Bee Gees

Tuesday 29 April 2014

Kemarau Berakhir

Sejak kemarau bermula pada akhir Januari, dan sebaik saya pulang dari Sandakan , saya terus tinggalkan kebun. 

Tak jengok jengok langsung. Kemarau paling panjang sepanjang ingatan saya, melebihi 75 hari.

Kemarau satu sebab, dan sebab yang lain pun ada. Sakit hati pun sama. Bila jiran sebelah kebun saya dengan sewenang wenang menceroboh tanah saya , yang kununnya mahu membesarkan bendang beliau.

Mengamuk sakan saya hari tu.

Ini hari pertamanya saya memasuki kebun.

17 April 2014.

 Pisang jangan ceritalah, dah jadi sejarah, semua hancur dek kemarau. 

Tapi, durian ini mengejutkan saya dari duka.

Melayut diatas kepala saya.

Kelam kabut saya periksa kesemua 5 pokok durian saya. Ternyata kelima limanya berbuah!!

Kuinin pun menjadi tahun ini.

Nangka ini petamakali berbuah. dan pertamakali kami gulai lomakkan! Hehehe

Saya fikir dan renung sedalam dalamnya. Mengapa kebun kejiranan besebelahan tidak mengeluarkan buah durian, sedangkan saya setiap tahun tak pernah terlepas!?

Adalah sekitar tiga ke empat ratus biji!!


Petang Khamis ini jugak, dengan senyum lebar bonet Saga saya ini. Hanya Pisang Awak dan Pisang Nangka.

Ini rezeki orang Ipoh dan KL ni.

Latiff Hariri
1838 29042014
Sungai Petani

Wednesday 23 April 2014

Sisipan Awal - Harian Metro Khamis 24 April 2014

Ya, saya/kami masih tak habis habis nak ungkit cerita lama.

Lama tak lama pun, dah 33 tahun kami tinggalkan kenangan terakhir SPM 1981.



Wajah -Wajah  Metro Khamis 24 April 2014 - esoklah tu.


Yang mahalnya , foto saya tu, dengan Guru Guru Ketua Bidang, merah hitam . hehehe.


Yes, kami ada akauntan, Pakar IT, Doktor, Jurutera, Usahawan, Penysarah Kanan, Penerbit TV, Pakar Masakan, dan macam macam lagi lah. Cikgu jangan ceritalah, berlambak....hehehe.

Ok, sekadar mengisi ruang masa yang terluang.

Terima kasih sekali lagi Harian Metro terutamanya Din Selamat. Aturcara Sharing Our Journey 2 dan yang pertama dahulu, semuanya diatur selia oleh Din Selamat Kamal!!

Latiff Hariri
2037 23042014
Sungai Petani

Tuesday 22 April 2014

Sisipan Awal - Berita Harian 23 April 2014


Kisah lalu diungkit ungkit, hehehe.

Tahniah kepada kesemua pelakun pelakun utama Class of '81 !!





Berita Harian Rabu 23 April 2014 - Sisipan Skor.

Terima kasih pemberita Berita Harian yang membuat liputan, Sdri Khairunnisa Kamarudin.

Latiff Hariri
1927 22042014
Sungai Petani

Sunday 20 April 2014

Genap 3 Tahun?

Wan Akamr kemaskini kiriman WhatsApp beliau yang beliau sudah dalam perjalanan ke Sungai Petani.

Saya hanya fikirkan beliau mahu menziarahi anak beliau di UITM Sungai Petani. Selain dari itu, saya tidak tahu.

Memang saya santai petang Sabtu ini. Ada juga rencana untuk ke Ipoh untuk menziarahi kawan baik saya yang saorang itu, yang bari kelau dari IJN KL .

Bila bercakap tentang Jantung ini, saya sebagai lelaki, hanya fikirkan dua penyebab. Pertama anda perokok tegar, kedua anda makan tiada disiplinnya, hahaha. Yang lain lain tu, campur aduk, tidur tak cukup, aktif tak mengikut usia, paling senang terlebih aktif bak orang muda.

Sudah terkeluar topik ni.

Jadi secara santainya , saya tidak memaksa untuk satu pertemuan dengan Wan Akmar. Ada rezeki kita jumpa untuk minum petang. kalau lewat kita makan malam. Tak sempat, esok pagi masih ada untuk sarapan.
Akhirnya , pertemuan yang dilewat lewatkan, makan malam melepasi pukul 930 malam.

Anak gadis Wan Akmar ni memamg Cheeky ek?

Akhirnya ala-carte aje, sedangkan pada awalnya saya mahu makanan berhidang dengan menu utamanya - Nasi.

Kemaskini selepas tahun ke 3 tidak berjumpa.

Saya memang tidak ikut dah, sejak Wan Akmar menghantar anak beliau buat pertama kali memasuki UiTM Sungai Petani, tiga tahun yang lalu...., dan kini untuk membawanya pulang sempena tamatnya pembelajaran beliau dan akan membawa pulang segulung Diploma tidak lama lagi..

Kisahnya 3 tahun yang lalu, boleh anda ikuti disini.

Saya memang tak sedar masa begitu cepat berlalu.

Latiff Hariri
2018 18042014
Sungai Petani

Wednesday 16 April 2014

Lepasan SPM dan Cuti Sekolah

Dari PutraJaya kami bergerak ke KLIA. Hari ini merupakan hari pertama cuti penggal 2014. Aqilah bertolak dari Sandakan sebelah malamnya ke Kota Kinabalu, dan bergerak pulang pada pagi keesokkan paginya. Jadi peluang ke Kuala Lumpur ini kami gunakan sepenuhnya.

Perjalanan dengan menggunakan laluan negeri, tanpa memasuki mana mana lebuhraya bertol. Tiba sekitar 145 tengahari.

Sebulan sekali pasti balik Semenanjung.

Terus ke tempat biasa kami untuk makan kali kedua, ya lah, yang pertama tadi makan kenduri Perkahwinan Aiman dan Sofea, ini kami berlima pulak.

Dah nak balik Sungai Petani petang ni.

Sebaik selesai acara kami, terus kami ke Kuala Lumpur Sentral untuk bertemu Badrul yang juga akan memulakan tugas pada hari Isnini seperti saya, sedangkan anak anak saya terus bercuti di Kuala Lumpur.
Saya dan Faiqah menumpang kereta Badrul.

Badrul memandu dengan penuh berhemah, tidak seperti saya, haha.

Bermulanya cuti sekolah ini dengan saya bersendirian di rumah. Tak jadi hal, restoran banyak.

Keputusan SPM pun sudah selesai, Mohd kena sambung belajar lagi. Dimana? Itu kena tunggulah rezekinya nanti.

Sempena cuti ini juga , acara HUT Nor Aqilah di rumah, 4 hari awal, sebelum pulang ke Sandakan

Spegeti, Pizza dan Kek.

Sebelum beliau pulang, sempat saya titipkan 'keju' Tanjung Dawai dan Madu Kelulut Merbok untuk abang Bacho di Sandakan.

Kelulut asli....

Memang sesekali sahaja dapat penuhkan parkir kereta di rumah, terutamanya bila kesemua anak anak pulang bercuti

Dan Aqilah tidak terus pulang ke Sandakan, kerana sebaik sekolah bermula, beliau terus ke Port Dickson untuk berkursus, dan sambutan kali kedua HUT beliau bersama rakan rakan KV dari seluruh Malaysia.

Berkursus sambil menyambut Hari Lahir yang tepat tarikhnya di Port Dickson.

Mohd yang masih kekosongan menanti peluang menimba ilmu seterusnya, terus sahaja ke Pondok Agama, sebagai menambah ilmu akhirat.

Belajar Agama secara separuh masa tetapi menetap di Pondok Darul Hadis, Tokai, Pendang, Kedah.

Nama pekan kecil ni memang pelik, jadi untuk memeriahkan nama lucu pekan ini, warga tetap pekan Tokai menyamakan pekan mereka dengan nama Tokio @ Tokyo di Jepun.

Ok kan? 

Latiff Hariri
0518 15042014
Sungai Petani

Sunday 13 April 2014

Meraikan Aiman Din Selamat

Bila saya diberitakan secara lisan oleh rakan saya ni, tentang penerimaan bakal menantu sulong beliau ini, saya tak fikir langsung yang saya akan hadirkan diri.

j Katanya , beliau tidak mengadakan Majlis , sekadar doa selamat sahaja. Beliau akan hanya bertandang kerumah menantu beliau untuk acara Majlis kenduri sahaja. 

Jadi, senang cakap, saya tak lah 'dijemput' secara rasmi, sebab tiada majlis sambutan dari pihak Din Selamat.

Empat atau lima hari, beliau mula mendesak seoalah olah mahukan saya turut serta, sebenarnya saya tersalah anggap. Jadi , secara sepontan saya aturkan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.

Bergerak pukul 12 tengah malam , atau dinihari Sabtu 22 Mac, dari Sungai Petani sebaik anak dara saya ni pulang dari Pulau Pinang. Kami berempat sekeluarga, dan tiba di PutraJaya sekitar pukul 5 pagi, tepat tepat di Homestay beliau.


Pasangan bahagia Din Selamat.

Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi, 845 pagi.

Rombongan pengantin lelaki.

910 pagi, didalam perkarangan Masjid Sultan Mizan

Pengantin perempuan seudah sedia menanti di ruang sisi Masjid, terdapat kira kira 4 lagi pasangan yangh akan diijabkabulkan pada hari yang sama.

Untungnya Aiman yang pertama.


Aiman dengan sekali lafaz aje, selain dari 'rehersal' sekali, dinikahkan ayah pengantin perempuan disaksikan ayah Aiman sendiri.

Sofea mengaminkan doa

Batalkan air sembahyang.

Suasana pilu seketika, saya turut sebak.....

Dah dapat menantu kau Din....

Jamuan kecil sebaik selesai acara ....

Sebaik selesai acara makan makan ini, sekitar pukul 1100 kami bergerak pulan ke homestay. Rehat seketika untuk acara selanjutnya Majlis Kenduri Sofea dan Aiman di Dewan Orang Ramai PutraJaya. Jadulanya sekitar pukul 12 tenghari. Badrul turut serta berehat di rumah inapan ini.

kami bergerak dua kereta ke Dean orang ramai , meninggalkan Din sekeluarga, kerana saya hendak mengejar jadual yang agak padat pagi Sabtu ini.

Kira kami antara tetamu yang terawal bertandang ke Dewan Makan ini.

Hidangannya terlalu mewah.

Berfoto lagi... di Dewan Persint2. Julyboys dengan MayBoy.

Perjalanan saya teruskan mengarah ke KLIA, sedangkan Badrul ke KL Sentral untuk bersama anak anak beliau yang sedang bercuti sekolah. Dalam perjalanan saya terima kiriman foto ini dari Din Selamat.

Presiden OE81 turut memeriahkan keluarga Din Selamat.

Tahniah Din sekali lagi. Mula tengok Aiman sekitar tahun 90an dahulu, sewaktu beliau bersekolah menengah di Shah Alam. Tertib budaknya, sekarang dah jadi suami orang..

Latiff Hariri
0948 13042014
Sungai Petani

Friday 11 April 2014

Foto Kenangan SOJ2 -17 mac 2014

Ini antara koleksi foto foto terbaik sempena Sharing Our Journey II , 17 Mac 2014

OE81 - Sempena Ulang Tahun ke 50 .  
Suhaimi Ghani, Anuar Othman, Zainal Abidin, Wizan, ALJH, Jawaid, Wan Akmar, Razak Yusof, Anwer, Rashi, Badli, Abang Asri, Dr Ismail, Nassir Hanapi dan Nazri Noor.

Yang tiada didalam foto Presiden Roslan Abd Rahman, Badrul Hisham Hasanuddin . Roslan Wahab hadir kemudian.


Guru Guru Ketua Bidang, depa pakat baju merah, sebab OE81 baju hitam, hahaha.

Hero hero 80an

Nazri Noor, Wizan dan Suhaimi Ghani @ Mie Gelong.

Kenapa Gelong? Sebab era 70 dahulu ada yang bernama seakan akan demikian, dan terus lekat.

Ole Ole laptop kepada Pengetua/Sekolah dari Suhaimi Ghani diserahkan oleh Nassir Hanapi.

Papan Kenyataan di Bilik Guru Guru Ketua Bidang.

Cikgu Alisyah, Pengacara Majlis.

Akauntan sedang beraksi. Pak lan kata, bebudak pening dengar explanation beliau, tetapi.....beliau lagi pening!! Hahaha.

Pada saya Akauntansi suatu bidang yang 'tough'.

Roslan Wahab rakan baik saya sejak KE1 hingga kini, beliau lulusan New Zealand.

Hmmm, setakat ini sahajalah kisahnya SOJ2. Moga akan ada lagi SOJ seterusnya. Terima kasih kepada kesemua rakan yang menjayakan serta Guru Gur dan pelajar pelajar SM King Edward VII

Magni Nomonis Umbra!!

Tigers!!! Roar!!!

Latiff Hariri
1928 11042014
Sungai Petani

Monday 7 April 2014

Makan Di Kantin Sekolah

Kami menunggu kelas terakhir Engineering dan Survey tamat sekitar 1250 tengahari.


Cikgu Siva, Nassir Pak Lan dan Razak dihadapan.

Roslan Wahab, Badli, Dr Ismail, Wizan Jawaid, Wan Akmar dan Abang Asri.

Guru guru yang menjayakan acara pagi ini.

Ayam goreng dan telur kurma menjadi hidangan utama. 

Makan dikantin Sekolah selepas 33 tahun.

Sakan jugak kenduri tengahari ini.

Kami hanya makan makan bersama Guru Guru sahaja kerana Pengatua melayan tetamu yang hadir.

Sempat seketika bersama Pengetua untuk penyerahan Ole Ole dari Suhaimi Ghani untuk sekolah, sebelum kami melangkah ke Dewan Sekolah.
Saya dan Rashi mengapit Cikgu Syed, yang merupakan jiran kami di Taman Seri Kota....suatu ketika dahulu.

Kenangan didalam dewan pada usia 50 tahun.

Sebelum berpisah , sempat saya titipkan bayaran yang sepatutnya untuk persiapan menyambut kami warga OE81 kepada pehak Sekolah. 


Nassir , Badrul dan Roslan Abd Rahman.

Nassir mengikuti Pak Lan pulang ke Kuala Lumpur. Disebelah malamnya sekitar pukul 9, Nassir menghubungi kami bahawa beliau berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pulang malam ke Johor Baharu. Nassir merupakan Pensyarah Kanan Kejuruteraan UTM Skudai.

Saya bergerak laju menuju Sungai Petani, sedangkan Badrul pulang bertemu Bon da beliau di Changkat Jering.

Fuh, satu kenangan yang manis, walaupun keletihan dan tak cukup tidur, sempat saya bertemu sesaorang sebelum pulang ke rumah.


Saya minum petang dengan Azmi Abu Kasim di Sungai Petani.

Ok, tamat aktiviti pertama OE81 untuk 2014 ini.

Latiff Hariri
0818 07042014
Sungai Petani