Kadangkala saya perasan juga, tentang rakan rakan saya ni. Tiada niat saya memperkecil atau memperbesar rakan rakan ini. Semuanya saya petik dari penulisan beliau didalam pojok mingguan . Masa kita kecil dan remaja dahulu sebelum tamat Tingkatan 5. Kita berada ditaraf mana? Keluarga yang berada, sederhana, susah?
Dan selepas 30 tahun ni, kita berada dikelompok yang mana? Masih 'berada', sederhana atau susah? Tak kiralah dimana pun. Tapi, kita berubah tak? Dari segi dalaman kita? Yalah, ada yang tak berubah, masih seperti dahulu jugak.
Yang saya nak kongsi bersama ini, tentang penulisan tersebut yang menyentuh tentang rakan rakan yang telah berubah sikap dan kemesraan bila sudah berada di tahap yang sederhana tingginya atau terlalu tinggi. Dia tak semesra dahulu, gaya percakapan pun dah berbeza, lebih mengangkat diri sendiri, mengkritik rakan rakan lain dan sebagainya.
Dan juga rakan rakan yang dahulunya berada ditahap tinggi, sekarang berada dibawah kerana putarannya roda alam, membuatkan beliau menyepi diri.....
Juga kepada rakan rakan yang masih ditahap itu, tak berubah ubah sejak meninggalkan alam persekolahan.
Saya harap tiada satu pun kategori diatas terkena pada diri saya dan rakan rakan saya.
Saya dan Fazrin bersama tetamu dari Kuala Lumpur, adik kepada kawan baik saya si Osman tu, Johar namanya . 330ptg 22012011 Kepala Batas, Seberang Perai.
Kebetulan sahaja, sejak mejak ni, saya sering bertemu-semula rakan rakan sekolah rendah dan sekolah menengah . Dan Ulamak tersohor ni masih berkisah tentang persahabatan. Ya, saya mahu kongsi bersama rakan rakan semua.
"Didapati apa jua bala yang mendatang sepanjang kehidupan ini adalah ringan belaka, kecuali putus tali persahabatan." Ini kata kata penyair Arab.
Tata susila dalam persahabatan amat diperlukan. Penulis mengingatkan kita, supaya tidak membebankan rakan rakan dengan meminta yang bukan bukan. Biar kita disenangi rakan setiap kali bersama. Kita juga diingatkan supaya tidak berkawan rapat dengan seteru sahabat kita kerana dikhuatiri akan mengerohkan tali persahabatan kita, kecuali jika kita berniat mendamaikan. Jangan sesekali mudah menerima acuman, sebaiknya bertanya terus kepada sahabat kita sekiranya ada kemusykilan hati .
Kesimpulannya, biar kita disenangi rakan rakan setiap kali kita bertemu. Jangan meminta minta sesuatu yang tidak masuk akal, dari saorang sahabat kerana itu menzalami sahabat kita. Meminta sesuatu yg mudah, adalah memanfaatkan sebuah persahabatan, dan tidak meminta langsung bererti telah berbudi dirinya kepada sahabat tersebut.
Pada saya, saya suka memberi apa yang ada pada diri saya terutamanya masa saya. Tidak kira bila atau dimana, saya pasti hadir jika diminta. Gagal memenuhi undangan rakan rakan, kata kata didalam blog ini pasti hadir dimaya ini
Itulah kisahnya hujung minggu 23012011
Latiff Hariri
2018 22012011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment