Bee Gees

Sunday, 13 April 2014

Meraikan Aiman Din Selamat

Bila saya diberitakan secara lisan oleh rakan saya ni, tentang penerimaan bakal menantu sulong beliau ini, saya tak fikir langsung yang saya akan hadirkan diri.

j Katanya , beliau tidak mengadakan Majlis , sekadar doa selamat sahaja. Beliau akan hanya bertandang kerumah menantu beliau untuk acara Majlis kenduri sahaja. 

Jadi, senang cakap, saya tak lah 'dijemput' secara rasmi, sebab tiada majlis sambutan dari pihak Din Selamat.

Empat atau lima hari, beliau mula mendesak seoalah olah mahukan saya turut serta, sebenarnya saya tersalah anggap. Jadi , secara sepontan saya aturkan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.

Bergerak pukul 12 tengah malam , atau dinihari Sabtu 22 Mac, dari Sungai Petani sebaik anak dara saya ni pulang dari Pulau Pinang. Kami berempat sekeluarga, dan tiba di PutraJaya sekitar pukul 5 pagi, tepat tepat di Homestay beliau.


Pasangan bahagia Din Selamat.

Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi, 845 pagi.

Rombongan pengantin lelaki.

910 pagi, didalam perkarangan Masjid Sultan Mizan

Pengantin perempuan seudah sedia menanti di ruang sisi Masjid, terdapat kira kira 4 lagi pasangan yangh akan diijabkabulkan pada hari yang sama.

Untungnya Aiman yang pertama.


Aiman dengan sekali lafaz aje, selain dari 'rehersal' sekali, dinikahkan ayah pengantin perempuan disaksikan ayah Aiman sendiri.

Sofea mengaminkan doa

Batalkan air sembahyang.

Suasana pilu seketika, saya turut sebak.....

Dah dapat menantu kau Din....

Jamuan kecil sebaik selesai acara ....

Sebaik selesai acara makan makan ini, sekitar pukul 1100 kami bergerak pulan ke homestay. Rehat seketika untuk acara selanjutnya Majlis Kenduri Sofea dan Aiman di Dewan Orang Ramai PutraJaya. Jadulanya sekitar pukul 12 tenghari. Badrul turut serta berehat di rumah inapan ini.

kami bergerak dua kereta ke Dean orang ramai , meninggalkan Din sekeluarga, kerana saya hendak mengejar jadual yang agak padat pagi Sabtu ini.

Kira kami antara tetamu yang terawal bertandang ke Dewan Makan ini.

Hidangannya terlalu mewah.

Berfoto lagi... di Dewan Persint2. Julyboys dengan MayBoy.

Perjalanan saya teruskan mengarah ke KLIA, sedangkan Badrul ke KL Sentral untuk bersama anak anak beliau yang sedang bercuti sekolah. Dalam perjalanan saya terima kiriman foto ini dari Din Selamat.

Presiden OE81 turut memeriahkan keluarga Din Selamat.

Tahniah Din sekali lagi. Mula tengok Aiman sekitar tahun 90an dahulu, sewaktu beliau bersekolah menengah di Shah Alam. Tertib budaknya, sekarang dah jadi suami orang..

Latiff Hariri
0948 13042014
Sungai Petani

No comments: