Bee Gees

Friday 30 May 2014

Manan Ishak Selepas 34 Tahun

Petang tu saya lepak di rumah adik saya Rashi, sebaik saya pulang dari Kelang. Dekat pun, saya dah atur perjalanan percutian saya kali ini, dengan menuju ke Ampang, Hulu Langat, sebelum terus ke Semenyih, Lenggeng dan pulang ke Shah Alam untuk menamatkan acara. 

Letih? Hm, tak nafikanlah. Usia dah setengah abad ni.

Rehat seketika , rakan baik saya ni, mengajak saya untuk bertemu sesaorang di Shah Alam, pada pukul 930 malam. Uh, memang letih dan mengantuk, tapi saya gagahkan jua, sebab lokasi pertemuan dalam Shah Alam jua.

Mencari lokasi pertemuan ini diwaktu malam, menjadi mudah dengan bantuan google, macam biasa, hahaha.

Manan, Din dan Latiff.

Saya ingat Manan ni pernah sekelas dengan saya ketika di Tingkatan 1A3 King Edward VII , 1977 . Dan Manan pulak ingat tang Biola yang saya bawa setiap kali ke kelas Orkestra King Edward.

Tapi kerana usia juga, saya salah perkiraan dengan menyatakan bahawa Manan pernah sekelas dengan saya diwaktu Darjah 6A , KE1, sedangkan Manan dari KE2 .

Manan antara pelajar terbaik yang dilahirkan dari King Edward. Saya kurang cerita bersama Manan ini, kerana kami bertukar kelas bila memasuki Tingkatan 2 dan 3. Seterusnya pada Tingkatan 4 , Manan mengikuti kelaurganya berpindah ke Kampar. 

Malam tu kami berbual melepasi pukul 1145 malam. 

Terima kasih Manan Ishak dan Din Selamat. Ini pertemuan pertama kami berdua selepas 1980....dah 34 tahun masa berlalu.

Latiff Hariri
2128 30052014
Sungai Petani

Wednesday 28 May 2014

Ziarah Makcik Minah

Kira kira 15 tahun yang lalu, sebaik misi saya dan abang saya berjaya, mencari Kampung Haraban, Desa Sipisang, Palupuh, Bukit Tinggi itu, saya ada menceritakan bagaimana sebaik saya pulang ke Malaysia , terus  'melapurkan' kepada makcik dan emak saya tentang kejayaan saya dan abang saya membuka jalan ke Indonesia.

Bila foto foto ditunjukkan sebagai bukti, maka terujalah hati makcik makcik saya untuk melihat sendiri tanah kelahiran emak emak mereka, serta juga tanah kelahiran mereka.

Antara yang mengekori misi kedua saya bersama orang orang tua ini adalah Makcik Minah, yang merupakan kakak ipar kepada arwak Makcik Midah. (kakak suami makcik Midah). Memang saya ingat ingat lupa akan beliau ni, ya lah, kenal gitu gitu aje. Yang psati saya ingat rumah beliau dahulu di belakang Zoo Negara.

Jadi misi saya diteruskan ke Kelang kerana melalui khabaran bang Kassim, Makcik Minah sudah berpindah ke Kampung Batu Belah, Kelang.

Tak susah mencarinya  dengan bantuan google dan talipon yang memainkan peranan untuk berhubung bertanyakan lokasi.

Akhirnya rezeki makan tengahari saya di rumah Mak Minah ajelah, Syukur. Saya suka dapat merasa air tangan orang orang yang teramat tua ini!



Goreng pucuk ubi dan ikan keli salai! Fuh!

Saya terasa, walaupun saya kuranglah rapat dengan Makcik Minah ni, tapi sebagai anak yang mengenang setiap detik indah bersama makcik makcik ini, walaupun seketika. Saya kira lebih seminggu kami berlima ke Bukit Tinggi dan sekitarnya. Yang menariknya, dahulu tiada kepalterbang terus ke Padang. Kami harus ke Medan, dan dari Medan sewa kereta ke Bukit Tinggi. Masa dan kos perjalanan itu, huh....bukan semua orang tua boleh lakukan. Tua tak tua, waktu itu purata usia makcik makcik ini sekitar awal atau akhir 60an lah jugak.

Baru saya tahu, Mak Minah pun dari rumpun yang sama. Perkahwinan sesama keluarga dekat , menrapatkan lagi silaturrahim.

Mak Minah kini hidup sendirian. Untungnya , anak cucu beliau hanya bersebelahan dengan rumah beliau, tiadalah dikatakan hidup sendirian.

Terimakasih Makcik Minah. Makan tengahari itu memang best. Ikan Keli salai lagi.
Saya tak akan lupakan kenangan dengan ' warga senja' seperti yang dikatakan oleh kakitangan MAS ketika itu pabila, emak, mak tuo Sariaman, mak Midah dan Mak Minah, lalu melepasi mereka.

Memang 'adventurous' ketika itu bersama emak emak saya ini pulang ke kampung halaman.

Latiff Hariri
0638 28052014
Sungai Petani

Sunday 25 May 2014

Mencari Waris Lenggeng

Saya tidak dapat menggunakan laluan pintas dari Gabai terus ke Semenyih, kerana berlaku tanah runtuh , dan dikhabarkan ada kenderaan yang masuk gaung. Terpkasa berpatah balik ke Pekan Batu 9 Cheras, dan menggunakan lebuhraya untuk ke Semenyih. 

Tak lama mana pun, sekitar pukul 10 pagi saya sudah berada di rumah adik saya Akhtaruddin di Bandar Sunway. Menjengok beliau yang dikhabarkan terkena demam denggi. 

Ok, semua ada dirumah pagi Sabtu 10 Mei, walaupun si Aliff sedang bersiap untuk ke Sekolah, kelas  ganti. Jadi dapatlah saya makan tenghari di rumah adik saya ini.

Saya teruskan perjalanan menuju selatan. Ini antara sebab utama saya bercuti kali ini. Mahu menjengok sanak saudara dari salasilah Nenek Sariah. Sedangkan kami dari anaknya Bulan ini, sudah tiada yang menetap di Lenggeng lagi, tetapi keluarga dari abang adiknya Sariah masih menetap di tanah asal sebaik Moyang Moyang kami berhijrah dari Bukit Tinggi Sumatera sekitar awal abad ke 20 @ sebelum 1900 masehi.

Hm, saya dah lupa akan lokasi sebenar kampung arwah moyang saya ini, jenuh bertanya kesini sanalah juga.


Simpang sebelum memasuki Pekan kecil Lenggeng. Kampung terletak di simpang kiri menghala ke Pantai/Kuala Kelawang, kira kira 500m sebaik memasuki simpang kiri, rumah sebelah kanan di atas bukit.

Disitu masih terdiri kusam, rumah arwah Mak Tuo Sariaman. Mak Tuo pernah bersama saya pulang ke Bukit Tinggi kira kira 15 tahun yang lalu.

Hm, tuan rumahnya Abang Udin, bekerja. Jadi saya hanya sempat bertemu istei dan anak anak baliau. Sesuatu yang pada awalnya agak susah saya fahami apabila nama Bidin disebut sebut isteri abang Udin. Saya susah nak tangkap siapa dia Bidin ni. Dah lama memikirkan mana ada anak nenek Bulan yang bernama Bidin.

Dan bertanya saya yang duduk di Kelang itu siapa, abang saya kah?

Hahaha, sebenarnya, inilah jadinya bila kita jarang bertemu sanak saudara. Anak disangkakan Bapak, Bapak disangkakan Adik.

Sekitar pukul 2 petang saya mengundurkan diri. Kununnya mahu ke Seremban bertemu lagi keluarga disana, tetapi sebaik kawan rapat semasa bujang saya ini mengatakan bahawa beliau berada di Kuala Lumpur. Langsung saya batalkan rancangan ke Seremban.



Abang Kamaruddin Husin @ Bang Udin.

Saya tak sampai hati, sebab yang sering menyebut nama saya adalah tuan rumah di Lenggeng , abang Udin. Sedangkan beliau bekerja hari Sabtu. Jadi bagi memenuhi hajat beliua yang terkilan tidak bertemu saya yang datang dari jauh. Saya penuhi hajat beliau dengam mencari tempat kerjanya di Nilai 3.

Abang Udin merupakan anak Mak Tuo Sariaman. Mak Tua Sariaman merupakan sepupu kedua arwah emak saya. Maknanya kamu ada lah tiga pupu. Abang Udin usianya 16 tahun tua dari saaya.

Yang pasti, isterinya bang Udin dan Abang Udin sendiri tidak menafikan akan adanya sekeping tanah milik nenek Bulan yang telah siap di lotkan untuk waris waris nenek Bulan. 

Bukan tujuan utama saya mencari harta pusaka orang orang dahulu, tetapi sebagai rekod untuk sanak saudara sepupu saya dari salasilah Sariah, manalah tahu.

Niat saya bermalam di Seremban saya batalkan. Saya terus memasuki Plus menuju Bandaraya, dan menalipon lagi saorang tiga pupu saya, abang Kassim.

Abang Kassim Bahari. Anak arwah Mak Midah, adik Mak Tuo Sariaman. Maknanya, abang Kassim dan Abang Udin adalah sepupu rapat.

Arwah mak Midah juga pernah saya bawa pulang ke Bukit Tinggi bersama arwah arwak emak dan mak Tuo. Dan saorang lagi Mak Minah, yang merupakan kekak Ipar Mak Midah.

Abang Kassim tua dari saya lebih 10 tahun. Bekas pekerja Hotel, dan kini pemandu teksi Bandaraya. Pertamakali saya bertemu dengan Abang Kassim ni!!

Malam ini rencananya mahu bermalam di rumah kakak saya di Taman Dagang. Dalam perjalanan saya dikejutkan oleh panggilan dari rakan serumah saya dahulu, si David Koh.

Ayaynya kritikal di IJN. Jadi saya berpatah balik ke Institut Jantung Negara. Dan ternyata , Uncle Koh sudah sesak nafas dan dibantuan alat pernafasan. Saya beruntung dapat memasuki kamar ICU beliau dan menziarahi beliau dan bersalaman dengan abang David, si Philip, yang baru tiba dari Australia.

Jadi bercerita panjanglah kami malam itu. Philip merupakan pelanggan bank yang sering berurusan dengan saya sewaktu saya di Pandan Jaya dahulu.

Pulang kerumah kakak saya melepasi pukul 10 malam, dah siap makan sendirian. Berkisah panjanglah malam minggu tu.

Pagi Ahad, 11 Mei saya bergerak ke rumah Mak Cik Miah di Langat. Sekali lagi memasuki daerah ini. Bertemu adik adik arwah Bapak saya. Dapatlah berbual dengan Pakcik Yut yang kali terakhir saya bertemu Raya Eid Fitri lalu di rumah Kak Sham.

Sekitar 11 pagi, saya ke Bandar Tun Hussein Onn, menziarahi pusara ibu saya, Fatimah Zaiton Adam.

Hmmmm, tulisannya....

Al Fatihah untuk emak.

Saya harus bergerak ke Kelang untuk lengkapkan sebahagian expolorisasi saya kali ini.

Latiff Hariri
1458 25052014
Sungai Petani

Tuesday 20 May 2014

Menziarahi Pakcik Dain Ibrahim

Ini pun kisahnya seakan akan Makcik Rose.

Saya bertandang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi Pakcik Rosli di Hospital Sungai Buloh, sedangkan beliau 'memetap' di Hospital Ampang.

Abih...., dah tak nak beritakan kepada saya, mana saya nak tahu..Alasan kuat ni untuk tidak menyalahkan diri sendiri.

Pakcik Dain ni saya dah anggap macam ayah saya sendiri. Sebenarnya , beliau merupakan Ayah Mertua Cikgu Tarmizi , Pegawai PPD Jambi, Sumatera Barat itu. Macamana boleh jadi begitu, nanti saya ceritakan.

Jadi sebaik saya diberitakan sendiri oleh Pakcik Dain yang beliau patah tangan dan kaki gara gara jatuh pokok durian belakang rumah itu, saya selamba aje boleh melawak 'kasar' dengan dia. Hahaha.

Memang tak masuk akal sesaorang yang sudah melepasi usia 70, masih memanjat pokok durian! Tapi, hakikatnya pakcik Dain ini tak kelihatan pada usia sebenar, saya selalu beranggapan kederat dan  kekuatan beliau seakan akan lelaki berusia awal 50an. 

Yes!! Masakan sambal air tangan makcik yang juga berasal dari Kerinchi, Sumatera Barat. Sambal ikan keli tinggal seketul untuk saya, sambal ikan kurung setin, sayur kobis gulai lemak dan petai sebesar  ibu jari kaki menjadikan saya 2 kali tambah! 

Korang kena rasa masakan orang Kerinchi ni, saya daah cuba pertama kali pada tahum 1995 di Kerinchi .

Saya bergerak petang Jumaat sebaik selesai kerja di Pejabat. Pada mulanya saya rencanakan perjalanan sendir memandu ke Kuala Lumpur. Cuti hujung minggu disambung dengan cuti Wesak, saya akan pergunakan sebaik mungkin untuk menziarahi sanak saudara di Lembah Kelang. Destinasi pertama Hulu Langat, Sungai Lui. paling dekat Gabai.

Sepanjang perjalanan dipandu oleh Tart, anak teruna yang sering menemani saya setiap kali saya berjalan.
Kami tiba di Hentian Jejantas Sg Buloh pun melepasi pukul 930 malam. Waktu itu juga, baru saya sahkan kehadiran saya kepada Pakcik Dain, yang terpinga pingga tidak percaya akan bakal kehadirana saya malam itu.

Saya siap minta masakan air tangan makcik lagi malam tu. Tak ada malu malunya dengan pakcik Dain ni.

Memasuki rumah Pakcik Dain tepat 1030 malam. Lajukan? Dari Jejantas Sg Buloh 945 malam. 

Ilmu mesti tinggi , hehehe.

Hm, pergelangan tangannya patah. Pehanya tertanam besi solid berharga RM2,800.00 untuk sepanjang hayat.

Pakcik Dain memang tak percaya yang saya nak makan dan tidur rumah dia malam ini.

Saya dengan Pakcik Dain ni, boleh melawak merapu kerana saya rapat dengan beliau bermula dari 1989 hingga beliau pencen pada 1996 . Pakcik merupakan orang pertama yang membuka jalan untuk saya ke Sumatera dan membuka hati saya untuk mencari Salasilah keturunan Emak saya.

Untung ada Makcik yang menjaga makan minum Pakcik Dain.

Saya tak lama , sebaik sarapan pagi Sabtu 10 Mei, saya bergerak menuju ke destinasi kedua saya. Saya cuba nak habiskan sebanyak mungkin ziarah saya ini, supaya tiada yang bertanya lagi setiap kali kenduri kendara dan kematian, soalan dari sanak saudara jauh tetap kedengaran, "Mana Boy?"

Kini saya datang.

Latiff Hariri
1828 20052014
Sungai Petani

Sunday 18 May 2014

Sepanjang Akhir April 2014

Sebaik tamatnya kemarau di Sungai Petani, saya secara otomatik, memasuki kebun saya.

Masya Allah, selerak.

Memang tak terurus, kebun ke hutan ni?




Mangga Skudai-Sungai Petani OE81. Di tepi bendang saya.

Durian melayut sudah.....ikut nahu Sabah.

Dan salah satu malam Sabtu itu, kejiranan Sungai layar ini mengadakan makan makan 'supper' di rumahnya anak bujang Teratai Indah, Faizal @ Jan.

Saya dah makan malam, tapi, dah orang panggil, panggil pulak guna walkie talkie je.

Kari Keeeng, Sungai Petani. 

Sayangnya kari kaw, tanpa isi ikan. Jan silap ni!?

Si jan ni usahawan muda. Sebaik tamat UiTM beliau bekerja dengan UEM membuat projek jambatan Kedua Pulau Pinang.

Sebaik selesai, beliau melepaskan jawatan yang bertitle itu untuk menumpukan kepada perniagaan yang beliau minati. Sekarang ni punya kedai baju t-shirt/kemeja (printing) untuk ditempah. Kedai beliau terletak ditengah tengah Bandar Sungai Petani.

Ini hasilnya bila saya mencantas daun daun kering tebu,  baru nampak rupa kebun. Nyaman.......

Sebaik pulang dari Kuala Lumpur juga, saya dah mulakan projek dengan anak anak bujang ini, sempena menyambut Ramadhan dan Syawal 1435 yang tinggal kurang dari 60 hari.

Zul jadi tekong cat pagar rumah.

Mohd turut membantu membersihkan semak samun dibelakang rumah.

Jadinya, minggu saya terisi dengan aktiviti mengecat rumah serta mencantas tebu di kebun untuk jualan harian. Percaya tak, selang dua hari saya mendapat sekitar RM32.00 hasil dari kebun. Hujung Minggu melebihi RM50.00 . Maknanya purata sekitar RM140 seminggu, jadilah, boleh buat belanja pasar, tak pun lepas satu tong cat rumah, hahaha.

Latiff Hariri
1828 15052014
Sungai Petani

Thursday 15 May 2014

Menziarahi Makcik Siti Hajar Hj Arip



Saya menziarahi Pakcik Rosli Saam itu pada pagi/tenghari sabtu 19 April.

Bila memasuki Taman Restu Jaya, Ipoh , bersarapan dengan Abang Man/Faridah, sememangnya saaya mengingati Makcik yang saorang ini. Masa remaja seawal usia 13 tahun hingga ke tingkatan lima, dirumah Makcik Rose lah tempat saya berlepak siang malam.

Begitu jua , pulang dari Kuala Lumpur, melepasi Bandaraya Ipoh, saya terfikir juga, tapi dek kerana keletihan dan mahukan segera sampai kerumah, saya teruskan perjalanan tanpe berhenti kemana mana.

Senja Ahad 21 April, sekitar 747 malam sebaik selesainya waktu Maghrib, saya terbaca satu pesanan ringkas dari Abang Bacho di Sandakan. Katanya emak Rose berada di Hospital Ipoh, akibat serangan jantung.

Apa nak kata?

Kelmarin lalu tak nak singgah....tapi, mungkin juga sudah berada di Hospital waktu itu. Tak malu saya katakan kepada Abang Bacho, bahawa dalam masa terdekat itu juga, saya akan ke Ipoh.

Janji Melayu wei....dan Melayu pun mudah lupa, hehehe.

Cuti 1 Mei, Khamis, pagi petang saya duduk di kebun mengerjakan tebu yang teruk tidak terurus. Dan pada waktu yang sama, Abang Omar bersetuju membeli tebu tebu saya. Makin semangatlah dibuatnya. Tapi, niat saya dah bulatkan, esok, tanpa pengatahuan isteri, saya nak ke Ipoh ziarah Makcik Rose.

Jadi , pagi Jumaat 2 Mei, sekitar 730 pagi saya bergerak ke Ipoh berdua.



Mak Rose di rumah Auntie Anne, di Lengkok Harimau, Jalan Raja Azlan Shah.

Lengkok Harimau? 

Tiger Corner? King Edward?

920 kami memasukai rumah Auntie Anne, yang menyambut orang gajinya dan makcik Rose, sedangkan Auntie Anne ke pasar bersama anaknya.

Lega.....tangan kiri Makcik Rose sudah boleh diangkat perlahan.

Untuk rakan rakan yang masih tak tahu, Makcik Rose ini emak kepada School Runner KE2 dulu, 
Zairul Hisham Zainal Ahmad. Silap la kalau korang tanya siapa ek?

Kami disini sehingga 1220 tengahari. Siap tumpang berurut badan lagi, hehehe. 

Saya mengenali Auntie Anne sejak usia 14 tahun, sering dia bertandang ke Aulong ketika itu.

Komen Auntie selepas lebih 31 tahun tidak bertemu dengan saya, " Dulu kurus, sekarang dah gemok Latiff ek"

Ya lah, dulu bujang makan hati......

Bergerak pulang dengan titipan pucuk Belalai Gajah untuk saya tanam didalam pasu rumah, sedangkan saya berlenggang ke rumah Auntie Anne.

Latiff Hariri
1808 2014
Sungai Petani

Tuesday 13 May 2014

Ziarah terakhir untuk Pakcik Rosli Saam

Perjalanan agak lengang menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin kerana hari Sabtu pagi.

Kami tiba di perkarangan Hospital Sungai Buloh itu sekitar 12 tengahari.  Parkir masih banyak yang kosong, kerana sebaik kami meninggalkan Hospital petang itu, parkir begitu 'sendat' dengan banyak kereta yang memakir di bahu jalan.

Masih awal untuk waktu lawatan yang bermula pada pukul 12: 30 tengahari. Terus ke Lobi, dan terus terpandang Makcik Maznah dan Dik Nor , anak bongsunya.

Bebual seketika sementara menantikan waktunya.


Kamar ICU hanya dibuka waktu lawatannya pada jam 1 tengahari. Tunggulah lagi.

Lobi menunggu 

Kami tak dapat lama disini. Masuk dalam kamar ICU pun hanya dua orang dalam satu masa. Jadi, pukul 140 petang kami bergerak pulang meniggalkan Makcik Maznah.

Komen saya  pada senja 13 Mei ini, hanyalah, bila melihat Pakcik Rosli terlantar dengan bantuan alat pernafasan, saya mula terkenangkan Bapak dan Emak saya.

Terus memasuki Kuala Lumpur, mengarah ke Jalan Ampang.

Pada awalnya berjanji dengan kawan baik saya dari Lenggong itu, tapi kerana masa yang agak dikejar kejar, kami makan asing asing tengahari ni..

Sambal Sotong goreng Cili Kering....kegemaran saya.

Pulang melepasi Asar, dan tiba melebihi 10 malam di Bandar Sungai Petani.

Latiff Hariri
1928 13052014
Sungai Petani

Sunday 4 May 2014

Singgah Ipoh Dalam Perjalanan ke Kuala Lumpur.

Pagi Sabtu sekitar 730 pagi, kami berempat bergerak ke Selatan Semenanjung. Dua tujuan utama - Ipoh dan Sungai Buloh.

Pukul 830 sudah memasuki pekan Chemor, dari lebuhraya Plus. Sebenarnya tersilap simpang, walaupun udah kerap berkunjung, ternyata minda dimamah usia, hehehe,

850 pagi baru dapat memasuki rumah Abang Man dan Faridah ni.

Memang dah minta nak sarapan bersama, kami pun sengaja tidak menjamah apa apa sebelum bertolak tadi.


Pesakit melayan tetamu.

Sebenarnya Abang Man sudah melebihi 2 minggu menetap di Hospital, 5 atau 6 hari terakhir di Institut Jantung Negara. Saya sendiri pun tidak tahu, melainkan dengan bantuan FaceBook.

Jadi heboh lah satu angkatan SMDA81.

Nasi lemak ni pun satu penyebab ....hehe. 

Jadi, kesimpulannya, kurang kurangkanlah merokok tu Abang Man oi.

Perbagai kuih muih menjadi juadah kami pagi itu.

Kami bergerak semula sekitar 950 pagi menuju ke Kuala Lumpur.

Tujuannya sama, menziarahi keluarga terdekat yang terlantar di Hospital.

Latiff Hariri
2008 04052014
Sungai Petani.

Alfatihah untuk Allahyarham Pakcik Rosli yang kembali ke Rahmatullah pada Sabtu 3 Rejab jam 6 petang, dan selamat dikebumikan sekitar pukul 10 pagi tadi, 4 Rejab/4 Mei.