Perjalanan agak lengang menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin kerana hari Sabtu pagi.
Kami tiba di perkarangan Hospital Sungai Buloh itu sekitar 12 tengahari. Parkir masih banyak yang kosong, kerana sebaik kami meninggalkan Hospital petang itu, parkir begitu 'sendat' dengan banyak kereta yang memakir di bahu jalan.
Masih awal untuk waktu lawatan yang bermula pada pukul 12: 30 tengahari. Terus ke Lobi, dan terus terpandang Makcik Maznah dan Dik Nor , anak bongsunya.
Bebual seketika sementara menantikan waktunya.
Kamar ICU hanya dibuka waktu lawatannya pada jam 1 tengahari. Tunggulah lagi.
Lobi menunggu
Kami tak dapat lama disini. Masuk dalam kamar ICU pun hanya dua orang dalam satu masa. Jadi, pukul 140 petang kami bergerak pulang meniggalkan Makcik Maznah.
Komen saya pada senja 13 Mei ini, hanyalah, bila melihat Pakcik Rosli terlantar dengan bantuan alat pernafasan, saya mula terkenangkan Bapak dan Emak saya.
Terus memasuki Kuala Lumpur, mengarah ke Jalan Ampang.
Pada awalnya berjanji dengan kawan baik saya dari Lenggong itu, tapi kerana masa yang agak dikejar kejar, kami makan asing asing tengahari ni..
Sambal Sotong goreng Cili Kering....kegemaran saya.
Pulang melepasi Asar, dan tiba melebihi 10 malam di Bandar Sungai Petani.
Latiff Hariri
1928 13052014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment