Bee Gees

Saturday, 31 July 2010

The Jannatons-Pertemuan Pertama di Ipoh 2002





















Masa kecil dulu , ya la, masa baby hingga umur 4 tahun, saya tak tahu pulak nama saya panjang. Nama Latiff pun saya tahu bila masuk tadika Bunga Raya Lenggong tahun 1970 . Saya lebih dikenali dgn nama lain masa tu. (Ish , malunya) tapi, memang pun kita dibawah jajahan British, jadi emak bapak kita terbawa bawa jugak dengan minda penjajah
tu.

Kenapa Boy ? Tengok ajelah foto umur 4 tahun di FB tu. Masa baby dan sekitarnya, memang sebijik perempuan!!

Tapi ini semua kisah lama. Saya pun tak suka pada nama ini sebenarnya, tapi dah tercatit dalam Surat Beranak, bawa ajelah sampai ke tua. Kadang kadang suka jugak, sebab ramai yang kenal saya dgn nama ini, kalau Latiff sahaja, dah ramai sangat yang nama Latiff ni. Masa SR King Edward, ada kawan yang sengaja panggil saya Tun, saya kejar aje satu sekolah, tapi lama lama, saya mengalah lali, gasaklah korang.nak pangdil apa pun.

Bila semakin dewasa , barulah faham mengapa nama saya Abdul Latiff Janaton bin Hariri.
Sempena nama great-great Moyang sabelah Bapak saya rupanya. Tahulah jugak asal usul salasilah keluarga ayah saya. Yang saya ingat, lebih kepada keluarga Bapak yang menetap di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur waktu itu.

Ini perjumpaan keluarga Jannaton yang pertama di Ipoh, saya turut hadir bersama Kak Sham dan Abang Jabar,Makcak, Pak cik Ya dan Ku Wan. Tahulah jugak siapa 'siapa' didalam keluarga ini. Yang paling saya ingat dan rapat jugak dgn Bapak, arwah Tok Jit, sebab Tok Jit rajin bertandang kerumah setiap kali dia ke Taiping dan Lenggong. Dan saya ingat akan Tok Janggut, Arwah Tok Pin dan Arwah Tok Gang sebab pernah bersua mereka di Kuala Lumpur disetiap majlis kenduri kendara keluarga. Tapi, kini kebanyakan mereka dan tiada lagi, dan ikatan ini dah semakin jauh rasanya, kerana ketiadaan Bapak sejak 1984.

















Foto pertama yang tersiar di keseluruhan surat khabar - Utusan, Berita, NST dan Star dan juga TV3. Saya di mana? Tu... dibaris belakang.

Dan sememangnya nama nama keluarga Jannaton ini tercatat dalam sejarah Malaya dan Singapura, serta Malaysia, dan hingga kini, masih mempunyai pewaris pewaris yang agak besar namanya dipersada negara.















Kak Sham dan anak anak dibarisan hadapan.

Didalam sesawang www.jannaton.net tersimpan serba sedikit sebanyak salasilah keluarga ini, dan buku keluarga tulisan Aziz Ishak (Tok Jit) bertajuk Mencari Bako , ada mengisahkan kisah perjalanan hidup nama ini. Ini keluarga besar Tok Jennaton, yang asalnya dari Pagarruyung( Batu Bara), Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
















Abang Jabar, Kak Sham n baby, Ku Wan dan Makcak

Ternyata orang orang Minang ni perantau dan menjadi pemain utama di Nusantara. Yang saya tahu nama nama minang ni seperti Abuya Hamka, Shamsiah Fakeh, Aishah Ghani, Rosnani Jamil, Rais Yatim dan ramai lagi.

Dan nama nama 'The Jannatton' yang mewarnai sejarah kemerdekaan , yang tak akan padam, walaupun di'perkecilkan' oleh suku sakat DK&S, ialah. Allahyarham Aziz Ishak (Tok Jit), bekas Menteri Pertanian pertama yang di'mangsa'kan Tunku Abdul Rahman sepertimana Anwar Ibrahim , yang di.padamkan. oleh DrM tu. Abang kepada Tok Jit, Allahyarham Yusuf Ishak, pengasas Utusan Melayu (now Utusan Meloya) dan juga mantan Presiden Singapura yang pertama.

Hingga kini saya masih terkenangkan betapa hebatnya Shamsiah Fakeh , walaupun pemerintah kita masih melabelkan beliau sebagai puak behaluan kiri. Bagi saya, ibu adalah pahlawan kemerdekaan , yang tidak mengejar pangkat dan nama, sepertimana pemimpin mereka yang berkiblatkan British.

Rais Yatim, kampung asalnya kg Sipisang, bersebelahan dengan kampung Haraban, tanah asal tumpah darah nenek Sariah-Bulan-Zaiton (dan saya ). Rais Yatim ada membina sebuah masjid di Kg Sipisang ni kira kira 25 tahun yang lalu. Nanti akan saya fotokan. Orang orang kampung Sipisang amat menyanjungi beliau. Syukur, kebanyakan anak anak Minang ni rajin pulang menjengok kampung halaman mereka.

Walaupun Bukit Tinggi ni daerah pendalam dipergunungan, tatapi 'anak-anak'nya menempa nama di setiap pelusuk Bumi ini.















Ku Wan, Tan Sri Razali Ismail dan makcak.
Pcik Ya dan saya dibelakang.
Mereka adalah pangkat pangkat pcik mcik kepada saya
(Pak cin Razali ni mantan Wakil PBB ke Myanmar suatu ketika dulu) Anak saudaranya termasuk Zakri Khir, rakan SR King Edward Rahman.

Ini merupakan pertemuan pertama, Salasilah keluarga tersimpan di sesawang diatas, dan kisah perjalanan Allahyraham Janaton boleh dibaca didalam penulisan Tok Jit,
" Mencari Bako ".

Kubur panjang Dato' Jannaton terletak di Minden, Pulau Pinang. Merupakan orang pertama yang membuka Pulau Mitiara, dan bukannya Francis Light!!

Hari ini, 31072010 , The Jannatons, berkumpul semula. Kali ini di Putrajaya Persint 2. Sudah lama saya tidak menghadirkan diri, walaupun surat jemputan dan email saya terima dari pengirim, Mcik Rahmah.

Jadual agak padat sekiranya saya ke Putrajaya, kerana , rencananya hanya akan ke Kuala Lumpur diawal Ramadhan nanti , berbuka puasa bersama anak anak disana.

Latiff Hariri
0900 31072010
Sungai Petani

Wednesday, 28 July 2010

Cikgu Ainun - Darjah 1 (SRJK-I Lenggong)

Lebih dari 37 tahun, dan tak pernah padam dari memori saya , guru guru sekolah Rendah saya ni.Walaupun saya hanya berkesempatan disini untuk 2 tahun, namun nama nama mereka yang pernah mendidik saya, tidak akan saya lupakan.

Cikgu Ainun yang pertama, sebab dia guru secara rasmi kelas darjah 1A saya. Guru Darjah 2 Cikgu Lily . Ustazah Maimunah pun , sebab satu satunya yang berselendang di sekolah. Selain dari itu, Guru Besar Cikgu Mokhtar, yang saya ingat, saya sering memasukit pejabat beliau mengirim buku kedatangan yang diarahkan guru-guru kepada saya, untuk dihantar terus ke pejabat Guru Besar. Guru guru lain yang saya ingat pun, bukan kerana pernah diajar mereka, lebih kepada cerita cerita yang dikongsi bersama dengan Rahman, kakak saya Shamsiah , dan mak su saya, Azizah.

Tahulah jugak nama nama Cikgu Aziz dan Cikgu Haji. Lebih kepada cerita ngeri, tentang kegarangan guru guru ini, betul ke?

Sepanjang Ramadhan yang lalu, saya dan Jie(Khairul) ditugaskan mencari dan menjemput seramai mungkin guru guru ini. Dan hati saya paling teruja nak berjumpa guru ini.

Selesai 'meeting' pertama bersama Coolbatch 70-75, sudah tersiap berkeping keping surat jemputan . Yang saya suka dgn Urusetia ni, mesyuarat pertama, dah siap scan gambar, dah siap cetak surat. Sambil berbincang, beborak dan mengungkit kisah lama, tapi tangan masing masing bekerja. Sempat lagi berfoto sana sini buat kenangan.















Saya, di belakang , bersama Coolbatch70-75 SRJK(I) Lenggong. Mereka ni lah yang memungkinkan saya bertemu dengan Cikgu Ainun, Cikgu Lily, Cikgu Faridah & Cikgu Hizam, Cikgu Aziz dan Cikgu Aripuddin. Selain dari rakan rakan Darjah 1 & 2 saya yang melebihi 10 orang malam itu. Terima kasih kepada semua yang hadir!!!

Semuanya selesai dalam masa sehari. Dan saya dan Jie , pulang ke utara pada hari yang sama. Singgah ke Lahad, untuk mencari Cikgu Ainun, ternyata kami langkah kiri. Akhir berbuka puasa di tepi masjid aje, tak kesampaian nak berbuka bersama Cikgu Ainun.

Minggu berikutnya, kami sekali lagi ke Ipoh, kali ini bertiga , Jie , saya dan Wan , dan akhirnya berjaya menatap wajah Guru ini.

Hanya bersalaman dengan suami Cikgu Ainun. Mustahil mereka tidak mengenali anak Ustaz Abdul Latif ni, si Khairul (Jie) . Jadi saya hanya membisu sambil mendengar perbualan mereka. Seronok jugak dengar kisah kisah lama antara Guru guru dan anak murid ni.


Hingga akhirnya Cikgu Ainun bertanya kepada saya, " Yang ini siapa?"

Hehehe, baru saya pulak memperkenalkan diri. Hmm, Lenggong ni kecil sangat sangat,(masa dulu lah). Saya beritahu nama, dan Hariri jugak yang menjadi pembuka memori Cikgu berdua ini. Sepontan saja , Cikgu Ainun bertanya, " Dimana anak anak Cikgu Osman?"

Cikgu Osman Mansor pernah mengajar di SMDA jugak, di akhir tahun 60an. Dia pandai melukis. Anak anak Cikgu Osman adalah sepupu saya.

Tersepi seketika bila saya rungkaikan sedikit tentang keluarga Cikgu Osman kepada Cikgu Ainun. Saya teringat jugak tentang kisah kisah lucu arwah Pcik Osman ni, yang
suka 'berkirim salam' kepada Cikgu Ainun ni, melalui Rahman. Hehehe, kisah orang bujang, biasalah, kita waktu itu anak anak hingusan lagi.

Tapi, sempat jugak saya menyakat Cikgu Ainun hari itu didepan suaminya.

"Cikgu Ainun ni Erra Fazira 70an." Hahaha, saya dan Jie ketawa.

Dan jawapan yang saya prnah dengar dari Cikgu Ainun, "Alah, zaman jahiliah tu, buat malu je...."

Terima kasih cikgu kerana begitu terbuka menerima usikan saya.

Saya tak ingat sangat kenangan di kelas 1A, selain dari penulisan terdahulu. Tapi , untuk rekod, semasa menyakat budak perempuan tu, dengan menyorokkan beg sekolahnya, ternyata sampai kepengetahuan Cikgu Ainun. Beliau tak marah, lembut aje.

"Latiff, pulangkan balik beg ......tu...."

Dan saya dengan ' boring ' meletakkan beg ketempat asalnya. Saya kira waktu itu tak tahu takut langsung pada guru guru ni, kecuali bila memasuki Kelas Cikgu Lily ditahun berikutnya, hehehe. Baru tahu untung nasib.





















Ramadhan 2009 menemukan saya dengan guru favourite saya, Cikgu Ainun. Sebagai anak murid, saya memerhati lama Cikgu ni, cuba nak bayangkan semula waktu mudanya dulu, yang saya kira, memang ramai peminatnya.

Cikgu Ainun menetap di Lahad, berhampiran Tesco. Memang dia ada menjemput saya , bila bila masa, bertandang kerumahnya. Saya kira Raya 2010 ni bakal menemukan Cikgu Ainun dengan Latif & Roziah.

OK, harap ada yang puas hati menatap foto guru kita ni.


Latiff Hariri
2046 30072010
Sungai Petani

Tertinggal Bas

Dua malam yang penuh dengan temujanji.

Begitulah ceritanya, sepanjang dua malam, Isnin dan Selasa ini.

Saya jarang beraktiviti dimalam hari hari biasa ni, kecuali pada Jumaat malam, dan pada Sabtu Malam. Hari ini lebih santai untuk beraktiviti, kerana keesokkan harinya, kita masih bercuti.

Isnin malam , rencananya mahu mingikuti ceramah Politik di hadapan Taman Padi Mas, tetapi disaat akhir, Pak Syed pulak menjemput saya makan makan malam bersama keluarga dan bapa mertua beliau. Ya lah, pertamakali bapa mertua beliau menjejakkan kaki ke Malaysia pun. Jadi, untuk 'membesarkan hati' kawan ni, saya turut hadir. Hinggakan memesan makanan pun diserahkan kepada saya.

Maka ter'miss'lah ceramah politik dari Datuk Mahfuz tu, cuma berwakilkan Mohd sahaja.
















Izzuddin bersama rakan rakan Tm Padi Mas, Aiman dan Ustad Idris Ahmad(Ketua Penerangan PAS Pusat)


Selasa pulak, dalam tengahari, saya dikejutkan dari dua kenalan saya ni. Mereka dalam perjalanan ke Uitm untuk mendaftar anak mereka. Hm, pelik ni. Orang lain. anak anak mereka dah mulakan sesi pelajaran di Uitm, 'dia' ni, baru nak daftar.

Saya cadangkan mereka mendaftar sama di dalam Uitm, kerana tersedia sudah, hotel didalamnya. Dan ternyata mudah arah tuju mereka ke Uitm, yang pertamakali mereka bertandang. Sebagai hadiah, saya bawa mereka makan makan lagi di Tg Dawai ni.

Dah dua malam dapur Roziah tak berasap.

Saya dah kenali mereka ni lebih dari 14 tahun, mereka adalah pelanggan pejabat saya, dan saya jugak adalah pelanggan pejabat mereka sejak dari tahun 1982. Ini adalah tempatnya saya menabung untuk hari tua saya, hingga ke kini, mungkin hanya dapat dikeluarkan empat tahun dari sekarang. Tapi, saya tidak mengharapkan, biarlah sampai disaat saya berjabat tangan dengan majikan saya, bila usia mencecah 55 nanti.

Ternyata mereka ni orang KL pekat, hinggakan jalan ke arah Kedah pun tak mengerti, jadi saya tunggu mereka di tepi tol hi-way untuk ke destinasi makan makan ni.

Kami berlima akhirnya bertemu dan makan makan. Bila dah lama tak jumpa, dan dengan aktiviti kami yang rajin mencari kawan kawan lama ni, ternyata mereka jua adalah rakan sepejabat kepada rakan persekolahan kami dulu.
















Angin ribut serta hujan menyambut kami di Tanjung Dawai. Selesai makan, acara membeli belacan dan ikan masin pula. Diharap tetamu teamu ini tidak serik untuk menjenguk anak anak mereka di Uitm nanti. Semua kemudahan tersedia di Uitm, mahupun di Sungai Petani. Nak kan 'Homestay' di Teratai Inn-dah pun, boleh disediakan.

Terima kasih Gee & Mai.


Latiff Hariri
0725 28072010
Sungai Petani

Monday, 26 July 2010

SARIAH - BULAN - FATIMAH ZAITON - ABDUL LATIFF JANATON

Seawal usia 5 tahun, saya sudah meminati lagu lagu piring hitam yang dimiliki Emak/Bapak. Sering, emak akan memainkan piring hitam bila kelapangan. Antara piring piring hitam simpanan Emak : Tety Kadi, Orkes El-Suraya, Lilis Suryani, Tetiek Sandhora dan Muschin, Tiar Ramon,Titiek Puspha, Rafeah Buang, Kak Pah, Andre Goh, Sarena Hashim, Habibah Yaakob, Hasnah Harun, A Ramli, J Sham.

Ya, banyak koleksi Emak/Bapak ni.

Ingat lagu J Sham tak?

' No 66, Jalan Tampin, Seremban, Negeri Sembilan ..." Kelakar lagu ni, sebab beri alamat rumahnya sekali. Bila remaja, baru saya kenal siapa J Sham. Pensyarah Muzik disalah sebuah IPTA .

Tapi, mengapa emak dan Bapak begitu meminati lagu lagu dari Indonesia ni? Saya tidak tahu hubungkait lagu dan keluarga saya. Sahingga memasuki alam persekolahan, darjah 1 dan 2 di Lenggong. Mungkin suasana persekolahan di daerah pendalaman, anak anaknya lebih bertata tertib dalam perhubungan. Bila memasuki darjah 3 di SR KIng Edward VII-1, baru timbul pertaanyaan mengapa nama saya ada Janaton seiring dengan Abdul Latiff.
Kata emak, itu nama keluarga. Saya tak ambil pusing dari mana nama itu datang, tapi katanya, dari Indonesia jugak.

Apa yang saya mahu ceritakan ini , adalah perjalanan saya dan Rahman, dalam menjejaki salasilah keluarga keturunan Emak, dan bukannya keluarga Janaton.

Sebenarnya , saya takut untuk sendirian ke Indonesia. Pertamakali menjejakkan kaki ke Indonesia pada tahun 1995 ke daerah Kerinchi, lewat Dumai-Pekan Baru-Bengkulu. Waktu itu baru lepas kejadian gempa bumi yang meragut berpuloh nyawa di daerah ini.
Nanti akan saya rekodkan kisah perjalanan pertama saya ke Sumatera.

Dari sini, saya tekadkan , saya mesti menjelajah ke Sumatera Barat lagi untuk menyusuri Nenek Sariah.

Seharusnya sesuatu perjalanan itu dirancang, tetapi, kalau dirancang sangat, selalunya tak menjadi. Jadi, bila Rahman mencadangkan,

' kita ke Bukit Tinggi minggu depan, tapi, kena tunggu I siapkan kerja di Loksemawe , Acheh dulu , nak tak?'. Itu cadangan Rahman di awal tahun 1998, 3 tahun selepas saya ke Kerinchi,

Saya setuju aje. Setelah siap atur janji kami, saya ke Medan melalui Kuala Lumpur dengan MAS. Masa tu tambang RM500++ duahala. Rahman dah sedia menunggu di Bandara Polonia. Pertamakali menjejakkan kaki ke Medan ni. Kami berjalan kaki di kota Medan mencari Stesyen Bas Ekspress . Dan dihari yang sama , kami mendapat bas ekspres ALS (Antar Langsung Sumatera) Kira sama taraf bas Transnasional lah. Tapi, istimewa kerana mereka sudah ada Bas 2 + 1, serta dibekalkan 2 bun roti & segelas air mineral. Bas bergerak mengikut waktu, tapi katanya Bas akan terus ke Jakarta, dan masa perjalanan 3 hari 2 malam. Dan kami dijangka tiba di Bukit Tinggi jam 1100 pagi keesokkan harinya. Wah!! 18 jam perjalanan!! Kusut masai ni!


View Larger Map








Peta ini dapat menceritakan bagaimana jauhnya pejalanan yang kami lakukan, dengan menaiki bas dari Medan - Bukit Tinggi - Padang - Medan .




















Saya dan Rahman dapat 'seat' paling belakang sekali, tak tidur lena akibat hentakkan dan goyangan badan bas bila menyusuri gunung, lurah dan bukit, yang hanya boleh saya bayangkan saja dimalam itu.

Bas jenis Mitsubshi dengan pemandu utama, seta 3 orang pembantu. Ramainya!! Ya, mekanik dan kelindan bas, dan saorang pembantu pemandu. Jarak melebehi 2000km mengarah dari Sumatera Utara ke Barat, Selatan terus ke Jakarta , menaiki fery melintasi Selat Sunda. Tapi kami hanya ke Sumatera Barat.

Dah berada di dalam bas dan melewati setiap bandar/pekan di daerah Sumatera ini, baru saya tahu mengapa perjalanan begitu lama. Semuanya kerana hubungan jalan antara bandar /pekan, boleh diibaratkan saya menggunakan laluan Lenggong - Gerik tahun 1960 dulu!! Jalanraya hanya mula elok/cantik bila memasuki Sumatera Barat. Itupun satelah menjelang subuh. Yang sangat saya kagum, pemandu bas begitu berhati hati mengambil selekoh dan curam. Waktu solat pun dijaga sepenuhnya.Tiba subuh disatu daerah terpencil, kami berhenti mandi dan solat. Ternyata penumpang sudah bersedia dengan tuala dan berus gigi, serta kain pelekat untuk mandi/wuduk dimasjid. Dan air yang digunakan adalah dari kali/anak anak sungai, atau buluh yang disambung terus memasuki kesetiap kamar mandi . Ini satu pengalaman yang sudah lama saya tinggalkan sejak keluar dari daerah kenangan, Lenggong .

Selesai sarapan kuih muih kampung, kami bergerak, dan bila melepasi kota kecil ,Lubok Sikaping, kami terus memberitahu tujuan kami kepada pemandu, bersama peta yang kami bawa. Pemandu yang sudah faham dengan selok belok jalan, mengangguk , tanda faham arahan kami supaya berhenti di Kampung Haraban.















Bas berhenti betul betul dihadapn Masjid kg Haraban tepat jam 815 pagi.

Ada saorang tua, yang berdiri disisi Masjid, terus kami memberi salam. Tak pasti siapa orangnya, Rahman dan saya mula bercerita tujuan kami memasuki Desa tersebut. Mulanya agak susah memahami, kerana bahasa Minangnya agak pekat!!

Yang pasti Pak Makmum mengerti tujuan kami, terus dia mengajak kami memasuki kampung. Saya tak pasti kemana arah tujuan. Tapi kerap jugak bertanya, jauh lagi tak Pak? Memang jauh, kalau mahu diulang lagi kenangan itu, saya lebih rela naik motor aje menuju ketempat yang ditujui Pak Makmun.














Saya hanya memberi nama nenek saya, Bulan binti Tamat(Datuk Junjung, nama gelarannya. Tamat adalah suami kepada Moyang Sariah), dan Pak Lurah terus melakar salasilah keluar disebelah emak saya ini.




Kami rupanya harus melapur diri ke rumah Pak Lurah (ketua kampung) . Pak Lurah dan isteri menyambut kami dengan senang hati walaupun beliau dan isteri sedang bersiap untuk ke Kota atas urusan keluarga. Tak sangka pulak, dia boleh siapkan carta salasilah keluarga dengan hanya memberi nama moyang kami, Sariah yang mempunyai empat anak, dua darinya Bulan dan Osman , terus di lakar cabang cabang keluarga di Desa Haraban, dan kami membetulkan cabang keluarga di Malaysia. Wah , besarnya cabang di Malaysia, terus membiak melata ke pelusuk Semenanjung dan melangkau ke Kota London dan benua Australia!! Tapi, yang di Desa Haraban cabangnya agak perlahan, tidak seramai kami di Malaysia. Lama jugak kami dilayan, sedangkan saya dah tak sabar mahu melihat Rumah Gadang milik emak kepada moyang Sariah.















Kami menyusuri batas bendang di lereng bukit , tak ubah seperti filem lama P Ramlee dimana mereka menuruni kali dan sawah yang melata dikelilingi bukit dan lurah. Akhirnya , kami tiba di rumah ini. Inilah Rumah Gadang kelahiran ibu kepada ibu ibu kami, Nenek Sariah. Rumah ini terlalu usang, berdindingkan anyaman kulit kayu dan tiang yang hampir reput. Masih berpenghuni, saya kira 3 pupu kepada saya, ya lah, cicit cicit saudara kepada Nenek Sariah jugak!!

Sebak bila mengenangkan betapa susahnya sejarah kehidupan Nenek Sariah serta Nenek Bulan, yang saya kira dilahirkan disini juga. Saya mendapat tahu setiap kali Nenek Sariah akan melahirkan zuriatnya, beliau akan pulang ke sini dari dearah Lenggeng, Negeri Sembilan, kira kira di awal tahun 1900 . Tiada sempadan masa itu, semuanya satu nusantara dan serumpun.















Bersama angkatan kepada emak saya, serta sebahagian angkatan sepupu dengan saya, serta anak anak buah. Pada mulanya mereka agak kebingungan, kerana tanpa angin ribut,selepas hampir 80-90 tahun, tetiba aje muncul cicit Sariah dihalaman rumah mereka.

Lalu foto ini mereka keluarkan dari simpanan mereka untuk pengesahan bersama.














Ya!! Foto kiriman tahun 1940an, yang masih tersimpan didalam almari cermin di ruang tamu rumah mereka. Dari kanan, Mcik Midah(Bandar THO) , Gamber beramai2, Nenek Sariah, dan anaknya, Osman (Polis SC) .

Dan dalam sekelip mata, heboh satu kampung tentang kehadiran kami berdua, dan tak henti henti tetamu tetamu dekat, yang datang bersalaman sambil bertanya khabar, dan memberitahu mereka dari salasilah yang mana, untuk panduan saya.















Di kampung Air Kijang, kira kira 1.5 km dr Kg Haraban, dihadapan rumah Mak Sawi. Jalan kaki aje kami petang tu, ulang alik dah 3 km.
(Untuk rekod, anak Mak Sawi - Syafirman, adalah saorang Guru di Kota Lubuk Sikaping, dan juga Ketua Adat dari suku Ciniago . Beliau juga adalah Imam dan Pengerusi Masjid Haraban. Melaluii beliau saya bertanya khabar dan mengirim pelbagai bentuk bantuan untuk anak anak Kg Haraban. Syafirman senior 2 tahun, dan merupakan 3pupu saya)














Kami bermalam disini. Bertemankan lampu gaselin era Lenggong tahun 60-70 dulu,serta bermandikan air pancur dari buluh , kami kembali kepada asalnya.

Ternyata, wajah wajah kehampaan bila kami memberitahu yang kami akan berangkat ke Bukit Tinggi keesokan pagi. Memang saya sendiri dapat merasakan, sesaorang yang datang dari jauh, hanya bertandang untuk satu malam di rumah kita. Kita akan merasakan, mengapa tergesa gesa, belum puas bercerita dan berkenal mesra.

Beginilah. Yang penting kami sudah membuka jalan untuk seluruh anak cucu cicit Sariah, sekarang yang pertama, dan pasti akan ada yang kedua dan seterusnya. Itu janji saya dan Rahman sebelum kami berangkat ke Kota Bukit Tinggi , yang mengambil masa perjalanan dengan bas(disini disebut bis) kira kira satu setengah jam.

Ya , kami bermalam untuk semalam di KotaBukit Tinggi ini. Saya merasa selamat berjalan dengan Rahman, kerana beliau sering ke Indonesia, dan pandai berbahasa Melayu dengan lentok dan nahu Indonesia. Serta buku rujukan setiap kota kota di Indonsesia sentiasa didalam tangan beliau.

Pertama kali ke sini, teruja jugak bila melihat Jam Gadang dan Istana Pagarruyungnya.

















Di Istana Pagarruyung.(Istana inu sudah terbakar keseluruhannya 2-3 tahun yg lalu), kira kira beberpa bulan sebelum kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negesi Sembilan yang lalu.

Menjejak Siti Nurbaya - Novel Cinta karya Marah Rusli

Hari ketiganya kami bergerak ke Padang untuk pertamakalinya. Ditangan Rahman sudah tersedia naskah Novel karya Marah Rusli - Siti Nurbaya. Abang saya sudah menghafal kisah novel ini di awal persekolahan rendah lagi. Dari kecil Rahman memang ulat buku dan kaki membaca, tidak kepada diri saya.

Kalau ikut saya , saya tak lah begitu teruja untuk bersentimental dengan Novel ni. Tapi dek kerana saya hanya menjadi teman kepada Rahman, jadi kenalah turutkan.














Diatas Bukit Padang

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang Tiga.
..........................
.........................

Sila habiskan pantun ini. Itu ha, Pulau Pandan. Moga ada yang dah tahu dari mana asalnya pantun ini. Gunung Daik? Well, kena baca blog Rahman, dia ada kisahkan Gunung ni, kalau tak silap bacaan saya.


Kami boleh berjalan kaki ditengah hari buta ini, semata mata menjejaki tapak permainan dan tempat pertemuan Siti Nurbaya dengan kekasihnya, Syamsul.

Selesai melawat Batu Malin Kundang, kami terus ke Bukit Padang berjalan kaki, disinilah tempatnya pasangan kekasih serta rakan persekolahan mereka bermain . Hm, saya tengok, hanya dataran kosong aje di atas bukit ini. Tiada pun taman atau buaian seperti di taman permainan kanak kanak tu

Kisah cinta tragis ni bolehlah diibaratkan seperti kisah Uda dan Dara. Cinta Siti Nurbaya dan Syamsul terhalang gara gara orang tua Siti Nurbaya tidak mampu membayar hutang kepada orang Kaya Datok Maringgeh. Cara menyelesaikan hutang adalah dengan mengahwinkan Siti Nurbaya dan Dato' Maringgeh Dari sini, bermulalah kisah menyayat hati cinta mereka. Anda harus membacanya untuk menghayati suasana Minang di awal 1930an dulu.

Kami mula disapa dua anak sekolah dasar ni( Sekolah Rendah). Mungkin teruja melihat saya dan Rahman , masing masing bercamcorder mengambil foto mereka dan persekitaran. Lalu dibawanya kami ke suatu tempat dilereng Bukit Padang ini.















" Ini," kata anak anak SD ni, " kubur Siti Nurbaya"
Ah, tak percayalah saya.

Lama jugak kami berada di bukit Padang ni. Untuk pulang ke Kota, harus menaiki kenderaan, mengelilingi bukit ini serta melewati jambatan menyeberangi muara sungai.
Sedangkan Kota Padang hanya bersebelahan, dipisahkan oleh muara sungai dan laut.

Anak anak SD ini mencadangkan kami meniaki perahu milik orang tua mereka. Hm, cadangan yang baik ni.
















Wajah bersih ceria anak anak Kota Padang bersama Bapak Latiff.

Saya kira bila menyeberangi sungai ini, tamat sudah ekspidisi menjejak Siti Nurbaya, rupanya tidak. Rahman mahu ke Jalan Tangsi , ke Sekolah Dasar dimana Siti Nurbaya belajar diwaktu itu. Saya ikut ajelah. Letih teramat sangat sebab saya kira sudah melebihi 8km saya berjalan kaki sepanjang hari.

Selepas bertanya kepada beberapa orang yang kami temui, akhirnya, kami temui Jalan Tangsi. Menyusur di lorong bersebelahan dengan kem tentera. Ternyata , sekolah biasa , tidaklah sehebat sekolah kita di SRJK(I) Lenggong tu.

Tanpa segan silu , selamba aje kami masuk ambil foto, lalu kami disapa oleh saorang ibu guru ini yang bertanya tujuan kami.

"Ya, silakan Pak. Betul, ini sekolahnya Siti Nurbaya."

Kami terus dibawa ke pejabat Guru Besar untuk dilapurkan kehadiran kami. Diperkenalkan kepada Ibu Yusmaniar, Guru Besar Sekolah Dasar No 1, Jalan Tangsi, Kota Padang. Tak henti henti lepas itu, hampir kesemua guru yang bertugas, memasuki pejabat Guru Besar, untuk berjabat tangan dengan kami. Hmmm, rasa bangga dan teruja jugak sebab begitu sekali sambutan yang diberikan. Kalau diwarwarkan terlebih dahulu, harus ada kompang dan bunga manggar ni!

Buku kehadiran siap kami tandatangani sebagai bukti kami pernah hadir disini.


Dari sinilah, bermulanya detik 'persaudaraan' saya dan Rahman dengan Kak Yus sekeluarga!!


















Saya bersama Kak Yus(ditengah, no 5 dari kiri) bersama ibu ibu guru serta staff pejabat SD No 1, Kota Padang.

Kami di Kota Padang untuk satu malam , dan pulang keesokkan harinya, melewati Kota Bukit Tinggi, Kg Haraban dan terus ke Kota Medan. Hanya tiba di Medan dihari kedua jam 11 pagi. Sehari semalam di dalam bas. Letih rasanya, terasa macam mimpi pun ada.

Pulang pada keesokah harinya ke Kuala Lumpur bersama satu memori dan catatan untuk kami persembahkan kepada Emak, Mak Tua, Mcik Midah dan Pcik Rosli. Mereka merupakan pemberi informasi tentang arah tuju yang harus kami terokai untuk menjejaki Nenek Sariah.


Ya, Aku Budak Minang..... plus plus.

Latiff Hariri
0734 26072010
Sungai Petani


01082010 -Perbualan menerusi penulisan ini, boleh anda ikuti di www.Rahmanhariri.blogspot.com dibawah tajuk Jejak Kasih-Kampung Haraban, Bukttinggi, bertarikh 31072010 .

Sunday, 25 July 2010

KASUS DITUTUP

Di pejabat , masih belum reda dengan kisah politik semasa ni. Saya bukanlah jurucakap , dan juga sememangnya bukan pakar dalam bidang ini. Saya hanya suka mendengar kritakan dan gurau senda dari rakan rakan. Dan saya berkawan rapat dengan semua rakan rakan dari pehak pemerintah, mahupun pembangkang. Terpulang dimana rakan rakan berada. samada mereka memerintah negara, atau membangkang negeri. Dan seharusnya saya mempunyai pendirian. Saya bukan diupah, atau digajikan untuk menulis, lebih kepada senda durau sinis, kepada apa yang saya rasa kecelaruan rakan rakan saya yang masih sinonim dengan semangat kebangsaan mereka yang entah kemana hala tuju mereke.

Abang Nal pernah berkata," Biar Guru Guru aje yang menjadi ketua di dalam DK&S ni, sepertimana tahun 60-70an dulu. Depa ni mana tahu nak buat harta atau duit, nak bantu orang orang kampung aje. La ni yang celaru, sebab banyak yang 'kutu berahak' , tokoh koperat dan kontrator. Mereka ni nak 'balas' aje selagi boleh di 'balas'. Depa ni la dok 'bela' menteri menteri kat atas tu, selain dari towkay towkay judi tu."

Hmmm, saya setuju jugak dengan komen abang Nal ni, tapi, itu tahun 60an, guru guru berada dizaman itu. Guru Guru sekarang lain tau...., betul tak?

Ini kisahnya syarikat yang menyediakan talian talipon yang saya gunapakai, Celcom,dan sebelumnya saya menggunakan Maxis. Anda tentu pernah menerima SMS 'nakal' dari penggunan peribadi yang berbunyi seperti ini " Mahu saksikan aksi hangat saya yang belum pernah terisiar dimana mana laman web? Hubungi dot dot dot." Dan akan tertera no talian HP pengirim. Pernah saya cuba membuat panggilan kepada pengirim nakal ini, tapi tiada jawapan. (Aik, jangan fikir songsang ek, saya nak 'maki' pengirim aje, bukan nak langgan!!)Hehehe.

Rupanya anak anak saya pun terima SMS yang sama.

Tetapi yang saya hendak berkongsi cerita hari ini adalah, kekerapan SMS dari puak disebelah sana, yang dikirimkan kepada saya melalui HP saya, sejak mejak mimpi ngeri di Selangor ni. Ya, saya orang Perak, duduk di Kedah, tak ada kena mengena dengan Selangor. Tetapi, pernah di suatu ketika dahulu, saya miliki rumah , dan menetap selama 12 tahun di Shah Alam. Dan sehingga kinipun masih 'memangkah' di Seksyen 4 Shah Alam.

" La, apasal tak tukar alamat Tip?" Soal Bang Nal suatu petang tu.

Bukan saya tak mahu, tapi, takut di'hilang'kan terus dari rekod SPR. Dah tiga kali mencuba, baru 2008 berjaya, memang ada ura ura nak tukar alamat SPR, tapi , Kedah pun dah selesa, harus ke saya tukar lagi?

Sejak 2008 ni lah, SMS dari mereka yang bangkrap akal dari Shah Alam ini, semakin kerap saya terima.Bila saya tanya adik adik saya yang menetap di Shah Alam / Selangor, adakah mereka menerima SMS yang sama? Jawapan mereka tidak.

Ini contoh 2 SMS terkini yang saya terima:-

1 - " RM0.00 mesra: Adakah BN perlu kembali memerintah Negeri Selangor?(YA/TIDAK)- 1Malaysia survey " Sender 63660. Sent 17 July 2010 13:33:49

2 - " 'Selamatkan Rakyat Sellangor' jemput hadir ke Ceramah Umum bersama YB Senator
Ezam Mohd Nor pd 23/7(jum) jam 8.30 di Dewan Tabika Kemas, Jln Gelama 17/24, Seksyen 17, Shah Alam." Sender DK&S SALAM. sent 22 July 2010 22:36:40

Jumaat, selepas Solat di Masjid Bagan Ajam yang lesu, saya terus menalipon Celcom bertanya , dalang manakah yang rajin menghantar SMS mengarut ni, hehehe. Apa jawapan
bahagian Khidmat Pelanggan Celcom ini?

" Mungkin En Latiff pernah melanggan khidmat tersebut agaknya. Saya tak lah kata, tapi mungkin rasanya ." Itu jawapan paling sopan dari KD Celcom. Dan saya pun tidak persoalkan , tapi mengapa hanya saya saorang yang terima , tidak kepada anak anak Hariri yang 9 orang lagi tu, yang menetap di Shah Alam/ Selangor?

Apa pentingnya saya yang menetap di Sungai Petani ini, untuk menerima SMS tersebut?

Saya beri kata dua kepada KD tersebut, walaupun jawapan mudah sudah di berikan kepada saya.

" En Latiff picit 'reply' dan taip "STOP ALL" dan hantar semula kepada pengirim, dan pasti lepas tu En Latiff tak akan terima lagi SMS dr mereka.

OK, saya dah lakukan seperti diajar oleh KD tesebut. Tapi, kiranya ada lagi yang mengirim SMS bangkrap seperti ini macam mana?

"Tak akan ada En Latiff, mereka akan henti hantar SMS"

" OK, kalau ada lagi, saya akan tukar talian ini untuk kali ketiga, dan akan memilih DG pulak . Tengok siapa rugi, siapa yang untung, Celcom atau Digi, hehehe." Saya ketawakan KD tersebut(ketawakan diri sendiri pun ada jugak ni)

Tapi, kali ini dah tak jadi masaalah, kerana nombor tetap kita simpan, hanya talian rangkaian yang bertukar. Harus saya katakan Maxis pernah merayu saya membuka semula akaun dengan mereka gara gara mereka gagal memberi lampu hijau atas permintaan saya. Dan di waktu itu mereka hilang RM500 sebulan dari poket saya. Dan begitu juga dengan Celcom, anda bakal kehilangan RM250 dari saya , sekiranya anda gagal membendung SMS 'nakal dan bangkrap' yang kerap saya terima kebelakangan ini.

Tapi, yang saya seronok baca dari akhbar percuma The Sun minggu ini adalah tentang kes Menteri Kesihatan En Leow tu dan kes MB Selangor. Dua dua disiasatkan rasuahnya, dua dua diberi bukti. Leow dangan Alphard baru milik isteri yang terang terang di lampirkan salinan cek PBB urus jual beli kenderaan tersebut yang tersiar di akhbar alternatif, dimana cek keluarkan oleh syarikat kontraktor yang mendapat tender besar Kementerian Kesihatan, dan keduanya MB Selangor dengan 40 ekor lembu Qurbannya.

Dua dua "Case Closed" .

SPRM oh SPRM!! Ketua Pengarah Perundanganya, budak King Edward lah tu,dua tahun senior saya, yang dibangga banggakan oleh bebudak asrama, kecuali saya.(Maaf ya, kekawan asrama, saya naik kapal lain)


Latiff Hariri
1032 25072010
Sungai Petani

Wednesday, 21 July 2010

Gebang Petang Jumaat 16 July 2010

" Rupanya, mereka 'attack' pasir Selangor tu ada sebabnya , ya abang nal?"

Soal Maz memulakan bicara petang sebelum solat Jumaat.

" Depa 'attack' kiri kanan, sedar sedar depa bagi 'pengurangan sabsidi' hadiah minyak naik, gula naik, gas naik.., rakyat tak perasanlah sangat sebab seronok tengok Selangor kena hentam"

" Memang patut pun", komen abang Nal." Hang pa jahat sangat, duk bangkang 'kera'jaan lagi, padan pun". Bang Nal mennyatakan kepuasan hati puak puaknya.

" Kami disini buat semua salah, hang pa aje betul." Sambung abang Nal .

" Aik, kami?" Saya mencelah. " Kami tu untuk ramai tau, Abang Nal sorang je ni, kami bertiga. Abang Nal kena guna perkataan saya." Saya cuba 'mengajar' abang Nal .

"Abang Nal beli gula , minyak dan gas, harga lain kut, sebab orang DK&S ."

Zam mencuba mendengar apa yang tersimpan dihati abang Nal

" Ya la. Kami beli semua tu, kami tunjuk kad ahli kami, dapat harga lama, hang pa kena bayar harga baru, jahat sangat".

Hahaha , ketawa kami berenam. Yang lagi dua rakan ni, tak tahu dimana pendirian mereka, kawan sekolah King Edward saorang, dan saorang rakan sepejabat yang duduk di atas tembok, tanpa pendirian.

" Itu la abang Nal, pangkah lagi Pak Lah di Kepala Batas tu." Maz teruskan usaha mengusik abang Nal.

"Mana ada, aku satu satunya ahli DK&S yang tak pangkah Pak Lah kat Kepala Batas, sebab tu undi dia teruk hari tu. Baru dia rasa." Hmm, lain pulak jawapan Abang Nal ni,

" Abang Nal dengar seloka ni tau ," Zam dah mula dah nak menyakat abang Nal , yang saya kira kira 20 tahun bezanya usia mereka berdua. Sedangkan saya kurang 7 tahun dari abang Nal.

"- Barang Naik....
Bila Naik...?
Baru Naik.....
Berapa Naik...?
Banyak Naik... -

Tu la, kita pakat sokong BN, Bang Nal "

Ketawa satu meja, tetamu di meja bersebelahan, ada yang tersenyum , mungkin terdengar celotehan kami berenam ni.

" Aku sokong Spain lah." Abang Nal menghentikan ketawa kami. Aik, keluar topik ni.

Semalam, saya sempat berceloteh melalui ruang chatting, dengan dua rakan SMDA, yang mana sorang tu rakan SRJK saya jugak. Rata rata mereka berdua ni kurang mengingati saya, dan paling tepat , tak kenal saya langsung. Saya jarang nak berinteraksi didalam FB ni. Termasuk rakan rakan Sekolah Menengah saya, saya jarang tegur, memadai melihat apa yang mereka tulis di dinding FB mereka serta foto foto. Adakalanya tersenyum, adakalanya terasa jelek, ikut topik apa yang kawan kawan tulis lah. Terhibur sudah tentu.

Ni pojokan pagi senbelum bertolak ke Pejabat


Latiff Hariri
0712 21072010
Sungai Petani

Monday, 19 July 2010

HJ ZUKIFFLI BIN HJ ABDUL RAHIM(SRJK/SMDA 71-77 & KING EDWARD 77-81

Saya tak teringat, yang hari ini, kawan kita ni akan bertandang ke Sungai Petani. Hingga hampir waktu makan , baru saya tersedar, saya cuba juga aturkan satu pertemuan sesudah 28 tahun tidak bersua muka.

Rupanya Zul memang dah bermastautin di Bukit Mertajam sejak dulu lagi, cuma punca rezekinya masih di Kuala Lumpur. Beliau berulang alik setiap hujung minggu dr KL ke Bukit Mertajam. Dan persoalan saya tentang 'membisu' beliau terjawab.

Zul tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 1345 petang, dan saya terus memberi arahtuju kerumah saya. Pandai pulak mencari, mungkin sebab biasa dengan bandar SP, yang mana majikan beliau pun mempunyai pejabat disini.

Bisalah, pertama kali bertemu, berpelukan sambil mengurut bahagaian belakang badan kawan kawan ni. Berbual dalan 14 minit di rumah, sebelum saya cadangkan makan tengahari di UiTM Merbok.















Sepanjang jalan dari rumah saya menuju Uitm Merbok, mendengar celoteh beliau tentang aktiviti NGO beliau, serta kenangan hidup sejak tamat SPM 1981.

Kami hanya bercerita di mini cafe di belakang Pejabat Pentadbiran UiTM Kedah, sementara menanti Roziah turun dari pejabat. Panjang celotehan rakan kita ni. Ternyata anak arwah Pakcik Rahim ini, mewarisi sikap ayahandanya. Rajin memberi
akal dan tenaga kepada masyarakat sekeliling.

Bila Roziah turun, perbualan semakin rancak dengan kisah kisah semalam, bertandang di rumah emaknya dan kisah kisah semalam di Lenggong. Untuk rekod, Roziah duduk bersebelahan bersama Zul di kelas 1B sekejap, sebelum mereka berdua dipindahkan ke kelas Cikgu Ainun di darjah 1A . Dan bermulanya episod yang disimpan Roziah/Faridah/Ka Gee , dan ramai lagi, tentang rakan sebelah Roziah yang terbaru di darjah 1A bawah selian Cikgu Ainun ni.
















Dua sahabat ini, suatu ketika dahulu , ayah mereka berdua pun , dua sahabat yang baik.

Saya hanya ber'lunch'kan nasi lemak bungkus serta kuih disini, sedangkan Zul hanya sebotol air mineral dan sepasang 'sandwich'.

Setelah melepasi jam 1530, kami pun bergerak menuju ke Sungai Petani. Sempat saya on-line untuk menunjuk wajah wajah didalam blog ini untuk tatapn Zul, dan ternyata , sambil melihat foto foto lama, dicampur dengan gelak ketawa melihat wajah 'toye' waktu itu, hingga berair jugaklah mata kawan kita ni, mungkin suka bercampur duka agaknya.

















Boleh mengenali hampir keseluruhan wajah didalam foto ini, tetapi tak jumpa wajah sendiri, hahaha. Saye kena tunjuk, itu haaa.....

Sambil ketawa didalam kamar yang tak terkemas ini, biasalah, orang bujang, panggilan masuk, dari Asri .

"Tip, u dengan Zul lagi ke,", ya jawab saya.

"Apa kata hang bawak dia pi jumpa......., dah alang alang di SP tu."

Ha ah, mengapalah saya ni . Hm, dah menghampiri jam 1700 ni, jangan pejabatnya tertutup sudah. Kiranya melebihi 30 minit juga Zul menatap foto foto didalam blog saya ini. Terus dimintanya no HP Ka Gee . Sedangkan, rakan rakan yang lain, saya akan re-forwardkan email yang dikirim Asri .


" Boleh saya berjumpa dengan Puan........ " itu yang dapat saya tanya , dan harapkan beliau belum keluar pejabat. Jam didinding sudah menunjukkan angka 1710 .

"Puan Shamsiah ada tak?" Itu pertanya rakan pejabat beliau, kepada rakan sebelahan kaunter pertanyaan ini.

Dan sesaorang muncul di ruang lobi, ternyata beliau mendengar namanya disebut. Saya tidak menoleh, kerana duduk membelakangi beliau, dan berhadapn dengan Zul.

Sambil berjalan mengarah kami, dan saya masih tidak menoleh, beliau berkata kata,

"Siapa ya? Pernah tengok lah, muka kenal lagi la, tapi, dimana ya?" Itu persoalan beliau kepada Zul. Saya dah ketawa tanpa segan di lobi, walaupun ada rakan rakan beliau yang mendengar persoalan beliau.















" Muka ni, tak ingat? Kan sama sama sekolah dulu." Ini gaya Zul menunjuk mukanya kepada Shamsiah.

"Kita sekolah mana dulu? Sekolah Rendah ke , Sekolah Menengah?' Soal Shamsiah

" Dua - dua." Saya mencelah.

"Siapa ya?" Ternyata Shamsiah tidak dapat mengingati Zul langsung, walaupun masih cam muka Zul ni.

Sambil ketawa bertiga rakan SRJK ni, Zul pun perkenalkan diri.

" ZUL Rahim, masa SRJK dan sekejap di SMDA....."















" La, Zul....., " Shamsiah ketawa sambil menutup mulut, sebab saya memfokus betul betul dihadapan mereka berdua ni

Perbualan semakin rancak, masing masing saling bertanya perkembangan terkini serta kenangan lalu bersama, waktu di Lenggong dulu. Pejabat Tenaga Kerja pun hampir ditutup bila Shamsiah meminta diri, untuk mengambil anaknya di Sekolah. Ya lah, satu kenangan manis yang dapat saya rakamkan , untuk dua sahabat ini yang berpisah melebihi 33 tahun .















Sebelum berpisah, saya cadangkan satu 'makan malam bersama' di Tanjung Dawai, dalam masa terdekat, sebelum Ramadhan . Zul dan Shamsiah memberi kata setuju, dan saya akan jemput Asri bersama, serta rakan rakan yang berhampiran untuk meriahkan pertemuan semula Warga SPM 1981 SRJK ini. Untuk rekod, Zul SPM nya di King Edward, Shamsiah di Teknik Ipoh.

Amacam? Menjadi tak ? Asri, Manan, Amin, Hasan, Amran, Faridah . Anda dijemput makan makan hujung minggu mendatang di Tanjung Dawai , atas jemputan Roziah Latiff. Bukan penyanyi 60an tu ek!!

Rakan rakan yang lain, mahu turut serta?

Latiff Hariri
1945 19072010
Sungai Petani

CHEW KA GEE - RAKAN SRJK KAMI

Yang mana satu Chew Ka Gee?















Komen Ka gee:" The Lenggong mali family. We are always very proud of our roots"














Ini kisahnya.

Satelah memujuk beliau sepanjang minggu sejak dari 29 Jun 2010, akhirnya hati beliau cair,( Ya lah, part merayu ni, memang dah terlatih 27 tahun yang lalu, hahaha).

Walau bagaimana sibuk pun rakan saya ni, kalau hantar sms, beliau pasti membalas, walaupun terlewat beberapa jam jawapannnya. Beliau menghargai setiap sms/panggilan yang diterimanya. Dan saya mula mengerti, walau bagaimana sibuk kita sekalipun, masih ada malam dan siangnya, untuk kita uruti 'button ' HP kita , untuk sepatah dua kata kepada rakan rakan, selain dari mnegadap depan PC ni berjam jam lamanya.

Terus terang, saya hanya mengingati Ka Gee, dari segi rupa parasnya sahaja. Dan terima kasih jugak, Roziah ada menyimpan foto foto lama SRJK, jadi memori tu selalu di 'rewind' setiap kali menyelak buku album foto yang dah separuh rabai tu. Dan foto lama SRJK sudah saya 'turunkan' di dalam penulisan saya ditahun 2009, dipermulaan penulisan saya kedalam blog ini. Lihat sahajalah disitu, yang mana Roziah, yang mana Ka Gee.

Roziah dan Ka Gee, sama sama Pengawas di SRJK. Jadi banyak jugak kenangan bersama mereka berdua ni. Roziah sering bertandang ke kedai/rumah Ka Gee bila pulang dari sekolah, atau bila ada aktiviti petang bersama . Saya nak cerita panjang pun , bukan saya tahu sangat, mungkin Roziah dan Ka Gee boleh sambungkan nanti pada 21 November 2010 .

Saya mendapat kebenaran beliau menurunmuatkan satu foto famili beliau kedalam blog saya. sebaik saja saya selesai penulisan terdahulu. Saya harap tak menjadi halangan , bila saya 'turun'kan dua foto beliau disini.(OK kan Ka Gee?)

Moga ada yang terubat 'rindu'nya terhadap Ka Gee, bila menatap foto ini.
















Saya akan terus mencari, walaupun lingkaran ingatan saya hanya disekitar tahun 1971-1972 sahaja


Latiff Hariri
0700 19072010
Sungai Petani

Sunday, 18 July 2010

Pelantikan Urusetia Reunion SPM 1981 SMDA Lenggong















Teruja tak? Tu, latar belakang SMDA tu!!


Saya jarang nak 'On' Hp melebihi jam 2200, tapi, jumaat 16072010, hingga ke jam 2300 masih menyala HP saya. Tetiba Hp berdering, panggilan masuk dari Asri.

Kami berbual tentang rakan rakan SMDA/SRJK, dan saya mengatakan, masih menunggu jemputan dari Aminudin untuk pertemuan pada hujung minggu, tapi tak muncul tiba kawan kita ni.

" Tip, apa kata esok pagi kita turun Lenggong, kita terus jumpa semua, ajak Amran, Amin, Manan, Hasan, dan siapa saja yang ada, kita duduk semeja bincang," ini akalnya si Asri, yang 'Arbaie kembali bujangnya', hahaha.

Saya setuju aje, " Tapi Asri, hang call mereka, i part malam buta call orang ni cukup penyegan"

"Hang ni , tak abih abih dengan segan", keluh Asri .

Ya lah, saya , sepertimana kata abang saya, hanya 'menumpang kasih' di Lenggong selama 2 tahun d SRJK , jadi biarlah 'taiko2' yang bekerja.

Mengalah saya, " Ok, ok, i sms aje kepada 4 orang ni, u nak call, u call lah."

Ternyata Amin dan Manan memberi 'respon' positif, yang lagi 2 , dah lena agaknya!!
Saya dan Asri berbalas 'pantun' lewat sms, disamping membuat panggilan sepanjang malam hingga ke jam 0000. Keputusan segera dibuat. Kami berdua akan ke Lenggong esok pagi, jam 730 selewatnya, saya harus bergerak meniggalkan SP.

Jawabnya, tak lena tidurlah. Saya bergerak di pagi Sabtu jam 0730 ditemani Izzuddin dan Roziah, yang pada saat akhir mahu turut serta. Selesai sarapan di Tikam Batu, panggilan masuk , dari Asri, dia dah bergerak ke arah Tanah Semenanjung.

"OK, setengah jam kita jumpa."


















Di stesyen minyak berhampiran R&R Juru hala selatan, 0850 pagi

Kami teruskan perjalanan. Ka Gee pulak talipon Roziah, mereka bergosip panjang. Sempat jugak Asri bertanya khabar dengan Ka Gee, saya kira, perbualan melebihi 20 minit diantara Ka Gee/Roziah/Asri.

Aminuddin menalipon kami bila kami menghampiri Bukit Merah. Saya minta beliau menanti kami di Masjid Kamunting lagi. Sebab kami berencana mahu menziarahi sesaorang di Hospital Taiping, atas informasi yang dikirim oleh Faridah. Kami tepat di Masjid Kamunting jam 0950 . Pertama kali bersalaman dengan Aminudin ni. Kenalan terkini.
















Hm, rambut dia hitamlah, berbanding dengan saya dan Asri.

Kami menghala ke Larut Tin, Taiping, menuju ke rumah sesaorang, yang kami dapat Info melalui Faridah lagi. Ish, dia ni banyak 'contact' sungguh, ternyata ramai yang mengingati Faridah ni. Hasrat kami untuk ke Hospital terbatal, bila Faridah menalipon, bahawa rakan kita ni, sudah keluar dari Wad, dan telah pulang ke Ipoh. Hmmm, moga dia kuat!! Doakan untuk dia, please.....

Kami dijemput masuk oleh Makcik Miah, disambut menantu dan anak perempuan beliau. Terkejut jugak Makcik Miah, bila kami kata kami rakan Sekolah Rendah yang datang mencari. Ternyata rakan kita ni sudah bermastautin di KL/Penang jugak, tapi, mengapa dia membisu?

Dan salah saorang adik perempuan rakan kita ni pun, bersuamikan orang Lenggong.

Kami perkenalkan diri kepada Makcik Miah, dengan menyebut kami anak siapa, waktu di Lenggong dulu. Bila saya kata saya anak Hariri/Zaiton, terus Makcik Miah tanya,

"Boy ada kat mana?"

Hmmm, payah ni kalau Latiff tak dikenali langsung.
















Teka? Yang mana kawan SRJK/SMDA kita ni?

















Kami dilayan Makcik Miah, anak dan menantunya. Hm, macam berhari Raya aje.

Kami bergerak meninggalkan Taiping jam 1110 pagi, masih menanti panggilan Hasan Basri yang menyepi dari tengah malam tadi. Mana Tok Penghulu kita ni? Agaknya jam 1130 baru terima panggilan dari beliau, mengatakan manunggu kami untuk sarapan bersama. Sarapan? Hmmm, dah 'lunch' ni. Amin minta beliau teruskan hasrat mengisi perut besama , sendirian, sebab perjalanan akan mengambil lebih dari setengah jam dari sekarang. Sepanjang jalan, perbualan kami berempat, lebih kepada nama nama rakan rakan. Bila Asri tanya saya, Hashim Gelok ingat tak? Saya kata yg 'comel', putih tu ke? Ya... kata Asri, rambut pendek terpacak tu. Saya ni, adakala secara sepontan boleh ingat ingat lupa, maklumlah.....rambut sama hitam putih, memory blur blur.

Kami memasuki perkarangan Rumah Rehat Lenggong tepat 1210 tengahari, tak perasan dimana Hasan sebab beliau membelakangkan jalan utama. Hebat depa ni, sarapan kat Rumah Rehat, kita kat gerai tepi jalan , lorong belakang aje.
















Hasan(membelakangkan kamera) bersama guru guru SMDA yang mejadi penyambut kehadiran kami















Saya dah ketengahkan pendapat saya kepada mereka berempat ni, kira melobilah jugak untuk rebut jawatan ni, supaya Manan 'kalah' bila pertandingan dimulakan.


Manan dalam perjalanan dari Gerik, katanya , dia akan sampai jam 2 ptg, maknanya lagi satu setengah jam akan tiba. Tetapi, dalam 1230 , Tok Penghulu terima panggilan dari beliau, lagi 20 minit sampai. Oklah, kami baru minum saorang segelas air.















Bersama 'Wakil Rakyat' SMDA SPM 1981 yang terpilih . Setelah tiada pencalunan lain yang tak diterima langsung pada jam 1300, 17072010 . Nampaknya kami senada, hehehe.


Segala yang baik, terfikir dihati saya, saya sudah ketengahkan. Yang utamanya , DUIT!! Bila ada yang ini baru senang kerja. Sebagai permulaaan, Isnin 19072010, Manan/Fauzi/Hasan akan membuka akaun di Maybank Lenggong.

Setakat tamat perbincangan, sudah terkumpul RM350.00 yang dimulakan oleh kami berenam. Dan kami harus warwarkan kepada rakan semua, memohon derma ikhlas untuk menrealisasikan acara 21 November 2010 nanti . Tempat telah diputuskan, kantin/padang SMDA, dua khemah akan dipasang di padang untuk akitiviti sukaneka dan sebagainya. Kiranya hujan, rencananya , di kelas lama, yang boleh dibuka menjadi dewan .


















Perbincangan tamat 1340 petang, dah siap 2 kali minum di Rumah Rehat ni. Hasan harus segera ke Teluk Intan, dah 40 hari beliau berpantang. Tetapi kerana rakan rakan, perjalanan beliau dilewatkan. Minum minum ni ditaja oleh SK Lenggong.

Kami berlima bergerak untuk makan tengahri, dan Hasan menyusul kemudian, untuk mengambil beg pakaian beliau yang sudah tersedia dirumahnya.
















Makan tengahari ditaja oleh PPD Gerik. Ikan panggang tu!!
























Ini sebahagian komen yang saya curi dr FB tentang bangunan diatas. Saya hanya ingat menonton, The Good, The Bad & The Ugly, tahun 1970 , dibelanja oleh Arwah Pakcik Aziz.

Pucuk Paku
panggung New Popular..dulu seluk tangan beli tiket wayang..
13 hours ago

Amran Desa
Amran Desa
dah jadi gajah putih hehe...teringat tgk cerita kugfu
12 hours ago

Rosmah Pandak
Rosmah Pandak
la org lenggong dah tak tgk wayang......dulu2 raya je nak tgk wayang
12 hours ago

Zawawi Adam
Zawawi Adam
Satu satunya panggung wayang dalam dunia yang ada 4 tiang ditengah tengah. Sapa kena lindung tiang kena senget kepala dan kerusi yang lindung tiang harganya separuh.. ingat lagi aku....
12 hours ago

Amran Desa
Amran Desa
dulu cerita hindustan dgn kung fu ja..pakat tgk ...
11 hours ago

Asri Mohamad
Asri Mohamad
hampa tengok lubang tu (tempat beli tiket) punya la seksa nk dapatkan tiket,dapat tiket tangan bercalar la...kaki wayang masa tu tangan jangan cakap la...power abis..setakat panjat pokok rambutan x ada hal..la tambah tambah jalan selamat...
9 hours ago

Amran Desa
Amran Desa
awie masa tu kerap tgk kot sampai ingat tiang ada 4 hehe...zaman tu panggung wayang tempat hilang boring, mai ya video lingkup semua..




















Satelah berputar 2-3 kali di tengah pekan Lenggong ni, akhirnya kami temui alamat ini:- 89, Jalan Kelab, Lenggong . Salam diberi, ups....

" Hallo ." sambil saya mengetuk pintu dan cermin tingkap, gayanya macam ada penghuni, tapi sunyi.

Ada suara menyahut, seakannya bertanya siapa tu, dalam bahasa Tionghualah. Setakat 'basic' ni, saya faham la jugak.

" Auntie, ini rumah .........ke?" itu pertanyaan dari luar bila saya mendengar selak pintu utama mula dibuka.

" Ya, ya, tapi dia tak ada, dia di.....Puchong."

Pintu dibuka, kami dijemput masuk, terus 4 sahabat ini menyerbu masuk, menerpa kearah dinding melihat foto foto perkahwinan anak anak auntie ini. Diceritakan serba sedikit dari mana asal auntie ini sebelum bernikah dan terus bermastautin dirumah ini. Kira, tahulah jugak kisahnya. Comel kawan kita ni, dan manis sangat sangat.
















Pengakuan Roziah yang paling teruja , dia paling rapat dengan Ka Gee , diantara ramai kawan kawan Tionhua beliau.

Ini komen Ka Gee, bila mendapat panggilan dari emaknya, selepas kami pulang.

" Thanks for dropping by. She scolded me for not warning her first .Anyway, she is cool. She said Roziah still dot dot dot. Dot dot U. Cheers "
















" 1 Malaysia," kata Asri, aik, lain macam punya komen. Hehehe, tak lah. Asri kata hang pa(Nora & Rosmah) tayang makan kek lapis ekk, Ni , nak tayang kepok leko Trengganu yang kami makan kat rumah Sorala ni. Orang Serawak ingat kat kwn kwn pompuan aje.

(Tapi, dinihari tadi, orang Serawak dah janji akan bawa sesuatu yang istimewa untuk kita semua , dihari Reunion nanti)















" Silakan Nora dan Rosmah," Asri menayang kepok leko khas untuk mereka berdua aje.
















Sorala dan Roziah mengenang kembali nama rakan rakan SRJK 6A 1976















Sambil menguyah, kemi menyebut nama nama yang terlintas seperti Mariamah, Regawan Rosilawati, Azizah, Zalila(zaleha) Norlela, yang iras mukanya seperti penyanyi Maureen Chan tu, katanya sudah bermastautin di Australia. Ada yang masih terkenang mereka2 ni?


Mazlan, suami Sorala mengingatkan kami supaya makan juadah yang terhidang sambil berbual.

" Nak makan apa? Dah habis pun." Saya jawab selamba je.

Terkejut Mazlan. Mahu disuruh Sorala menggoreng lagi. Hahaha. Terus terang, saya tak malu dengan suami Sorala, suami Faridah , mahupun suami Haniza. Bukankah isteri isteri mereka ni, sahabat sahabat lama saya, di awal persekolahan saya. Tak ingat apa dah tentang kenakalan dulu.

Ke rumah Asri untuk bersalaman dengan ayah dan bonda beliau, sembil menengok apa yang boleh di'balas', untuk dibawa pulang ke utara, hahaha.

Dapat pisang dan rambutan lagi.














Asri dam Amin mengapit 2 pasang 2 joli ni.


Kami bergerak meninggalkan Sorala melepasi jam 1715 . Bertanyakan Amin, samada mahu menziarah rakan ni. Ya, katanya. Saya tak kisah, mesti tunaikan hajat orang.
























Ishak Lutfi, Asri dan Amin.


Ishak tidak dapat mengingati Amin, tapi, Amin masih mengingtinya.
Saya rasa , kelihatannya Ishak agak berisi dari tempuhari zairah saya.

Kami hanya berada di rumah Isha untuk 30 minit, sebab sudah agak lewat untuk perjalan pulang ke Sungai Petani. Kena hantar Amin dahulu di kamunting, terus ke Juru untuk hantar sebelum pulang. Sempat jugak bertanya anak Makcik Miah ni samaada berkesempatan bertamu malam ini. Ternyata tidak, beliau ada acara di Pulau Mutiara. Tak mengapa, kita akan berjumpa jugak dalam masa terdekat ni. Saya tak bertemu beliau selepas SPM 1981.














Pemndangan di persekitaran Tasek Raban ni memang syahdu. Jalanraya pun semakin canggih dan lurus . Kepada yang pernah ke Baling dari Kulim , akan tahu apa maksud saya. Walaupun jalan luas seakan hi-way, kita terlupa, banyak simpang kecil disekitarnya. Dan tak dinafikan, anak anak muda, dan orang tua juga, secara selamba melintas jalan sesuka hati. Banyak kematian disini sejak jalan di besarkan.

















Kemalangan sedang berlaku. "Anak dara tu!" Jerit saya. Saya kira badan beliau bergeser di jalan raya sejauh 4-5 meter, mungkin juga muka beliau pun sama. Tak gemar saya anak anak dara/muda ni bermotosikal . Sayanglah nyawa , jangan pandu laju, dan melintas sesukahati. Semua pemandu tergamam, tiada yang keluar membantu, termasuk saya.















Kami memasuki Plus hiway jam 1845 dan tiba di persekitaran Kamunting jam 1915 untuk salam perpisahan dengan Amin. Tapi, Amin nak selesaikan hajatnya, kami pun ikut ajelah. Dah rezeki kami disini. Berpisah selepas jam 2000. Agak gerimis sepanjang jalan.















Makan malam ini ditaja oleh SM King Edward pulak! Terima kasih Cikgu Amin aka Pucuk Paku.

Tiba di Juru jam 2100, Asri harus ketempat kerja beliau kerana bekerja malam. Dia dah tak tidur 48 jam. Kalau saya?, Confirm MC .

Di rumah jam 2130, selesai kemas dan sewaktunya, saya mengadap PC ni hingga ke jam 0200 pagi. Tak ngantuk pulak. Sempat berchatting dan bersms dengan rakan rakan SMDA yang lain sambil menulis apa yang patut kedalam blog ini.

Dah ada yang memberi ikrar sumbangan tunai kepada Majlis Reunion. Baru je bincang, info dah tersampai, dan semuanya memberi kata kata semangat serta janji janji 'berisi' kepada Urusetia.

Terima Kasih Asri, Amin, Manan, Hasan, yang tidak pernah menolak apa jua pandangan yang saya berikan.


Latiff Hariri
0134pagi 18072010
Sungai Petani