Bee Gees

Wednesday, 27 August 2014

Kota Bharu - Lenggong

Pun di Kota Bharu ni, kami tak lama . Sekitar 11 lebih sedikit , itu pun setelah meninggalkan bayaran saman parkir di Pejabat Majlis Bandaraya KB, kerana sistem komputernya 'tergantung'.

Ramai yang menunggu di lobi menanti giliran dipanggil, tetapi kakitangan kaunter hanya membaca suratkhabar dan bersembang sesama sendiri sahaja.

Saya mana boleh tengok sikap kakitangan pekerja begini, terus ke kaunter meminta persetujuan kakitangan tersebut untuk meninggalkan RM10.00 serta saman, kerana mahu terus pulang ke Kedah.

Dan boleh pulak , pelanggan yaang lain berderet dibelakang saya untuk tujuan yang sama. Selalunya begitulah sikap kakitangan kerajaan ni, tak dijolok, tak bergerak. Padahal mereka boleh menggunakan sistem manual.


Melepasi Tasik Banding sekitar pukul 2 lenih sikit.

Kami bergerak perlahan, pada mulanya pemanduan diterjui oleh saya, tetapi, di Pekan Jeli, stereng dikemudikan oleh Aqilah pula.

Masjid Lenggong yang penuh kenangan.

Kami makan tengahari melepasi pukul 3. Kebanyakan restoran/gerai tidak beroperasi.

Rumah pertama yang menjadi tujuan adalah di Kg Banggol Batu, tetapi teralih sasarannya ke Banggol Belimbing, kerana bertembung dengan ayahnya Asri yang berdiri di tepi jalan, di hadapan rumah.

Bersalaman di tepi jalan aja, Pcik pun 'blank' dengan siapa dia bersalaman.

Pekena seorang secawan teh o panas, bersembang seketika, dan teruskan perjalanan ke Banggol Batu pulak

Emak dan Ayahnya Asri.

Bersama Chu yang kini usianya sudah melepasi angka 80.

Ingat ingat lupa dia akan kami. Chu merupakan saudara jauh Roziah.

Rumah ketiga pula, rumah neneknya Saiful.

Mak B yang duk maintain macam tu jugak.

Kenapa tahun lepas Boy tak datang? Kalau tidak tiap tiap tahun Boy datang.

Jawapan saya mudah je, sedih sebab Mak dah tak ada, dah tak ada siapa yang nak dengar cerita saya pulang ke Lenggong.

Banyak kisah yang di kongsi.

Kami pun tidak lama disini, sekitar Maghrib , rasanya dalam pukul 7 kami bergerak ke Sumpitan, memasuki laluan Batu Kurau-Selama-Kulim-Sungai Petani.

Latiff Hariri
0638 27082014
Sungai Petani

No comments: