Bee Gees

Tuesday, 13 July 2010

SAAT TERBAIK , SAAT TERBURUK

Di terjemah dan dimuaturun dengan izin, dari Time in a Bottle - The Best of Times, The Worst of Times . Di terjemah seminima mungkin, tetapi gaya dan lengok bahasanya tetap berbeza dari penulisan sebenar. Saya lebih menghayati penulisan asal penulis blog ini.

















Saya teruja dan perasaan bercampur aduk tentang reunion malam tadi

Kedua duanya :- perasaan baik dan buruk.

Jangan tersalah tafsir tau. Saya benar benar menghayati suasana malam itu. Tapi saya tahu dan akui bahawa ia adalah jauh dari sempurna - agak kelam kabut sebenarnya. Tapi yang penting, tidak menjadi 'kudis' sedikit pun bagi saya!

Atau setidaknya saya memang terasa , apakah akan berlaku kesilapan dimajlis malam itu nanti?

Saya tahu kami boleh melakukannya lebih baik dengan peralatan dan kepakaran terkini. Kerisauan , 'apa yang akan terjadi jika..... Kami dapat melakukan yang terbaik sekiranya kami ada itu , ada ini, peralatan , pakar, kewangan, bla bla bla.
Dan semuanya akan belangsung dengan sempurna sekiraya kami ada......Hm, macam mana ya?.

Hati saya berdebar debar di pagi reunion dan tidak tidur lena sepanjang malam. Terlena hanya pada jam 2:30 dan terbangun pada pukul 4:30 pagi, dan saya tunaikan 'subuh' pada pukul 6 pagi di Masjid Jame , untuk bernostalgia kenangan lama disini.

Jujur kata "Ini adalah saat terbaik dan ini juga adalah saat terburuk", perkataan yang paling tepat untuk saya gambarkan malam itu. Bahkan ini bagi saya adalah sebuah kenyataan . Charles Dickens tidak dapat menemukan ungkapan yang lebih puitis dan kontradiktif - Pak Pandir dalam dongengan kita, kerana Charles Dickens tidak lalui apa yang kita telah lalui pada tanggal 23 September.

Saya langsung tidak menyentuh hidangan, sehingga pada akhirnya saya begitu lapar dan haus. Dan untuk menambahkan kekecewaan saya, saya hampir tidak langsung berbicara dengan rakan rakan perempuan - perbualan teramat pendek dengan Tata, dan mungkin juga Ridha (jika memori saya betul) menjelang akhir pertemuan, bahkan saya bercadang untuk bertanya kenangan mereka tentang penulis blog ini. Tidak, tidak, saya salah. Saya berbicara agak panjang dengan Norlida Ghazali kerana kehadiran beliau yang terawal, jadi saya berjaya menyusuri kenangan selepas 37 tahun. Ingatan saya salah, dalam erti kata bahawa Norlida berada di darjah 2 kelas seliaan Cikgu Lily dan bukan hanya darjah 3. Rupanya dia tahu yang Arif sedang belajar di Kolej Penerbanagn dan memberitahu bahawa suami beliau bekerja dengan MAS, meski pun saya hairan dari mana beliau mendapat cerita ini. Uh oh, dia membaca blog ini?

Ups! Saya akan lebih berhati hati tentang apa yang saya tulis di dalam blog ini dimasa akan datang.

Yang penting, saya seronok dapat bertemu Norlida lagi, selepas 37 tahun. Dan terima kasih kerana sudi datang walaupun agak singkat diwarwarkan kepada beliau. Kami mendapat maklumat dan foto Norlida disaat saat akhir. Jadi, kami tidak berkesempatan menyediakan kartu nama beliau untuk malam itu, serta foto beliau kedalam panji panji yang dicetak khas.

Bahkan rakan rakan lelaki yang sempat disapa hanyalah Eddy, Dollah dan Kok Ngai. Saya sudah bertemu Nazri dan Rusita di pagi hari sebelum reunion, jadi mereka berdua tidak dikira yang saya temui dimalam itu. Saya kata kepada Dollah bahawa jika lupa saya pun ok lah, sebab bab berlari, dia selalu kedepan dan mesti blogger ini yang terakhir sekali. Kok Ngai mengingatkan saya di depan kedua-dua Cikgu Faridah dan Cikgu Lily bagaimana kami berdua bersaing 'head-to-head' dalam bidang akademik. Hehehe, saya ingat juga, tapi saya harus menambah bahawa masa Darjah 2 saya peneraju dalam akademik, sementara itu saya percaya, Kok Ngai mengambil alih masa Darjah 3 (dan saya berada entah dimana masa tu). (Anis mesti Kata: "Masuk lift , picit butang sendiri")

Dan Eddy, kita hidup terlalu dekat satu masa dahulu di Taiping, namun, kita tidak pernah bertemu sejak pertengahan 80's. Jadi, sangat gembira dapat bertemu anda semula!

Masa yang patut saya salahkan - terlalu banyak perkara yang harus dilakukan dalam waktu yang singkat. Tugasan saya memimpin persembahan 'slide' dan hiburan muzik memburukkan lagi keadaan fikiran saya. Saya berada di bawah tekanan untuk bersosialisasi. Tension, tension, perkataan yang paling sesuai disebut di sini.

Kalau difikir fikir, saya seperti 'menumpang kasih '. Hanya tiga dari enam tahun sekolah rendah dihabiskan di SRJK (I). Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, tiga tahun daripada empat puluh enam usia hidup saya adalah satu detik yang pendek, kalau nak dibandingkan di alam persekolohan menengah dan peringkat kolej yang lebih panjang usianya , seta lebih ramai rakan rakannya.

Bahkan jika perasaan boleh dikira matematikkan, tidak dapat dijumlahkan sepenuhnya gambaran emosi manusia yang kompleks, khususnya mereka yang menghabiskan masa 6 tahun di SRJK(I) dan banyak lagi yang meneruskan ke SMDA dan bahkan untuk universiti (seperti Lokman, Eddy, Jerd, Fadhilah dll). Seseorang tidak dapat menyangkal kesan persekitaran Lenggong, dimana kita hidup dalam satu daerah terpencil dan guru gurulah yang yang mempengaruhi sebahagian minda kita, walaupun pada jangkamasa yang pendek namun pengaruhnya amat besar!! Kami berada di tahun-tahun formatif kami.

(Amboi, sakan jugak penulisan saya ni, entah betul atau tidak sebutan dan nahunya)

Dan bagaimana matematik dapat menjelaskan penglibatan saya dengan reunion ini, sedangkan saya hanya berada disini selama tiga tahun ?(atau dua tahun untuk adik saya).

Dan walaupun hanya 'menumpang kasih-Nya', saya merasa dekat dengan rakan sekelas saya dan tahun-tahun yang kami lalui bersama. Saya melihat Nazri di pagi hari itu, dan dia berkata "kita dulu pernah duduk bersebelahan dalam kelas tau". Aah, 37 tahun dan dia masih ingat. Bolehkah memori anda sekuat itu?

Ini kisahnya saya dan Nazri, sebelum saya dipindahkan ke kerusi hadapan kerana kerosakan mata saya semakin parah pada tahun 1972. Duduk didepan bersama saorang rakan yang turut hadir di malam itu.

Dan ingatan saya masih jelas tentang rumah Tok Penghulu di atas bukit kecil di Kuak.

Malam itu bermula awal, dengan kehadiran pertama oleh Kok Ngai , sedangkan saorang panitia pun tidak kelihatan. Norlida Ghazali dengan keluarganya adalah yang kedua muncul, dan diiukiti Goh Chin Chai. Selepas itu, kemasukan rakan rakan tidak terkawal lagi, atau saya sendiri yang hilang pengiraan.

Setiap keluarga diberikan tas 'goodie' dan sebuah foto keluarga diambil segera setelah pendaftaran, kelihatannya teratur dan terancang rapi.

Tapi , walaupun dirancang dengan baik sekali pun, kalau majlis nak menjadi kelam kabut, dia jadi juga. Para guru seharusnya tiba dalam satu kumpulan dari Rumah Rehat Lenggong dan akan disambut dengan lagu Selamat Datang (Rafeah Buang) tapi, yah.., mereka tidak datang dalam kumpulan. Dan tentu saja mereka tidak boleh berlalu terus ke tempat duduk mereka tanpa berhenti disapa dan dicium tangan dan pipinya serta ada yang memeluk guru guru kesayangan mereka ini.

Ini adalah kesesakan 'lalu lintas' terburuk di dalam dewan ini selain dari apa yang di Plus Hiway sepanjang percutian Hari Raya ini! Serius, Semut pun lagi laju bro. Dan Lenggong jarang melihat keadaan seperti ini.

Mereka, guru guru perlukan masa yang panjang untuk sampai kemeja khas mereka, dan secara semulajadi, rencana diubah jadualnya bagi memastikan tiada yang tertinggal
setiap detik pun.

Pada saat 'slideshow' dimulakan, azan isya berkemundangan di surau bersebelahan; sesuatu yang kami tidak ambil kira didalam jadual kami. Acara terhenti seketika
bagi menghormati laungan azan.

Tayangan 'slide' pertama adalah ditujukan khas kepada bagi Guru guru, foto persekitaran Lenggong mendahului acara. Iringan piano (Richard Clayderman)Letter Ama Mere dan membawa kami semua ke tempat tempat yang menarik di Lenggong termasuk panggung wayang lama di mana filem yang dipaparkan, Pejabat Pos di mana saya rasa banyak surat cinta monyet telah dikirim, rumah lama teman teman sekampung. Banyak nama-nama (Labit, Sumpitan, Temelong, Kuak) yang telah hampir saya lupai terpapar semula dimata, sungguh tepat sekali detiknya. Saya terdengar siulan nakal dan ketawa riang dari rakan rakan dibelakang, setiap kali foto lama dan sesuatu topik menarik dipaparkan.

Penghargaan kepada para guru berlatarbelakangkan lagu 'Selamat Pagi Cikgu' , lagu pop nyanyi Eddynor.

Pada akhir segmen pertama, Kok Ngai sebagai ketua kelas meminta semua rakan rakan untuk bangun dan secara serentak melaungkan 'Selamat Datang Cikgu'!!. Dua kali!

Saolah olah kami berada dialam persekolahan di SRJK(I).

Khairul menyampaikan Kata-Kata Aluan sebelum Cikgu Hizam diminta untuk memberikan sepatah dua kata, yang cukup panjang dan tidak kurang menariknya.

Pidato oleh Cikgu Hizam adalah sesuatu yang berbeza. Tentu saja semua akan senang bila menerima satu atau dua pujian.Dan untuk itu , kami sudi untuk mengadakan majlis reunion setiap tahun.Hahaha. Berbaloi usaha kita!! Tetapi dia memilih angkatan 70-75 dari begitu ramai angkatan dibawah didikan beliau, dan mengapa tidak? Ketika angkatan lain hanya memelihara ayam untuk tahun akhir (mesti Darjah 6 ni) , kami memelihara kambing! Sekarang siapa yang boleh lupa semua kenangan ini?




















Penjelasan:
" Lokman dulu sekecil ini", begitu kata Cikgu Hizam, menunjukkan saiz tubuhnya . Saya yakin itu adalah ukuran biasa kita semua. Tidak termasuk saya!

Oh, begitu cepat waktu berlalu. Apakah anak anak sekolah generasi kini, akan merasai saat yang kami lalui bersama sama guru guru kami ini.

"Kengkawan, Saya tabik hormat kamu semua, dan saya harus mengatakan bahawa aku terlepas dari pengalaman itu bersama korang. [Menghela nafas kecewa]

Dia mengingatkan kita sebagai pelajar seharusnya mempunyai - kamus dan buku nota. Dan digamit insiden dengan Norlida (Nordin); - ketika suatu hari Norlida enggan ke sekolah kerana dia dia tidak mempunyai buku nota, sehingga ayahnya harus datang berjumpa Cikgu Hizam untuk mendapat penerangan apa sebenarnya buku nota itu.

Kisah yang lucu, bahkan pada usia 46, Norlida tampaknya ragu-ragu untuk mengangkat tangan ketika Cikgu Hizam bertanya apakah dia berada didalam dewan waktu itu. 'Sama seperti dalam kelas dulu', begitu kata Eddy (?) ketika kami duduk semeja selepas tamatnya majlis reuinion pada jam 00:30 malam itu?. Cikgu Hizam, yang sangat terkenal dengan disiplinnya - siapa yang berani membangkangnya katanya waktu itu. Tapi saya yakin Norlida senang bila dari begitu banyak kenangan Cikgu Hizam, kisah beliau yang menjadi 'cerita' malam itu, sepertimana senangnya saya, bilamana Cikgu Hizam menyebut satu kenangan saya bersama Lokman dan Mie telah datang kerumahnya.

Kisah Ibubapa Roslan yang meminta Cikgu Hizam mengadakan kelas tambahan. Ketika Roslan sedang sibuk mengatur kelas tambahan, Cikgu Hizam sedang lena disiang hari! (Beliau pernah menceritakan kisah ini kepada saya sebelum ini)

Beliau meminta maaf atas kesilapan beliau itu terhadap anak anak muridnya.

Aah, saorang Guru memohon maaf dari anak anak muridnya?! Satu permintaan yang tidak perlu dipohon dari kami , anak anak didik Cikgu yang terlebih akal, hingga akhirnya, menjadi lelaki dan wanita dewasa yang tidak kurang hebatnya hari ini!! Bukan dari saya tetapi saya yakin saya boleh bercakap atas nama angkatan saya, betul tak rakan rakan semua?

Kami terhutang budi kepada Guru Guru semua . Cikgu Aziz yang pada awalnya tidak dapat hadir, disaat akhir hadir untuk menambahkan 'ribut' didalam dewan. Jadi semuanya, tiga dari KL (Cikgu Hizam, Cikgu Faridah, Cikgu Lily), Cikgu Aziz dari Lenggong, Cikgu Aripuddin dari KK datang dan bergabung dengan Cikgu Mokhtar (GB SK Bukit Balai) dan dua bekas kakitangan SRJK.














Kelas 6 A - 2009 vs 1975; semua rakan duduk sesuai dengan gambar 1975, di tolak mereka yang tidak datang. Kami berjaya menghubungi 100% Kelas 6A dengan 28 daripada 36 yang hadir. Jumlah keseluruhan kelas 70-75 yang hadir adalah 39. Hebat.














Seseorang rakan kita, yang diceritakan semula oleh Lokman, cuba melakukan taktik 'lama'nya kepada rakan perempuanya. Taktik lama rakan kita ni, memang dah diketahui umum . Dan Eddy mengingatkan beliau .

"Eddy, hang memang masak dengan perangai depa ni..... hehehe."

Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki. Eh, anak lelaki tua, tetap akan jadi lelaki matang. Hahaha ..

Amran dalam hal apapun tidak banyak berubah. Saya pikir rambutnya masih utuh , sedangkan saya terpaksa menyembunyikan mahkota ini di dalam songkok. Hihihi, saya gembira kerana orang Melayu telah membudayakan songkok khas untuk orang tua seperti saya.

Saya perasan rakan wanita Coolbatch duduk sekelompok satu meja, seperti yang dirancang oleh jawatankuasa, manakala rakan lelaki berselerak, kerana ada keluarga yang mengambil sebahagian meja yang dikhaskan. Saya dapat melihat Norhayati, Norlida Nordin, Norlida Ghazali, Nor Ridha, Fadhilah semua ada. Saya percaya Habibah pun ada pada saat akhirnya walaupun pada awalnya beliau tidak bercadang untuk datang. Terima kasih Habibah.Saya memang mengharap dapat duduk semeja dengan anda semua dalam keadaan tenang untuk sesi perbualan sesama kita.

Pertunjukkan 'slide' kedua adalah tentang kita semua . Saya tidak berminat untuk memberi komen secara objektif kerana saya adalah penulis utama penyedian 'slide', nanti jelas komen saya lebih berbentuk peribadi pulak, dan pasti Anis akan berkata lagi, 'Masuk lift, picit butang sendiri.'

Gambar-gambar lama yang kita tidak pernah terlihat sebenarnya diambil dari koleksi Sekolah yang didatangkan dalam 2 album. Ia sangat berharga. Sambil lagu 'This Used to be My Playground, ini merupakan dedikasi untuk semua rakan lelaki dan kenakalan dan kelucuan kita, dan kerinduan untuk persahabatan seperti suatu masa dahulu.

"Katakanlah selamat tinggal pada semalam; kata-kata yang tidak akan saya lafazkan", begitu kata Madonna. Saya setuju dengannya. Tidak untuk malam kenangan ini.

Untuk rakan perempuan - dan kerana saya telah terselamat kerana tiada suami suami mereka yang datang dengan parang ,saya harap tiada yang tersinggung perasaannya kerana memilih lagu Maya sebagai latarbelakang , lagu indah tentang kekasih zaman persekolahan!

Hihihi, saya yakin ramai yang mempunyai kenangan tentang lagu ini walaupun tidak pernah terucap diwaktu persekolahan. Ketika lagu ini mula berkumandang pada tahun 1978, saya tahu bahawa lagu ini direka khas bagi tahun tahun di SRJK (I) Lenggong dan membuatkan saya teringat kepada sesaorang (yang sayangnya tidak hadir dimalam itu). Tidak, saya tidak akan membuat apa apa pengakuan di blog ini! ;-) (Lokman, dia tak tahu langsung tentang lagu ini?! Tapi sekurangnya Lokman dah mula meminatinya sekarang, walaupun terlewat 30 tahun ... hehehe)

'Maya, masihkah ingat ku lagi
Adakah tercapai sudah, hasrat mu dihati'

Saya berharap rakan rakan perempuan tidak ambil kisah akan lagu itu, dan betapa berharganya anda didalam kenangan kita semua.

Semua kenangan yang manis ini, percuma, tak perlu dibayar pun.

Tentu saja lagu oleh Barbra Streisand - The Way We Were, menjadi lagu penutup di akhir pertunjukan 'slide' .


Tersebarnya gambar
dari senyum lalu yang kita tinggalkan
senyuman yang kita berikan sesama kita
dengan cara tersendiri kita
(Terjemahan lagu Barbra Streasand)

Saya menghayati kenyataan malam itu, dimana terlihatnya banyak pelukan mesra, wajah wajah senyuman terlalu banyak untuk ditatap, senyuman hungga ke telinga yang datangnya dari hati yang bersih, tentang betapa berharganya persahabatan kita suata ketika dahulu. Malam itu kita kembali muda keseawal usia 12 tahun, dan saya yang termuda diawal umur 9 tahun, dari kacamata sayalah. Dan semua yang saya lihat adalah anak anak sekolah di pertengahan 70an dahulu ;-)

Tahun-tahun itu berlalu begitu sahaja tanpa menyedari hakikat disebaliknya.


Saya jarang dapat melihat begitu banyak wajah wajah ceria dalam satu masa. Banyak cerita, ditukar, diceritakan, dan diceritakan kembali, lagi dan lagi, dan tak seorang pun yang mengeluh kebosanan. Anda harus melihat gambar gambar yang diambil malam itu untuk diperjelaskan. Sayangnya saya tidak dapat duduk bersama untuk mendengar cerita mereka kerana saya berda di depan pentas memantau perjalanan majlis malam itu. Dan cerita rakan rakan akan terus menjadi sebuah cerita hidup kita.

Pada akhir majlis, hidangan makanan tidak menjadi hal kepada saya, sebab saya dan Lokman tidak menyentuh langsung hidangan malam itu. Kami berdua kemudiannya , terus ke Medan Selera besebelahan Stesyen Shell, ditemani Eddy, Jerd, Nan, Mie dan yang lain lain sehingga ke awal jam 1 pagi.

Kesimpulannya,kejayaan mengadakan majlis reunion ini, bukan kejayaan sesaorang, sebaliknya adalah kejayaan kita semua. Jawatankuasa Majlis telah memulakan satu tapak pertemuan dan kita semua harus memintal semula persahabatan yang tersisa ini dalam masa mendatang ini.

Saya berharap malam itu tidak pernah berakhir, tetapi saya kira, bagai mengharap bintang kejora jatuh di tapak tanganlah.

Epilog

Kami sambung mini reunion di pagi berikutnya di restoran Baiduri dan Rumah Rehat! Jika saya tidak salah,Tata mempelawa saya untuk bertandang berhari Raya di rumahnya, tapi , masa tidak mengizinkan , Tata. Saya harus segera pulang kerana Akmal akan menduduki PMR minggu berikutnya.

Dan saya terfikir, sesuatu yang agak payah untuk berlaku. Untuk medapatkan kehadiran 39 bekas pelajar Kelas 70-75, adalah satu kejayaan yang baik. Dan dapat melakukannya di 9 bulan pertama selepas perbincangan pertama kami. Bayangkan tarikhnya hanya dipilih , seminggu sebelum Idil Fitri, dan kehadiran yang begitu luar biasa.

Dan kita hanya memerlukan sasaorang seperti Jie. Dialah yang memulakan semua ini , sedangkan kami hanya dibelakang menolak beliau kedepan.

Sayangnya saya kehilangan telefon bimbit saya di malam itu. Tidak pasti apa yang terjadi waktu itu, tetapi, ada yang berkata, mungkin telefon saya tidak mahu untuk meninggalkan pekan Lenggong.

Sayangnya juga saya tidak boleh menunjukkan lebih banyak gambar yang diambil pada malam itu.

Muzik ' live' disediakan oleh dua bersaudara, bermain instrumen - Piano, Gitar dan biola. Lagu lama seperti A Time for Us (Biola / Piano), A Comme Amoour (piano Solo), Sealed With a Kiss (keyboard / gitar), Ibu (gitar / biola). Tentu saja lagu Cinta Pertama (piano / biola) menjadi lagu utama sebagaimana yang diminta oleh seorang teman sekelas yang pada akhirnya tidak hadir pada malam reunion[.
















Hmm mereka tampak akrab ya? Di mana saya melihat mereka sebelum ini?


Persembahan mereka lancar malam tu, tetapi tidak dapat dihayati sepenuh kerana kita terlalu sibuk berbual dari menghargai muzik - muzik instrumental lembut berbanding dengan musik band elektrik. Anyway guys, terima kasih untuk muzik anda.Saya berharap saya adalah salah saorang dari mereka yang bermain muzik malam itu.

Rahmanhariri.blogspot.com

No comments: