Bee Gees

Friday 7 January 2011

MAKAN MALAM BERSAMA STAFF KEM PAKIT SERI AMAN

Malam akhir 31 December 2010 ni kami raikan di Gerai Mak Anjang sahaja.

Kapt Firdaus yang pertamakali bertandang ke Sungai Petani ni pun, tersesat , kerana suasana malam yang kelam.

Dirumah sudah menanti saya sekeluarga dan rakan/jiran yang bersama ke Sarawak dahulu, Mokhtar.

Kami bergerak dengan sebuah kereta sahaja. dipenuhi 8 penumpang.

Dan tiba di Gerai Mak Anjang sekitar 930 malam

Dalam seronok beramah mesra dengan Kapt Firdaus dan isterinya, , tiba tiba ada panggilan masuk. Mahu berbicara dengan Kepten Fridaus.





Kapten Firdaus tertinggal HP beliau didalam kereta, jadi Tuan Zawawi tak dapat menghubungi.

Soalan pertamanya yang saya hampir dengar dari beliau, mengingatkan saya kepada dialog filem P Ramlee, Madu 3.

"Butang baju Melayu aku mana Pah?"

Ketawa saya dalam hati dengan gelagat dia ni. Orang nak jemput isteri dia bertandang bersama, dia tak beri....., hahaha.

Malam ini kira gagal bagi saya, makanan hanya terhidang selepas satu jam kami sampai ke gerai.


Makanan hanya terhidang selewat pukul 1025 malam!! Memang saya marahkan pelayan pelayang Restoran Mak Anjang ni.

Tapi terubat bila lihat pasangan ini begitu 'laju' menjamah makanan.

Menu biasa macam selalu, tak payah cerita dah



Memang seronok berebut makan semeja ni

Acara makan makan ni tamat menghampiri pukul 11mlm.

Kami bergerak ke gerai Ikan Masin Shahanim, untuk belikan ole ole kepada tetamu istimewa ini.

Dan hanya sampi kerumah sekitar pukul 1130mlm. Saya tahu, Kapt Firdaus dah terlalu letih, jadi saya tak halang beliau untuk terus bergerak ke Hotel Swiss Inn dimana beliau dan isteri menginap.


Terima kasih Kapten Firdaus dan isteri kerana sudi menerima jemputan makan malam ini.

Tak lupa kepada boss beliau kerana membebaskan Kapten Firdaus untuk acara ini.


Latiff Hariri
0900mlm 04012011
Sungai Petani

No comments: