Bee Gees

Monday, 13 September 2010

Tetamu Terawal Syawal 1431H/2010

Pagi Syawal, kami keluar ke Masjid Al-Amin seawal jam 0750 pagi.

Solat Idil-Fitri bermula jam 0845 ,berimamkan Ustad Ibrahim Ahmad, Imam kesayangan saya serta seluruh warga Sungai Layar khasnya.

Selesai Khutbah dan tahlil jam 0950 dan acara bersalaman dan berpelukan sesama Muslimin bermula.

Saya tak sempat nak beraya dengan anak anak, kerana tepat jam 1010 pagi tetamu jiran jiran terdekat dah mula memberi salam, diikuti dengan 'gang Assalamualaikum' yang pertama, melebihi 10 orang anak anak .














Aqilah melayan anak anak "assalamualaikum' yang tak pernah miss setiap 1 Syawal.













Aziz, Acu dan istri Aziz, Ina . Mereka 'gang Assalamualaikum' yang pertama.














Bang Rahman, jiran belakang rumah, hadir sendirian tanpa Kak Faridah dan anak anak.














Diikuti Azlan , Sabrina dan anak anak Hero mereka.

Selesai sahaja tamu bertandang, kami terus kunci pagar untuk menyusun rumah Idil-fitry kami pulak.


Latiff Hariri
1945 13092010
Sungai Petani

No comments: