Bee Gees

Monday, 21 March 2011

Ahad 20032011

Pagi Ahad 20032011 ni, bermulanya semester kedua persekolahan di Kedah.

Rutin mingguan tetap sama, selesai menghantar Izzuddin ke Sekolahnya, saya melepak ke Pasar Tani. Bayar bil air dan elektrik, terus ke kebun. Yalah, orang tengah semangat bunga durian ni.

Dari jauh, udah kelihatan banyak kenderaan parkir dipersekitaran kebun. Hm, ada apa pulak ni? Setahu saya , bersebelahan kunci air, ada padang kecil tapak anak anak bermain dan sering dijadikan tapak aktiviti penduduk kampung Permatang Kedondong ni.



Hm, ada pesta memancing ke? Saya tak bawa buluh memancing pulak.

Kunci air. Dua tahun lalu masih manual, sekarang dah guna elektrik



Rupanya penduduk kampung mengadakan pertandingan memancing. Kalau tanya saya , ramai ke penduduk kampung ni? Saya berani katakan, yang berumah disini tidak melebihi 25 buah, tidak termasuk saya dan mereka mereka yang bertanah sahaja.

Pertandingan baru bermula jam 900 pagi tadi. Saya tiba tepat pada waktunya.

Peserta pertama yang menaikkan keli 200gm ni adalah cucu saudara saya.
Beliau menerima hadiah sebagai peserta pertama yang mendaratkan ikan sekitar 909 pagi.

Ini hasilnya peserta kedua, sekitar jam 910 pagi, keli seberat 1.450kg

Tapak pesta memancing kg Permatang Kedondong. Disini juga selalunya diadakan keramaian penduduk kampung

Sempadan bendang
Tali air yang menjadi punca air sawah bendang serta rezeki ikan ikannya. Kalau musim puyu, sepanjang tali air ini hingga memasuki hutan simpanan saya, dipenuhi orang kampung serta orang luar. Dahulu, diawal pernikahan saya, memang saya kaki memancing setiap kali pulang ke kampung. Tapi semakin meningkat usia ni, mula terasa letih dan ruginya menunggu dipinggir tali air ini
Kat sini dulu, sering saya dapat ikan selat, sedap digoreng garing dan disambalkan


Saya hanya berada disini sekadar satu jam. Tujuan lebih kepada melihat perkembangan kebun, memang sah, dah tiada monyet berkeliaran.

Didalam poket penuh mercun bola dan mancis untuk saya letupkan kepada monyet monyet itu. Yang pasti, selamat durian saya.

Latiff Hariri
2112 20132011
Sungai Petani

3 comments:

Unknown said...

kalau dah gugur durian tu...jangan lupalah khabar2kan kat saya...

Unknown said...

Insyaallah, untuk semua saudara mara, kenalan2, rakan pejabat, istimewanya bebudak darjah 1 - 6 (1971 - 1976 ) dan Tgktn 1 - 5 (1977 - 1981) SRJK(I), SRK KEVII(1&2), SMKEVII dan SMDA

Unknown said...
This comment has been removed by the author.