Bee Gees

Sunday 31 August 2014

Minggu KeTiga Syawal di Kuala Lumpur Lagi!!

Petang Jumaat tu, kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur, macam minggu mingu terdahulu, tiada yang mahu dikejar kejar.

Tiba di Kuala Lumpur, makan malam di AlRawsha sebelum bertandang ke Bandar Tun Hussein Onn, untuk bermalam di rumah Rahman.

Tiba pun sudah menghampiri pukul 12 malam.

Pagi, sarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke KLIA untuk mengambil Aqilah yang berkursus lagi di Semenanjung.

Saya tak berminat sebenarnya untuk berjalan jalan lagi, dah letih, tetapi bila Roziah pun akan berkursus pada Isnin yang sama dengan Aqilah....eh, apa salahnya kita bersesak sesak anak beranak di Shah Alam itu


Lontong dan Roti Canai.

Posing lebih, makan tak lah banyak mana.

Bergerak sekitar 840 pagi dalam gerimis. Dan hujan mencurah di susur keluar PLUS Nilai, bilamana kami mengarah ke lenbuhraya Shah Alam.

Hujan selebat lebatnya.

Tiba KLIA pun , Aqilah dah menunggu lebuh 25 minit.

Bulan Ogos ini, untuk rekod, Aqilah hanya masuk mengajar satu hari sahaja. banyak masa dihabiskan berkursus dan cuti Raya.

Terus ke Sungai Besi , memasuki Pudu langsung ke Jaya Jusco Maluri.

Shopping.

Adalah lebih 3 jam kami disini buang masa sementara menungu acara Raya diminggu ketiga Syawal .

Saya jemput rakan rakan tertentu sahaja . Tapi, mereka tidak tahu kemana kami semua nak berRaya.
Pulang dari Tmn Maluri, saya menalipon Amirm rakan SRJK Lenggong saya, yang begitu beria mahu bertemu sesaman rakan ini. Beliau memberi kata setuju.

Di Shah Alam, lepak di Hotel UiTM. Dah berjanji dengan mantan guru kami, tetapi sepertiamana yang dikatakan, jalanraya sesak dengan aktiviti orang beRumah Terbuka ni, jadi saya memohon maaf kepada Guru saya itu kerana gagal hadir seperti yang dijanjikan. Satu waktu baru dipersetujui.

Sebelum itu kena kunjung balas kerumah kawan kami ini untuk Raya Cina.

Di rumah Lai Keong dan Ka Gee di Jln Pantai Dalam.

Teratur rapi rumahnya....

Kawan baik masa Sekolah Rendah dahulu dengan Roziah.
Saya Ka Gee kenal sebagai Monitor yang jahat aje.

Janji dan minta persetujuan Ka Gee untuk membeli makanan tambahan untuk dibawa kerumah mantan Guru Guru kami itu. Ka Gee dah  hidu kerumah siapa hendak dituju.

kami bergerak keluar sekitar 650 petang berpatah balik ke Kelana Jaya, tapi kami guna laluan PJ Sek 16 laluan Damansara Puchong. Rasanya lebih cepat dengan laluan ini.

Dan betul, kami berada di rumah No 30 ini sebaik Azan Maghrib

Latiff Hariri
1828 30082014
Sungai Petani

Saturday 30 August 2014

Minggu Kedua Syawal Tang Perlis

Tiada perancangan awal, dengar dengar aje anak isteri mahu ke Perlis kenduri kawin. Saya masih berdolak dalik samaada mahu ke kebun atau tidak..

Akhirnya saya teruskan aktiviti kebun saya yang terperlahan dek kerana Ramadhan dan Syawal. Siap sekitar pukul 9 lebih sedikit.

Bersiap pulak untuk mengekori mereka ke Perlis. Sempat juga menghantar Estima saya ni ke bengkel AirCond untuk pemulihan, sebelum bergerak ke Kangar.

Kali ini Aqilah yang memandu.

Tiba di Kangar pukul 12 lebih, kira sesuai untuk bertandang ke Majlis Kawin ni. Tapi, kami lencongkan laluan ke rumah Sharinah Yahya dahulu.

Emak Sharinah.

Berbual sambil dijamu kuih raya.

Pukul 1 kami bergerak ke rumah Pengantin. Ini rumahnya kenalan sekolej Roziah waktu ITM Perlis, dahulu.

En Johari, rakan sekuliah Roziah


Jua rakan sekuliah dari Seremban

Foto Kenangan bersama pasangan masing masing

Rakan saya yang saorang ini, saya kirimkan 2-3 kali pesanan ringkas. Mula mula kata pukul 3 ptg, kemudia bertukar pukul 2.30, tapi kami tiba pukul 2.00.

Beliau tiada di rumah, disambut isterinya Ida

Bercerita kisah Raya ketiga di Kuak, Lenggong.

Dihidang pula dengan Laksa Perlis, bertambah laju lah cerita kami.

Sempat mendirikan solat sebelum berangkat pulang

Minggu kedua Syawal bersama Amran dan Ida di Kangar/Kuala Perlis

Perjalanan pulang ini kami dikejutkan oleh saorang lagi gang Lenggong, rupanya beliau mahu memberi kejutan, tetapi beliau yang terkejut kerana kami tiada di rumah, hahaha. Saya rasa kami bertembung dengan beliau di Hiway menuju Alor Setar. 

Tapi, tetap janji mahu bertandang. Jadi malam tu, rasanya pecah rekod. Selalunya Rumah terbuka kami, tetamu terakhir keluar dari rumah melepasi pukuk 12 tuengahmalam.

Yang ini lain banyak, tetamu pertama datang pada pukul 1225 minit tengah malam!!

Kolonel Zawawi, sempoi je orangnya

Dr Zaharah pun 2x5 dengan Zawawi, simple habis

Sembang punya sembang dengan isu terkini, baru sedar jam sudah menghampiri pukul 2 pagi. Saya memang lurus sangat malam tu, tidak terfikir untuk mempelawa mereka bermalam di rumah saya. Walaupun Kem Lapangan Terbang menanti kedatangan mereka, tetapi, mereka kata nak pulang jugak ke Taiping.

Dah tengah malam buta ni, minda saaya jadi perlahan, tak boleh berfikir.

Terima Kasih En Johari, Amran dan Zawawi kerana memeriahkan minggu Kedua Syawal kami.

Latiff Hariri
1818 30082014
Sungai Petani

Wednesday 27 August 2014

Kota Bharu - Lenggong

Pun di Kota Bharu ni, kami tak lama . Sekitar 11 lebih sedikit , itu pun setelah meninggalkan bayaran saman parkir di Pejabat Majlis Bandaraya KB, kerana sistem komputernya 'tergantung'.

Ramai yang menunggu di lobi menanti giliran dipanggil, tetapi kakitangan kaunter hanya membaca suratkhabar dan bersembang sesama sendiri sahaja.

Saya mana boleh tengok sikap kakitangan pekerja begini, terus ke kaunter meminta persetujuan kakitangan tersebut untuk meninggalkan RM10.00 serta saman, kerana mahu terus pulang ke Kedah.

Dan boleh pulak , pelanggan yaang lain berderet dibelakang saya untuk tujuan yang sama. Selalunya begitulah sikap kakitangan kerajaan ni, tak dijolok, tak bergerak. Padahal mereka boleh menggunakan sistem manual.


Melepasi Tasik Banding sekitar pukul 2 lenih sikit.

Kami bergerak perlahan, pada mulanya pemanduan diterjui oleh saya, tetapi, di Pekan Jeli, stereng dikemudikan oleh Aqilah pula.

Masjid Lenggong yang penuh kenangan.

Kami makan tengahari melepasi pukul 3. Kebanyakan restoran/gerai tidak beroperasi.

Rumah pertama yang menjadi tujuan adalah di Kg Banggol Batu, tetapi teralih sasarannya ke Banggol Belimbing, kerana bertembung dengan ayahnya Asri yang berdiri di tepi jalan, di hadapan rumah.

Bersalaman di tepi jalan aja, Pcik pun 'blank' dengan siapa dia bersalaman.

Pekena seorang secawan teh o panas, bersembang seketika, dan teruskan perjalanan ke Banggol Batu pulak

Emak dan Ayahnya Asri.

Bersama Chu yang kini usianya sudah melepasi angka 80.

Ingat ingat lupa dia akan kami. Chu merupakan saudara jauh Roziah.

Rumah ketiga pula, rumah neneknya Saiful.

Mak B yang duk maintain macam tu jugak.

Kenapa tahun lepas Boy tak datang? Kalau tidak tiap tiap tahun Boy datang.

Jawapan saya mudah je, sedih sebab Mak dah tak ada, dah tak ada siapa yang nak dengar cerita saya pulang ke Lenggong.

Banyak kisah yang di kongsi.

Kami pun tidak lama disini, sekitar Maghrib , rasanya dalam pukul 7 kami bergerak ke Sumpitan, memasuki laluan Batu Kurau-Selama-Kulim-Sungai Petani.

Latiff Hariri
0638 27082014
Sungai Petani

Monday 25 August 2014

Kemaman-Dungun-Kota Bharu

Sekitar pukul 8 kami bersarapan. Tidak tergesa gesa pun. 

Pejalanan hari ini adalah ke Kemaman, Dungun terus ke Kota Bharu. 

Sarapannya mewah.

Lepak seketika di Pantai Cherating

Ustaz cari ilham.

Pemandangan dari varandah.

Sekitar 1140 kami bergerak keluar.

Tak jauh manapun Pekan Chukai, Kemaman. Terus ke Kampung Injin Gergaji.

Beraya dengan Mok Long.


Dengan Ayah Long.

Kena marah sebab tak tidur di kampung, hahaha.

Kami pun tak lama disini, nak kejar masa pun ia, Izzuddin yang nak segera balik ITM pun ia


Dah masuk ITM semula

Seketika sahaja kami disini, kerana perjalanan kami masih jauh. Saya pun tak pandai sangat selok belok laluan ke Kota Bharu dari Terengganu ni. Kena hati hati.

Hujan mengiringi perjalanan kami. Tiba di Kota Bharu menghampiri Maghrib. Itu pun terlajak menaiki Jambatan terus melepasi Sungai Kelantan.

Terus settlekan dinner di Restauran Wau, sebelum cek in hotel.

Disini kami malam ini, berdekatan Pasar Khatijah.

Esoknya Isnin, memang dah rancang untuk balik ke Sungai Petani. Saya sambung cuti hingga ke Selasa. Tapi, tengoklah nanti, kiranya tiada halangan, Selasa ini saya kerja.

Sarapan Nasi Dagang di Pasar Khatijah pagi Isnin.

Saya tiada acara membeli belah, cuma kecewa kerana Restoran A&W berhadapan Mall yang beroperasi lebih dari 15 tahun itu sudah tiada lagi. Di awal pembukaan Restoran tersebut, saya antara yang hadir memberi sokongan kepada kawan saya yang ditugaskan mentadbir restoran tersebut, iaitu Razak Hussein, yang saya ziarah Raya 2-3 hari yang lalu itu di Seremban itu.

Latiff Hariri
1808 25082014
Sungai Petani

Friday 22 August 2014

Rehat dari BerHari Raya -Syawal ke 6

Keluar dari rumah Ustaz Ramlan terus memasuki Hi-way menuju ke Karak.

Pada mulanya saya yang memandu, tetapi bila berhenti seketika di Petronas Karak Hiway itu, pemanduan saya diganti oleh Aqilah. Lega banyak.

Satu insiden yang boleh saya buat pengajaran. Saya bukan pengguna tetap Lebuhraya Karak, jadi, memang agak asing dengan selok beloknya. 

Ini merupakan kali ketiga , tiga bulan berturut turut saya melalui lebuharaya ini. Memang bagi saya , selekohnya amat mencabar. Bagi yang jarang jarang menggunakannya, berhati hatilah. Kerana ada insiden yang berlaku pada hari ini.

Sebuah kereta Myvi Hitam, yang agak ranggi mengekori rapat dibelakang saya setiap kali menuruni bukit, tetapi tidak mengekori saya bila pendakian.

Saya , manusia biasa, adakalanya  'bebai' jugak ada orang yang mengekori rapat dibelakang, tetapi tidak memotong.

Sebaik menuruni curam yang tajam itu, saya membuat keputusan menukar lorong kedua, bagi memudahkan Myvi itu memotong saya dan tidak mengekori saya.

Betul pun, dia dengan gembiranya memotong saya....biarlah.

Bila tiba di satu selekoh yang agak tajam, saya lihat ada serpihan kaca berselerakan di lorong kanan, dan temboknya batunya terenggang dari susunan....mungkin baru berlaku.

Kira kira dihadapan saya sekitar 200 meter, kelihatan Myvi hitam tersadai dikiri jalan dengan lampu  hazardnya menyala.....saya dah pasti, mesti kereta Myvi yang ranggi tadi itu.


Saya susah nak lena bila dalam kereta, samaada jadi penumpang atau tidak.

Tiba di Impiana Cherating tepat pukul 2 petang.

Kami nak kenang semula kenangan terakhir bersama emak kira kira 3 tahun yang lalu.

Kalau ada rezeki nak buat macam ni di kebun 

Verandah yang mengadap Laut Cina Selatan.

Keluar makan tengahari sekitar pukul 4 di Gerai berdekatan Pekan Cherating.

Kemudian lepak lepak. Ini percutian selepas melayan tetamu dan menjadi tetamu Hari Raya.

Ni lebih kepada rehat, selepas sakan berhari Raya melepasi lebih tujuh negeri dalam tempoh dua hari.

Dari kamar terus ke Kolam Renang dan pantai

Kolam ni masa bebudak mereka suka la...

Pantai Cherating

Trend terkini....

Melepak dan merayau hingga ke Maghrib

Lobbynya teramat luas

Balik ke  bilik, time Maghrib


Malam ni pun, memanjakan diri dengan Room Service, malas nak cari makan di luar.

Kongsi kongsi untuk 5 beranak.

Tidur macam biasa, pukul 10 saya hilang. Esok dah nak ke Kemaman pulak untuk seketika.

Latiff Hariri
0738 21082014
Sungai Petani

Thursday 21 August 2014

Taman Dagang Rumah ke Sepuloh

Rupanya malam itu, Kak Sham dan Abang Jabar dah sediakan juadah istimewa.

Adik saya rashi yang tak berpuas hati pagi tadi, kerana sekejap sangat berjumpa saya di rumah beliau itu, turut turun bertandang ke rumah Kak Sham

Dinner malam ni gulai daging lagi.....

Ungkit kisah lama .....

Ustaz Jabar dan Kak Sham.

Malam tu hingga ke pukul 10 sahaja Rashi bertandang, akhirnya beliau pulang ke Shah Alam.

Dan kami pun lena malam tu......

Dan dikira rumah Kak Sham ini rumah ke lapan kunjungan kami bermula dari rumah Rashi di Shah Alam.
Gagal bertemu Akhtaruddin dan Makcik Normah.

Pagi Sabtu tu jugak saya berkunjung balas ke rumah Ustaz Ramlan Porigi di Cheras. Ustaz siap bertanya saya dari malam kelmarin, pukul berapa nak sampai, jadi saya wajib penuhi pertanyaan beliau.

Tak susah cari, guna Google map je.

Mee goreng lagi....tadi rumah Kak Sham pun menu yang sama.

Kami disini hingga ke jam 10 pagi.

Bersalaman dengan Ustaz, kami terus meluncur laju memasuki Lebuhraya Karak.

Dah sebelas buah rumah dalam masa dua hari ni, Jumaat dan Sabtu

Latiff Hariri
2108 18082014
Sungai Petani