Bee Gees

Tuesday, 28 September 2010

Berziarah diSyawal

Dah menjadi budaya agaknya, majlis 'rumah terbuka' ni. Walaupun Syawal tetap syawal, semua rumah sepatutnya menerima tetamu. Dan tak semestinya dibulan Syawal sahaja kita berziarah sesama kita.


Bagi saya, 'rumah terbuka' ni , lebih kepada acara menjamu rakan rakan Islam terutamanya, yang 'kunun'nya 'letih kurang makan' selama sebulan. Jadi sesuai diadakan majlis ini, dan dihidangkan dengan perlabagai masakan panas/sejuk dari tengahari hingga ke malam.


Dan pastinya, kiranya kita tidak merancang dengan baik, pembaziran akan berlaku.


Rumah terbuka saya sudah selesai, sebab itu saya pandai memberi komen, hehehe.


Sabtu minggu pertama Syawal lalu, sekurang kurangnya ada 6 rumah terbuka yang harus saya lawati. Ada yang dekat, ada yang jauh. Yang jauh tu kira 'kirim salam' aje lah. Sepertimana yang saya alami bila menjemput rakan rakan yang agak jauh rumahnya dari bandar Sungai Petani.


Rumah pertama yang saya lawati pada hari ini ialah saudara Hadi Mohamad, rakan bujang saya di Kulim dahulu. Kami yang pertama tiba sebelum jam 12, walaupun acaranya bermula jam 12.
















Ini untungnya bertandang awal, makanan masih segar dari periuk.

Arison melayan kami 5 beranak.
















Berita gembira dari Harian Sinar, bekas pelajar TI Alor Setar adakan mini reuinion di RadixFC Sungai Petani. Wajah Hadi pun ada di akhbar hari ini



Ya lah, nak kejar masa menyusun rumah rumah ni, bukannya mudah.


Minima 30 minit setiap rumah, masa perjalanan yang dilebihkan.

Kami berada di rumah Hadi Arison ni, sekadar 30 minit, menjamah serba sedikit.

Mereka tinggal berdua aje, anak anak dah tebang masuk ke kolej semula.


Kami bergerak ke arah Bertam , Kepala Batas. Menuju kerumah Zaidi. Janjinya jam 2 ptg, tapi kami tiba jam 145 ptg, gara gara mahu mengatur semaksima rumah yang boleh.















Kan, belum siap, grill pintu pun masih berkunci. Saya bersoal jawab dengan Zaidi sebab awal sangat, tapi saya persoal, kenapa dah tahu jam 200 bermula, jam 150 pun belum hidang.

Makanan sedang dihidangkan, dan kami dijemput makan jam 155ptg. Masakan bapa mertua Zaidi, yang juga pemilik gerai makanan di Kepala Batas. Kira masakan pakar lah ni.

Jam 235 kami bergerak ke rumah Fazrin pulak, yang terleltak di lorong belakang dari rumah Zaidi.















Fazrin dan Zahirah, bersama putera bongsu.

Pun sama, sekadar sementara , dan kami bergerak ke arah utara pada jam 1500ptg, ke arah Sungai Lalang.

Ke rumah anak arwah Imam Hasan Baling ni, Zaki. Zaki kawan rapat terawal yang saya dapat, pada awal berhijrah ke Sungai Petani.



Dia talipon saya waktu di rumah zaidi, dan saya terus kata ok, dalam jam 3 keatas saya akan sampai, dan minta dia hidangkan mihun goreng panas untuk kami.



Kami tiba jam 320 ptg, dan ternyata, isterinya, Fiza, sedang menggoreng di dapur. Saya hanya melawak, dia buat sungguh!
















Semua perabut jati, kami berdua beli sendiri di Jepara. Masa tu, Wizan dan Raja Anuar pun turut serta. Wizan yang paling hebat, beli rangka pintu untuk banglo beliau.
















Melihat hasil kretif lantai anjung yang direka sendiri Zaki serta rakan beliau. Kosnya murah,tapi, kualiti seakan 'pro'.

Dah rumah keempat ni, dah dah melepasi waktu Asar, kami mula merasa mual untuk meneruskan acara makan makan raya ni. Akhirnya, saya buat keputusan untuk melencong ke Tanjung Dawai sahaja. Aqilah pun ada assignment yang perlu dibuat sebelum pulang ke UiTM















Ini jetinya Tanjung Dawai. Bot persiaran ke seberang, Pantai Merdeka, atau beriadah sekitar pulau pulau disini.














Pusat gerai hasil laut yang dikeringkan. Serta gerai makan dibahagian bawanya. Keadaan didalam tidak mengizinkan saya untuk bergambar, amat menyedihkan


















Gerai Mak Anjang, disini tempat biasa saya membawa tamu tamu menjamu selera

Kami tinggalkan Tanjung Dawai sekitar jam 1800 petang, menghala ke daerah Yan.

Saya suka kesini jika mahukan ikan ikan yang baru dinaikkan dari laut. Harganya agak mahal, sesekali membeli bolehlah. Lebih patut harganya di pasar tani Sungai Petani.

















Keadaan pasar yang peniaganya 100% bumiputera















Anak TKU. TKU tu apa? Tukun Kurang Upaya. Cacat.

Kami tinggalkan daerah Yan sebelum menjelangnya maghrib. Tamatnya berziarah pada Sabtu ini. Ahad, tak mahu kemana. Faiqah pulang ke Nilai jam 1245 tengahari dengan bas sewaan mereka, sedang Aqilah mengekori ke Shah Alam. Kembali kepada keadaan asal.

Malamnya ribut, yang merosakkan 50 rumah di Sungai Petani. Tetapi tidak bagi kawasan rumah saya disekitar Sungai Layar ni.

Hari Isnin, sekembalinya dari tempat kerja, kira kira jam 1900 senja, keadaan menjadi kelam sepertimana semalam. Izzuddin sudah bersedia dengan lensnya untuk merakam. Memang menakutkan dengan bunyi deruan angin serta awan hitam berarak laju seoalah olah langit akan runtuh pada bila bila masa. Hari ini tiada kejadian atap rumah berterbangan.
















Baru jam 7ptg, tatapi keadaan seperti jam 745 mlm.

Rasanya acara rumah terbuka ni, tamat disini sahaja. Saya sudah keletihan untuk bertandang lagi.


Latiff Hariri
0903 021010
MARC APT#, Jalan Pinang, Kuala Lumpur

No comments: