Bee Gees

Saturday 27 December 2014

Sambutan Hari Lahir di Bukit Tinggi - 12 sept 2014

Malam kedua kami di Bukit Tinggi ini , masih dihidang dengan gerimis dan hujan renyai. Nak keluar makan malam menjadi tergendala, akhirnya saya dan Ad tukar haluan, tak perlu kemana mana, memadai makan malan di Hotel Grand Malindo sahaja.

Makan cara ala-carte.


Ad menghibur kami dengan lagu lagu Broery Marantika, Ad ni Hero Lama.

Kak Ani dan Abang Husin. Kak Ani merupakan kakak Din Selamat.

Ok jugak makan malam ni.

Malam ini kami sambut Hari Lahir Abang Husin.Ad dah belikan sebiji Kek berlilin untuk ditiup oleh Abang Husin. Betul betul mengejutkan pasangan kekasih ini, hehehe.

Yang sportingnya, malam tu Abang Husin mendendangkan sebuah lagu lama, Begawan Solo.

Tak lama kami di Cafe Hotel, adalah sekitar sejam lebih sedikit, kerana rata rata semua keletihan.



Pagi 13 September 2014, kami dah terpacak di atas Lubang Jepang.

Latiff Hariri
1758 27122014
Sungai PEtani

Wednesday 17 December 2014

12 sept 2014 - Sorenya di Danau Singkarak

Ini kenangan pertamakali merek di Danau Singkarak, danau kawah hasil dari pecahan gunung yang meletup.

Melingkari lereng Gunung Marapi untuk memasuki Kota Kecil Danau Singkarak.

Airnya jernih, saujana mata memandang seseolah berada di pantai lautan terbuka

Bot yang sama saya naiki bersama rombongan Pak Lan.

Kami seketika disini selepas minum petang. Perjalanan kami teruskan menembusi semula Kota Padang Panjang.

Sebaik tiba di persimpangan Kota, terpandang gerai menjual durian dan pulut..Apa Lagi!?
Berhenti pulak, abang Hussin tak sampai hati sebab Kak Ani dah bau durian malam tadi.

Saya dan Faiqah hanya memerhari mereka menjamu selera dari atas bas.

 Kerana tepat ketikan ini sekitar pukul 5 lebih waktu Indonesia saya mendapat berita yang agak merisaukan dari anak sulung saya tentang kesihatan isteri saya. Semua jadi terhenti seketika.

Rakan sepejabat Badrul dari Ibupejabat Kuala Lumpur. Dunia ni dekat sangat...


Kami bersiap untuk makan malam pula. Tak pasti nak makan dimana. Saya kali ini menggunakan khidmat sepenuh dari Janu Ad. Makan minum serta penginapan diatur  oleh Janu Ad.

Perbelanjaannya lebih kurang sahaja, walaupun makanan terbatas. Saya lebih gemar mengatur makan sendiri dari mengikat dengan pakej, kerana bagi saya nikmatnya hidangan masakan Padang ini tidak patut dihalang kepada setiap tetamu saya,

Latiff Hariri
2008 17122014
Sungai Petani

Sunday 14 December 2014

12 sept 2014 Hari Kedua Bukit Tinggi

Sarapan pagi di Hotel Grand Malindo. Makanannya ok , mewah. Tapi bagi saya keenakkannya tetap di Ambun Suri. Maaf ya, saya dah lama duk di Ambun Suri sejak 1998 lagi.

Memang santai bila dapat makan semeja sekeluarga pulak tu. Semua asal Tepen.

Bas kami bergerak 9 pagi, tukar bas baru.

Ad jual minyak.

Destinasi kami hari ini adalah ke Istana Pagaruyung dan Danau Singkarak. Sambil sambil tu dilaluan kami berhenti menghabiskan rupiah.

Rumah Kerepek, di Bukit Tinggi dipanggil Sanjay?

Memang sedap , kami ralit makan yang terhidang percuma.

Semua pakat beli sorang sekotak dua untuk dibawa pulang.

Hentian kedua Rumah Sulam Hajjah Rosma.

Puan Hajjah Rosma yang sudah melepasi usia 80. Beliau pakar sulam/anyaman dan membuka kelas untuk anak anak yang mahu belajar .

Disini pun banyak belian yang kami buat.

Terus ke Kilang Kopi Minum Sorang Enjoy Berdua.

Dhiyaa tak ada mood untuk berposing.

Semua pakat beli kopi pinang dan kerepek pisang.

Lokasi ketiga Rumah Makan Texas - Tengah Sawah.

Intan dgn burung hantunya.

Aduh, sedapnya ikan bakar.....

Ini kerja Dhiya menghabiskan sisa sisa makanan.

Terus ke Istana Pagaruyung.

Terpegun mereka melihat keindahan senibina Minangkabau.

Sejak kebelakangan ini, setiap parawisata yang mengekori saya mahu berdandan busana Minang ini.

Tengok apa tu?

Puteri naik ke kamar lantai 5!

Ada yang mahu mengikuti saya seterusnya?

Korang tunggu ajelah, anak cucu dan adik adik duk memperaga pakaian disekitaran istana.

Ok, kan? Kenal sejak 1977 di King Edward VII kelas 1A3 pada usia 13 tahun.

Agak lama jugak kami disini, sedangkan perjalanan masih jauh. Kami mengeliling Gunung Marapi bermula dari Kota Bukit Tinggi ke Pagaruyung terus ke Danau Singkarak membelakangi Gunung Marapi .


Latiff Hariri
1218 14122014
Sungai Petani


Saturday 13 December 2014

Qurban 1435H/2014 - 2 dan 3 okt 2014

Ini telah saya rancang seawal Ramadhan 1435 dengan mewarwarkan melalui FB dan apa jua bentuk perhubungan sedia ada. 

Tunggu punya tunggu tarikhnya 10 Zulhijjah ini, akhirnya saya bertiga beranak sahaja yang terlepas ke Padang/Bukit Tinggi. Ada yang menanya saya, tahun ini engkao dah berapa kali pi Indon?Saya jawab baru dua kali, yang ini masuk kali ketiga. semua destinasi Sumatera Barat. 
Engkau tak boring ke Latiff? Hm...., ini Ranah Minang tanahnya kelahiran moyang moyang saya yang terdahulu, didalam mata saya tersimpan mata mata arwah orang dahulu kala yang sentiasa menggamit saya supaya sering pulang ke sini.

Malam itu saya bergerak 2 beranak, bersama Noor Faiqah, anak kedua saya. Sepatutnya bertiga, tetapi isteri saya masih dalam perubatan dan tidak boleh bergerak bebas. Terpaksa 'langsai' satu tiket AirAsia tu.....


Janji dengan Ustaz Mail di Tol Rawang. Rakan saya darjah 1 dan 2 dahulu. Jumpa semula pada tahun 1999.

Aqilah dah menanti kami di Kuala Lumpur Sentral, jadi dapatlah kami makan bertiga beranak ditempat biasa sebelum bergerak ke KLIA2

Kambing.

Terus ke BTHO jumpa rakan ketat saya ini Othman Abu Bakar.

Berbual hingga 1130 malam sebelum bergerak ke KLIA.

Malam tu sementara menanti subuh kami tidur dalam kereta aje disisi parkir MCD Nilai, sebelum bergerak ke rumah Hatta Ghazali, seperti biasa, hahaha. Port percuma saya simpan kereta bila berjalan jauh.

Penuh 2 troly, 

Seperti yang dijanjikan , kami bergerak meniggalkan KLIA2 tepat 750 pagi dan tiba tepay 845 pagi di Bandara Minangkabau, Padang

Mereka berdua ni pun dah tak terkira berapa kali dah pulang ke Ranah Minang.

Air mancur pun dah biasa, kami tak berhenti pun.

Pintu Gerbang Padang Panjang, Kota Serambi Makkah.

Kerana teruja melihat rakan rakan OE81 saya bertandang ke sini, Aqilah juga mahu mendengar bagaimana gadis gadis Minang mengumpul harta bila berkahwin, hahaha.


Museum Minangkabau.

Makan di Rumah Makan Pak Datuk.

Kami memang laju perjalanan kerana anak anak dah biasa , tak perlu berhenti dimana mana lagi, terus ke Ambun Suri aje.


Latiff Hariri
1748 11122014
Sungai Petani

Thursday 11 December 2014

Berbelanja Sore dan Pagi Di Bukit Tinggi

Kami terus cek in dan rehat seketika sebaik tiba di Bukit Tinggi. Sekitar pukul 5 petang kami bergerak lagi, berbelanja untuk pertamakalinya di Bukit Tinggi. Gerai Butik berdekatan Hotel.


Banyak emak Din berbelanja, sakan sungguh.

Kami yang lelaki ni duduk aje memerhati orang perempuan berbelanja.

Selesai, kami terus menjamu selera untuk makan malam, tak nak keluar dua kali dari Hotel.

Rumah Makan Wong Semarang istimewa Ayam Penyet.

Badrul melayan emaknya.

Pulang ke Hotel, saya masih tidak berpaus hati kerana masih awal, sedangkan orang perempuan dah pakat nak lena. kami yang bujang ni apa lagi, aktiviti malamlah. 

Dekat je, depan Hotel Grand Malindo

Kopek durian, hehehe, sejuk malam ni kena panaskan dengan durian.

Anak abah pun ikut sama.

Sedang yang lain nyenyak, kami bertiga duduk di Cafe Hotel melayan pemikiran warga yang baru mencecah usia emas ini, hehehe.

Keesokkan paginya sebaik celik mata, saya buka jendela cermin dan terpegun, dibawah sudah terdampar pasar siang depan hotel.

Dari lantai 3 hotel.

Terus saya ketuk pintu kamar Badrul dan emaknya minta segera perabihkan Rupiah mereka dihari kedua ini, hahaha.

Badrul dan emaknya tidak menghampakan peniaga....

Emak Din Selamat pun tak lepaskan peluang keemasan ini.

Harga jualan mereka ni lebih kurang aje dengan harga Di Pasar Atas itu, jadi saya galakkan mereka berbelanja sekarang supaya tidak ada yang kempunan sekiranya tidak kesampaian di Pasar Atas nanti.

Acara untuk hari ini padat, saya dah janji dengan Janu Ad, 830 wajib bergerak.

Latiff Hariri
2128 09122014
Sungai Petani

Tuesday 9 December 2014

11 Sept Air Mancur - Muzium Mibangkabau - RM Pak Datuk

Perjalanan singkat ini terasa meletihkan, kerana kekurangan tidur.

Kami dalam keadaan mamai bila berada di Air Terjun Lembah Anai ni.


Dhiyaa pun mamai tak mahu berjalan.

Cantikkan.....

Ini saya snap dari atas trek keretapi.

Kami tidak lama disini, bila bas kami teruskan perjalana ke Padang Panjang. 

Lapar? Tak lah sangat sebab sarapan tadi tu masih bertahan. Kami singgah ke Museum Minangkabau.

Ok, sekarang semua jelaskan mengapa Adat Pepatih menjadikan lelaki tiada harta...., hehehe.

Di hadapan Museum Minangkabau.

Dah siap semua sekitar 40 minit,  bergerak untuk makan tengahari.

Penuh 2 meja.

Rumah Makan Pak Datuk.

Sekali lagi rakan tamu saya ini memuji keenakkan masakan warisan tok nenek saya ni, hahaha.

Latiff Hariri
2108 09122014
Sungai Petani