Bee Gees

Friday 17 September 2010

Rumah Terbuka Syawal 1431/2010

Pagi 16 Sepetember 2010 , Hari Malaysia ni, saya paling awal bangun, menyapu daun kering de persekitaran rumah. Menyusun kereta keluar dari tempat parkir disisi rumah.

Sebenarnya, seawal malam tadi saya sudah siap memotong kecil 4 kg daging yang saya beli tempuhari. Tapi, cukupkah?

Selesai diluar, kedalam pulak, potong bawang, kentang. timun, nenas, dan meghiris halus cabai dan bawang besar untuk dijelatahkan.

Bahagian memasak ni kegemaran saya.

Ke pasar, tambah 3 ekor ayam dan 2kg daging, serta ambil kek cokelat yang dipesan dari Linda. Kiranya, saya betul betul berhenti jam 11 pagi, untuk bersiap menanti kehadiran tetamu tetamu yang saya pasti, wajah wajah yang sama seperti tahun tahun yang lalu, ditambah dengan wajah wajah baru.

Yang mula mula sampai, keluarga Abang Omar, jiran dari Taman Sri Tanjung, taman bersebelahan . Abang Omar bersama 10 anak cucu beliau. Itu yang memeriahkan suasana.

















Fadhil , anak sulong Abang Omar



















Mokhtar dan Zul, anak teruna kedua dan ketiga Abang Omar
.

Kedua yang hadir, selang 20 minit agaknya, Lim sekeluarga, rakan sepejabat saya.

Diikuti oleh rakan rapat ni, Wan dan Fazrin. Mereka datang berdua aje, tinggalkan anak anak.
Kenalah marah dengan saya, sebab anak anak yang akan memeriahkan suasana, serta terlepas duit raya dari saya.

Wan dan Fazrin hanya memulakan acara makan makan bila Sham dan keluarga tiba, Sham bersama 3 anak dan isteri beliau.
















Sham , isteri dan anak anak menjamu selera, sementara Wan dan Fazrin malu malu.














Bila Sham dan keluarga beralih tempat duduk baru mereka mulakan. Rupanya nak duduk depan nasi dan lauk pauknya

Dah pekena sorang sepinggan dua, baru kami berborak, Lagi pun belum ada tamu yang datang . Keluarga Lim masih di ruang tamu hadapan , sambung makan nasi impit kuah kacang dan serunding ikan.
















Bercerita perkembangan diri masing masing














Pasangan Lim, rakan sepejabat saya, bersama anak tunggal mereka















Yang ini , keluaraga yang saya tak jangka kehadirannya. Saya tahu, Manan ada cerita, yang beliau mahu menghantar anak beliau balik ke Kepala Batas, ada jugak saya 'ajak ajak ayam' supaya bertandang ke SP. Tak sangka pulak mereka nak sampai. Thanks Manan.!

Diikuti kehadiran Ned Zainal Abidin dari Bukit Mertajam, bersama, kalau lak salah perkiraan saya, 4 atau 5 hero beliau.
















Ned Zainal Abidin dan anak anak. Sepupu saya, abang kepada Baharom dan Baharin

Zaidi, rakan sepejabat Sham, hadir bersama isteri dan 3 anak mereka. Maka bersambung cerita lagilah kami berlima ni.














Roziah bebual dengan isteri Zaidi, Siti Aishah

Selesai Zaidi menjamu selera, rakan sepejabat saya, Faizal dan Pak Shukor, serta anak sulong Faizal pula sampai. Maknanya ada 3 wakil dari pejabat saya. Ok lah tu. Selalu macam tu, kehadiran tak lebih dari 3 atau 4, kerana , agak jauh untuk turun ke Sungai Petani juga terlalu banyak rumah terbuka untuk diatur.















Bang Shukor dan Faizal (rakan sepejabat) serta Zaidi. Kelihatan di latar, saya mengucapkan terima kasih kepada LIm sekeluarga yang mula mengundur diri. Lim yang paling lama melepak dirumah saya selain dari Wan dan Fazrin.

Hari Raya pun Lim beri 'duit raya' kepada anak anak saya!

Kehadiran rakan rakan Izzudin agak mengecewakan. Di awal Raya, katanya ada 3-4 rakan yang akan hadir, rupanya hanya saorang yang muncul.

















Izzuddin Janaton dan Mohd Nafis Mohd Nasir, rakan pengawas SMKSL.















Aqilah dan Kak Mar, yang banyak membantu

Awang Mie yang rumah kampungnya bersebelahan hutan simpanan kami di Kg Permatang Kedundung, pun turut hadir.

Awang Mie sebenarnya meneta[ di Kem PGA, Kulim .














Awang Mie, bersama isteri dan anak














Aqilah, Kak Mar dan Roziah melayan tamu

Dan rakan baik saya ni, tertinggal bas, sepatutnya mahu bertemu Manan, tapi tak kesampaian.
Tapi, ok lah, tak menduga pun rakan darjah 1 ni bertandang.














Asri Mokhtar bersama isteri dan anak anak


Diikuti Bang Rahman sekeluarga, jiran rapat dibelakang rumah ni.














Bang Rahman teruja melihat lampu gaselin yang saya buatkan perhiasan di atas kabinet TV. Ya, jenama Kupu kupu, yang saya beli di Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Sementara belum ada tetamu yang hadir, saya dan Asri sempat kerumah Shamsiah di Tmn Bakar Arang untuk menghadiri Rumah Terbuka mereka. Menunya Mee Kuah, hmmm, nasib baik saya tak makan byk hari ni. Bolehlah menikmati makanan ini di rumah Shamsiah

















Latiff, Asri dan Bg Husin

Kami berpisah di rumah Shamsiah. Asri rencananya mahu ke Sungai Lalang atau Penaga untuk sambung beraya. Terima Kasih Asri!

Adakalanya, tetamu ni, kita tak jangka. Badrul memang pertamakali bertandang kerumah
saya. Saya pernah ke 'rumah terbuka' beliau beberapa tahun yang lalu. Memang tak jangkapun.














Isteri Badrul Hisham Hasanudin,Roslima Saat, anak anak, Nisa Qistina & Balqis Qistina

Roslima baru tahu yang Roziah Ex-Convent Taiping, sedangkan beliau Ex TMGS Taiping.

















Badrul Hisham , Ros dan anak anak. Terima kasih Sham & Ros.(Ex KE & TMGS Taiping)

Badrul sekeluarga beredar sekitar jam 2015 malam.

Diikuti kehadiran rakan bujang serumah saya , diwaktu saya bermastautin di Kulim 1986-1989, Hadi Mohd serta Isteri Arison. Mereka berdua sahaja tanpa anak anak.

Hadi dan Arison sedang bercouple di awal perkenalan saya, tapi waktu itu saya sudah menimang cahaya mata pertama.

Roslan Abdullah ( Anak Pak Lah Kepala Batas tu) pun hadir sendirian tanpa isteri dan anak anak.

Malangnya Izzuddin terlepas pandang untuk merakam foto Abang Lan ni .

Sambil berbual, Shamsiah dan Bg Hussein sampai, kiri lawatan balaslah ni.











Shamsiah dan abang Husin yang terakhir hadir , dan mereka melangkah keluar tepat jam 1045 .


Kira tak lah ramai yang hadir, tapi Syukur, ada yang sudi hadir. Tiada masakan yang berlebihan, sekadar cukup cukup aje, kecuali Kek dan biskut raya yang masih banyak tidak terluak.

Andaian kami cukup untuk sekali masak, walaupun kami sudah 'standby' tambahan lauk pauknya jika ramai yang serbu.

Ini adalah Rumah Terbuka kami yang ke 7 atau ke 8, bermula seawal 2002 kalau tidak silap pengiraan saya.

Secara purata, melebihi 75 orang yang hadir . Yang tak kelihatan dalam blog, anak anak Kak Mar , 8 orang. Rakan rakan SMKSL Aqilah , 7 org. Ada rakan pejabat yang bertanya berapa budget masakan? Jawapannya, tertakluk kepada berapa yang hadir dan keenakan masakan kita.














Antara rakan rakan Aqilah yang hadir.

Kepuasan terletak bilamana tetamu yang hadir memuji keenakkan masakan sendiri. Walaupun adakalnya 'Catering' pun tidak kurang enaknya, tapi lain , bila kita sendiri yang menyediakan jamuan untuk tetamu tetamu kita.

Begitulah ceritanya adengan tahunan ini. Sepertimana yang saya katakan dahulu, tetamu yang hadir membawa bersama rezki yang baik untuk kami, kami tidak pernah jemu menerima kahadiran semua kenalan kenalan kami terutamanya dibulan yang mulia begini.

Kemana lagi hujung minggu ni?

Latiff Hariri
2145 23 September 2010
Sungai Petani

No comments: