Bee Gees

Monday 30 April 2012

Suka Berangan

Petang Sabtu 21042012 ini, kami sekeluarga turun lagi ke kebun.


Sejak kebelakangan ini pun, hujan dah semakin berkurangan, jadi alasan untuk tidak turun ke kebun , tidak boleh digunapakai seketika.


Saya tiba lewat, sedangkan anak anak sudah dahulu di kebun, alasan lewatnya, sebab ambik kereta di pusat servis tayar.

Hmmm, dari jauh macam ada kereta dalam kebun ni.
i
Oh, Abang Rahim dengan 4x4 nya, dia bawa anak anak Pisang Berangan. Bukan anak lagi ni!


Terima kasih Abang Rahim .

Abang Rahim merupakan jiran bersebelahan Taman Teratai Inn-dah, beliau menetap di Taman Teratai.

Sempat beliau jeritakan kepada saya, " Tukar 4x4 aje Tip , senang masuk dalam kebun!!"

Tak nak mengalah, saya membalas, :"Tunggu pencen dulu!!"

Lebih 120 anak Pisang Berangan yang sudah tertanam sepanjang minggu lalu. Kira, melebihi anak anak emas yang tertanam bulan yang lalu.

Saya kira hari ini Abang Rahim membawa lagi lebih 100 anak Berangan.


Semuanya dicantas dari kebun beliau yang terletak di perkampungan sekitar sebelum pekan Tawar, kira kira 35km dari Sungai Petani.


Katanya hasil pisang beliau melebihi RM200.00 seminggu, kira cukup melepasi upah dan minyak berulang alik dari Sungai Petani.


Itu jawapan orang merendah diri tu bang Rahim ooi!


Hehehe. Terima Kasih bang Rahim.

Latiff Hariri
1801 21042012
Sungai Petani

Sunday 29 April 2012

Perjalanan Bersih 3.0 (29042012)

Malam itu , kami bergerak selepas Isyak.


Sebenarnya sudah ramai rakan rakan guru serta kakitangan kerajaan Negeri Kedah yang bergerak seawal petang Khamis 280422012 menuju ke KL. Ada perasaan tercabar dihati saya, bila ada yang sekeluarga bersama anak anak semata mata untuk hadiri hari bersejarah ini




Saya aturkan perjalanan sebaik mungkin supaya ketibaan nanti tidak melebihi pukul 3 pagi. Tapi, pada saat akhir selesai Isyak, berlaku sedikit gangguan yang mana terpaksa saya tundakan perjalanan. Dan kami hanya keluar sekitar 934 malam. bertiga dari Sungai layar.


Seperti yang dijanjikan , kami tiba di Permatang Pauh, kubu kuat DSAI ini setepat 1003 malam. Sudah menanti dua rakan disini yang akan turu serta perjalanan malam ini.


Pergerakan lalulintas lancar, kecuali kenderaan yang mengarah Utara, berlaku sedikit kesesakan.


Pukul 12 malam, kami berhenti rehat di R & R, untuk seorang secawan kopi sebagai ubat penghilang mengatuk, bila secara tiba tiba mata saya tertumpu kepada sesaorang yang amat saya kenali, (walaupun dia tak kenal saya).

" Woi, woi, tengok tu, siapa yang datang minum bersama kita tu."

Rakan rakan ini terus mengalih pandangan mengikuti arah tumpuan mata saya.



Dia adalah Razak Musa, Pengarah Undang Undang SPRM, yang banyak soalannya kepada Pakar CSI Thailand yang glamour itu, Dr Porntip. Soalan cepumas semuanya dalam bahasa Inggeris ala ala Sitcom Mr Brown bersama 'Mind Your Language' itu.


Saya tiada masaalah diwaktu persekolahan bersama senior saya ini. Selain dari beliau merupakan Pengawas Sekolah dan Pengawas Asrama, saya tidak kenali lebih dari itu. Dan yang boleh saya komenkan, beliau tidaklah popular dikalangan junior junior seperti saya ini. Kira lebih kurang , tak 'mesra alam'lah dengan adik adik Junior ni.


Ah, yang boleh saya katakan, dari pemerhatian saya , kehadiran beliau malam ini, seakan akan menyorok dari perhatian orang ramai. Seperti tidak mahu dikenali. Memang majoriti yang berR&R ini pun tidak mengenali beliau.


Kami bergerak sekitar 1230dinihari, langsung mengarah ke Kuala Lumpur . Pada asalnya , saya mahu singgah ke Shah Alam untuk bertemu adik saya, tapi disaat akhir, saya tukarkan haluan terus memasuki Bukit Lanjan.


Ada dua rakan yang teruja mahu memasuki Dataran Penjajah, tetapi , saya menolak dengan alasan sudah lewat malam, dan pasti kami akan tersangkut dikesesakan jalan raya nanti.


Meluncur laju mengarah ke Istana Negara yang lama, memasuki Pudu dan terus ke Cheras.


Saya lebihkan untuk merehatkan mata, kerana selain dari harus bangun awal, saya jangkakan aksi siangnya pasti panas, dan saya harus mendapat rehat yang secukupnya.


Tiba di Bandar Tun Husseion Onn sekitar 230 pagi, dan terus saya rehatkan diri sebaik memasuki rumah ini.



Latiff Hariri
0318 29042012
Sungai Petani

Thursday 26 April 2012

Aishah Kata Nak Mai?

Boleh dikatakan selang satu malam, pasti ada ceramah anjuran PR di daerah Sungai Petani ini.


Memang tak menang 'masa' kami mengaturkannya.


Tapi, ada kalanya , bila dah kerap sangat mendengar ceramah ni, isinya sudah kekurangan, kerana kebanyakan isunya diulang ulang, samaada oleh penceramah yang sama, atau penceramah import, nama nama besar yang didatangkan khas dari Parlimen.


Nama ini pun boleh dikatakan besar juga, soarang artis. Jadi sebaik selesai solat Isyak, kami bergerak ke Taman Kempas Fasa II, berhampiran Tol Selatan Sungai Petani.

Sekitar 930 malam, masih belum dimulakan ceramah. Waktu ini kehadiran sekitar enam ke tujuh ratus orang.

Hiburan nasyid dari adik adik abang, anak anak dari salah saorang Ustaz di Kedah

Ada dalam 4 lagu nasyid yang dibawakan oleh mereka. Suaranya pun nyaring.

Penceramah malam ini , adalah wajah wajah yang sering kami temui disetiap ceramah PAS.

Penceramah dari Taman kempas sendiri

Ketika ini kehadiran sudah melebihi 1000 orang.

Acara ini kami akhiri dengan segera, walaupun sedang berlangsung ceramah. Semuanya kerana tetamu istimewa malam ini, Aishah sudah pulang awal dari Sungai Petani. Dengar ceritanya, beliau ada kecemasan di Kuala Lumpur, dan hanya sempat berAsar bersama Muslimat PAS Taman Kempas.


Kalau campur motosikal, melebih 1500 orang dan motor yang hadir.

Malam ini berangin, jadi ramai yang bersantai ini merasa seolah olah berada di pantai.

Segera pulang pun, sesi minum malam tetap kami lakukan.
Taman Kempas, Fasa II, 11 malam.

Sarapan malam.....bersama polis polis trafik yang selesai melakukan operasi malam.

Jaraknya sekitar 12km sahaja dari Sungai Layar.

Perjalanan dekat ini tehibur dengan gelagat mat rempit yang melakukan zigzag memotong kenderaan lain. Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat , dia pun turut berhenti dengan megahnya melepasi garis putih.

Kira terasa hebatlah aku!

Secara perlahan abang Polis trafik ini, yang bermotosikal kapcai jugak, berbaju biru(mungkin sebab kelam, mat rempit ni tak perasan) , sambil masih membonceng motosikalnya, menolak nolak dengan kaki beliau motosikal boncengan untuk berada disisi kanan mat rempit.

Selamba aje, terus mengkuis kunci motosikal mamat ni, untuk mematikan injin, dan diarah mamat ni kekiri jalan.

Hahaha, tersipu dan terkejut dog  mat rempit ini menjadi perhatian sekali lagi dari kesemua pengguna jalanraya yang telah beliau berjaya zigzagkan tadi.

Tahniah abang Polis ini.

Latiff Hariri
0558 25042012
Sungai Petani

Wednesday 25 April 2012

Oh Kekanda, Oh Ayahanda....Tolonglah....

Bahasa sastera ni hanya digunapakai dalam buku buku lama, buku drama, buku puisi, jarang jarang kita nak gunakan bila kita berbicara dengan Ayah/bapa kita dengan memanggil mereka Ayahanda.


Ataupun , bila kita berbicara dengan abang atau kakak kita, dengan menggunakan panngilan Kekanda.


Tapi ada jugak yang menggunakannya untuk menunjukkan betapa tingginya darjat Ayah mereka, dikalangan anak anak buah mereka , khusunya orang Melayu.


Pagi itu , keadaan taman perumahan kos rendah itu cukup sunyi. Tiada kelihatan anak anak bermain, maklumlah , kebanyakannya sudah berada di sekolah. Kelibat suri rumah tangga pun tiada, kecuali kelihatan beberapa ekor kucing berkeliaran.


Azam memberhentikan kereta beliau disisi rumah yang dicari alamatnya. Ketemu juga akhirnya. Rumah berpagar, tapi tidak berkunci . Kelihatannya seakan akan tuan rumahnya berada didalam.


Sebaik salam diberi , keluar saorang yang wanita yang hampir separuh usia. Penjelasan diberi kepada kakak tersebut tentang kedatangan mereka berdua ini. Tanpa mencerugai sedikit pun, kunci kereta diberi dan kereta yang terpakir diluar rumah.


 +++
Ini semua anakanda anakanda spesis lanun.

Memasuki lobi bank, saorang warga 60an,kelihatan pakaiannya ala ala orang muda.
Berjeans ketat dan baju jeans biru pudar, ala ala koboi gitu.


Salam diberi kepada petugas kaunter, dan lalu dirujuk kepada pegawai yang bertugas.


Bila pegawai tersebut menanya tujuan sebenar beliau, ternyata, beliau mahu mengambil semula keretakebal beliau yang telah diambil-milik oleh agen yang dilantik, si Azam itu tadi. 


" Ada ke patut dia datang rumah saya , masuk dalam rumah , rampas kunci dari isteri saya dan terus bawa lari kereta saya!!"


Pegawai bank kelihatanya tenang, sebab semua kisah pengambilan 'milik-semula' keretakebal tersebut telah dicerita oleh si Azam kepada beliau. 


Jadi diiyakan sahaja apa jua cerita rekaan oleh abang ini.


" Kalau dia nak duit, habag kat saya, saya boleh beri, jangan dok naya orang". Tambah abang ini.


" Apa yang abang nak saya buat sekarang ni?" Soal pegawai itu.


" Berapa saya kena bayar? Boleh tak duit 'tarik' tak payah bayar?" Soalan orang dah terkena.


" Maaf bang, kena bayar 4 bulan tunggakan , termasuk duit tarik RM600.00." Jawapannya ringkas.  


"Tak boleh macam tu!! Tak kan kita sama sama Melayu pun nak buat macam tu. Kita kena bersatu, kita ada umnu, kita ada P-kida, kita ada Perk-sa..........", beliau terhenti seketika, kerana pegawai tersebut membuat muka 'stone'nya.


Sambung semula , " Jangan cakap pasal politik lah, kita sama sama kita aje, tak kan tak boleh kurangkan...? Beri saya bayar 2 bulan dahulu, duit tarik tak payah lah." Masih mahu mencuba nasib beliau. 


 +++++

Ini kisahnya spesis spesis samseng Melayu belaan umnu. Mereka membahasakan diri mereka sebagai ayahanda dikalangan masyarakat Melayu. Mereka ni kira samseng belaanlah, Polis pun berkawan rapat dengan mereka. 


Di Kedah dan Pulau Pinang, spesis ni banyak. Ayahanda dan kekanda, kira mereka ni ketua kumpulanlah.


Pernah sesaorang menalipon pehak bank dengan membahasakan dirinya ," saya ayahanda Ali" Dan pegawai yang ' kering ' tu jawab selamba aje, " Ayah saya Ahmad".


Pengalaman saya sendiri bila bersiar siar petang sekitar pekan pekan kecil di Kedah ni, ada kalanya dapat juga berkenalan dengan Ayahanda Ayahanda ni. Mereka pada dasarnya macam orang Melayu yang lain juga. Sebab saya tiada masaalah berkenalan dengan siapa sahaja.


Ini salah saorang contoh Ayahanda - Melayu yang tiada maruah, menjual agama dan bangsa demi mendapat gaji bulanan secara haram dari Perlimen Malaysia milik rejim b end.

Nak tahu mereka ni senang aje, bila bersalaman, pasti tapak tangan kita dipatuk dengan jari jari mereka secara berpanjangan bila kita cuba melepaskan genggaman jari mereka.

Kalau anda terasa begitu, bermakna anda sedang berkenalan dengan spesis samseng belaan.


Saya tiada masaalah sebenarnya dengan mereka mereka ini, ramai yang berkelakuan baik, tetapi dek disebabkan oleh segelintir dari mereka ini yang berlagak samseng, membuatkan nama baik perikatan in tercemar.


Niat mereka tak lebih dari membantu sesama Melayu, tetapi,  telah disalahgunakan.


Moga selepas PRU13 ini tiada lagi angkatan sebegini berpeleseran didalam masyarakat kita. 


Sayangilah Agama dan bangsa anda, pasti anda selamat.




Latiff Hariri
1848 21042012
Sungai Petani


25042012 - 906 pagi ini, saya terima pesanan ringkas dari puak puak lanun ini untuk koleksi saya


askum///warrhmtullahiwbrktuh salam sariabang .sham TAt kpd semua kekanda2 dan adinda2 yg dikasihi marilah kita hadirkan diri dimajlis kanival NGO bersama PM.bertempat di politeknik pmtg pau.pada 2604/2012 jam 12.00pm untuk itu kita hendaklah berkumpuldi depan masjid daerak telok air tawar pukul 10.00am kerana kita akan bertolak selepasmengambil nama kehadiran peserta untuk dihantar kepada pihak kerajaan(putrajaya).harap maklum.Cc paduka ayahda penasihat/paduka ayahde president/ayahda2../abg.long


Mesej tersalah hantar agaknya, atau memang dah tahu tulisan inin akan tersiar pada malamnya 26hn April 2012

Fenner di Metro 25042012

Kisahnya Sabtu 7 April 2012 , tersiar di Harian Metro Rabu 25 April 2012 .
,
Terima kasih Harian Metro!!!

 Latiff Hariri
 0628 25042012
 Sungai Petani

Tuesday 24 April 2012

Pra Bersih 3.0 Sg Lalang

Saya sudah merasa panasnya.


Suasana di SP dan sekitar Perai, banyak kisahnya tentang kesediaan warga untuk turun ke Bersih 3.0.


Khabarnya dari Sungai Petani, bas catar sudah tertempah melebihi 10 buah, begitu juga dengan Kulim dan Perai.


Dah boleh bayangkan betapa ekonomi bakal dijana, bukannya akan menutup periuk nasi perniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman itu!


Acara ini sebagai pemanas, supaya kesemua warga Sg Lalang khasnya, serta warga SP, umumnya warga Kedah turun beramai ramai.


Petang 23042012, sekitar 530 petang. Tumpang Gerai aje, sempoi.

Hadirin petang ini tidak melebihi 300 orang.

Saya kira teramat kurang, kerana warga pekerja masih berada didalam pejabat/kilang masing masing. 

Suasana begini biasa aje di Sungai Petani, cuma hak warna biru tu je kurang.



Pengerus Majlis

5
Saudara Mohd Firdaus

Guna gerai roti canai je

Hadirin mula ramai melepasi pukul 6, bila warga kilang kilang berhampiran memenuhi ruang parkir bersebalahan. Diwajah mereka sudah terbayang suasana Dataran Merdeka.

Ya! Semua dalam 'mood' untuk ke Kuala Lumpur

Ini aktivitinya PR Sg Lalang petang Isnin 23042012

Latiff Hariri
0648 24042012
Sungai Petani


Monday 23 April 2012

Prof Aziz Mai Kali Kedua

Malam minggu ni Si Najib , jiran setaman ni mengirim pesanan ringkas kepada saya.


"Malam esok Prof Aziz Bari mai kat area Sungai Layaq Ujung", pesanan ringkas memasuki HP koman saya ni.


Balasan segera dari saya, " Ok, tapi kenapa tak buat malam ni, kan malam minggu lagi best?"


Jawapan segera juga saya terima dari Najib, " Malam ni saya beri ceramah ."


Peh, buang masa aku aje mamat ni.


"Oklah , i mai dengaq hang ceramah, i pakai kain je dengan singlet"


Jadi malam minggu ni hanya bermenung dihadapan TV ajelah.


Sepanjang hujung minggu ini, saya banyak selesaikan tugas PIBG  bersama Team MediaMaya Sungai Layar. Senang bergerak dengan bebudak bujang ni.




Dr Ismail Salleh berceramah, Exco negeri Kedah.

Kami bergerak ketapak ceramah ini sekitar 10 malam. Sudah bermula ceramah ini.


Pengakuan jujur saya, saya memang tidak tahu siapa 'siapa' yang akan berceramah malam ini, kecuali Prof Aziz Bari.

Di tapak ini sudah melebihi 300 hadirin

Sudah terjual baju baju T Bersih 3.0

Jadi sambil mendengar ceramah ini, kami berpecah untuk mencari lokasi yang menarik. Kamarenya hanya dua, sedangkan Ipad tidak boleh diharap untuk aksi malam.


Tugas si Najib mewarwarkan kepada pak lebai pak lebai ni, tentang berita dari maya. Dan diperkenalkan blog ini untuk tatapan warga Sungai Layar.


Dan dah ramai minta foto foto Anti Lynas di SP tu, melalui Najib.



Yang malas nak bergerak, duk ataas motor aje

Promosi Najib kepada gang lebai putih

Ceramah lebih kepada isu semasa, termasuk tentang kisahnya menantu Datuk T itu.

Shafie Afdal pernah berkata PAS adalah parti ajaran sesat, sekarang ni kata kata termakan kediri sendiri.


Soalannya, kalau Shafie Afdal boleh membela artis dengan membayar RM1.4 juta, berapakah jumlah sebenar harta Shafie Afdal?

Itu soalah Dr Ismail Salleh.

Mestilah hartanya berjuta juta juta juta .....



Ir Zamri Yusuf, Exco Negeri Kedah.

Prof mamasuki perkarangan pentas ceramah sekitar 1105 malam



 
Simple aje orangnya Prof Aziz Bari ni.

Payah nak jumpa Prof begini, yang tidak meninggi diri , tetapi bersahaja.

 
Hadirin tak berganjak

Antara laungannya , " Kuning Kuning, Najib Pening".

Prof Aziz banyak menyentuh tentang Undang Undang Negara, yang saya sendiri pun tak tahu gunanya fasal fasal tertentu didalam Undang Undang Tubuh, negara kita ini.


Antara isi utamanya, Prof mahu kesemua hadirin hadiri Bersih 3.0 ini, bersama bapak yang sudah tua itu. Tiada saorang pun Sasterawan Negara yang seberani A Samad Ismail


Dan diceritakan  tentang celotehnya Jib Gor sewaktu melakukan kempen politk 'porno ' mereka itu. Najib pasti akan menggunakata perkataan ini disetiap kempen politik dia.


Masa mamak madey, istilah  'apa ka nama ' memang sebati dengan lidah mamak itu..


Najib dengan 'pendek kata' nya.


Yang Pro Aziz bari faham, bila Najib guna perkataan ini, maksudnya, yang 'pendek kata ' itu adalah kata kata dari suami Najib, si Rosmah yang pendek itu!!!


Jib Gor  hanya menjadi jurucakap kepada bini dia, nak sebut segan, jadi dia banyak guna perkataan 'pendek kata'.


WAKAKAKA, kuang kuang. Bik Mama kena lagi.


Semua ceria dapat bersalaman dengan Prof malam ini, termasuk saya, hehehe

Satu untuk kenangan

Saya ingin memohon maaf kepada Dr Ismail Salleh.


Sebaik selesai acara berfoto ini, kami dari MediaMaya Sg layar ini , diterpa Dr Ismail. Tujuannya supaya foto ini boleh dikongsi bersama.


" Ok, boleh, boleh, Ustaz nama apa?"


"Saya Ismail Salleh, nanti kirimkan saya foto foto ini, melalui email."


"Ok, boleh Ustaz, nanti kami hantar." Itu jawapan yakin saya.


Sebaik Dr Ismail Salleh beredar, Najib pulak menerpa saya.


"Laa.... u ni, itu Dr Ismail laaaa, Exco kerajaan Negeri Kedah, tak kan hang tak kenal dia, dia duk bagi ceramah tadi!"


Eh, betul ke??


Saya hanya mengambil foto Dr Ismail beceramah dari jauh. Si Budin yang banyak menghampiri pentas  , jadi mata saya agak kelam untuk mengecam wajah wajah ADUN ini!!


Maafkan saya Dr Ismail Salleh.


Acara tamat sekitar 12 malam, dengan kahadiran tidak melebihi 500 orang.




Latiff Hariri
0858 23042012
Sungai Petani

Sunday 22 April 2012

MESYUARAT PERTAMA SESI 2012/2013

Saat saat akhir sekitar pukul 7 pagi Ahad 15042012, baru saya dimaklumkan anak tentang mesyuarat ini.


Itupun gara gara saya warwarkan kepada beliau tentang berita sedih kematian di Taiping, dan saya jangkakan untuk pulang ke Taiping seketika sebagai penghormatan dan berkongsi duka bersama sahabat saya ini.


Takziah saudara Jawaid Iqbal atas pemergian anak sulong beliau. Moga ditempatkan Rohnya bersama orang orang yang soleh.


Maafkan saya kerana gagal bersama saudara di Taiping pagi ini. Terpaksa saya tukar rencana .


Sekitar 1357 petang saya memasuki dewan mesyuarat sekolah ini.


Yang pertama hadir.


Mesyuarat dijadualkan sekitar pukul 1400 , menanti kehadiran kesemua AJK serta YDP, tanpa Pengetua, yang brwakilkan PGK Cikgu Hamid.


Saya  mempengerusikan mesyuarat sekitar 1415 petang.


Macam biasa , mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan lapuran kewangan PIBG setakat February 2012 , pada peringkat awal mesyuarat ini.


Saya terlupa untuk mengalu alukan kehadiran jemaah sesi 2012/2013 ini, mungkin wajah wajah yang sudah lama saya kenali ini, membuat saya terlupa bahawa mereka adalah AJK baru PIBG.


Sememangnya wajah wajah baru ini pernah bersama sama saya berPIBG sekitar 2007/2008 lalu.


Saya kira, penghormatan dari rakan rakan ini untuk saya. Bila saya dilantik NYDP ditahun 2011 yang lalu , mereka mungkin tidak menjangka akan kemunculan semula saya ni, tapi sebaik sesi 2012/2013 ini bermula, secara otomatik, mereka terus dilantik Ibubapa untuk bergerak sama.


Terima kasih abang Atan dan Puan Saripah.


Sebenarnya saya sudah memberi komen kepada PGK dan Pengetua, tentang ketidaksudian saya untuk menyambug tugas NYDP ini.

Kejayaan 2011

Sepanjang tahun 2011 yang lalu, pada awalnya saya tidak yakin akan tugasan saya ini. Saya sangsi yang saya dapat seiringan dengan Pengetua, Tuan Haji Miskin Raboo. Tapi lama kelamaan, dengan peningkatan disiplin pelajar serta kesungguhan kerja yang ditunjukkan beliau serta sebahagian kecil guru guru , saya mula merasa ada perbezaan yang dibawa oleh Tuan Haji Miskin.


Pada saya disiplin pelajar ini ada hubungkaitnya dengan disiplin ibubapa juga, dan tak dilupakan guru guru !!


Bila Pengetua bersungguh sungguh menaikkan disiplin , sudah tentu yang bakal melaksanakan disiplin ini adalah Guru Guru. Berat bila bebanan ini tidak mahu dipikul bersama oleh sebahagian besar Guru Guru kita ini.


Secara kasarnya, dari komen pelajar serta ibubapa, Pengetua tidak mendapat tempat dihati sebahagian besar guru guru SMKSL. Seakan akan banyak kelompoknya. (Tidak semua ya!, jangan salah anggap pulak)


Beginilah, senang cakap . Pengetua memberikan 100% komitment untuk kecemerlangan Sekolah, Guru Guru beri 49% sokongan sahaja. Dalam 49% ini, ada kelompok kecil yang berjaya seiringan walaupun tak setaraf dengan Pengetua. Berat ni.


Bagaimana pula dengan Ibubapa? Pandai mengata pada guru sahaja NYDP ni!


Ibubapa saya katakan , yang peduli akan Sekolah ini hanya 25%! Yang benar benar seiringan dengan perkembangan sekolah sekitar 15% aje!


Ya, kami Ibubapa lagi kritikal. Saya tak salahkan Guru Guru, lebihkan kesalahan kepada IbuBapa.



Sebab itu memegang jawatan ini sepenggal sahaja, saya sudah mula mahu mengalah. Saya kira jawatan NYDP ini bukan hanya sekadar hadir mesyuarat, hadir jemputan, tandatangan surat, tetapi lebih dari itu!


Saya utarakan niat saya untuk mengundur diri bagi sesi 2012/2013 kepada Pengetua dan Guru Kanan . Alasannya kerana saya tidak pernah dibebankan oleh pihak Sekolah. Sebab itu pencapaian sesi 2011/2012 dahulu saya gredkan diri gagal. Tiada aktiviti bersama AJK PIBG dari pihak ibubapa ini.


Tetapi petang Ahad 14 haribulan April ini membawa kelainan. Semuanya kerana adanya kemasukan baru dari AJK IbuBapa. Sudah ada suara yang mahukan perubahan.


Saya mula terasa bahwa 'kerusi' saya mula panas. Kritikan dan teguran saya terima tentang kelesuan PIBG. 


Semuanya untuk kebaikan Sekolah jua. 


Apa apa pun, kita kena tunggu kehadiran Pengetua yang baru yang bakal meneraju Sekolah Menengah Sungai Layar ini.


Saya suka semua ini!!


Latiff Hariri
1858 21042012
Sungai Petani


Friday 20 April 2012

CINA LAWAN CINA

Itulah istimewanya bila minda kita terbuka.


Berkawan biar beribu ribu, bermusuh biar satu. Biar satu? Ya, satu aje....Satu Malaysia. Hehehe


Ini adalah aktiviti kami yang pertama, memasuki kelompok masyarakat Tionghua, demi melihat sejauh  mana pemikiran politik mereka ini.


Sudah sering ke ceramah politik anjuran PAS. Terancang rapi bila dianjur oleh PAS, dan dibantu bersama oleh KeADILan dan DAP.

Dewan Beng Siew di Pekan Lama, Sungai Petani

Kami tiba disini sekitar 730malam, sama waktu dengan Azan Maghrib. Mengambil tiket jemputan dari Kenneth,seoarang kenalan baru, kami menapak ke Masjih Kg Raja untuk tunaikan Solat.


Acara ini bermula sekitar jam 8 malam, dan kami sudah berada semula di sini sekitar 750malam.


Memasuki dewan ini, ternyata, hanya kami dua Melayu yang hadir!!


Kami menjadi perhatian dari hadirin , hmmm, ada Melayu nak dengar ek?

Dewan berhawa dingin sepenuhnya. Saya anggarkan ketika ini baru 300 hadirin.


Rela turut berkawal. Penyokong diasingkan. Kiri b end, kanan Pakatan Rakyat

Sekitar 805malam, terdengar deruman motosikal berkuasa tinggi memasuki Dewan. Ini kelainan yang dibawa.

Pasangan moderator

Tetamu ketika ini, saya anggarkan sudah mencecah 800 orang.

Pasangan moderator memperkenal diri, serta dua penjaga masa yang membantu pasangan ini.
Sebaik ahli panel dari kedua dua belah pehak diperkenalkan, mereka semua mengambil tempat masing masing.


Ketika ini pasangan Moderator ini menyatakan syarat dan terma yang wajib dipatuhi oleh setiap ahli panel.

Gang pakatan lebih muda dan berkelulusan, saya agak aje. Kerana kelihatanya  dari MCA dan Gerakan ni seakan lebih berumur dari masanya.

Debat dimulakan oleh sekitar 825 malam. Dimulakan oleh Steven Koay. Saya kira sekitar 10 minit hujah dan 'tembakan' beliau, bila ahli panel dari b end pula membalas.


Terhibur!


Itu yang saya tahu. Saya tak faham dengan ucapan dan hujah didalam bahasa mandarin ini. tetapi faham, bila watak watak penyangak penyangak disebut, seperti Najib, Rosmah, Sapu Malaysia.


Tidak kurang juga bila ahli panel b end menyebut wira wira bangsa ini, Anwar Ibrahim, Ustaz Azizan.


Setiap hujah oleh ahli panel tak kira dari b end mahupun dari Pakatan Rakyat, pasti akan mendapat sorakan mahupun ejekan.

Ahli panel pertama, Steven Koay

Gang Pakatan memberi reaksi bila hujah hujah berisi ditampar kepada panel b end


MCA dan Gerakan - kuncu umnu.

Steven bersahaja memanjangkan leher tanda soal kepada panel b end.

Suasana gamat dengan ejekan dan sorakan. Penyokong b end ada yg membawa wisel, supaya menenggelamkan suara penyokong Pakaatan Rakyat.


Tapi, dalam mereka bersorak dan mengejek ini, penyokong kedua dua belah pehak ini, masih boleh melontarkan senyuman dan ketawa kepada penyokong pehak lawan, bila gelagat dan sorakan penyokong terlebih 'nakal' dan' power'.


Seakan akan usik mengusik.


Setelah keenam enam ahli panel memberikan hujah selesai, bermulalah pulak soal jawab sesama mereka secara pendek dan pantas, seakan akan berbalas pantun. Saya kira ini kemuncak perbahasan  ini, bila sekitar 2-3 minit berhujah, ahli panel dari pehak lawan akan membalas hujah, lebih tertib dari pehak parlimen b end yang suka mencelah bila ahli YB PR sedang berhujah fakta di Parlimen.


Saya tak faham pun, tapi turut ketawa dengan gelagat penyokong yang bersahaja mencelah dari setiap hujah fakta dari PR, mahu pun hujah auta dari b end.


Sekitar 930 malam, para hadirin dibenarkan melontar soalan kepada ahli panel.


Uncle Ang dari Sabah, peserta pertama.

Selidik saya menyatakan bahawa ah chet ini dari Alor Setar, rasanya dia wakil dari Kelab Penyokong PAS.

Peserta ketiga yang menyuarakan pendapat

Angakatan muda.....kesimpulannnya dari saya, sekitar 7-8 hadirin yang meluahkan perasaan bukannnya soalan kepada ahli panel.

Lebih ramai yang melepaskan luahan kecewa kepada b end, khasnya MCA dan Gerakan. Mereka tidak mahu bertanya soalan, tetapi memberi jawapan kepada MCA/Gerakan bahawa anda merupakan serpihan yang masih 'melepek' dicelah kangkang umnu!


Kira langau yang menghurung najis!


Ini sebahagian gelagat hadirin PR.

Korang tengok uncle Ang ni, dah beri mike untuk bersoal jawab, dia nak 'second round ' pulak! Terpaksa ditolak dengan baik oleh pengendali dibawah.

Masa ini saya dah teruja untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Bertanya khabar, bersalaman dan diberitahu bahawa usianya sudah 70 tahun!


"Uncle, nak bergambar dengan uncle boleh ke?"


Secara pantas beliau bangun, memang sporting pakcik ini.


Uncle Ang sorang yang aktif dan berani'


Peserta bersoal jawab, kami berpelukan, kira time ni 'bengkek' aje gang MCA/Gerakan disebelah kanan kami ni, sebab jadi perhatian pulak.

Ini abang Ooi. duduk didepan kerusi kami.

Abang Ooi ini bersuara lantang. Ejekan mahupun sakatan beliau kepada ahli panel b end sering mendapat perhatian dan ketawa hadirin. Saya perhati penyokong b end disebelah kiri kami ni, pasti akan tersenyum dan menoleh bila setiap kali abang Ooi ini memekik !


Walaupun abang Ooi tidak fasih berbahasa, dari perbualan bersama beliau, beliau meluahkan perasaan kecewa beliau dengan apa yang berlaku di Malaysia. Katanya dalam bahasa yang tersekat sekat  ' tak kira Melayu Cina India, kita mesti sama sama jatuhkan b end'.


Walaupun ada lagi 2-3 hadirin yang mahu mengemukakan soalan dan luahan, pengacara terpaksa menghentikan kerana jam sudah menunjukkan angka 10 malam.


Tanda ahli panel bersetuju bahwa debat malam ini berjaya menarik perhatian hadirin


Bersalaman dan berpelukan, tanda kita masih berada dilandasan yang sama - rakyat Malaysia

Kata kata tahniah dan semangat saya berikan kepada Kai Bi Teoh.

Simon Ooi merupakan ahli EXCO MPSP.

Saya mula mengenali beliau sebaik selesai acara 'Cina Jawa dan Tian Chua' itu. Melalui saudara Tan Ah Kow, EXCO MBSA . Kedua duanya adalah wakil yang saya punyai kepentingan bersama, saya memangkah di Shah Alam, dan bermastautin di Sungai Petani.

Kenapa tak tukar pusat mengundi?

Pertama, tidak percayakan SPR. Sudah cuba melalui agen umnu, tapi, mereka dah cek, ini gang bulan, dan borang itu pun dikeronyokkan ke bangkul sampah. Jadi, biara ajelah, tak jadi hal, seronok jugak sesekali ke Shah Alam, memangkah disana.

Saya kira ini mimpi ngeri jika pehak umnu menerima pelawaan PAS untuk berdebat begini. Kenapa pulak? Ya lah, mesti gagakhitam yang dibenarkan masuk mewakili hadirin dari b end, dan pasti ada kerusi dan botol air mineral yang melayang, yang akan mencederakan hadirin dari penyokong PAS.

Ngeri begitu. Budaya rimba Melayu bukit!

Kehadiran malam ini lebih 1000 orang, dan saya hanya nampak 5 Melayu, 4 dari PR, 1 daru umnu rasanya, gang puteri.

Tahniah kepada AMK Keadilan, saudara Steven Koay dan Simon Ooi dan Kai Bi Teoh.

Malam 18 haribulan ini , kita berkenalan. 

 Latiff Hariri
 0638 20042012
 Sungai Petani