Sempena kemerdekaan ini, malam minggu kedua terakhir
Keputusan saya secara sepontan sahaja. Sabtunya saya bekerja , pukul 1145 sudah berada di rumah semula. Sambil ber-online, saya cek lah kedudukan tiket yang masih ada didalam Sesawang Ticket2u itu, hm, masih banyak , cuma lokasi kerusi sudah hampir taida pilihan terbaik lagi.
Terus beli, dan baru saya warwarkan kepada anak isteri untuk bersiap ke Kuala Lumpur.
Pukul 1240 tengahari kami bergerak meninggalkan rumah.
Perjalanan lancar, dan kami tiba di Bangunan Great Eastern melepasi pukul 4 petang, untuk makan tengahari.
Tumpang mandi di rumah kakak saya di Ampang sebelum bergerak keluar.
Level 1.
Saya mula mngenali Eddy Silitonga ini pada usia Tingkatan 1 atau 2, waktu itu hiburan yang ada dirumah cuma mainan piring hitam dan radio. Setiap petang sekitar 5 hingga 7 malam, kalau betullah ingata saya, saya akan mencari frequency SW untuk mendengar siaran Suara Malaysia RTM.
Siaran ini abang saya yang ajar sewaktu beliau menuntut di MRSM Kelantan. Sekarang baru tahu mengapa mereka meminati sairan ini, sebab kebanyakan Guru Guru mereka berasal dari Indonesia.
Layan ajelah.
Tak berapa penuh malam terakhir ini.
Sepertiaana yang abang saya katakan, memang mengecewakan, kerana 70 peratus nyanyian adalah dari Jamal, sedangkan Eddy hanya mengalunkan 30% dari baki persembahan, dan lagu lagunya pun bukan yang evergreen, lebih kepada lagu kegemaran Warga Indonesia.
Pukul 12 sesi otografi pun tidak menarik, kerana Eddy tidak bersama, dan Jamal memang kekok dengan peminat.
Kami bergerak pulang ke Utara, dan berhenti di Tapah untuk rehat seketika. Sebelum tu saya, dah buat temu janju dengan saorang rakan Sekolah Rendah kami yang pulang bercuti dari Amerika.
Jadi laluan saya lencongkan ke Lenggong. BerSubuh di Banggol Batu sebelum bertemu beliau seawal pukul 7 pagi.
Lee Wai Ghee, rakan Sekolah Rendah.
Adalah menghampiri 2 jam kami berbual di Restoran Kencana itu untuk kemaskini cerita masing masing yang terpisah lebih 32 tahun ini.
Selesai, saya terus ke Changkat Berangan untuk mencari rumah sesaorang, yang sudah tiada, tetapi jasanya tetap dalam ingatan saya.
Makcik Badar, isteri arwah Pakcik Osman.
Sekitar 13 Mei 1969, Bapak didalam teksi menuju destinasi Kuala Lumpur. Didalam teksi pemandunya Cina, Bapak duduk didepan bersama 2-3 penumpang lain dibelakang. Sebaik tiba di Jalan Ipoh, ternyata sudah berlaku rusuhan kaum, dan Teksi Bapak saya terhalang oleh sekatan.
Warga berbangsa Cina menyaol pemandu Cina, mengapa membawa penumpang Melayu, sudah pasti jawapan beliau tidak memuaskan hati penghalang tersebut, lalu parang dihayun kepada sesama bangsa , dan terpercik darah mengenai pakaian Bapak saya. Pemandu tidak panik, terus memecut teksinya memasuki Balai Polis terdekat, Sentul, untuk mendapatkan perlindungan.
Bapak hilang di Kuala Lumpur lebih seminggu. Memang muram rumah kami di Kampung Sira sejak deberitakan kehilangan Bapak.
Komen makcik Badar, " Pakcik kau tu, selagi ada orang Lenggong yang perlukan bantuan, semuanya disuruh menetap di barrack kami. Tahu ajelah, rumah kecil, yang datang menumpang lebih dari 7 orang, dengan anak yang ramai lagi"
Hm,,,,, saya faham sangat sebab pernah berjiran dengan kuarters Polis semasa di Lenggong, dan paling menarik di Taiping, kami menetap didalam Balai Polis Aulong yang kuarters kerajaan kami menumpang bersama. Faham sangat.
Ikan Tasik Raban yangsempat saya gagau untuk dibawa pulang ke Sungai Petani
Hari itu , memang tercapai kenangan 30 tahun dahulu di Lenggong serta lagu lagu nostalgia waktu usia remaja saya.
Latiff Hariri
0648 30092014
Sungai Petani