Tuesday, 30 September 2014

Layan Eddy / Jamal dan Lee Wai Ghee

Sempena kemerdekaan ini, malam minggu kedua  terakhir


Keputusan saya secara sepontan sahaja. Sabtunya saya bekerja , pukul 1145 sudah berada di rumah semula.  Sambil ber-online, saya cek lah kedudukan tiket yang masih ada didalam Sesawang Ticket2u itu, hm, masih banyak , cuma lokasi kerusi sudah hampir taida pilihan terbaik lagi.

Terus beli, dan baru saya warwarkan kepada anak isteri untuk bersiap ke Kuala Lumpur.

Pukul 1240 tengahari kami bergerak meninggalkan rumah.

Perjalanan lancar, dan kami tiba di Bangunan Great Eastern melepasi pukul 4 petang, untuk makan tengahari.

Tumpang mandi di rumah kakak saya di Ampang sebelum bergerak keluar.


Level 1.

Saya mula mngenali Eddy Silitonga ini pada usia Tingkatan 1 atau 2, waktu itu hiburan yang ada dirumah cuma mainan piring hitam dan radio. Setiap petang sekitar 5 hingga 7 malam, kalau betullah ingata saya, saya akan mencari frequency SW untuk mendengar siaran Suara Malaysia RTM.

Siaran ini abang saya yang ajar sewaktu beliau menuntut di MRSM Kelantan. Sekarang baru tahu mengapa mereka meminati sairan ini, sebab kebanyakan Guru Guru mereka berasal dari Indonesia.

Layan ajelah.

Tak berapa penuh malam terakhir ini.

Sepertiaana yang abang saya katakan, memang mengecewakan, kerana 70 peratus nyanyian adalah dari Jamal, sedangkan Eddy hanya mengalunkan 30% dari baki persembahan, dan lagu lagunya pun bukan yang evergreen, lebih kepada lagu kegemaran Warga Indonesia.

Pukul 12 sesi otografi pun tidak menarik, kerana Eddy tidak bersama, dan Jamal memang kekok dengan peminat.

Kami bergerak pulang ke Utara, dan berhenti di Tapah untuk rehat seketika. Sebelum tu saya, dah buat temu janju dengan saorang rakan Sekolah Rendah kami yang pulang bercuti dari Amerika.

Jadi laluan saya lencongkan ke Lenggong. BerSubuh di Banggol Batu sebelum bertemu beliau seawal pukul 7 pagi.

Lee Wai Ghee, rakan Sekolah Rendah.


Adalah menghampiri 2 jam kami berbual di Restoran Kencana itu untuk kemaskini cerita masing masing yang terpisah lebih 32 tahun ini.

Selesai, saya terus ke Changkat Berangan untuk mencari rumah sesaorang, yang sudah tiada, tetapi jasanya tetap dalam ingatan saya.

Makcik Badar, isteri arwah Pakcik Osman.

Sekitar 13 Mei 1969, Bapak didalam teksi menuju destinasi Kuala Lumpur. Didalam teksi pemandunya Cina, Bapak duduk didepan bersama 2-3 penumpang lain dibelakang. Sebaik tiba di Jalan Ipoh, ternyata sudah berlaku rusuhan kaum, dan Teksi Bapak saya terhalang oleh sekatan.

Warga berbangsa Cina menyaol pemandu Cina, mengapa membawa penumpang Melayu, sudah pasti jawapan beliau tidak memuaskan hati penghalang tersebut, lalu parang dihayun kepada sesama bangsa , dan terpercik darah mengenai pakaian Bapak saya. Pemandu tidak panik, terus memecut teksinya memasuki Balai Polis terdekat, Sentul, untuk mendapatkan perlindungan.

Bapak hilang di Kuala Lumpur lebih seminggu. Memang muram rumah kami di Kampung Sira sejak deberitakan kehilangan Bapak.

Komen makcik Badar, " Pakcik kau tu, selagi ada orang Lenggong yang perlukan bantuan, semuanya disuruh menetap di barrack kami. Tahu ajelah, rumah kecil, yang datang menumpang lebih dari 7 orang, dengan anak yang ramai lagi"

Hm,,,,, saya faham sangat sebab pernah berjiran dengan kuarters Polis semasa di Lenggong, dan paling menarik di Taiping, kami menetap didalam Balai Polis Aulong yang kuarters kerajaan  kami menumpang bersama. Faham sangat.

Ikan Tasik Raban yangsempat saya gagau untuk dibawa pulang ke Sungai Petani

Hari itu , memang tercapai kenangan 30 tahun dahulu di Lenggong serta lagu lagu nostalgia waktu usia remaja saya.

Latiff Hariri
0648 30092014
Sungai Petani

Sunday, 28 September 2014

Bukan Syawal Lagi, Tapi 31 Ogos 2014

Sepatutnya acara ini berlangsung sempena Syawal 1535 untuk penduduk Taman Teratai Indah/Seri Tanjung, tapi dek kerana masing masing sibuk dengan acara peribadi, akhirnya Syawal kemana, yang tinggal hanya makan malam bersama sempena 57 Tahun Kemerdekaan.

Acara ni berlagsung pada malam menjelangnya 31 Ogos 2014


BBQ dan kuih muih, serta nasi kambing

Ibu ibu Taman Teratai Indah.

Macam gerai tepi jalan je.

Ini Nasi Kambing menu dari kami sekeluarga

Sup Kambing .

Memang dah lama pun kami tak bersama setaman ini. Yang kerapnya gang gang bujang dan gang gang yang terasa bujang, dok main carom setiap malam.

Saya tidak dapat mengemaskini blog kerana terlalu banyak aktiviti rasmi atautidak, yang tetiba banyak melanda diri dan keluarga saya.  

Nantilah saya sambung kisah bahagian kedua saya dan rakan rakan bertandang ke rumah Mantan Guru Guru Sekolah rendah kami tu.

Latiff Hariri
1208 28092014
Sungai Petani

Wednesday, 10 September 2014

Pertemuan 50 Tahun Kami Bersama Mantan Guru Guru SRJK(I) Lenggong- (i)

Untuk rancangkan satu pertemuan secara berkumpulan ini bukannya mudah. Tambahan destinasinya di tengah kesibukan kota.

Kami tiba di lokasi sekitar pukul 9 malam. Saya perasan Amir dah menanti didalam keretanya. Dan sebaik saya memakir kereta , baru saya terperasan yang abang Hadi dan Hasnah pun sudah menanti.

Hasnah dah memasuki rumah Cikgu Hizam  bersama Cikgu Lily dan Roziah.

Tengok foto foto kenangan manis ini.


Cikgu Faridah menyambut Cikgu Lily

Cikgu Hizam beria ria menyambut anak anak didiknya selama 1971-1976

Kami dah 50 Cikgu, itu yang diisyaratkan Hasnah kepada Cikgu Hizam.

Setahun atau dua tahun sekali kami pasti ziarah Cikgu Cikgu kesayangan kami ini.

Saya bangga dengan kamu Aboy, itu kata kata Cikgu Hizam kepada saya, hehehe. Memang saya pun bangga punya Cikgu Cikgu ini, kalau tak, tak akan saya cari hingga kini.

Waktu ini memang meriah suasana didalam rumah Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah. Macam kawan lama yang baru bersua kembali.

Amir kena soal jawab tentang kenakalan waktu lalu

Menjejak kasih kenangan lalu di Lenggong awal 70an saya

Tengok gaya Cikgu Faridah 'bolayan'saya. 'You embarass me Aboy, you shud have told me earlier, many of you coming, i can prepare makan for all of you!' Nasib baik abang Hadi back-up aku, hahaha.


Cikgu Faridah dah gelisah menanti Norlida yang tak pulang pulang dengan pesanan makanannya, baru saya tahu betapa Cikgu faridah tak puas hati.

Sementara menanti masuk pulak dua pasangan ini kedalam rumah.

Chew Ka Gee

Lama bersalaman, cuba mengingatkan memory Cikgu Lily.

Abang Man dan Faridah, watak utama setiap kali percutian keluarga saya.
Diperthati anak anak Ka Gee

Memag riuh malam tu!

Guru kami masa kelas 2A 1972.

Ini semua anak anak murid SRJK(I) Lenggong, bersama Guru Guru mereka

Ok. Ada episod kedua pulak, tak sempat.

Latiff Hariri
0648 10092014
Sungai Petani

Saturday, 6 September 2014

Ketua Darjah 1972 Bertemu Guru Darjah 2A

Kami sampai betul betul azan Maghrib. Serba salah jugak ni. Kami tunggu hingga Azan tamat lebih 10 minit sebelum keluar dari kereta dan memicit loceng pagar.

Saya boleh agak, orang tengah sembahyang, mana nak buka pintu segera!



Cikgu Lily baru nak Solat, kami dah kacau.

Jadi kami tunggu aje di ruang tamu sementara Cikgu Lily selesaikan kewajipan beliau.

Dah mula bersembang.....

Siap kami dijemput minum dan menjamah kuih kuih raya yang terhidang. saya waktu ini masih belum membuat keputusan samaada mahu mengajak Cikgu Lily bertandang ke rumah Cikgu Faridah atau tidak.

Tetapi bila Cikgu Lily kata dah lama tak jumpa pasangan Cikgu Hizam tu, dan kalau ada orang yang sudi membawa beliau, memang beliau hendak sangatlah!

Jadi, kami paksa Cikgu Lily bersiap cepat.

Haaa, dah siap pun, tapi kami kena minum secawan kopi dulu sebelum bergerak

Bermacam yang dikongsi bersama.

Sementara itu rakan rakan yang saya titipkan arah tujuan pertemuan malam ini, sudah mula mengirim pesanan melalui SMS dan WhatsApp bertanyakan lokasi saya, memberitahu bahawa mereka tersesat dan bermacam halangan lain.

Jam sudh menunjukkan 840 malam, kami baru nak bergerak keluar, sedangkan perjanjian awal adalah pukul 8 malam.

Faiqah terima duit Raya.

Kenangan Syawal 1435 bersama Cikgu Lily mantan guru kami Darjah 2A, SRJK(I) Lenggong.

Cikgu Lily siap sebut nama sesaorang yang tak pernah lupa berkunjung setiap kali Syawal, hm, terasa malu dan cemburu jugak ni.

Ok, terus ke rumah Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah pulak. Kenagan pertama kali memandu kereta berpasangan dengan Cikgu Lily!!

Roziah, Aqilah  dan Faiqah duduk dibelakang.

Latiff Hariri
0838 06092014
Sungai Petani