Ini pun kisahnya seakan akan Makcik Rose.
Saya bertandang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi Pakcik Rosli di Hospital Sungai Buloh, sedangkan beliau 'memetap' di Hospital Ampang.
Abih...., dah tak nak beritakan kepada saya, mana saya nak tahu..Alasan kuat ni untuk tidak menyalahkan diri sendiri.
Pakcik Dain ni saya dah anggap macam ayah saya sendiri. Sebenarnya , beliau merupakan Ayah Mertua Cikgu Tarmizi , Pegawai PPD Jambi, Sumatera Barat itu. Macamana boleh jadi begitu, nanti saya ceritakan.
Jadi sebaik saya diberitakan sendiri oleh Pakcik Dain yang beliau patah tangan dan kaki gara gara jatuh pokok durian belakang rumah itu, saya selamba aje boleh melawak 'kasar' dengan dia. Hahaha.
Memang tak masuk akal sesaorang yang sudah melepasi usia 70, masih memanjat pokok durian! Tapi, hakikatnya pakcik Dain ini tak kelihatan pada usia sebenar, saya selalu beranggapan kederat dan kekuatan beliau seakan akan lelaki berusia awal 50an.
Yes!! Masakan sambal air tangan makcik yang juga berasal dari Kerinchi, Sumatera Barat. Sambal ikan keli tinggal seketul untuk saya, sambal ikan kurung setin, sayur kobis gulai lemak dan petai sebesar ibu jari kaki menjadikan saya 2 kali tambah!
Korang kena rasa masakan orang Kerinchi ni, saya daah cuba pertama kali pada tahum 1995 di Kerinchi .
Saya bergerak petang Jumaat sebaik selesai kerja di Pejabat. Pada mulanya saya rencanakan perjalanan sendir memandu ke Kuala Lumpur. Cuti hujung minggu disambung dengan cuti Wesak, saya akan pergunakan sebaik mungkin untuk menziarahi sanak saudara di Lembah Kelang. Destinasi pertama Hulu Langat, Sungai Lui. paling dekat Gabai.
Sepanjang perjalanan dipandu oleh Tart, anak teruna yang sering menemani saya setiap kali saya berjalan.
Kami tiba di Hentian Jejantas Sg Buloh pun melepasi pukul 930 malam. Waktu itu juga, baru saya sahkan kehadiran saya kepada Pakcik Dain, yang terpinga pingga tidak percaya akan bakal kehadirana saya malam itu.
Saya siap minta masakan air tangan makcik lagi malam tu. Tak ada malu malunya dengan pakcik Dain ni.
Memasuki rumah Pakcik Dain tepat 1030 malam. Lajukan? Dari Jejantas Sg Buloh 945 malam.
Ilmu mesti tinggi , hehehe.
Hm, pergelangan tangannya patah. Pehanya tertanam besi solid berharga RM2,800.00 untuk sepanjang hayat.
Pakcik Dain memang tak percaya yang saya nak makan dan tidur rumah dia malam ini.
Saya dengan Pakcik Dain ni, boleh melawak merapu kerana saya rapat dengan beliau bermula dari 1989 hingga beliau pencen pada 1996 . Pakcik merupakan orang pertama yang membuka jalan untuk saya ke Sumatera dan membuka hati saya untuk mencari Salasilah keturunan Emak saya.
Untung ada Makcik yang menjaga makan minum Pakcik Dain.
Saya tak lama , sebaik sarapan pagi Sabtu 10 Mei, saya bergerak menuju ke destinasi kedua saya. Saya cuba nak habiskan sebanyak mungkin ziarah saya ini, supaya tiada yang bertanya lagi setiap kali kenduri kendara dan kematian, soalan dari sanak saudara jauh tetap kedengaran, "Mana Boy?"
Kini saya datang.
Latiff Hariri
1828 20052014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment