Bee Gees

Thursday 2 October 2014

AJK OE81 Bercuti Bersama Pertamakali - Padang Bukit Tinggi

Mulanya hanya kami bertiga, mahu membawa emak masing masing kecuali saya.

Perancangan kira dua tiga bulan awal, untuk memilih tarikh sesuai. Cuti sekolah terbaik, tetapi harga tiket waktu inilah yang paling mahal. Kena tunda kedepaan ni....tunda tu tarik kedepan.

Malam Jumaat 12 September kami tiba sekitar Maghrib di hentian pertama kami, rumah Din Selamat.

Din masih bekerja , jadi kami dilayan isteri dan emak Din Selamat. Dalam kereta kami, kami berempat. Saya dan anak dari Sungai Petani, Badrul Hisham dari Kulim. Bertemu di Changkat Jering untuk mengambil emak Badrul di Changkat Jering.

Dari Shah Alam ini, Din pun berempat, bersama anak, isteri dan emaknya Din.


Dhiyaa yang excited bila ada tetamu berkunjung, siap berselfie lagi.

Dah kami sampai malam, Din masih di pejabatnya. Siap menalipon kami, nak makan apa lagi malam ni? Padahal kami dah cukup cukup kenyang di Hentian R&R berhampiran Tanjung Malim.

Pukul 11 malam bersupper sup ayam panas panas dengan roti.

Saya tidur tidur ayam malam ni,Sekejap terjaga, sekejap terjaga. akhirnya pukul 210pagi, saya bangun menuju ke bilik air untuk memulakan gerakan awal pagi.

Kejut saorang demi saorang, akhirnya , pukul 315 pagi kami menuju ke lebuhraya Plus dengan dua kereta. Mengekori rapat dibelakang Din Selamat yang pemanduannya boleh tahan jugak ni!

Pukul 4 pagi kami dah di KLIA2, ini pertamakali saya menggunakan Lapangan Terbang KLIA2, lebih mudah dan dekat rasanya.

Turun kan semua bagasi dan penumpang, Kemudiannya saya dan Badrul menuju ke Taman Enstek, untuk mengacau Hatta Ghazali. Parkir kereta Din, kami bertiga bergerak dengan kereta Badrul menuju ke KLIA2 semula.


Pukul 445 pagi , Badrul dan Hatta.

Kami menunggu detik untuk memasuki Bilik Menunggu. Jam menghampiri pukul 5 pagi, sedangkan kakak adik dan anag Din Selamat masih belum tiba, kerisauan melanda wajah kami

Pukul 5 .15 pagi baru bertemu, dan berbegas kami lapur diri, kerana ada bagasi yang dititipkan kedalam pesawat.

530 pagi baru kami memasuki Ruang Menunggu. Jadi sempatlah kami berSubu dahulu. Memang KLIA2 ni teramat luas dan kemudahannya amat bagus.

Buggy untuk warga emas.....eh, kami pun la.....

3 Sahabat Old Edwardian'81 bercuti bersama pertamakali.

AK403 tujuan Padang.

Jadi, jumlah kami menjadi 11 orang semuanya, terbanyak yang saya bawa ketika bersama Abang Man/Faridah akhir tahun 2013, duabelas penumpang.

Penulisan ini akan terhenti disini, sekiranya tersiar Khamis malam ini, bermakna, tiada ruang masa untuk saya bercerrita lagi tentang penerbangan kami pagi Jumaat 12 September 2014. Saya akan kemaskini kemudian

Latiff Hariri
0658 02102014
Sungai Petani