Sawah bendang disini tidak mengikut musim, kerana air pergunungannya sentiasa mengalir.
Melepasi pekan Kumpulan yang ternyata lebih kecil dari Pakan Batu Kurau , Taiping.
Terpegun juga melihat mereka berdua ni mandi ditengah tengah pulau di sungai ini, sedangkan airnya begitu deras mengelilingi mereka.
Bila sudah melepasi Kumpulan, Roni mencadangkan kami ke Equator sahaja, jaraknya hanya 6 km dari Kumpulan. Saya menanya kepada Ad samaad bersetuju untuk bersiar hingga kesana. Katanya, ikut saja.
Saya sudah terlupa nama tempat ini , Bonjol. Sempena nama Pahlawan Islam Imam Bonjol. Kota kecil ini letaknya di garis khatulistiwa 0' darjah
Imam Bonjol adalah Datuk Pahlawan Melayu yang menentang Belanda.
Diatas garisan Khatulistiwa
Imam Bonjol, Pahlawan Bangsa yang menentang Belanda semasa Peperangan Paderi
1821-1837 . Semua tersimpan didalam Museum ini.
Saya boleh bayangkan, bukan sahaja di Bukit Tinggi khasnya, tetapi juga semangat perjuangan ini , sudah mula bertapak di Tanah Melayu, tatapi, tiada catatan yang boleh dirujuk atau, sememangnya kita tiada Pahlawan? Mustahil.
Datuk Janaton berlayar ke Pulau Pinang di tahun 1870, sedangkan Imam Bonjol kembali keRahmatullah sekitar tahun 1864 . Maknanya Datuk Janaton saling mengenali Ulamak besar ini .(?)
Lama kami beriadah disini.
Memandangkan waktu masih awal, akhirnya Roni mengajak kami pulang kerumah orang tuanya di Lubuk Sikaping, yang cuma 6km dari Bonjol.
Bagus jugak dapat berkenalan dengan keluarga Roni, menambahkan kenalan saya sekeluarga.
Kami disini sekitar 20 minit
Kami bergerak pulang agak lewat. Tiba di Kg haraban melepasi waktu Maghrib. Beratur ke bilik mandi, kerana hanya di rumah Pak Muis, yang kamar mandinya agak selesa.
Si Ad dan Roni sudah bergerak pulang ke Bukit Tinggi . Mereka bermalam dirumah mereka.
Kena cepat bersiap, kerana katanya, kenduri doa selamat boleh dimulakan bila bila masa selesai Isyak.
Latiff Hariri
2038 12112011
Sungai Petani
2 comments:
I learnt a lot of information thru' this blog rather than been there , myself. Please make ready the salsilah . Good foto..
TQ Che Net, sedang diusahakan....
Post a Comment