Sepertimana biasa, malam sebelumnya, pasti beliau menyakat lewat FB dengan mengajak minum petang lah, pekena laksa lah. Saya malas nak layan, mustahil baru turun SP awal bulan hari tu , dah nak datang lagi!?
Dan dipaginya , saya terus berhubung dengan talipon. Tak sampai hati jugak. Buatnya betul betul dia datang dan saya tak sambut.......
Seawal jam 3 ptg saya sudah sedia menanti dirumah
Congak punya congak, dah melebihi 5 kali kami bersua muka , bermula dari satu kunjungan yang dimulakan pada penghujung Oktober 2010. Kini di bulan Januari, selang 24 hari aje, dah jumpa lagi.
Saya berselindung di bawah pohon cempedak dari sinar matahari, selain memasang jerangkap untuk dia. Di Lapangan Terbang Pulau Pinang, dia dah kena jerangkap samar dari si Asri. Baru dia tahu.....
Jadi , betullah, memang dia datang. Sepatutnya ada kenderaan tentera yang menjemput Awi, tetapi dek kerana laluan ke Airport sedang dalam pembaikan, pemandu tersebut tersasar, dan Asri berjaya melarikan beliau. Putih mata anak anak buah Lt Kol Fazal Abd Rahman.
Bertanyakan tujuan Awi ke Kedah sekali lagi, katanya, ada kerja (acara) di Alor Setar. Saya tak banyak tanya dah, hanya fikir mesti ada acara berkawad lagi ni, kali ni Kem Bukit Pinang agaknya. Seronok jadi tentera macam ni, setiap kali ada acara, semua turun meraikan.
"Jom Tip, aku dah lapar ni. Dari Kuching belum makan".
Boleh percaya ke?
Terus kami berempat mengarah ke bandar SP, menghala selatan. Agak kesal kerana gerai mihun sup tempohari tidak dibuka. Saya cadangkan ke arah Kepala Batas, walau pun agak jauh, tidak melebihi 20km perjalanannya. Tetapi dik kerana Awi kemaruk nak makan mihun sup, disitu sahaja menu yang terenak disebelah sini.
Terkejut besar Awi, bila tapak mihun sup ini, adalah tempat beliau melepak waktu bujang dulu . Ternyata sudah bertukar dan gerai bawah pokok tepi simpang sudah ditukar menjadi Medan Selera.
Ternyata memang sedap pun, dan tak termakan, begitu banyak sekali diletakkan kedalam mangkuk ini. Pakcik tu pun sporting gile, seolah tahu yang Awi memang lapar. Saya tambahkan 8 keping pulut panggang
Di Gerai Mihun Sup Lahar Kepar, Kepala Batas
Kami bergerak ke arah Sungai Petani menghampiri jam 540 petang, untuk sambung acara bersembang dirumah saya pulak. Maaf tiada hidangan petang, kerana masih kekenyangan .
Wah!! Hebat ni, dah dua pingat kawan aku ni susun. Insyallah lepas ni dapat anugerah gelaran pulak, Dato' ke, Dato Sri ke, Dato' wira ke?
Tahniah Awi!!
Hanya air putih terhidang untuk mereka berdua. Maaf ya Awi dan Asri. Kami sambung berbual ke bandar SP sekali lagi. Kali ini untuk mengemas rambut supaya kelihatan segak bila mengadap keBawah Duli Tuanku.
(Maaf, foto tak boleh disiarkan atas arahan risikan)
BerMaghrib di surau hentian bas Sungai Petani sahaja. Sudah menghampiri pukul 8 malam, dan saya menjemput dua anak jiran saya yang pernah bersama bertandang ke Kem Pakit tahun lalu, untuk meraikan kehadiran Zawawi
Mokhtar dan Zul buat pengakuan, " Ini pertamakali kami masuk kem ini, walaupun dah 27 tahun menetap di Sungai Petani"
Melepak sambil menonton TV, menunggu kehadiran tuan rumah, Tuan Fazal Abd Rahman, yang masih di Pulau Pinang mengiringi Panglima beliau menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.
Tunggu punya tunggu, Asri tak dapat tunggu lagi. Beliau harus pulang segera untuk memulakan tugasan beliau.
Terima kasih Asri kerana mengatur sama pertemuan ini.
Lt Kol Fazal tiba menhampiri pukul 2140 malam. Kami terus bergerak ke pekan Bedong untuk acara makan malam.
Kami makan malam di restoran Nasi Kandar pekan Bedong. Ini 100% nasi kandar Melayu. Saya gemar jugak kesini. Berhampiran simpang Bedong, ada gerai milik Naina Mohd, pemain bolasepak Kedah era 80an dulu. Ok jugak makannannya.
Berborak sambil menjamu selera , tak sedar waktu dah mencecah 12 tengah malam.
Dan pasti, bila beliau tiba di kamar, mesti sambung bercerita lagi dgn Fazal.
Saya tak mahu ganggu beliau untuk esok dan lusa, kerana tahu, acaranya terlalu ketat.
Lagipun, saya harus bekerja esok.
Latiff Hariri
1414 29012011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment