Bee Gees

Sunday, 23 November 2014

Malam Apresiasi dan Hari Kualiti SM King Edward Vii

Ini majlisnya Malam Aprisiasi dan Kualiti Sekolah Menengah King Edward VII Taiping, pada 13 November 2014.

Setahu sayalah, acara ini selalunya diadakan untuk majlis makn malam para guru guru sempenan tamatnya sesi pesekolahan hujung tahun.

Tapi, mereka nak jemput jugak kami dari OE81 ini untuk turut serta, jadi kami terima aje dengan hati terbuka dan terharu.


Bila orang menjemput, tak kan kami nai datang berlenggang tangan.

Majlis bermula sekitar 840 malam, Dimulakan dengan Nyanyian Lagu Sekolah, dan Nyanyi Lagu Guru beserta doa.

Lokasi kami yang paling hadapan....View cantik.

Potong kek oleh VVIP.

Pengetua Cikgu Aziz.

\
Sijil penghargaan untuk Angkatan OE81 atas jasa dan sumbangan bermula dari 2013.

Bendahari Bersama OE81.

Yes, malam itu kami dihiburkan oleh para guru dengan nyanyian dan sendaguau. Memanmg meriah dan sporting guru guru KE ni.


Tamat acara dengan foto bebas bersama VVIP.


Semua ini berlangsung di Dewan Hotel Perdana Taiping. Saya dan Izzuddin bergerak pulang sekitar 1220 malam. Tapi sebelum itu kami pekena kueteow di sebelah Masjid Lama Taiping , seperti yang diwarwarkan oleh rakan facebook saya tu.

Ok, memang boleh makan gorengannya.

Tiba SP 2 pagi

Latiff Hariri
0820 20112014
Sungai Petani

Friday, 21 November 2014

Padang Bukit Tinggi Hari Pertama

Tiba mengikut jadual, sekitar pukul 900 pagi, waktu kita lah. 

Borang Kemasukan Imigrasi Indonesia siap kami isi didalam kapal terbang, jadi tiada masaalah di kaunter Imigrasi. Yang jadi masaalahnya , troli bagasi tiada!!

Untungnya  tetamu yang saya bawa kali ini adalah dari kalangan yang sering keluar negara, jadi senang kerja tour leader ni.

Sekitar 920 pagi kami keluar dari Lobi Ketibaan.


Janu Ad yang saya temui dulu.

Angkut 3 beg sekali,

Anak kesayang emak, Badrul dengan emaknya.

Posing depan lobi pintu keluar Bandaran.

Semua tersenyum gembira bila menjejakkan kaki di Ranah Minang.

Bas untuk 27 tetamu, tapi kami hanya sebelas sahaja, puas berlegar.

Saya sempat perkenalkan kepada tetamu akan Janu Ad yang menjadi ketua sepanjang 4 hari kami di Padang Bukit Tinggi. Ya, pada awalnya Ad dan tetamu malu malu untuk berinteraksi, tapi, bagi saya, kau tunggu ajelah nanti.

Yang pertama saya minta dari Janu Ad adalah untuk bersarapan. Kami tidak memasuki Kota Padang, kerana ingin segera di Bukit Tinggi.

Intan, Din, Emak Fatimah, Badrul dan Kak Ani.

Kak Ani adalah kakak , Intan adalah adik kepada Din Selamat. Kira Din Selamat punya angkatan paling ramai, kira kira 7 orang. Badrul berdua dengan emaknya, saya dan anak saya Faiqah.

Sekitar 20 minit perjalanan ke utara, kami berhenti untuk sarapan.

Teh tarik, roti canai menjadi pilihan....dan ternyata tetamu saya mengkagumi kuah roti canai yang berresepikan masakan minang.

Kami disini sekitar sejam, kira awal lagi ni. 

Perjalanan diteruskan. 

Malam tak tidur kerana perjalanan jauh dari utara serta hati dah teruja untuk berjalan.

Jadi, Dhiyaa lena aje....

Perjalanan sejam terhenti di Air Mancur untuk menikmati pemandangan indah. 


Latiff Hariri
0630 18112014
Sungai Petani



Saturday, 15 November 2014

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS

Kg. Tok Keling,
Jln. Alor Mengkudu - Tokai,
Alor Setar, KEDAH.


  


 Assalamualaikum wth,

POHON SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN DAN OPERASI PENTADBIRAN DARUL HADIS.

Pihak pentadbiran Pusat Pengajian Darul Hadis dengan ini memohon kepada muslimin dan muslimat yang sudi untuk beri Zakat / Wakaf / Infaq atau sebarang bentuk sumbangan bagi tujuan :-

a) Pembinaan Masjid Darul Hadis, tingkat 3 & 4.
d) Pembinaan Asrama pelajar, tingkat 2 & 3.
c) Pembinaan kafeteria / kantin makan pelajar.
d) Kos operasi, gaji guru dan kakitangan.

Sekiranya tuan puan sudi dan berhasrat menyumbang bagi tujuan tersebut, boleh bank in dlm akaun :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Nama : Pusat Pengajian Darul Hadis
No. Akaun : 020-8401-0038-156

Selepas bank in, sila SMS / Whatsapp slip ke no. hp 019-422 3434 atau email slip bank ke email : darulhadiscentre@gmail.com Kami amat hargai sumbangan tuan puan walaupun sedikit. Semoga ALAH memberkati usaha ini sebagai amalan soleh.


##### EPILOG ######

Mari sama-sama kita menghulurkan sumbangan kepada Maahad Darul Hadis, InsyAllah Maahad ini akan melahirkan lebih ramai Hafiz Al Quran dan Muhaddith dalam usaha mengukuhkan aqidah ummah.

Mudir Am Maahad Darul Hadis ialah Syeikh Muhd Zainul Asri Hafizhohullah Taa'la..saya pernah berguru dgn beliau sewaktu tamat SPM 2013.

      
Guru yang sebenar apabila dia mengajar, mampu memberi HATI kepada anak murid
                                  Anak murid pula sudi menerima HATI guru itu.

Muhammad Izzuddin Janaton
0930 15/11/2014
Sungai Petani