Bee Gees

Sunday, 14 December 2014

12 sept 2014 Hari Kedua Bukit Tinggi

Sarapan pagi di Hotel Grand Malindo. Makanannya ok , mewah. Tapi bagi saya keenakkannya tetap di Ambun Suri. Maaf ya, saya dah lama duk di Ambun Suri sejak 1998 lagi.

Memang santai bila dapat makan semeja sekeluarga pulak tu. Semua asal Tepen.

Bas kami bergerak 9 pagi, tukar bas baru.

Ad jual minyak.

Destinasi kami hari ini adalah ke Istana Pagaruyung dan Danau Singkarak. Sambil sambil tu dilaluan kami berhenti menghabiskan rupiah.

Rumah Kerepek, di Bukit Tinggi dipanggil Sanjay?

Memang sedap , kami ralit makan yang terhidang percuma.

Semua pakat beli sorang sekotak dua untuk dibawa pulang.

Hentian kedua Rumah Sulam Hajjah Rosma.

Puan Hajjah Rosma yang sudah melepasi usia 80. Beliau pakar sulam/anyaman dan membuka kelas untuk anak anak yang mahu belajar .

Disini pun banyak belian yang kami buat.

Terus ke Kilang Kopi Minum Sorang Enjoy Berdua.

Dhiyaa tak ada mood untuk berposing.

Semua pakat beli kopi pinang dan kerepek pisang.

Lokasi ketiga Rumah Makan Texas - Tengah Sawah.

Intan dgn burung hantunya.

Aduh, sedapnya ikan bakar.....

Ini kerja Dhiya menghabiskan sisa sisa makanan.

Terus ke Istana Pagaruyung.

Terpegun mereka melihat keindahan senibina Minangkabau.

Sejak kebelakangan ini, setiap parawisata yang mengekori saya mahu berdandan busana Minang ini.

Tengok apa tu?

Puteri naik ke kamar lantai 5!

Ada yang mahu mengikuti saya seterusnya?

Korang tunggu ajelah, anak cucu dan adik adik duk memperaga pakaian disekitaran istana.

Ok, kan? Kenal sejak 1977 di King Edward VII kelas 1A3 pada usia 13 tahun.

Agak lama jugak kami disini, sedangkan perjalanan masih jauh. Kami mengeliling Gunung Marapi bermula dari Kota Bukit Tinggi ke Pagaruyung terus ke Danau Singkarak membelakangi Gunung Marapi .


Latiff Hariri
1218 14122014
Sungai Petani


No comments: