Bee Gees

Sunday 27 November 2011

Wira Yang DiLupakan..Mustapha Hussain

Saya memang menanti acara ini. Bahkan cuti pun telah saya aturkan supaya dapat bersama sama meraikan pameran buku ini di First Galleria Taiping.

Bila makcik saya ini, dari salasilah Janaton , mencari cari akan cucu cicitnya datuk Janaton, saya memberi reaksi positif kepada beliau. Bukannya saya tak kenal makcik pakcik lain , dari salasilah ini. Cuma yang ini agak istimewa, kerana dia pun asalnya dari Taiping , serta bersekolah yang sama seperti saya, iaitu King Edward VII.

Jujur saya katakan, saya tidak pernah bersua muka dengan beliau. Makcak(kakak Bapak) pernah berkisah tentang sepupu beliau dari Taiping ini, tetapi, kisahnya berakhir begitu sahaja.

Mencari serba sedikit tentang latar belakang makcik ini, baru saya sedar yang ayah beliau adalah sepupu kepada nenek saya Tam Rafeah.

Perjalanan pagi Jumaat ini saya lakukan sekitar pukul 1130 pagi, dan solat Jumaatnya saya lakukan di Sungai Bakap. Selesai makan tengahari sekitar pukul 2 , dan saya terus 'meluru' ke Taiping dengan menggunakan laluan Persekutuan. Cuba berhubung dangan Sallehuddin, rakan OE1981, untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi First Galleria, tetapi tiada jawapan. Untung Cikgu Amin, guru SMKE-VII( ex SMDA1981)memberi tunjuk ajar kepada saya tentang hala tuju saya. Ish, orang Taiping pun tak tahu dimana lokasinya....





Rupanya bangunan ini adalah pejabat Majlis Perbandaran Taiping suatu ketika dahulu.

Terletak di hujung padang SR King Edward VII-1, sebaris dengan Pejabat Pos Taiping.

Datuk saya dari salasilah Janaton - Mustapha Hussain.

Tok Mustapha Hussain asalnya orang Matang. Rumahnya terletak berhampiran , dimana tergantungnya wira Melayu , Dato' Maharajalela.

Saya memakir kereta disisi galeri dan terus memasuki persekitarannya. Ternyata cikgu Amin sudah sedia menanti. Setia sungguh kawan saya ini. Saya memang kagum dengan kedua duanya, termasuk Sallehuddin. Mereka begitu menyayangi sejarah dan Bahasa Ibunda.

Saya agak jurukamera itu tersalah fokus, saya bukan VVIP yang di tunggu kehadirannya.

Bertanya tanya kepada Cukgu Amin, yang mana satu Auntie Insun ? Lalu beliau menunjukkan kepada saya sesaorang yang sedang berdiri ditengah anjung memasuki bangunan ini.

Sedangkan Izzuddin sudah memasuki kedalam , dan sudah disapa oleh Aunt Insun kepada beliau. Izzuddin menyatakan beliau dari sekolah King Edward. Tetapi , dari perbualan seterusnya bersama Aunt Insun, beliau sudah tahu Izzuddin anak saya kerana sudah melihat foto foto beliau di FB saya, hahaha. Tipu tak kena.

Bersalaman dan berkenalan dengan makcik saya ini buat pertama kali.


Berkenalan dengan suami Aunt Insun.

Memang hati saya teramat 'besar' bila Aunt Insun memperkenalkan saya kepada setiap tamu yang hadir, bahawa saya adalah anak buah beliau dari keluarga Janaton. Malu , segan, bangga.....semuanya ada.

Menanti kehadiran YDP Taiping.

YDP Taiping yang baru memulakan tugas di Taiping, tak sampai seminggu.

Acara sepatutnya bermula pukul 330 petang, tetapi terlewat hingga ke pukul 4. Ada dua acara petang ini, selain pameran buku Mustapha Hussain, terdapat 2 pertunjukan dan persembahan Fotografi dari dua anak Taiping.

Panjaga First Galleria Taiping, Pak Anuar(kiri) mengalu alu kan kedatangan YDP serta para tamu. Jurukamera itu merupakan anak Pak Anuar yang pertunjukan foto digaleri adalah milik beliau.

YDP memperkenalkan diri. Rupanya baru bertugas disini.(kiri)

Para tamu dijemput memasuki galeria sebaik kata kata aluan dari YDP tamat.

Cikgu Amin antara yang kehadapan mendengar penjelasan tentang First Galleria serta tujuan sebenar galari ini ditubuhkan.

Terungkainya siapa 'siapa' didalam Kesatuan Melayu Muda . Rupanya datuk saya!!!

Cikgu Amin - anak Lenggong ni!!

Di Lenggong dari tahun 1968-1972 saya tidak pernah bersekolah bersama beliau, tetapi mengenali beliau melalui rakan rakan SRJK Lenggong yang masih berhubung rapat dengan saya, sekitar tahun 2010 lalu.

Sebahagian dari keluarga besar Janaton, yang hadir petang ini.

Saya tak menjangkakan kehadiran rakan 'kembar' saya ini. Terima Kasih Badrul kerana sudi memeriahkan acara ini.


Tok Mustapha Hussain - Old Edwardian juga!!

Kedua duanya datuk saya, Tok Jed saya kenali dan sering bersua di akhir 60an hingga 74.

Selepas itu, sekiranya ada kesempatan, saya akan bertandang kerumah Tok jed setiap kali cuti persekolahan hujung tahun. Ketika itu Tok Jed menginap di Taman Tun Abdul Razak Ampang Jaya.

Bila kesihatan bapak tidak mengizinkan, serta peningkatan zuriat Bapak bertambah, kami semakin kurang bertemu, dan Tok Jed pun mula perlahankan aktiviti politik beliau ketika itu.

Mungkin sering diintip SB akan setiap gerak geri Tok Jed. Ya lah, Menteri yang diISAkan dek kerana tidak sehaluan dengan Tunku Abdul Rahman.

Badrul menandatngani Buku Pelawat. Ada gaya Pegawai Besar ni!

Saya berada disini selama dua jam lebih. Berfoto yang lebih.

Kisah benar yang dibukukan.

Kali ini saya bersenjata dan berpeluru untuk menangkis apa jua rintangan yang menyerang hendap saya , sekiranya ada 'puak puak' disana, yang masih bermain irama sumbang mereka yang kununnya merekalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu itu...

Tanda tangan dari Aunt Insun kepada saya dengan kata kata yang dalam maknanya....

Tengok , semangat Aunt Insun memperkenalkan saya kepada keluarga Fennerr. Ya, Aunt Insun bangga dengan salasilah kami yang hadir petang itu.

Terima Kasih Aunt Insun...... serta Tok Mustapha Hussain sekeluarga.


Saya boleh mengerti mengapa saya begitu beria ria mencari pusaranya Ibrahim Yaakub di Kota Jakarta bulan bulan yang lalu. Entah mengapa jua, hati saya melonjak lonjak mahu membuktikan bahawa UMNO bukanlah pejuang sebenar didalam kemerdekaan ini. Mereka tak lebih dari 'pengambil kesempatan' , mahupun, bahasa yang lebih kasar, tali-barut penjajah.

Dan secara sepontan, pada awalnya saya tidak tahu siapa orang orang kuat didalam Kesatuan Melayu Muda itu....., ternyata , rupanya orang kedua kuat adalah bapa kepada Aunt Insun, yang juga merupakan datuk kepada saya!! Allah Maha Besar.

Mengapa saya boleh begitu 'taksub' untuk mencari kebenaran merdekanya Tanah Melayu ini? Saya pun tak mngerti. Mungkin kerana didalam darah saya yang mengalirnya darah darah moyang moyang saya dari salasilah Janaton itu, yang merupakan pejuang pejuang yang berprinsip, membuatkan saya jadi begini, dan akhirnya saya ketemu satu lagi rahsia yang sengaja di'padam'kan dari minda rakyat.

Saya tahu dan kenal akan Tok Jed (Aziz Ishak-Menteri Pertanian Malaysia yang pertama), saya kenal juga, Tok Yusof Ishak, abang Tok Jed, yang merupakan Presiden Singapura yang pertama itu. Saya tahu mereka berjuang menyedarkan orang Melayu bersama Utusan Melayu yang dimiliki mereka ketika itu. Rupanya, ramai lagi datuk datuk saya yang berpangkat sepupu sesama mereka memainkan peranan masing masing menyedarkan anak bangsa.

Cuma, boleh dikatakan, kesemuanya berhaluan kiri dan menentang British dan bangsawan bangsawan Melayu yang berkepit dicelak ketiak Sultan Sultan kita itu.

Iitulah minda orang Melayu, terlalu 'tidak apa' dengan takdir dan 'kuasa' yang ada ditangan Sultan dan bangsawan, hingga sanggup di'lelong' demi mengkayakan diri sendiri dan tercapainya serakah mereka.

Tidak saya lupakan kepada kesemua wira wira yang sanggup dibunuh penjajah, di ISAkan penjajah dan pemerintah, difitnahkan, demi tertegaknya satu bangsa Malaysia yang berpegang teguh kepada keadilan manusia sejagat.

Ayuh, bangun. Bumi ini bukan milik mereka semata mata. Kita singkirkan yang zalim dan pengamal rasuah dari terus menerajui bumi pusaka ini.

Alfatihah untuk datuk Mustapha Hussian, serta keseluruhan pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri serta anak bangsa yang teriniaya oleh penjajah British dan dot dot dot.

Kisahnya ziarah zaya dipusara Ibrahim Yaakub boleh dibaca dengan meng'klik' nama beliau ini.

Teruskan perjuangan!! Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah.

Latiff Hariri
1831 26112011
Sungai Petani

No comments: