Bee Gees

Friday, 31 December 2010

BERTEMU ZAIRUL HISHAM SELEPAS 18 TAHUN

25122010

Pagi Sabtu ni , seawal jam 750 pagi saya sudah berada di pejabat. Saya asyik memikirkan , siapa yang harus saya ganggu untuk menyerahkan kereta saya ni. Ada rancangan untuk tinggalkan sahaja didalam kawasan Masjid Seberang Jaya, tak pun di Petronas Seberang Jaya, atau di rumah Khairul (Jie) yang juga di Seberang Jaya.

Tanya Wan, dia memang sedia untuk mengambil kereta saya ini. Tapi, malas pulak nak berpatah balik ke Kepala Batas dari Butterworth ni....

Akhirnya, kawan yang saorang ni serah diri, datang dia dari Pulau Pinang semata mata untuk mengambil kereta saya ini. Nak saya hantar balik ke SP merugikan masa sahaja.


Asri menunggu di depan Hospital Seberang Jaya tepat jam 0200 petang

Sebenarnya, Asri pun tak tahu yang saya sudah berkira kira untuk ke Kuala Lumpur petang ini, menghantar anak pulang ke Nilai.

Memasuki Kamunting pada pukul 0320 petang untuk menziarahi anak anak Allahyarham Baharum.

Hanya Ju yang ada di rumah

Bergerak ke Bandar Taiping, paling lepat ke Restoran Kueteow Doli untuk makan tengahari.


Saya rasalah, keenakkan kuetwow Doli dah berkurangan, tidak seperti dahulu lagi....

Singgah sebentar di Casual Market untuk bungkus Kueteow Combat dan Popiah untuk dijadikan buah tangan kemana sahaja yang saya fikirkan sesuai untuk bertandang nanti.

Kami tiba di Ipoh seawal pukul 5 petang, dan terus mengarah ke Stadium Ipoh.

Terus ke rumah Makcik Ros, emak kepada Zairul Hisham Zainal Ahmad. Sepanjang ingatan saya, saya jarang bertembung dengan Zairul setiap kali ke rumah Mak Cik Ros ni.

Saya kesini, gara gara Abang Baco dan Zahalia, yang baru pulang bercuti ke Ipoh dari Sandakan.


Minum Petang di Ipoh bersama Bang Baco dan Ala, serta Makcik Ros.

Khursiah dan Faiqah sempat bertukar tukar FB untuk menyambung persahabatan mereka yang bermula di Sandakan sekitar tahun 2004-2005 .

Saya tidak menduga yang Zairul akan pulang ke rumah Mak Cik Ros petang ini, tiba tiba beliau muncul di depan

Suatu ketika dulu seawal umur 14 tahun hingga ke 17 tahun , saya cukup rapat dengan beliau. Bila tamat SPM, saya pernah jugak bekerja bersama beliau di Kelab Golf Ipoh, sementara menunggu keputusan SPM. Yang agak ada persamaan antara dua sahabat ini :- Gemuk dan rambut dah beruban.
Kini persahabatan ini disambung oleh anak anak


Kami memohon diri pada sekitar jam 6 petang, dah cukup lama rasanya . Masih nak bersembang diluar rumah.
Terima Kasih Makcik Ros, Bg Baco, Zairul dan Ala, serta anak anak.

Kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dalam kerenyaian hujan. Sambil bersms dengan abang saya supaya memperlahan kelajuan kereta beliau , untuk saya kejar dari belakang.
Dah janji nak makan malam bersama dan bertandang di rumah beliau di Bandar Tun Hussein Onn.




Latiff Hariri
2209 29122010
Sungai Petani

(Sebaik tamat Bolasepak Malaysia-Indonesia) Best!!

Thursday, 30 December 2010

Tetamu Menyerbu

Meriahnya malam ni
23112010

Abang Kudus ni orang Sungai Petani, tetapi dah berkampung di Kg Pandan diawal perkahwinan hingga kini. Sepupu kepada Roziah.

Dalam pukul 130 ptg beliau menalipon saya mengatakan berada di SP dan mahu bertandang ke rumah. Saya minta beliau tunggu sekejap sebab saya bekerja. Fikir punya fikir pukul 5 baru menalipon beliau dan mempelawa datang ke rumah sekarang. Ya lah, lagi 45 minit saya akan pulang.

Kepala dah ligat , menu apa malam ni ek?

Keluarga Abang Kudus memasuki rumah tepat jam 0900mlm, sesuai sangat untuk acara makan malam ni, dalam hujan renyai, kesemua 3 buah kereta
Abang Kudus, sepupu Roziah, bekas kakitangan DBKL
Nak makan didapur, berselerak dengan basikal dan barang barang yang tak terkemas, jadi makan diruang tengah, duduk bersila sahaja.

Kesemuanya melebihi 15 orang, termasuk dua menantu, 3 cucu , biras dan anak anak

Memang kami tak masak apa malam ni, sekadar telur dadar 3 pinggan, sayur kacang buncis dan sambal tumis udang yangmana udangnya saya beli fresh dari Nelayan Tanjung Piandang, yang lain saya hanya tunjukkan aje, terus siap:- Kari itik, kari burung puyuh.

Dan yang puasnya bila mereka siap bertambah nasi gara gara 'kaw'nya kari itik.
Semua dah kenyang tersenyum gembira.

Saya mendapat info terkini tentang kucar kacirnya politik disana melalui abang saya ni, hehehe.
Yang baju merah ni, anak abang Kudus, yang akan bertunang dengan orang Sungai Petani esok.
HM, kalau dah orang SP, dia tetap cari orang SP jugak

Kira banyak jugak info yang dapat saya kumpulkan dari Abang Kudus tentang politik tanahair terkini , boleh buat pojok ni.

Melepasai 1020 baru Abang Kudus sekeluarga bergerak. Mereka ber'homestay' di pekan SP.

Saya dah 'marahkan' mereka kerana tidak beritahu awal untuk bertandang, dan tak perlu ber'homestay' . Kadang kadang adik beradik dan kawan kawan ni, macam tu lah. datang tak nak beritahu awal, akhirnya merugikan......

Tapi, apa apa pun, kehadiran tetamu tetamu begini menceriakan rumah kami


Latiff Hariri
2028 29122010
Sungai Petani

Wednesday, 29 December 2010

Sepanjang Hujung Minggu 19122010

19122010

Memang tak lena tidur malam tadi. Asyik berubah tempat tidur aje.

Kami bergerak meninggalkan ITM ni pun dah melepasi pukul 1040 pagi, mengarah ke rumah Ustad Amran dan Mak Munah. Ha ah, nak bersembang, semalam mereka sibuk melayan tetamu yang begitu ramai. Hanya hari ini peluang untuk kami bersembang panjang.

Rakaman dari tingkat 5 apartment UiTM Shah Alam

Bilik diatas ruang tamu
Cantik jugak konsep apartment begini, hanya kamar sebuah diatas bersama kamar mandi, dibawah hanya ruang tamu dan dapur. Boleh buat sebuah di hutan simpanan nanti.

Terus ke Seksyen 4 untuk sarapan pagi

Mak Munah bercerita panjang tentang majlis semalam

Saya dan anak anak Ustad Amran ni, pangkat adik adik.

Saya mendapatkan info terkini keadaan politik seksyen 4. Dahulu, sekitar tahun 1990-2000 memang 'tiada muka' kami disini. Semuanya dalam cengkaman mereka. Hinggakan surau seksyen 4 pun dibayangi mereka. Disini juga Timbalan MB mereka, Datuk ..... bermastautin.

Sekarang mereka dah lesu. Anak anak muda serta yang berpelajaran tidak memandang kepada mereka lagi. Hehehe. Maaf ya, saya memang kenal wajah wajah orang kuat ni, di seksyen 4 dahulu mereka mewarnainya, kini mereka terpinggir dan terpaksa telan kepahitan, kerana anak anak muda sudah berani menyaggah kepimpinan sonsang mereka.

Kami bergrak meninggalkan Shah Alam menghampiri pukul 1215.

Saya berangan mahu memasuki Kuala Lumpur, paling tepat kearah Sogo untuk mencari sesuatu. Belum sampai pun, jalan dah sesak, langsung saya ubah arah ke bulatan Kg Pandan untuk makan tengahari sahaja.

Apa lagi, kalau tak nasi Mande Al-Rawsha sorang sepinggan
Alhamdullillah, sejak saya berbasikal dan banyak mengeluarkan peluh ni, saya sudah boleh menghabiskan dua atau lebih ketul daging kambing ni


Ya, saya rekemen anda makan sekeluarga atau ber-reunion disini. Masakan enak, harga pun berpatutan. Suasana seperti di Asia Barat



Saya sudah sering bersama keluarga makan makan di Al-Rawsha, tetapi yang terletak di Jalan Damai off Jalan Ampang. Yang di Bulatan Kg pandan ini, yang pertama bagi kami, selepas Team Rugby OE1981 merasmikannya pada 11122010.

Sudah 2 minggu saya bermakan malam dan siang disini.

Terus pulang ke SP untuk bercuti semester.

Latiff Hariri
0805mlm 27122010
Sungai Petani

Monday, 27 December 2010

Minum Petang di Setiawangsa

18112010

Saya jarang jarang menggunakan laluan ke Setiawangsa ni, jadi bila pertamakali menjejakkan kaki ke rumah Rosmah dan Abang Rahman ni, terbabas dua kali, memasuki hi-way, yang tak sepatutnya.

Memasuki rumah melepasi jam 6 petang, kami disambut dengan kopi panas dan pisang dan keledek goreng




Untungnya, bila Rosmah kerja malam, kalau tak, kami pakat cari gerai goreng pisang untuk petang ini.

Saya hanya memasang telinga aje, mereka bertiga yang beborak lebih, sedangkan Abang Rahman menonton TV di ruang tamu.


Kira licin lah jugak pinggan goreng pisang ni bila dihidang untuk kami.

Bergerak menghampiri jam 710 petang, dah keletihan , dari pagi berputar dari hujung peta ke hujung peta. Lagi pun ada temujanji makan malam dengan Khairul di Shah Alam malam ni.



Terima kasih Rosmah dan Abang Rahman.



Abang Rahman pun orang Tepeng jugak!

Khairul masih tersangkut dimajlis pertunangan di Kota Bharu, Kelantan, bermakna hanya kami dan Nora lah nampaknya. Awalnya , secara diam saya mahu ke Al-Rawsha sahaja, tetapi, bila Norma mahu turut serta dari Kelang, saya teruskan juga rencana asal untuk brmakan malam di Shah Alam.

Tiba di Shah Alam sekitar jam 830 malam, terus sahaja ke Seksyen 7.

Norma menalipon menyatakan ada tetamu disaat akhir datang berkunjung kerumah beliau, hmmm, kembali ke asallah.

Makan jugaklah kami berenam ni tanpa rakan rakan yang lain

Restoran/Gerai Nasi Arab di belakang UNISEL Shah Alam.

Menghampiri jam 10, kami bergerak ke Kelang menghantar Nora pulang.
Terima Kasih Nora




Dah balik ke 'rumah' ni, tak boleh nak lena pulak.


Latiff Hariri
2010mlm 26122010
Sungai Petani

Saturday, 25 December 2010

Ambush Majlis Kapt Azlan

18122010

Pada awalnya Nora mahu menunggu di Hospital Ampang sahaja, tapi bila saya melihat alamat rumah Pengantin perempuan ni, ternyata arah tuju berlainan, harus ke Ampang Jaya. Jadi kami semua teruskan sahaja ke Kg Melayu Ampang ni, saya dah biasa dengan kawasan ini seawal usia 7 tahun.


Membaca peta untuk meng'ambush' Kapten Azlan.

Kami tiba di alamat ini menghampiri 430ptg. Ternyata majlis sudah tamat dah tiada lagi nasi minyaknya. Itu yang sebaiknya, kerana kalau ikut jemputan, kami hanya dijumput kerumah Kapten Azlan di Melaka sahaja, bukan disini. Saya lebih kepada mahu mengirim hadiah perkahwinan dari kami, Gang yang bertandang ke Kem Pakit bulan lalu.

Setelah memperkenalkan diri kepada Ayah mertua Kepten Azlan, langsung kami dijemput memasuki ruang tamu, dimana sedang diadakan sesi fotografi.



Bila foto ini dirakam, Kapten Azlan masih belum perasan siapa jurukameranya, dan setelah anak anak, Nora dan Roziah memasuki ruang tamu ni, Kapten Azlan mula perasan, "siapa dia Kakak ni? Macam pernah tengok tapi di mana?"

Saya terus masuk dan terpa kearah pelamin, ternyata Kapten Azlan terkejut besar melihat kahadiran tetamu ini. Terbangun beliau secara otomatik dari kerusi Raja Sehari beliau. Saya ketawakan beliau yang ternyata begitu terharu.....
Gelak ketawa tanda terkejut dan besarnya hati atas kehadiran wakil dari Gang Kem Pakit 21-24 November 2011

Tersenyum bila aksi dirakam. Ada suara tetamu yang menanya, orang mana menantu Tuan rumah ni? Segak orangnya.

Dah ada peluang begini, kami tak menolak bila Kapten Azlan mahu kami berfoto kenangan dengan kami sekeluarga.
Abadi dalam kenangan 30 tahun mendatang.

Kami hanya sekejap disini, walaupun Tuan rumah minta kami menjamah air tahu beku untuk minum petang.

Bukan apa, dah bersms dengan Rosmah yang akan jadi 'kelawar 'malam nanti, supaya datang kerumah beliau untuk minum petang. Saya sengaja kata tak tahu nak kemana lepas ni, supaya Rosmah mempelawa pekena secawan kopi dirumahnya.

Kapten Azlan begitu ceria di hari bahagia ini.

Kami bergerak mengarah ke Ampang Jaya, untuk saya ingatkan kepada anak anak dimana saya sering berkayuh basikal disetiap cuti persekolahan dari darjah 1 hingga ke Tingkatan 5.

Bergerak ke Setiawangsa pulak untuk bertemu Rosmah dan abang Rahman.


Latiff Hariri
1030mlm 25122010
Bandar Tun Hussein Onn

Wednesday, 22 December 2010

EARLY EDITION - METRO 23122010



SETELAH BELAJAR MENGUNAKAN KAMERA INI SELAMA HAMPIR 5 BULAN, AKHIRNYA USAHA MUHAMMAD IZZUDDIN JANATON BERBALOI , BILA BUAT PERTAMAKALINYA , TERSIAR DI DI HARIAN METRO 'EARLY EDITION' 23122010.

JANGAN LUPA BELI ESOK!!!


Latiff Hariri
2020 22122010
Sungai Petani

Sunday, 19 December 2010

Ziarah ZulRahim

18122010 245 ptg

Rezki kami memang baik, waktu melawat dipanjangkan dari 1230 tengahari hingga 7 malam, jadi tak tergesa gesa untuk bertandang.

Tingkat 5, Wad 5A

Zul dan Rosni

Bertemu Zahari pada jam 330 petang


Memang kami berada lama di Hospital Ampang ini. Lebih kepada berbual dengan rakan rakan , Zul kurang upaya untuk bicara atas sebab kesihatan.

Bukan waktu yang sesuai untuk berbicara dengan pesakit pun, lebih kepada menziarahi.

Saya bergerak turun ke kereta pada jam 4 ptg, pada ketika itu juga Ghafar sampai, dan tiada kesempatan untuk saya bertemu muka dengan beliau, hanya foto ini yang dirakam Izzuddin.


Ghaffar dan isteri disambut Nora dan Roziah

Ucapan selamat tinggal dan diiringin doa untuk Zul sekeluarga. Moga anda tabah menghadapi dugaan ini, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, hanya Tuhan dan yang empunya diri yang tahu.

Kita ni tak kemana sebenarnya......


Latiff Hariri
0841mlm 21122010
Sungai Petani

Kenduri Kahwin Shahir Amran

18122010

Kami bergerak malas meninggalkan Nilai pada pukul 1040 pagi.

Tapi sebelum itu, Rosmah dah sms, bertanyakan samaada mahu sarapan bersama mereka di Ampang . Terkedu jugak, sebab dalam rancangan beliau dan Hasnah, kami nak diraikan dengan sarapan pagi bersama . Hm, maaf dua kali Rosmah dan Hasnah, kami pulak rencananya, mahu ke Shah Alam, cek in, ambil Nora, terus ke kenduri kahwin anak Ustad Amran di sek 4 Shah Alam.


"Eh, Abang Latiff.... cameraman dari SP pun datang, nampak kurus la" , itu kata kata anak anak Ustad Amran, bila saya terpacul diruang tamu .

Perkahwinan anak yang pertama di Sungai Siput, kedua di Kelang, ketiga di Parit Buntar, keempat di Shah Alam, dan terakhir di Shah Alam, semua saya hadir .

Kami tiba pun dah menhampiri 1115, buat apa yang patut, selasai, terus ke majlis. Dan kami antara yang awal. Di ruang tamu sudah bermulanya acara Marhabban dari kumpulan surau. Anak2 terus menerpa ke pintu sisi, arah ke dapur. Saya melepak di bawah khemah menanti .

Dan acara makan makan bermula jam 1210 dumulakan oleh orang kuat surau sek 4.


Bi, menantu sulong Ustad Amran dan Mak Munah

Gang Surau Sek 4. Wajah wajah yang biasa saya jumpa sekitar tahun 1991-2000
Mak Munah memegang lengan Eka. Ini anak belaan mak pada hari ke 45 hingga ke darjah 1

Kami dah biasa dgn rumah ni, main masuk ke dapur aje.
Ni anak teruna Raja sehari, dia rilex aje, tak macam nak kawin pun.


Saya dan Ustad Amran, orang Sungai Siput, bekas tentera serta bekas Johan Qari Negeri Selangor
Kami pun mula makan apabila semua tetamu memulakannnya. Kena segera sebab banyak tempat nak berziarah ni.
Abah dan Emak dikelilingi cucu cucu, selepas melebihi 35 tahun bersama
Wajah ceria saorang Ayah, tugasnya selesai sudah.

Aqilah bertembung dengan Fawizah, juga anak angkat Mak munah, sama sama menumpang di rumah Abah Ustad semasa kecil dahulu

Satu kenaangan bersama sebelum berpisah dari Majlis Perkahwinan Shahir.




Kami bergerak ke Ampang menghampiri waktu Zuhur, dan perjalanan di lebuhraya begitu sesak bermula dari Batu 3 hingga ke Angkasapuri. Saya guna laluan Cheras, melewati
Tayton View dan menyusur ke lebuhraya Ampang mengarah ke Pandan Indah. Masa perjalanan melebihi 1 jam 20 minin untuk sampai ke Hospital Ampang ni.

Kepala terasa berat aje, gara gara malam tadi berkisah dengan rakan rakan OE1981.

Latiff Hariri
0827mlm 21122010
Sungai Petani