Kaunter pendaftaran Lee Garden. Sebenarnya saya tidak berapa minat dengan Hotel ini, tapi tiada pilihan
Sekitar Maghrib dilantai 26
Selepas Maghrib
Saya sudah keletihan. Tidak berminat lagi untuk merayau malam bersama anak anak. Sebaik selesai kesemuanya, sekitar jam 9 malam, saya sudah 'hilang'. Sedangkan anak anak kesemuanya turun kebawah untuk berbelanja di persekitaran Hotel yang penuh dengan aktiviti malamnya.
Mempelam puluk.
Hakim pertama kali keluar dari Malaysia....
Kuih manis manis
Semua gembira dapat perabih Ringgit dan Baht
Akhirnya keletihan.
Bangun, makan, dan sambung lena.
Paginya sekitar pukul 630 baru tersedar.
Kelihatan Heli Polis berlegar legar disekeliling Hotel
Sekitar pukul 1130 waktu kita, kami pun 'cek-out' dari Hotel. Dengan memakir kereta disisi jalan, saya benarkan mereka sekali lagi berhabis RM dan Baht untuk jam jam terakhir sebelum bergerak pulang.
Kasut, beg dan baju menjadi pilihan
Puyu masak asam pedas, loban goreng bawang menjadi menu tengahari ini.
Kalau ke Danok, Restoran Norlaila menjadi pilihan saya.
Melepasi Imigresen dan kastam Malaysia pun begitu, tiada soal jawabnya lagi.
Kami memasuki Malaysia sekitar 515 petang dan hanya tiba di rumah sekitar 6 petang.
Letih dan mengantuk, tapi tak boleh nak rehat selagi semuanya belum selesai.
Latiff Hariri
2038 27012013
Sungai Petani