satu tingkat. Terlalu luas kalau nak dibandingkan dengan KLIA. Cuma rasanya satu pembaziran, sedangkan lebih beruntung jika semua disatukan didalam satu bumbung.

Sarapan pagi soto aje.

Itu pun rasa nak tambah lagi.

Saya sarapan berdua dengan Mokhtar, paling tepat brunch - breakfast and lunch.
Sementera si Zul sudah kehilangan mencari kami berdua, kami buat dek aje, tak kemananya....

Selesai makan, baru kami ikhtiarkan kemana Zul ni. dan tak sampai 10 minit , dia muncul, jadi dia sambung ' brunch' sendirian.

Sementara menanti masa yang masih panjang ini, saya biarkan mereka merakam apa saja yang menarik kedalam kamera ini.


Bandara Soekarno-Hatta , Jakarta.

Memasuki dewan pelepasan, sekitar sejam sebelum waktu berangkat. Tiada masaalah, memang dah biasa dengan Imigrasi Indonesia ni. banyak perubahan kalau nak dibandingkan 15 tahun dahulu....

Singgah beli apa yang patut kat kedai kosmetik ni, ya lah, harga jauh murah.


Seluas luas kompleks lapangan terbang ni.

Pesawat terlewat sekitar 15 minit dari waktu pelepasan, kami hanya memasuki sekitar 10 minit sebelum berangkat.

Cuma, sepanjang pengalaman saya menaiki AirAsia ni, paramugarinya kalau Malaysia, pada saya, mereka layan baik, tapi, kalau pesawat yang dari Indonesia, yang mana paramugarinya warga Indonesia, anda akan alami ketidakmesraan mereka.

Entah, mungkin saya yang rasa begitu.



Zul dapat berkenalan dengan Cikgu dari Kuala Kangsar ni,yang sama sama tiba di Jakarta pada hari yang sama dengan kami, cuma pagi Sabtunya pasangan 'bermadu' ini terus ke Bandung. Ya, mereka berbulan madu disana.

Melewati Palembang dan kepulauan Riau sekitar 45 minti kemudian, sekitar pukul 1 tengahari. Hmmm, saya bertembung dengan abang saya , Rahman Hariri diudara ini.

Rahman ke Jakarta untuk tugasan beliau.

Tiba tepat pada waktunya, dan kami melangkah masuk ke kompleks LCCT

Ini pesawatnya yang kami naik.

Ya, lagi satu tips. Sekiranya anda beratur untuk pemeriksaan Kastam, pastikan penumpang lain sudah keluar dahulu, atau tiada pertembungan dengan penumpang dari destinasi lain. Pengalaman saya bila terjadi begini, pehak Kastam akan tegas meminta dibuka semua bagasi yang kita bawa.

Pernah suatu ketika dahulu, saya dan anak anak menanti sekitar 1 jam, kami lakukan 'window shoping' dahulu sebelum ke kaunter Kastam. Ternyata, tiada soal jawab bila saya katakan kami 10 hari di Jakarta dan membawa bersama lebih dari 8 bagasi.

Tiada pemeriksaan langsung!!

Tunggu adik saya Zali, datang menjemput.

Singgah bertemu dengan anak saya , sebelum meneruskan perjalanan. Pemanduan seperti biasa, dilakukan oleh bebudak berdua ni.

Kami tiba Sungai Petani sekitar Isyak.

Letih, tapi penuh kenangan menarik untuk mereka berdua.




Esoknya kerja. Saya biasa aje, walaupun keletihan sebenarnya!!

-Tamat-

Latiff Hariri
1954 13102010
Sungai Petani

Wednesday, 12 October 2011

Makan/Santai Malam Terakhir

Kami minta taksi hantar kami terus ke daerah Sabang untuk acara makan malam.

Memang teramat lapar. Paginya hanya berbekal mee dan karipap segera, tengaharinya berbekalkan air teh botol, dan bermain seperti anak anak kecil di Dufan tu, hingga terlupa makannya! Bila sudah meninggalkan Dufan, baru teringat yang kami terlupa makan tengahari. Mahu tak mahu, harus diisi segera kekosongan ini.

Perjalanan dari Ancol mengambil masa 40 minit. Kami berada semula didaerah 'berselerak' ini. Yes, disini pusatnya bagi saya, sepertimana di Jln Tunku Abd Rahman tu, agaknya.

Terus memasuki RM Natrabu.

Mejanya untuk lapan orang, tetapi diisi 3 orang, jadi boleh berpesta makanan lah. Nak 'cover' lunch siang tadi.



Bukan hujan diluar, tapi air yang mengalir dicermin.

Boleh habis ni, ini belum penuh meja lagi ni.

Menu kegemaran kami malam ini, masak lomak pucuk ubi yang dihiris halus, ikan goreng nipis seperti keropok, tumit sapi masak lomak, ikan merah masak lomak, sambel hijo, otak, kerang dan hati bersambal kentang, sambal tumis udang dan banyak lagi lah.

Macam piranha jumpa daging!!

Bila bill sampai, jumlahnya Rp340,000. Mencecah RM130.00 .

Eh, mahal ke, kira saorang kena bayar RM35.00 , dan dibahagi dua sebab siang tak makan tengahari, baru RM17.50 sekali makan, eh sekali 'melantak' yang paling tepat! Hahaha.

Pada saya, harganya patut. Kalau makan nasi beriayani kat Restoran Insaf di Jalan Tunku Abdul Rahman tu pun, lauk kambing dan sayur yang ciput, serta air jusnya, dah mencecah RM17.00 jugak, tapi tak boleh tambah lauk dan nasinya.

Yang ini kami tambah 3 pinggan saorang, lauk yang habis ditambah lagi, memang sedap masakan minang ni.

Balik ke hotel, bebudak berdua ni masih tak mahu memerap dikamar, diajaknya saya berjalan mencari 'Uptown'. Uptown?

Saya akui saya kurang pasti, walaupun Rahman ada mencadangkan saya ke Roxy untuk sambung acara makan makan malam bersup kepala kambing disana. Tapi, saya agak keberatan bila taksi yang ditahan mengatakan tambangnya sekitar Rp60,000 dan perjalanan melebihi sejam kalau macetnya teruk.

Jadi malam tu saya memerap dikamar, sementara Zul dan Mokhtar sudah ke bawah untuk merayau sendirian.

Saya dan Major Firman Joni gagal bertemu jua akhirnya, semuanya kerana kami masih berada di Dufan, semasa Firman bertandang ke Menteng untuk bertemu kami. Dan kerana kesuntukan masa dimana Major Firman harus pulang ke Bogor, kalau tak silap, jadi begitu sajalah jadinya. Kecewa jugak, sudah berkali ke Jakarta, tapi masih gagal menemukan kami.

Sambil baring baring dikatil ini, terfikir jugak bebudak dua orang tu.Tak sampai hati pulak, sekitar pukul 9 lebih saya pun menyusul mencari mereka.

Sate padang. Ini lagi satu produk yang bagi saya 'jelek' rasanya bilapertamakali mencubanya, tapi lama lama jatuh cinta. Tak sehebat satay kajang tu, tapi, ok lah, ada kelainan. Kuah kacangnya membuat saya terbayang kuih custard kacang bikinan emak, mahupun isteri.

Latar belakangnya, Masjid Menteng. Senang untuk beribadat jika terasa hotel penginapan terlalu sempit, turun aje kedepan. Masjid ni siap berhawa dingin.

Pak Juragan dah turun sama berlepak, baru bebudak berdua ni berani panggil penyanyi jalanan menghibur hati gundah gulana, kerana.....esok dah nak balik.

Pemain gitar dan ceweknya ceria, boleh bernyanyi dan ada suara. Dua lagu saya beri Rp10,000 ditambah pemberian Zul dan Mokhtar, kira oklah pendapatan mereka dari kami bertiga malam ini.

Kami naik lena sekitar pukul 11 malam, kalau kat Malaysia dah pukul 00.00 malam ni.

Jadi kerja saya malam ni!!


Latiff Hariri
2001 08102011
Sungai Petani

Tuesday, 11 October 2011

Dunia Fantasi Ancol

Siksa juga naik pengangkutan awam ni. Tapi , kalau tak mencuba , tiada gunanya kita berjalan ditempat orang. Bagi saya, saya dah biasa naik bas dari Sp ke pejabat di Butterworth tu, bila keadaan tidak mengizinkan saya memandu. Ok naik bas, semua berhawa dingin, tapi masa terbuang . Perjalanan ke pejabat sekitar 50 min dengan menggunakan jalan biasa, dengan menaiki bas, saya perlukan 1 jam 40 min untuk sampai ke pejabat. Jadi, tiada masaalah bagi diri saya bila menaiki busway Jakarta. Bahkan menaiki bas ekspres bersama keluarga dan emak dari Bandung pun sudah menjadi kenangan kami sekeluarga.

Ya, anak anak gembira, pengalaman menaiki bas Ekspres di Jakarta berbeza, kerana disetiap stesen/terminal, bas diwajibkan masuk untuk mengambil/menurunkan penumpang, dan waktu ini akan adanya penjual jajan jalanan menjual keropok ubi, jagung,bahkan kopi 3in1 yang panas pun ada. Tersedia sebuah jag air panas untuk bancuhan kopi.

Pastinya penyanyi jalanan secara solo mahupun berkumpulan akan mendendangkan sebuah dua lagu untuk hiburan penumpang, dan dihulurnya topi mohon sumbangan sebelum mereka turun di persimpangan berhampiran. Dan yang paling tersentuh hati saya bila anak anak gadis pesantren , memberi ceramah agama sambil memohon sumbangan bantuan untuk pesantren tajaan mereka. Unik dan amat menarik ceramah anak anak gadis bertudung litup ini.


Seorang sebotol teh Sosro, sebagai ganti makan tengahari.

Di depan pintu utama Dufan - Dunia Fantasi

Mereka tak menjangkakan yang saya akan membawa mereka kesini

Tiket masuk berharga RP180,000 saorang, lebih kurang RM65.00 .

Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Dah melepasi umur ini pun masih nak ber'funfair'.


Amekaw. Kecut perut. Kira ini baru permulaan

Masih boleh gelak gelak dan perli orang lain masa ni.

Amekaw!! Terkejut beruk agaknya , tanpa diduga, meluncur laju seperti roket keatas!!

Mokhtar cover jiwa dengan mengangkat tangan tanda berjaya. Sebenar, masa memula meluncur keatas tu, dia dah tak rasa apa apa dari paras kepala kebawah. yang dia ingat hanya tinggal nyawa dikepala dia sahaja!!

Ini lagi satu acara yang'taubat' saya nak naik.

Acara perarakan baru bermula.
Setiap hari begini aturcaranya di Dufan.... hiburan hiburan hiburan.


Sporting pulak burung hantu ni.


Kereta Halilintar - Rollercoaster.












Masa ni, korang boleh beri lambaian 'peace' lagi lah Zul oi, kau tunggu sat.






Secara perlahan keretapi ni menaiki puncaknya, tunggulah sat, sayuuuup.......


















Nampak Mokhtar sayup dihujung, ketawa nak 'cover' kecut perut tu..


Begitulah serba sedikit kisah bebudak bujang ni, yang mana, masa kanak kanaknya , ayah mereka tak benarkan mereka berfunfair kat SP tu. Nasib baik ada abang tiri ni.

Jom balik, wei, dah maghrib ni.

Sebenarnya tak sempat main kesemua hiburan disini, kerana terlalu lama beratur, sebaiknya datang hari bersekolah , dan bukan hari minggu.

Saya kira mereka berdua hanya main 20% daripada apa yang tersedia, rugi ni, kita kena TransStudio Bandung pulak tahun depan, sambung kat sana.

Tahan taksi dipintu keluar Dufan, rupanya tak boleh, kena beratur dihadapan.

Untung, pengemudi taksi ini menipu , dia 'sound; kayt counter depan, yang dia memang di talipon oleh saya untuk menggunakan khidmat dia. Hehehe, bengkak aje yg lain lain beratur panjang disitu. Rezki kami




Latiff Hariri
1837 11102011
Sungai Petani