Bee Gees

Thursday, 11 December 2014

Berbelanja Sore dan Pagi Di Bukit Tinggi

Kami terus cek in dan rehat seketika sebaik tiba di Bukit Tinggi. Sekitar pukul 5 petang kami bergerak lagi, berbelanja untuk pertamakalinya di Bukit Tinggi. Gerai Butik berdekatan Hotel.


Banyak emak Din berbelanja, sakan sungguh.

Kami yang lelaki ni duduk aje memerhati orang perempuan berbelanja.

Selesai, kami terus menjamu selera untuk makan malam, tak nak keluar dua kali dari Hotel.

Rumah Makan Wong Semarang istimewa Ayam Penyet.

Badrul melayan emaknya.

Pulang ke Hotel, saya masih tidak berpaus hati kerana masih awal, sedangkan orang perempuan dah pakat nak lena. kami yang bujang ni apa lagi, aktiviti malamlah. 

Dekat je, depan Hotel Grand Malindo

Kopek durian, hehehe, sejuk malam ni kena panaskan dengan durian.

Anak abah pun ikut sama.

Sedang yang lain nyenyak, kami bertiga duduk di Cafe Hotel melayan pemikiran warga yang baru mencecah usia emas ini, hehehe.

Keesokkan paginya sebaik celik mata, saya buka jendela cermin dan terpegun, dibawah sudah terdampar pasar siang depan hotel.

Dari lantai 3 hotel.

Terus saya ketuk pintu kamar Badrul dan emaknya minta segera perabihkan Rupiah mereka dihari kedua ini, hahaha.

Badrul dan emaknya tidak menghampakan peniaga....

Emak Din Selamat pun tak lepaskan peluang keemasan ini.

Harga jualan mereka ni lebih kurang aje dengan harga Di Pasar Atas itu, jadi saya galakkan mereka berbelanja sekarang supaya tidak ada yang kempunan sekiranya tidak kesampaian di Pasar Atas nanti.

Acara untuk hari ini padat, saya dah janji dengan Janu Ad, 830 wajib bergerak.

Latiff Hariri
2128 09122014
Sungai Petani

No comments: