Bee Gees

Tuesday, 29 April 2014

Kemarau Berakhir

Sejak kemarau bermula pada akhir Januari, dan sebaik saya pulang dari Sandakan , saya terus tinggalkan kebun. 

Tak jengok jengok langsung. Kemarau paling panjang sepanjang ingatan saya, melebihi 75 hari.

Kemarau satu sebab, dan sebab yang lain pun ada. Sakit hati pun sama. Bila jiran sebelah kebun saya dengan sewenang wenang menceroboh tanah saya , yang kununnya mahu membesarkan bendang beliau.

Mengamuk sakan saya hari tu.

Ini hari pertamanya saya memasuki kebun.

17 April 2014.

 Pisang jangan ceritalah, dah jadi sejarah, semua hancur dek kemarau. 

Tapi, durian ini mengejutkan saya dari duka.

Melayut diatas kepala saya.

Kelam kabut saya periksa kesemua 5 pokok durian saya. Ternyata kelima limanya berbuah!!

Kuinin pun menjadi tahun ini.

Nangka ini petamakali berbuah. dan pertamakali kami gulai lomakkan! Hehehe

Saya fikir dan renung sedalam dalamnya. Mengapa kebun kejiranan besebelahan tidak mengeluarkan buah durian, sedangkan saya setiap tahun tak pernah terlepas!?

Adalah sekitar tiga ke empat ratus biji!!


Petang Khamis ini jugak, dengan senyum lebar bonet Saga saya ini. Hanya Pisang Awak dan Pisang Nangka.

Ini rezeki orang Ipoh dan KL ni.

Latiff Hariri
1838 29042014
Sungai Petani

No comments: