Bee Gees

Monday 16 April 2012

Landasan Berkembar Pinang Tunggal

Dah lama saya ambil foto foto ini, ada yang saya ambil seawal Februari sebelum terjadinya kejadian ribut di kebun saya itu.


Saya dah memasuki simpang terdekat untuk sampai ke landasan berkembar ini, tapi gagal, dek kerana jalan berlecah dan ada paip air yang pecah berhampiran loji air itu. Jadi hanya foto foto dari jauh yang saya rakamkan.


Jaraknya dari kebun saya sekitar 2.5km sahaja.

Konkrit pengganti kayu pelapik landasan.

Jambatan yang saya kira sudah melebihi 50 tahun.

Memang teguh jambatan ini hingga kini.

Ini percubaan pertama saya sebaik hujan berhenti, tetapi lorong kampung ini terhalang dek kerana paip SADA pecah. SADA -Syarikat Air Darul Aman,.

Akhirnya petang 17/03/2012, baru saya teringat untuk menghabiskan expidisi yang mudah ini, melihat setakat mana projek landasan berkembar ini tersiap , sejak lebih 6 tahun lalu dimulakan.


Tasik dan Pulau jadian di tengah Sungai Muda. Ada yang jadi tasik. Dalam geran tanah, ada pemilik, tapi tanah dah jadi tasik lah pulak.

Ini kerja kerja tambatan Sungai Muda bagi mengelak kejadian banjir. Banyak tanah orang kampung yang dibeli 'kera'jaan bagi pembinaan tambatan ini sepanjang Sungai Muda.


Saya ingat sejak mula saya menjadi orang Kedah diawal perkahwinan saya sekitar 1986 hingga kini, kerja kerja mengorek(dibaca - dimentekedarah) pasir sungai ini sudah bermula. Ianya dimulakan oleh JKKK UMNgOk berkongsi dengan towkay Baba MCA kerana pasirnya berharga dan berkualiti tinggi.


Korang tahu, setiap JKKK, ada yang saya dengar menerima imbuhan RM300.00 sebulan dari towkay MCA ini, dan orang orang kampung boleh mengambil pasir ini secara percuma dari towkay ini!!


Akhirnya, selepas lebih 30 tahun mentekedarah pasir ni, banyaklah tanah orang orang kampung yang reban/runtuh memasuki Sungai Muda. Ikutkan peta, masih ada  lot tanah orang kita, tapi, fizikalnya, tanah dalam Sungai Muda. Ada orang kampung yang terlebih akal, spesis UMNgOk, yang menggadai tanah makpak mereka kepada bank kroni untuk di sapu duit dahulu, dan bila hutang tidak dilunaskan, bank pun nak lelong Sungai itu!!
Bank kroni tu pun dah tinggal kenangan lalu juga.....


Hahaha, spesis siang menjerit bersama rakyat, " Hidup Melayu!!!", malam depa jual tanah rezab Melayu!! Bangsatnya Melayu UMNgOk ni.


Semasa bujang saya sekitar usia 17 tahun(paling tepat lepas SPM), saya sudah menyeberang sungai ini, hanya paras leher saya sahaja. Kini? Taubat saya nak seberang, saya kira lebih 8 meter dasarnya!!

Habis terjual dan di'usir'  Melayu dari kampung halaman untuk pembangunan mereka!

Saya kira muat untuk dua landasan, kalau dibina stesennya sekali di atas sungai ini, lagi lah gempak!!

Saya pakai anggar sahaja, 500 meter agaknya jambatan ini.



Bendang yang dimangsakan , habis tanah Melayu sejak 54 tahun dahulu

Jambatan besi dilatar foto ini serta jambatan baru yang menyatukan Pinang Tunggal Kedah dan Pinang Tunggal Seberang Perai.

Tambatan Sungai. Batas sungai yang ditinggikan.

Saya punya angan angan tersendiri sekiranya usia panjang hingga kepencen. Chalet di kebun serta aktiviti merentas Sungai untuk sampingan. Jarak kebun saya ke Sungai Muda dekat sangat sangat.
Lambang KTM - Ketibaan Tidak Menentu

Saja saja je cek kerja mereka ni, lembab sangat, dari sebelum PRU 12 hingga kini belum siap siap. Dari kos 100% dinaikkan 100% lagi, lepas PRU13 ni, naik lagi 100%, kaya lah korang songlap duit rakyat tu.


Bukan KTM ek, tapi Rosmah suami si Najib and the cronies.

Latiff Hariri
1958 24032012
Sungai Petani

No comments: