Bee Gees

Friday 11 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Sekitar Kota Bkt Tinggi

5 November 2011/9 Zulhijjah 1432

Seperti biasa saya bangun pada waktunya, walau sebagaimana lewat sekalipun tidur malamnya

Pagi 5 November 2011/9 Zulhijjah 1432 ini membawa keistimewaan tersendiri bagi diri saya. Setelah lebih 15 tahun menginap di Ambun Suri disetiap kunjungan saya ke Bukit Tinggi ini, saya berpeluang berkenalan dengan tuan punya hotel ini sendiri.


Pak Datuk, tuan punya Hotel Ambun Suri.

Terjawab persoalan saya tentang asal usul nama Hotel ini, tiada kena mengena dengan isterinya Janaton , dari salasilah Bapak saya.

Dua cicit cicit Minang yang bersua semula di Bukit Tinggi.

Sarapan Nasi gorengnya memang sedap.

Janjinya mahu bergerak seawal pukul 8 pagi, dan si Ad dah sampai pada pukul 730 pagi lagi. Tapi, adatlah, Pak Su kaki bersembang, dari sebatang rokok, ke sebatang rokok beliau berbicara dengan kami hingga menghampiri pukul 9 pagi. Hujan masih ' sekejap ada, sekejap tak ada '.

Kami bergerak ke Panorama Ngarai Sianok dimana terletaknya Lubang Jepang (Jepun) itu. Selesai membeli tiket, kami berpecah, anak anak remaja kami biarkan mereka sendiri ke Lubang Jepang, sedangkan kami bersantai didalam gerimis pagi ini, menikmati keindahan alam.

Ternyata Pak Su risau memikirkan anaknya bersendirian bersama anak anak saudaranya memasuki lubang itu, tapi saya memberikan keyakinan bahawa Izzuddin sudah seawal usia 6-7 tahun sudah memasukinya.

Kan saya dah kata, mereka ketawa lagi.

Lampu terang dalam ni, nasiblah kalau ada hantu Jepun.

Ngarai Sianok

Menara Panorama.
Anak kesayangan Bapak ni......


Kami di Ngarai Sianok sekitar satu jam. Didalam gerimis, kami bergerak lagi.

Say ditinggalkan Ad di Pasar Bawah. Sedangkan mereka semua ke Pasar Atas untuk mencari pisau atau keris antik.

Pada awalnya, saya tertanya jugak , kenapalah orang terlalu ramai di Pasar Bawah ni. Nak beli santan kelapa pun beratur panjang, nak beli rempah ratus pun begitu. Akhirnya, saya tinggalkan sahaja acarqa beratur ini, tak sanggup tunggu lama. Fikir fikir, baru teringat......, esok Raya lah!!!

Tunggu lama untuk mendapatkan daging sapi. Sekilo daging harganya Rp80,000 atau RM29.00 . Mak ai!! Mahalnya!

Di Sungai Petani baru RM20.00 sekilo.

Saya beli 3 kilo daging, 3 kilo ikan danau, kentang, cabai yang sudah diproses, kentang dan sebagainya. Terus menjinjing sendirian balik ke Hotel.

Sayang tiada foto saya berbelanja dapur di Bukit Tinggi.

Rupanya Abil adalah peminat pisau.


Izzuddin dan Arif berdua bersantai di gerai lereng.

Saya yang sampai dahulu ke hotel. Berjalan kaki sejauh 2 km saya agak aje lah.

Sementara menanti kehadiran sepupu saya yang barangkat dari LCCT pagi ini, saya terus membayar bil hotel kami dan 'cek-out' .

Sepupu saya Zainal Abidin dan Kamal tiba di Hotel sekitar pukul 1215 tengahari. Mereka berdua dijemput Roni dengan Avanza yang kami sewa. Maknanya dua keretalah hari ini. Saya menaiki Avanza bersama Zainal, Kamal dan Roni.

Zainal dan Kamal adalah guru Sekolah Agama di Pulau Pinang dan Pahang.

Yang menariknya, Kamal yang baru saya kenal tengahari ini, sama sama belajar Tahfiz di Pakistan bersama Ustad Ibrahim, Imam dan adik saya di Masjid Al Amin , Sungai Layar tu.

Zainal memeluk Pak Su yang sebaya usianya, walaupun berlainan pangkat.

Ad yang buat keputusan untuk makan tengahari di Rumah Makan Sederhana.

Makan lagi.....


Kepada yang tak pernah ke Ranah Minang ni, memang sedap menjamah masakan Padang ini.

Abil yang bukan 'kaki' makan ni pun, habis 2-3 pinggan.

Roni dan Ad.

Tahu berapa kos makan 8 dewasa ni? RP362,000 atau kira kira RM130.00 . Dibahagi 8 orang, maknanya saorang RM16.25 . Murah tu!! Kenapa saya kata murah, sebab kami bukan makan, tapi melantak! Hahaha.

Saya sempat ke Toko buku berhadapan Rumah Makan untuk mencari karya karya lama, tetappi mengecewakan.

Kami bergerak menuju ke Desa Haraban melepasi pukul 130 petang. Cikgu Syafirman sudah bertanyakan lokasi saya dimana, kerana orang orang kampung sedang menunggu kepulangan kami.

Latiff Hariri
2058 10112011
Sungai Petani

No comments: