Bee Gees

Sunday, 18 September 2011

LEFTENAN KOLONEL (PURNAWIRAWAN) TNI-AD 26217 DRS ISKANDAR KAMEL AGASTYA (1911-1979)

Selesai daftar masuk ke Hotel Formule1 ini, hati saya sudah melonjak lonjak untuk mencarinya. Saya harus segerakan pencarian ini supaya tidak mengganggu rencana percutian, serta tidak mengecewakan separuh dari tujuan sebenar saya bertandang ke Jakarta ini, yang sudah saya kenali melebihi 10 tahun.

Pertama kali ke Jakarta bersama Rahman, sewaktu beliau bertugas sebagai tenaga Pengajar didalam kelas latihan pekerja Pertamina sekitar tahun 1995 .

Bila isu Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu, dan diputar belitkan oleh Utusan Malaysia, saya rasa sudah tiba masanya saya membuktikan kebenaran, walaupun melalui penulisan yang kecil didalam blog ini.

Kisahnya Mat Indera ini sudah lama, dan abang ipar saya, sekitar selesainya PR12 yang lalu, saorang anggota Polis, pernah membangkitkan persoalan samaada Mat Indera saorang Pahlawan Melayu atau Petualang. Saya secara keras menafikannya. Waktu itu beliau sebagai anggota PDRM terlalu marah dengan Pulau Pinang yang ditadbir Lim Guan Eng. Perdebatan beretika antara adik dan abang ini berlanjutan hingga keminggu kedua, bila akhirnya, abang ipar saya akui yang Mat Indera saorang Pahlawan Melayu, dan ternyata , diakui beliau , bahawa Lim Guan Eng lebih telus mentadbir Pulau Pinang. Tak tahulah saya , kalau abang ipar saya 'malas' untuk memanjangkan topik yang beliau ungkitkan ini, atau benar benar akui 'kebenaran' kisahnya Mat Indera dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Dari Menteng, ke Kalibata , perjalanan sekitar 30 minit, agak sesak lalulintasnya, walaupun agak dekat. Saya kesini hanya berpandukan ingatan , tanpa membuat apa apa catatan untuk saya rujuk. Ini satu kelemahan saya, tiada persiapan yang sempurna, sekadar apa yang ada.


Makam Pahlawan , Kalibata, Jakarta.

Kami tiba disini menghampiri pukul 1030 pagi wib. Kalau waktu Malaysia sekitar pukul 1130.
Pengemudi teksi menunggu kami, bagi memudahkan perjalanan dan pengurusan masa kami.
Waktu ini , semangat saya berkobar kobar, makam pahlawan ini, yang merupakan anak Melayu pertama yang melaungkan Merdeka kepada bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Terus saya disapa Pak Satpam. (Satuan Pengamanan), kalau kita, kita panggil Pak Guard lah.
Budaya kerja Pak Satpam dan Pak Guard , amat jauh bezanya jika mahu dinilai.

Terus saya menceritakan hal sebenar, tanpa banyak soal-jawabnya, terus mengiringi saya ke pondok rasmi untuk dilapurkan tentang lawatan ini.

Pak Satpam yang betul betul melaksanakan tugasnya.

Di Balai Kawalan,saya diminta menandatangani Buku Pelawat, dan mencatitkan siapa yang saya cari.

Dsinilah bermulanya, 'pembuangan masa dan tenaga' jika kerja dibuat berpandukan 'simpanan memori' warga yang hampir mencecah usianya setengah abad ni.

Mana nak jumpa kalau dikepala hanya menyatakan tahun kembalinya kerahmatullah sekitar 1997(?) dan berpandukan nama asalnya di Malaysia.

Merayau sendirian disekitar perkuburan ini, walaupun ada pekerja am, yang sudi membantu setiap kali saya bertanya dimana letaknya pusara ditahun 1997 itu. Tapi gagal.

Saya cuba hubungi abang saya, dan ternyata beliau sibuk bertugas, dan tidak menjawab panggilan saya. Sekitar 20 minit mencari bersama rakan rakan bujang ini, saya membuat keputusan, untuk menanya ke kantor pengtadbiran Makam Pahlawan ini. Saya tiada masaalah berurusan dengan kakitangan dinas ini. Sepanjang pengalaman saya berurusan rasmi atau tidak, mereka amat hormati setiap tamu yang hadir untuk memohon bantuan.

Sama sama saya duduk dihadapan komputer dibilik pejabatnya, mencari nama itu, habis digeledah dari athun 1991-1999, tiada tercatat nama itu pun! Dicari pula menerusi arkib Alphabet yang bermula dengan I bermula sekitar 1945 sebelum merdekanya Indonesia!!
Ish, ini kerja bodoh saya ni, akui diri saya.

Waktu untuk bersolat Jumaat semakin menghampiri, kami harus bergerak untuk acara selanjutnya.

Gagal!? Tidak, saya pasti selesaikan isu ini pada keesokkan harinya pulak.

Ternyata abang saya Rahman, memberikan reaksi posotif membantu, terpapar data yang lengkap tentang Pahlawan yang saya cari ini, melalui pesanan ringkas . Uh, leganya!
Saya solat Jum'at dengan kusyuk bila data lengkap ini dikirimkan.

Masjid Istiqlal Jakarta. Zuhur sekitar 1200 wib, sekitar pukul 1 di Malaysia.

Selesai solat, sepatutnya ,acara ketiga untuk Jumaat ini ialah ke Monas (monumen Nasianal), tatapi kami kalehkan ke acara lain. Itu yang istimewanya bila pergi sendirian tanpa Tour package ni, boleh isa - ikut suka aku.

Tapi, pagi Sabtu ni, seawal pukul 530 wib, saya sudah bangun, awalnya!! Sebenarnya kami terbabas, masuknya waktu Subuh sekitar 445 wib disini ya. Pukul 530 tu, kalau di Malaysia, suasananya sudah sekitar pukul 730 pagi da......ruginya!

Kami terus bergerak ke Kalibata untuk kedua kalinya. Dan dipermudahkan segala urusan kami, bila segala butiran peribadi Pahlawan ini sudah diterima dari 'memory-bank' abang saya ini.

Seperti semalam, daftar buku lawatan wajib dilakukan, dan kami ditemani Pak Satpam yang bertugas mencari lokasi pusara. Tahunnya 1979.....aduh, jauh tu, patutlah semalam tak jumpa. Tapi, saya pun tak tahu yang Allahyarham mempunyai nama yang lain di Indonesia ni. Bukan salah saya pun, salah malas membaca sejarah, dan sejarah yang cuba dipadam 'mereka-mereka;, tali barut British!! Hehehe, saya jugak yang betul, deme tu salah sokmo!!

Mencarinya Iskandar Kamel ini, dimulakan oleh Zul dan Pak Satpam, sedangkan saya masih menandatangani Buku Lawatan. Walau pun nama sudah terpampang di dinding, tetapi mereka berdua gagal mencarinya!!!


Ini dia - tahun 1979 Namanya Drs Iskandar Kamel . Pahlawan Tanah Melayu yang dimakamkan di Tanah Jawa! Apalah takut nak kisahkan yang benar kepada jenerasi anak bangsa ni!

Nama Ayahanda Drs Kamel Iskandar tercatit disini sebagai pejuang kemerdekaan Indonesia, walau pun tak diiktiraf sewajarnya oleh .....oleh UMNO!!

Kira untung tu Latiff, di Indonesia Ayahanda disanjung, kerana setiap malam 17 Augustus, Bapak Presiden SBY akan berkunjung disini untuk acara APRS -Apel Kehormatan Renungan Suci.

Kalaulah Ayahanda di Malaysia, sah dilabel Guru........., Guru Kominis!!

Pencarian saya berakhir disini. Sekadar Alfatihah dan doa moga diRahmati disisiNya, walaupun tidak mendapat sanjungan di dunia, saya pasti disana, sudah tersedia Mahligai Firdausi untuk Ayahanda....Amin

Di batu nisan ini tercatit -Drs Iskandar Kamel (IBHY) LETKOL.INF.MRP 26217 PURN.TNI-AD
Lahir : 27.11.1911 Wafat 8.3.1979

Bermakna, genap 100 tahun kelahiran Ayahanda Dr Iskandar Kamel , ditakdirkan saya menziarahi pusara beliau. Allah Maha Besar. Saya masih boleh bertemu dengan saorang pejuang Melayu Moden, yang lahirnya di Temerloh, Pahang , ini!!

Makam Pahlawan terjaga rapi dengan percikan air setiap pagi. Disini tersimpannya 10000 jasad pejuang Kemerdekaan Indonesia...., dan Malaysia.....tapi, dinafikan 'mereka-mereka'.

Bila saya mengangkat topi besi Pahlawan ini, ternyata ada talian elektrik dibawahnya serta satu lampu kecil.

Pak Satpam yang setia, memberi penerangan.

Katanya setiap kali menjelangnya malam 17 Augustus, setiap 10 ribu lampu di pusara akan dinyalakan, dan secara simbolik, bila Bapak Presiden SBY memasuki persekitaran, lampu akam dipadamkan...., suasana menjadi hening seketika.

Saya boleh hayati suasana malam itu di pusara ini, didalam bayangan hati saya....

Bersama Pak Satpam yang mengiringi kami sepanjang pencarian hari kedua ini.

Saya terus mengirim pesanan ringkas kepada Rahman tentang selesainya ekspidisi ini.

Tetapi, bagi beliau, tidak. Di arahnya saya mencari dimana keluarga Ayahanda menetap, dan lakukan ziarah dan temu-bual. Hm.....

Saya memang berminat, tetapi lebih senang jika tujuan ke Jakarta saya tumpukan pada satu tugas yang ini sahaja, tanpa ada aksi sampingan, acara membeli belah dan melepak disisihkan terus. Ok, itu janji saya untuk lawatan kedua nanti. Akan saya sempurnakan.

Ayahanda adalah anak kelahiran Temerloh , Pahang. Berketurunan Bugis. Oit, awas kamu ya. Ini Bugis sejati, pejuang sebenar, bukannya 'Bugis' yang itu, bapak PM tu!!

Berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, dan merupakan saorang guru. Mula menubuhkan Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938, dan merupakan orang pertama yang melaungkan Merdeka, dan menjadi buruan British dan Mata Mata tali barut. Beliau melarikan diri ke Indonesia, dengan bantuan Pak Sukarno.

Untuk kisah selanjutnya, anda boleh membaca di sini, juga disini, Ibrahim Yaakub

Ya, Ayahanda Ibrahim Yaakub, guru lulusan MPSI merupakan Pahlawan Kemerdekaan sebenar Malaya, dan bukannya Bapa Kemerdekaan itu yang diratib siang malam oleh mereka mereka yang menjadi tali barut barut British, dulu, kini dan selamanya.


Latiff Hariri
1155wib 18092011
Formule1, Menteng, Jakarta.

No comments: