Bee Gees

Tuesday 28 September 2010

Berziarah diSyawal

Dah menjadi budaya agaknya, majlis 'rumah terbuka' ni. Walaupun Syawal tetap syawal, semua rumah sepatutnya menerima tetamu. Dan tak semestinya dibulan Syawal sahaja kita berziarah sesama kita.


Bagi saya, 'rumah terbuka' ni , lebih kepada acara menjamu rakan rakan Islam terutamanya, yang 'kunun'nya 'letih kurang makan' selama sebulan. Jadi sesuai diadakan majlis ini, dan dihidangkan dengan perlabagai masakan panas/sejuk dari tengahari hingga ke malam.


Dan pastinya, kiranya kita tidak merancang dengan baik, pembaziran akan berlaku.


Rumah terbuka saya sudah selesai, sebab itu saya pandai memberi komen, hehehe.


Sabtu minggu pertama Syawal lalu, sekurang kurangnya ada 6 rumah terbuka yang harus saya lawati. Ada yang dekat, ada yang jauh. Yang jauh tu kira 'kirim salam' aje lah. Sepertimana yang saya alami bila menjemput rakan rakan yang agak jauh rumahnya dari bandar Sungai Petani.


Rumah pertama yang saya lawati pada hari ini ialah saudara Hadi Mohamad, rakan bujang saya di Kulim dahulu. Kami yang pertama tiba sebelum jam 12, walaupun acaranya bermula jam 12.
















Ini untungnya bertandang awal, makanan masih segar dari periuk.

Arison melayan kami 5 beranak.
















Berita gembira dari Harian Sinar, bekas pelajar TI Alor Setar adakan mini reuinion di RadixFC Sungai Petani. Wajah Hadi pun ada di akhbar hari ini



Ya lah, nak kejar masa menyusun rumah rumah ni, bukannya mudah.


Minima 30 minit setiap rumah, masa perjalanan yang dilebihkan.

Kami berada di rumah Hadi Arison ni, sekadar 30 minit, menjamah serba sedikit.

Mereka tinggal berdua aje, anak anak dah tebang masuk ke kolej semula.


Kami bergerak ke arah Bertam , Kepala Batas. Menuju kerumah Zaidi. Janjinya jam 2 ptg, tapi kami tiba jam 145 ptg, gara gara mahu mengatur semaksima rumah yang boleh.















Kan, belum siap, grill pintu pun masih berkunci. Saya bersoal jawab dengan Zaidi sebab awal sangat, tapi saya persoal, kenapa dah tahu jam 200 bermula, jam 150 pun belum hidang.

Makanan sedang dihidangkan, dan kami dijemput makan jam 155ptg. Masakan bapa mertua Zaidi, yang juga pemilik gerai makanan di Kepala Batas. Kira masakan pakar lah ni.

Jam 235 kami bergerak ke rumah Fazrin pulak, yang terleltak di lorong belakang dari rumah Zaidi.















Fazrin dan Zahirah, bersama putera bongsu.

Pun sama, sekadar sementara , dan kami bergerak ke arah utara pada jam 1500ptg, ke arah Sungai Lalang.

Ke rumah anak arwah Imam Hasan Baling ni, Zaki. Zaki kawan rapat terawal yang saya dapat, pada awal berhijrah ke Sungai Petani.



Dia talipon saya waktu di rumah zaidi, dan saya terus kata ok, dalam jam 3 keatas saya akan sampai, dan minta dia hidangkan mihun goreng panas untuk kami.



Kami tiba jam 320 ptg, dan ternyata, isterinya, Fiza, sedang menggoreng di dapur. Saya hanya melawak, dia buat sungguh!
















Semua perabut jati, kami berdua beli sendiri di Jepara. Masa tu, Wizan dan Raja Anuar pun turut serta. Wizan yang paling hebat, beli rangka pintu untuk banglo beliau.
















Melihat hasil kretif lantai anjung yang direka sendiri Zaki serta rakan beliau. Kosnya murah,tapi, kualiti seakan 'pro'.

Dah rumah keempat ni, dah dah melepasi waktu Asar, kami mula merasa mual untuk meneruskan acara makan makan raya ni. Akhirnya, saya buat keputusan untuk melencong ke Tanjung Dawai sahaja. Aqilah pun ada assignment yang perlu dibuat sebelum pulang ke UiTM















Ini jetinya Tanjung Dawai. Bot persiaran ke seberang, Pantai Merdeka, atau beriadah sekitar pulau pulau disini.














Pusat gerai hasil laut yang dikeringkan. Serta gerai makan dibahagian bawanya. Keadaan didalam tidak mengizinkan saya untuk bergambar, amat menyedihkan


















Gerai Mak Anjang, disini tempat biasa saya membawa tamu tamu menjamu selera

Kami tinggalkan Tanjung Dawai sekitar jam 1800 petang, menghala ke daerah Yan.

Saya suka kesini jika mahukan ikan ikan yang baru dinaikkan dari laut. Harganya agak mahal, sesekali membeli bolehlah. Lebih patut harganya di pasar tani Sungai Petani.

















Keadaan pasar yang peniaganya 100% bumiputera















Anak TKU. TKU tu apa? Tukun Kurang Upaya. Cacat.

Kami tinggalkan daerah Yan sebelum menjelangnya maghrib. Tamatnya berziarah pada Sabtu ini. Ahad, tak mahu kemana. Faiqah pulang ke Nilai jam 1245 tengahari dengan bas sewaan mereka, sedang Aqilah mengekori ke Shah Alam. Kembali kepada keadaan asal.

Malamnya ribut, yang merosakkan 50 rumah di Sungai Petani. Tetapi tidak bagi kawasan rumah saya disekitar Sungai Layar ni.

Hari Isnin, sekembalinya dari tempat kerja, kira kira jam 1900 senja, keadaan menjadi kelam sepertimana semalam. Izzuddin sudah bersedia dengan lensnya untuk merakam. Memang menakutkan dengan bunyi deruan angin serta awan hitam berarak laju seoalah olah langit akan runtuh pada bila bila masa. Hari ini tiada kejadian atap rumah berterbangan.
















Baru jam 7ptg, tatapi keadaan seperti jam 745 mlm.

Rasanya acara rumah terbuka ni, tamat disini sahaja. Saya sudah keletihan untuk bertandang lagi.


Latiff Hariri
0903 021010
MARC APT#, Jalan Pinang, Kuala Lumpur

Sunday 26 September 2010

IJAZAHNYA DIHATI - Renungkan

Pagi itu memang membuat aku terdiam dan banyak memikirkan tentang perjalanan hidup aku dan rakan rakan persekolahan aku dulu. Ya lah, sudah jauh rasanya perjalanan hidup ini. Kami mula berpisah sebaik sahaja tamat kertas terakhir ujian SPM tahun 1981 dulu. Ada yang sempat bersalaman, ada yang hilang terus. Ada yang berhubung menerusi surat atau talipon, tapi tak ramai. Sekadar mengetahui perkembangan rakan rakan, melalui rakan rakan yang lain, itu adalah kebiasaannya.



Bila saya 'pulang untuk kebaikan' di daerah utara ini, saya mula merasa, masa dan ringgit yang sering saya kesempitan semasa di ibukota dahulu, mula beransur hilang. Baru saya tahu bagaimana rakan rakan muda di pejabat saya ini boleh berkeretakan Waja baru dan keatas, sedangkan saya hanya Wira yang sudah berusia mencecah 4 tahun itu.


Ini kisahnya.

Pagi itu seawal jam 8, aku sudah mulakan tugas membelek dan memeriksa setiap permohonan pinjaman yang aku dan rakan rakanku terima dari bakal bakal pelanggan kami. Ada yang saya talipon untuk kali kedua atau ketiga , ke pejabat majikan pelanggan , bagi memastikan kesasihan pekerja dan jawatan yang disandang. Satu persatu melepasi saringan aku.




Pelanggan yang keenam ini menarik perhatian aku, wajah kad pengenalannya saolah olah aku sudah mengenalinya. Ditambah pula, nombor negeri dan tahun kelahirannya sama seperti didalam kad pengenalan aku. Aku terus menalipon pejabat pemohon tersebut dan mencari jabatan yang boleh mengesahkan jawatannya.



Satu kerja yang mudah, kerana hanya pengesahan kali kedua, kerana kebanyakan permohonan telah disaring oleh rakan rakan yang lain, sebelum aku membawa masuk ke bilik Ketua, untuk kelulusan beliau.



Selesai urusan kelulusan, aku terus menalipon kesemua pemohon yang berjaya untuk temujanji selanjutnya.



Seawal jam 9 keesokan harinya, aku sudah berada di hadapan kilang pelanggan ini. Mengikut jawatan yang diberi, Penyelia Keselamatan. Sudah melebihi 18 tahun bekerja di kilang tersebut.

Bila aku melapurkan diri di pos pengawal, ternyata mudah, kerana beliau adalah Penyelia mereka. Aku menanti di ruang tamu . Datang sesaorang, yang iras wajahnya sama sepertimana foto didalam kad pengenalannya. Berkemeja putih, celana hitam serta berkupiah, dan sedikit berjanggut.



Kami bersalaman dan duduk mengadap. Sambil meminta beliau menandatangani borang perjanjian, aku selitkan beberapa soalan tambahan untuk kepastian. Nama isteri, kerja dimana, berapa orang cahaya mata :- ini semua membantu.



Ternyata beliau senang dengan kehadiran dan keramahan yang aku tunjukkan. Selesai sesi tersebut, terus diajaknya aku ke kantin untuk sarapan bersama. Aku tak pernah menolak bahagian menjamu selera ini.



Waktu minum dikantin , baru aku bertanyakan asal usul beliau. Sebenarnya, aku dah yakin seawal tadi lagi bila beliau memasuki keruang tamu. Cuma, tak mahu mengubah suasana antara pelanggan dan pihak yang memberi pinjaman.



" Saya dulu asal Taiping....." itu sebahagian yang awal keluar dari mulut beliau, bila saya memotong.



" Anak Pak Mat, Polis kat .......... itu kan?"



Beliau tergamam. Bagaimana aku boleh mengenali ayah beliau.



Yang lain tu, tak perlu di ceritakan lagilah. Dah bersalaman diawal tadi, ditambah dengan pelukan mesra dikantin pulak. Wajah ceria serta hampir ada manik manik halus dibebola mata beliau. Sudah melebihi 18 tahun kami tak berjumpa!



Saya tak lah rapat sangat dengan beliau kerana kami berada didalam kelas yang berbeza. Tapi, setiap kali aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia , kami pasti duduk sekelompok. Orangnya pendiam tapi mesra. Tak meninggi diri langsung.



Aku ceritakan tentang rencana aku dan rakan rakan lain yang mahu ber'reunion' tidak lama lagi, dan mengajak beliau turut serta aktif didalam .

Ya , dengan senang hati beliau menerima perlawaan aku, cuma katanya, beliau agak payah untuk bermesyuarat sesama nanti, kerana tidak dapat meninggalkan daerah tempat kerja tergesa gesa tanpa memberi notis seminggu kepada majikan.

Di awal bulan pertama tertubuhnya jawatankuasa , Bendahari kami masih boleh memberi penyata akaun dengan baik, nama nama penderma serta perbelanjaan yang harus dikeluarkan, tetapi, sejak dari pertemuan dengan anak Pak Mat Polis tu, si Bendahari sering bertanya, dari mana datangnya RM100 - RM200 hampir setiap bulan. Dari risikan beliau wang tersebut dikreditkan menerusi perbankan internet.

Saya yang 'pakar' dalam mengorek rahsia ini, meneruskan siasatan membantu si Bendahari ini, mencari puncanya wang tersebut. Alah, perkara mudah bagi mereka yang sudah biasa dengan urusan perbankan ini.

Puncanya, sudah saya temui. Di bulan ketiga, dimana akan berlangsungnya acara pertemuan semula itu, saya terus menalipon anak Pat Mat Polis tu, untuk minum minum petang. Terus beliau mengudang aku ke rumah beliau yang terletak di persempadanan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Rumahnya rumah kampung jenis kayu dan berdapurkan simen dibawah. Aman dan nyaman dipersekitaran. Ternyata sifat merendah diri beliau terbawa bawa oleh anak lelaki teruna beliau yang baru sahaja menamatkan alam persekolahan itu.

Selesai acara minum petang dan setelah mendapat kepastian dari beliau, yang beliau akan hadir di majlis itu nanti, saya pun memulakan persoalan saya tentang wang kiriman misteri yang di kreditkan ke akaun Urusetia itu. Ternyata beliau indak menunjukkan apa apa reaksi terhadap pertanyaan saya. Saya musykil. Siapa yang tahu nombor akaun tersebut, selain dari rakan rakan sekolah saya?

Saya tidak mengalah, pulang dengan misi terakhir, iaitu berhubung terus dengan pemilik akaun yang mengirim wang melalui perbankan internet itu. Miliknya orang Tionghua, yang tarikh kelahiran pada nombor kad pengenalannya, ternyata, tua lebih dari 15 tahun dari saya.

Ya, sah! Majikan anak Pak Mat Polis ni. Beliau akan memberi RM100 setiap bulan kepada towkay beliau untuk dikreditkan ke akaun Urusetia, dan jumlah penuh kiriman dari beliau sehingga hari itu ialah RM500.00 !!

Aku mula malu pada diri sendiri. Aku rahsiakan kisah ini bersama Pengerusi Urusetia aku sahaja. Aku yang awalnya memberi RM200 kepada Urusetia, ternyata tiada nilainya jika dibandingkan dengan rakan aku yang saorang ini.

Pengerusi dan aku bersyukur dengan kenikamatan berkawankan beliau. Tak disangka, sesaorang yang hanya berkelulusan SPM dan bekerja di sabuah kilang kecil didaerah terpencil, boleh memberi sebanyak itu, sedangkan aku, yang berkelulusan Ijazah Kewangan ini......?

Malu , malu , malu. Ijazah beliau yang lebih besar dan hanya terletak dihati beliau!

Terima kasih ZZZA.


(Kisah ini diceritakan oleh rakan seangkatan saya. Bermakna hanya kami bertiga yang tahu siapa pengirim RM500 itu. Saya amat kagum dengan beliau dan pernah berziarah kerumah beliau di sebuah perkampungan. Tanah kebun 10 ekar milik isteri di menafaat menjadi kebun buah buahan, dan pendapatan beliau dan isteri melebihi RM10k setiap kali musim buah menjelma. Tertanya juga pada diri sendiri, dengan jawatan dan kewangan yang kununnya kukuh ini, dengan hanya memberi RM100 untuk majlis Re-union yang lalu, apakah sudah hebat berbanding dengan rakan saya ini? Ijazah saya terletak di dinding rumah agaknya?! Hehehe.)


Latiff Hariri
1740 26 September 2010
Sungai Petani

Friday 17 September 2010

Rumah Terbuka Syawal 1431/2010

Pagi 16 Sepetember 2010 , Hari Malaysia ni, saya paling awal bangun, menyapu daun kering de persekitaran rumah. Menyusun kereta keluar dari tempat parkir disisi rumah.

Sebenarnya, seawal malam tadi saya sudah siap memotong kecil 4 kg daging yang saya beli tempuhari. Tapi, cukupkah?

Selesai diluar, kedalam pulak, potong bawang, kentang. timun, nenas, dan meghiris halus cabai dan bawang besar untuk dijelatahkan.

Bahagian memasak ni kegemaran saya.

Ke pasar, tambah 3 ekor ayam dan 2kg daging, serta ambil kek cokelat yang dipesan dari Linda. Kiranya, saya betul betul berhenti jam 11 pagi, untuk bersiap menanti kehadiran tetamu tetamu yang saya pasti, wajah wajah yang sama seperti tahun tahun yang lalu, ditambah dengan wajah wajah baru.

Yang mula mula sampai, keluarga Abang Omar, jiran dari Taman Sri Tanjung, taman bersebelahan . Abang Omar bersama 10 anak cucu beliau. Itu yang memeriahkan suasana.

















Fadhil , anak sulong Abang Omar



















Mokhtar dan Zul, anak teruna kedua dan ketiga Abang Omar
.

Kedua yang hadir, selang 20 minit agaknya, Lim sekeluarga, rakan sepejabat saya.

Diikuti oleh rakan rapat ni, Wan dan Fazrin. Mereka datang berdua aje, tinggalkan anak anak.
Kenalah marah dengan saya, sebab anak anak yang akan memeriahkan suasana, serta terlepas duit raya dari saya.

Wan dan Fazrin hanya memulakan acara makan makan bila Sham dan keluarga tiba, Sham bersama 3 anak dan isteri beliau.
















Sham , isteri dan anak anak menjamu selera, sementara Wan dan Fazrin malu malu.














Bila Sham dan keluarga beralih tempat duduk baru mereka mulakan. Rupanya nak duduk depan nasi dan lauk pauknya

Dah pekena sorang sepinggan dua, baru kami berborak, Lagi pun belum ada tamu yang datang . Keluarga Lim masih di ruang tamu hadapan , sambung makan nasi impit kuah kacang dan serunding ikan.
















Bercerita perkembangan diri masing masing














Pasangan Lim, rakan sepejabat saya, bersama anak tunggal mereka















Yang ini , keluaraga yang saya tak jangka kehadirannya. Saya tahu, Manan ada cerita, yang beliau mahu menghantar anak beliau balik ke Kepala Batas, ada jugak saya 'ajak ajak ayam' supaya bertandang ke SP. Tak sangka pulak mereka nak sampai. Thanks Manan.!

Diikuti kehadiran Ned Zainal Abidin dari Bukit Mertajam, bersama, kalau lak salah perkiraan saya, 4 atau 5 hero beliau.
















Ned Zainal Abidin dan anak anak. Sepupu saya, abang kepada Baharom dan Baharin

Zaidi, rakan sepejabat Sham, hadir bersama isteri dan 3 anak mereka. Maka bersambung cerita lagilah kami berlima ni.














Roziah bebual dengan isteri Zaidi, Siti Aishah

Selesai Zaidi menjamu selera, rakan sepejabat saya, Faizal dan Pak Shukor, serta anak sulong Faizal pula sampai. Maknanya ada 3 wakil dari pejabat saya. Ok lah tu. Selalu macam tu, kehadiran tak lebih dari 3 atau 4, kerana , agak jauh untuk turun ke Sungai Petani juga terlalu banyak rumah terbuka untuk diatur.















Bang Shukor dan Faizal (rakan sepejabat) serta Zaidi. Kelihatan di latar, saya mengucapkan terima kasih kepada LIm sekeluarga yang mula mengundur diri. Lim yang paling lama melepak dirumah saya selain dari Wan dan Fazrin.

Hari Raya pun Lim beri 'duit raya' kepada anak anak saya!

Kehadiran rakan rakan Izzudin agak mengecewakan. Di awal Raya, katanya ada 3-4 rakan yang akan hadir, rupanya hanya saorang yang muncul.

















Izzuddin Janaton dan Mohd Nafis Mohd Nasir, rakan pengawas SMKSL.















Aqilah dan Kak Mar, yang banyak membantu

Awang Mie yang rumah kampungnya bersebelahan hutan simpanan kami di Kg Permatang Kedundung, pun turut hadir.

Awang Mie sebenarnya meneta[ di Kem PGA, Kulim .














Awang Mie, bersama isteri dan anak














Aqilah, Kak Mar dan Roziah melayan tamu

Dan rakan baik saya ni, tertinggal bas, sepatutnya mahu bertemu Manan, tapi tak kesampaian.
Tapi, ok lah, tak menduga pun rakan darjah 1 ni bertandang.














Asri Mokhtar bersama isteri dan anak anak


Diikuti Bang Rahman sekeluarga, jiran rapat dibelakang rumah ni.














Bang Rahman teruja melihat lampu gaselin yang saya buatkan perhiasan di atas kabinet TV. Ya, jenama Kupu kupu, yang saya beli di Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Sementara belum ada tetamu yang hadir, saya dan Asri sempat kerumah Shamsiah di Tmn Bakar Arang untuk menghadiri Rumah Terbuka mereka. Menunya Mee Kuah, hmmm, nasib baik saya tak makan byk hari ni. Bolehlah menikmati makanan ini di rumah Shamsiah

















Latiff, Asri dan Bg Husin

Kami berpisah di rumah Shamsiah. Asri rencananya mahu ke Sungai Lalang atau Penaga untuk sambung beraya. Terima Kasih Asri!

Adakalanya, tetamu ni, kita tak jangka. Badrul memang pertamakali bertandang kerumah
saya. Saya pernah ke 'rumah terbuka' beliau beberapa tahun yang lalu. Memang tak jangkapun.














Isteri Badrul Hisham Hasanudin,Roslima Saat, anak anak, Nisa Qistina & Balqis Qistina

Roslima baru tahu yang Roziah Ex-Convent Taiping, sedangkan beliau Ex TMGS Taiping.

















Badrul Hisham , Ros dan anak anak. Terima kasih Sham & Ros.(Ex KE & TMGS Taiping)

Badrul sekeluarga beredar sekitar jam 2015 malam.

Diikuti kehadiran rakan bujang serumah saya , diwaktu saya bermastautin di Kulim 1986-1989, Hadi Mohd serta Isteri Arison. Mereka berdua sahaja tanpa anak anak.

Hadi dan Arison sedang bercouple di awal perkenalan saya, tapi waktu itu saya sudah menimang cahaya mata pertama.

Roslan Abdullah ( Anak Pak Lah Kepala Batas tu) pun hadir sendirian tanpa isteri dan anak anak.

Malangnya Izzuddin terlepas pandang untuk merakam foto Abang Lan ni .

Sambil berbual, Shamsiah dan Bg Hussein sampai, kiri lawatan balaslah ni.











Shamsiah dan abang Husin yang terakhir hadir , dan mereka melangkah keluar tepat jam 1045 .


Kira tak lah ramai yang hadir, tapi Syukur, ada yang sudi hadir. Tiada masakan yang berlebihan, sekadar cukup cukup aje, kecuali Kek dan biskut raya yang masih banyak tidak terluak.

Andaian kami cukup untuk sekali masak, walaupun kami sudah 'standby' tambahan lauk pauknya jika ramai yang serbu.

Ini adalah Rumah Terbuka kami yang ke 7 atau ke 8, bermula seawal 2002 kalau tidak silap pengiraan saya.

Secara purata, melebihi 75 orang yang hadir . Yang tak kelihatan dalam blog, anak anak Kak Mar , 8 orang. Rakan rakan SMKSL Aqilah , 7 org. Ada rakan pejabat yang bertanya berapa budget masakan? Jawapannya, tertakluk kepada berapa yang hadir dan keenakan masakan kita.














Antara rakan rakan Aqilah yang hadir.

Kepuasan terletak bilamana tetamu yang hadir memuji keenakkan masakan sendiri. Walaupun adakalnya 'Catering' pun tidak kurang enaknya, tapi lain , bila kita sendiri yang menyediakan jamuan untuk tetamu tetamu kita.

Begitulah ceritanya adengan tahunan ini. Sepertimana yang saya katakan dahulu, tetamu yang hadir membawa bersama rezki yang baik untuk kami, kami tidak pernah jemu menerima kahadiran semua kenalan kenalan kami terutamanya dibulan yang mulia begini.

Kemana lagi hujung minggu ni?

Latiff Hariri
2145 23 September 2010
Sungai Petani

Tuesday 14 September 2010

Susun Rumah - Babak Ketiga

Sebenarnya, pada malam tadi jugak, saya memberanikan diri meng'sms' rakan saya yang saorang ini, bertanya khabar dan ucapan Maaf Zahir Bathinnya.


Ternyata rakan ini masih tertanya, " Maaf, Latiff yang mana ni?"

Jawapan saya mudah, "Latiff Hariri, King Edward"

Sekelip mata handphone saya bergetar menerima panggilan beliau.

Beliau berjanji ubtuk bertemu keesokan harinya di Taiping.

Bermakna saya harus menukar rencana saya untuk pagi Ahad ni.

Jadi, bila pagi itu, Rahman menanya saya, saya pun berdolak dalik sehingga rakan saya ini pasti , yang beliau akan lewat hadir ke Taiping. Lega, boleh saya menyusun rumah lagi hari ni.

Kami bergerak jam 0920 pagi, dan jangkaan saya tepat, jam 1033 kami tiba di rumah mertua Khairul (Jie) di Lenggong. Ya! Hari ni hari kedua saya kesini, minus anak anak. Saya dan Rahman bersama pasangan masing masing. Saya tak jemu turun ke daerah kecil ini.

Jie dan isteri sudah sediakan mee kuah ketam untuk sarapan kami.

Lokman pun tiba kira kira 10 minit kemudian, jadi bercerita panjanglah.
















Anak Lokman, Jie, Nazri, Lokman dan Rahman.

Agak lama kami berbual, sambil mengatur rencana kearah mana tujuan kami berlima ni.

Kata sepakat dicapai bila Ustazah memberi laluan untuk kami bertandang.

Yes, kiranya, kali terakhir jugak saya bertemu Ustazah ni pada tahun 1972, dah melebihi 38 tahun.

Rumahnya bersebelahan surau Bukit Senyum tu.
















Anak anak Lokman dan anak anak Jie dihadapan

Kalaulah anda dapat melihat layanan Ustazah Maimunah ni dan kepetahan beliau bercerita,
anda pasti merasa seperti emak emak anda jugak. Ternyata, sebut sahaja nama ayah masing masing, pasti beliau akan mengingati nama anak anak mereka.

Ustazah Maimunah sendirian, bersama saorang anak dan cucu cucu beliau.

Saya masih ingat wajah Ustazah Maimunah di tahun 1972. Satu satunya guru yang berselindang dikepalanya. Bila kami minta foto foto lama simpanan beliau, jawapannya,

"Buat apa nak tengok, tak elok pun gambar gambar lama tu"

Tapi, bila kami tunjukkan foto Reunion Coolbatch 2009 tu, ternyata Ustazah Maimunah boleh menyebut dan mengingati setiap nama anak anak murid , siap dengan nama jolokan ayah masing masing lagi. Hebat kan?!















Tersenyum melihat foto anak anak murid serta rakan rakan seangkatan beliau.















Rahman Hariri, Latiff Hariri, Kharul Abd Latiff dan Nazri,

Roziah Abd Kadir, Ustazah Maimunah dan Lokman Saidin

Apa yang saya suka, Ustazah boleh mengingati SO Hariri serta anak Tok Kadir yang rambutnya berdandan dua tu!















Kenangan Istimewa 2010 bersama Ustazah Maimunah.

Ternyata , Ustazah Maimunah amat payah melepaskan kami semua.

Di awal perpisahan tu, saya jangkakan hanya bersalaman biasa, antara saorang Ibu Guru dan anak murid, ternyata saya silap.




Berguguran air mata Ustazah Maimunah. Saya yang pertama besalaman, dan Ustazah terus memeluk saya dengan deraian airmata. Habis sebak satu rumah. Saya tak sangka yang Ustazah begitu terharu dengan kehadiran kami, kesemua anak murid beliau, beliau peluk sayang, termasuk para isteri kami.





Apa yang saya nak katakan lagi?








Beliau sebak kerana ada anak anak murid yang masih mengingati beliau pada ketika saat usia begini.

Kepada rakan rakan batch 1971-1976, apa ditunggu lagi? Lakukan sesuatu.


Rahman:


As told by Latif, when it was time to go, she started hugging Jie. I didn’t give it a second thought until I heard noise resembling someone crying. I looked up at her and then I realized that Ustazah was crying. And it did not just stop there. More tears were shed as she hugs us all; one at a time. “Terima kasih datang melawat ustazah,” she said, “kalau dengar ustazah dah tak da, sedeaqahkan lah alfatihah kat Ustazah. Tak payah panjang-panjang, al-fatihah pun jadilah”

“Kami doakan Ustazah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan,” Jie replied. I am glad Jie was there. He always knew on the right thing to say at the right time.

It was a touching scene, a very touching moment indeed. I did not expect that at all. I did not know how to react, to be honest.

She has difficulty letting us go. After we had gone to our cars, Lokman and I had to wait for another 15 mins or more, while she and Jie’s wife continue chatting outside. It was obvious to us she didn’t want it to end.



Rencana seterusnya ke rumah Cikgu Kamarul Baharin. ternyata azan zuhur. Selalunya Cikgu Kamarul Baharin berada di Masjid, jadi, kami menghala semula ke rumah Cikgu Aziz.

Cikgu yang paling ceria dengan senyuman manisnya!
















Dalam berbual , sempat Cikgu Aziz menyakat Nazri, walaupun kami agak 'lembab' menangkap soalan cepumas beliau .

Kami tiba pun waktu Zuhur, jadi kena tunggu hingga selesai solatnya Cikgu Aziz.

" Ha, yang ini tunggu lama baru nak dapat tengok. Dah setahun ye?"

Permulaan cikgu Aziz bila menatap 3 foto foto Reunion Coolbatch . Memang tak kering gusi dengan lawakkan beliau.

Menu hari tu, laksa, lontong, ketupat dan rendang , termasuk kuih muih. Agak lama kami bertandang.

Cikgu Aziz sering bertandang ke rumah anak anak di Kuala Lumpur. Katanya, seminggu sebelum berangkat, pasti beliau mencukur bersih kepala beliau, gara gara cucu cucu yang nak bermain dengan kepala datuk mereka!!. Adakah kita akan begitu jugak? Hahaha

Rahman:

Most of the time, I am in Shah Alam or Kota Damansara,” he told me. That’s why we were able to meet up with him at the wedding of Cikgu Faridah’s daughter a few years back in Taman Tun. Had I known it, we could have invited him for the buka puasa too last month.

Begitulah Cikgu Aziz, walaupun saya tak sempat dibawah seliaan beliau, dihari ini, saya boleh bayangkan bagaimana Roziah cukup gembira dapat berada di SRJK(I) hingga tahun 1976.

Rahman:

Mana gambarnya?” he asked the moment he stepped into his living room where we had been chatting amongst ourselves, while waiting for him.

All of us burst into laughter. We had been expecting him to say that. “Cikgu Faridah said the thing, Cikgu,” I told him, while handing him the albums I had brought from KL. I was prepared for that already, that's for sure.
















Satu guru bersama 6 anak anak murid serta 'cucu cucu' beliau.
Seterusnya kami bergerak ke rumah Cikgu Kamarul Baharin.

Ternyata cikgu dah pulang dari Masjid Kg Chain mengerjakan solat Zuhurnya.

Kami disambut mesra. Agak berusia cikgu ni. Saya memang tidak mempunyai apa apa kenangan bersama Cikgu Kamarul Baharin ni. Tapi, bila lihat foto beliau di awal perkahwinan, kira boleh cam lah jugak, siapa guru ini.
















Rahman dan Cikgu Kamarul Baharin


















Entah apa yang menarik didalam foto lama ini, yang membuat 4 sahabat ini tertumpu padanya. Foto foto lama simpanan Cikgu Kamarul Baharin

















Roziah pun tak lepaskan peluang memberi penerangan foto Reunion Coolbatch kepada Cikgu Kamarul Baharin

















"Ini Goh Chin Chai, ini Kok Ngai......." Lokman menjelaskan kepada Cikgu pulak
















Kami melindungi kereta Proton Saga Cikgu Kamarul yang ber'plate'kan nombor negeri Kedah, KBC dot dot dot dot. Kata Lokman, KBC stand for Kamarul Baharin Chain. Hehehe

Kami keluar dari rumah ckug pun dah menghampiri jam 1600. Berhenti seketika di Masjid Kg Chain, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar melewati Kati dan mengarah ke Jambatan Sultan Iskandar. Dan saya kira pilihan jalan ini amat tepat, kerana pada perjalanan pulang ke Taiping lewat senja nanti, jalan mulai sesak bermula dari keluar tol Kuala Kangsar , mengarah ke bandarnya.

Kami tiba menghampiri jam 6 petang di destinasi terakhir ini. Saya yang jangkakan, kerana , rakan baik saya yang berjanji untuk bertandang ke Taiping dari Ipoh ni, dah pun tiba di Tol Changkat Jering, sedangkan saya baru sahaja memasuki rumah cikgu Aripuddin di Kuala Kangsar.

Kepala saya ligat mengaturkan perjalanan kawan saya ni. Terus saya talipon Badrul Hisham di Taman Suria. Beliau sudi membantu saya dengan mengajak rakan dari Ipoh ni bertandang ke Taman Suria dahulu. Fuh, lega .

Ini rumah terakhir kami, rencana untuk ke Ipoh rumah Cikgu Ainon dan kawan kawan Coolbatch ni berakhir di Kuala Kangsar.

Bila kita bertandang dirumah mantan Guru Guru ni, waktu berceloteh ini , tak boleh di ukur.
Dengan rumah kawan kawan, kalau kita hanya sekeluarga, kita boleh atur 40 min setiap rumah, tapi kalau dah 5 keluarga bertandang sekali, banyak kisah lama yang harus di'catch up' oleh kita mahupun mantan Guru Guru kita ni.

Dan tak kering gusi, terutamannya bila ada Guru Guru yang menyakat kita sepertimana kita ini masih di darjah 1 atau 6 dahulu. Bezanya, sekarang ni lebih mesra dan terasa seperti Bapak atau Emak kita sendiri. Berlawak secara terbuka sahaja, tiada lagi 'takut takut' atau seriau nak berlebih lebih dengan mereka.
















Lokman dan Cikgu Aripuddin















Menjamu selera bersama Cikgu. Di meja makan ini, baru kami tahu yang Cikgu adalah dikalangan angkatan pertama, SM Alam Shah Shah, Cheras di tahun 1963 dahulu!

Rahman:

Cikgu had just joined us in 1972 and was the class teacher for Class 3B, while Cikgu Faridah was the class teacher of 3A. Then a bachelor, he stayed in Kampung Sira, and would hold tuition class for many of us who would frequent his house. I remember using his tuition class as an excuse on a Saturday morning to not attend kelas mengaji by Makcik (kampung Masjid?).

Then he has a Vespa and I remember a time when he would ask me to carry a TV set (or according to him, it must be a radio set since he did not own a TV set yet) for repair.

I guess it must have been one of the earliest tuition class (and in Std 3, mind you) though unlike tuition of present days, his was free of charge!

Thank you, Cikgu.

I remember him reasonably well because of that and the Ceritera Tiga Sahabat that he told while taking over Class 3A in the absence of Cikgu Faridah in 1972. I related this to him and he was able to quote the 3rd sahabats.

I used to have an entry on this story, but I guess I must have lost it with the closure of Yahoo 360 blog. I would have to rewrite it again if you have forgotten this. The story is about si Botak, si Kudis buta dan si Hingus. You would be amazed with the adventure ala pak pandir!

Jie mentioned a tip by Cikgu on how to have a good ‘remos’. When you wash your hand after your meals, make sure you wipe your hair with your hand!

Cikgu Aripuddin concurs with his 1970s tip this Raya.


















Satu kenangan istimewa di rumah Cikgu Aripuddin

Kami berpisah di sini, bersalaman sesama kami, dan bergerak menuju ke arah destinasi masing masing. Satu kenangan paling manis selepas Reunion Coolbatch Syawal 1430/2009 lalu.













Guru guru, serta kakitangan SRJK(I)Lenggong 1970 .

Yang mana Ustazah Maimunah, yang mana Cikgu Aziz? Cikgu Kamarul Baharin dan Cikgu Aripuddin ada sama?


Saya dah mula risau, samaada rakan dari Ipoh ni boleh mananti kepulangan saya dari Kuala Kangsar yang agak lewat ni. Rupanya beluai dan Badrul lebih cekap, mereka terus ke Aulong bertandang di rumah Mertua Suzaili, di ekori oleh Raja Anuar yang memang sekampung dengan Mertua Suzaili. Tak perlu saya terburu buru, tetapi masakan panas harus disediakan, kerana hanya biskut raya sahaja yang terhidang di rumah Emak.

Kira kira jam 2100 baru rakan saya ni muncul.

Rupanya Roslan Wahab berpasangan dengan Nazri Noor dari Ipoh!
Ini dua rakan 4Sc1 dan 5Sc1 yang paling rapat dengan saya, selain dari Raja Anuar , Azlin, Rozieady, Suhaimi dll.

Ini hadiahnya bila saya rajin mencari Roslan yang saya kira, sudah lebih 15 tahun terpisah.



















Berbual di bahagian luar rumah sahaja. Roslan membelakangi kamera, Badrul, Nazri dan Raja Anuar Zalehan. Mereka bertiga kusyuk mendengar Raja Anuar perturunkan 'ilmu' pada usia lewat 40an ni. Hehe.


















Badrul Raja Hoki KE, Nazri athelete dan pakar rejam lembing KE, Latiff pakar sentimental dgn kawan kawan lama, Roslan ulat buku KE, Raja Anuar raja rugby KE .

Terimakasih kepada kesemuanya. 2010 Raya paling terbaik buat saya sekeluarga

Pagi Isnin 13 September/4 Syawal jamm 9 kami sudah bersedia untuk pulang ke Sungai Petani.

Saya wajibkan jadual berjumpa Baharin, sepupu saya dan kembar kepada Baharom. Baharin menetap di perkampungan berhampiran pekan Simpang 4 Taiping, dan kaki beliau telah dipotong gara gara kencing manis. Sedihnya.















Berfoto dengan Emak dan Ende' dan Ainil.( Isteri Arwah Pck Aziz dan anaknya) sebelum memasuki kenderaan kami untuk ke rumah Baharin.
















Di rumah Baharin, bersama isteri dan anak beliau.

Baharin agak kritikal dengan kencing manisnya. Saya tak dapat bertemu kerana beliau berada di hospital Taiping, mencuci kaki beliau.

Berpatah balik ke Sri Kota untuk mengambil barangan yang tertinggal, dan terus ke Kampung Jana, Kamunting ke rumah Rahmat dan Hasnah.

Rahmat rakan sepejabat saya waktu di Taiping dahulu, sedangkan Hasnah rakan sekuliah Roziah masa di UiTM dulu.

Hasnah kata , kami yang match maker mereka berdua.... .
Hm , tak kut, hati mereka yang terbuka sesama mereka, betul tak?

Rahmat adalah abang kepada Dr Rohizad, rakan SMKE angkatan kita.
Kepada yang mahu menghubungi Dr Rohizad, Ketua Pengarah Veterinar Ng Johor , ini HPnya, akan saya warwarkan sekejap sebelum saya padamkan _012-7297264.















Di depan rumah Rahmat & Hasnah. Kalau tak silap , Rahmat senior 2 tahun dari saya. Orangnya pendiam, tapi, boleh klik dengan saya sebaik sahaja saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Taiping di awal bujang dulu.

Kami bergerak ke Sungai Petani menghampiri jam 1230 tengahari.

Terus makan tengahari di restoran Hussain, sebab nak lena terus nanti.

Kira punya kira, dah lebihn 25 rumah yang kami kunjungi, dan tak kurang dari 18 rakan sekolah yang saya bersalaman(tak pun dengan suami suami mereka) . Saya kena catitkan, kiranya dipanjangkan usia, tahun hadapan, boleh di catit rekod baru pulak.

Tunggu pulak Rumah terbuka Khamis , Hari Malaysia ni, berapa ramai yang bertandang.


Latiff Hariri
1133 17 Septenber 2010
Sungai Petani


Ini adalah penulisan bersama, saya dan abang saya. Saya lebih senang dengan Bahasa Melayunya, sedangkan Rahman dengan languagenya. Tulisan Rahman boleh dibaca di rahmanhariri.blogspot.com