Bee Gees

Tuesday 15 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Solat Raya

Selesai solat subuh dan berebut ke kamar mandi.

Sedangkan SiCan, isteri Pak Muis dan anaknya , Rat sedang menyediakan sarapan untuk kami semua. Lemang dan sedikit kuihnya. Saya tak menjamahnya, bukan tak sudi, lebih kepada afdalnya menjamah sebaik selesai solat Idul Adha.



Kopi O panas.

Jadualnya solat Idul Adha adalah pada pukul 8 pagi. Saya mula kumpulkan kesemua tamu ini sekitar 715 pagi, kerana , waktu untuk memanjat lereng bukit ini dan singgah kerumah Pak Tua , akan mengambil masa yang panjang.

Anak anak yang menjadi peminat setia kami.

Pak Tua sudah bersedia menanti kami untuk sama sama berombongan ke Masjid.

Sama seperti tahun Idul Adha 2008 yang lalu. Waktu itu saya membawa pulang Pakcik Rosli, kini Pak Su pulak.

Jalan lengang pagi raya ini, saya membawa dua balang biskut raya, satu dari Sungai Petani, satu dari BTHO.

Masjid Haraban terletak dilerengan bukit berbatu ni.

Terus kami mengambil Wudhu' dibelakang masjid. Untung, airnya tak berapa dingin.

Sebaik keluar dari kamar wudhu' ni, kami diterpa oleh 4 pupu kami, yang juga merupakan Ketua Adat dan Pengerusi Masjid Haraban, Abang Syafirman.


Syafirman memeluk Rahman tanda ikatan persaudaraan yang begitu rapat, walaupun jarang jarang berjumpa.

Memasuki pintu utama masjid ini, sudah tersedia sebuah meja bersama penjaganya. Disini kita boleh memberikan uang sedekah kita , samaada terus ditulis ke buku yang disediakan :- Nama dan jumlah sedekah kita, atau diberi begitu sahaja kepada penjaganya.

Terdapat dua akaun berasingan. Satu sedekah kepada Masjid, satu sedakah untuk anak anak yatim.


Dan kutipan untuk Idul Adha di beritahu oleh Pengerusi sebelum bermulanya solat , iaitu mencecah Rp800,000 untuk masjid, dan Rp400,000 untuk anak anak yatim. Atau jumlah besarnya RM430.00 . Satu kutipan yang baik untuk sebuah kampung yang kekurangan serba serbinya.


Jamaah wanita dibelakang, diasingkan oleh papan sebaris sebagai dinding.

Kami di barisan terakhir. Hanya terdapat 3 saf untuk jamaah lelaki.

Kata kata aluan oleh abang Syafirman.

Terharu bila beliau mengalu ngalukan kehadiran kami dari Malaysia berserta 2 ekor sapi. Jumlah Qurban tahun ini meningkat kepada 4 ekor. Saya memang besar hati bila setiap tahun, semakin ramai yang sudi berqurban disini.

Ditahun 2008, hanya 2 ekor sahaja jumlahnya, dan rata rata isi rumah , hanya mendapat 1kg daging sahaja waktu itu.

Khutbah Idul adha oleh Tok Imamnya.

Ditahun 2008 , Imamnya adalah abang Syafirman.

Sebaik khutbah tamat, kami mengeliling Tok Imam dan pengerusi, bersalaman.....

Yang muda menyantuni yang tua.

Lalu jemaah wanita menghulur pinggan berisi kuih muih serta kopi/teh panas kepada jemaah lelaki. Saya suka acara ini.

Jamuannya terlalu ringkas dan bersahaja, kira apa yang ada sahaja.

Saya suka akan semua ini. Tiada rendangnya, tiada nasi minyaknya, tiada kuah kacangnya, hanya kuih kuih kampung serta pisang goreng dan buah pisang. Teramat mudah dan tidak bermewah mewah.

Kaum wanita pun ada jamuan sesama mereka.

Kita di Malaysia, dah tiada semua ini, sebaik selesai solat, pakat angkat kaki.

Makcik makcik yang melayan hidangan untuk kami disaf hadapan.

Pisang setandan tu!

Acara biasa orang orang tua kampung..... sedut....

Semua angkatan tua, yang muda muda dah hilang lama dah, tapi, saya rasa dah ada perubahan kalau dibandingkan pada tahun 2008.

Hanya 3 anak muda ini yang masih setia menanti.

Agak agak menghampiri pukul 9 , saya mula menanyakan Abang Syafirman serta Tok Iman. Pukul berapa boleh dimulakan acara Qurban. Katanya sejam dari sekarang.

Tanpa segan silu saya meminta abang Syafirman memulakan secepat mungkin, sebaiknya pukul 930pagi, dan tiada halangan dari AJK Masjid akan permintaan saya.

Terus kami pulang kerumah untuk bersalin pakaian.

Ya, rombongan kami mendapat perhatian dari makcik makcik yang bersama berjalan pulang.


Berbual sambil berjalan pulang.

Gerimis masih mengundang, kami berjalan laju ke rumah masing masing.


Latiff Hariri
2132 14112011
Sungai PEtani

No comments: