Bee Gees

Saturday 28 July 2012

HADIAH CEMERLANG 2012

Ini acara terakhir sebelum bermulanya Ramadhan AlMubarrak.


Sekitar pukul 9 pagi, Dato' Tajul Urus hadir untuk acara ini. Kali ini bersama Pengurus Tabung Haji yang dijemput untuk penyerahan buku simpanan kepada anak anak sekolah.


Saya , acara sebegini diwajibkan hadir.


Perarakan bunga manggar oleh pelajar perempuan

Cikgu Zulkifli dan abang Atan

Ibubapa bersama pelajar cemerlang yang bakal menerima sijil

Kata kata aluan dari GPK Cikgu Anizat

Dato' Tajul berucap

Soutul Jihad SMKSL - Naib Juara Negeri

Pelajar Pendidikan Khas - Masaalah Pendengaran. Naib Juara 2011 Kebangsaan


Sebaik selesai selingan, acara pemberian hadiah pelajar cemerlang pun bermula. Dimulakan oleh Tuan Haji Shahabudin, dan diikuti oleh Dato Tajul Urus untuk pelajar dan Guru Cemerlang 2012 ini. Acara berlangsung hingga ke jam 11 pagi.


Acara biasa bila tamat sesi ini ialah.......

Jamuan ringan di bilik tetamu

Tak ramai AJK yang hadir.......


Team kesayangan Ustaz Nazman. 

Selesai episod ini sekitar 1130 pagi. 


Tajul Urus tidak lagi menagih undi dimajlis ini, beliau akan bergerak ke Sekolah Ibrahim pula, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk acara Ceramah Perdana anjuran RTM disebelah malamnya nanti, dan langsung berangkat mengerjakan Umrah keesokkan paginya.


Saya tidak mahu menyentuh hal hal politik disini, kerana Tajul Urus pun tak sentuh langsung, hahaha.


Latiff Hariri
0538 25072012
Sungai Petani

Tuesday 24 July 2012

TERBANG BURUNG TERBANG

Kebun saya ni, letaknya ditengah bendang , besertakan tali air dan tasik buatan yang agak besar. Jadi, anda boleh bayangkan , bermacam aktiviti yang saya boleh cadangkan untuk anda , sekiranya anda berminat dengan aktiviti air .


Semuanya dalam perancangan saya untuk hari tua saya nanti. Masa itu bukan atkitiviti lasak, lebih kepada yang sesuai dengan kederat umur waktu itu lah.

Anak merbok yang termasuk jaring

Bebudak kat Kg Kedundung ni, memang begini aktiviti setiap kali musim padi. 


Walaupun saya kurang berkenan dengan kerja kerja ini, tapi, saya biarkan ajelah. Dah menjadi tradisi, mereka akan pasang jaring di kebun saya untuk menangkap burung burung. Saya beranggapan burung seperti ruak ruak(wak wak, atau puyuh) yang akan tersangkut ke jaring. Tetapi setiap kali memasuki kebun, yang banyak masuk jaring adalah kelawar!!


Bila dua ekor merbok ini terkena jaring, saya pun lepaskan lah. Yang seekor itu , lebih besar, terbang sebnaik genggaman tangan saya , saya lebarkan. Mencanak dia terbang, sedangkan yang anak ini, jadi lesu dan tak bermaya. Tak mahu dia terbang


Jadi, raga inilah menjadi rumah sementara beliau didalam rumah kami ni

Bermacam macam makanan berikan, tetapi dia kelihatan murung dan mendiamkan diri

Tidak melawan bila dipegang, dan mendiamkan diri bila diangkat dan dilelakkan diatas bahu saya.


Selama seminggu duduk didalam rumah saya ni, akhirnya, saya membuat keputusan untuk melepaskan dia bebas semula.


Lokasi yang sama saya lepaskan.

Diletakkan diatas dahan durian, saya sempat keliling kebun se'round', tapi dia masih tidak mahu terbang, dan tidak melarikan diri bila saya sentuh.

Dahan durian digoyang pun, beliau tidak mahu terbang.


Akhirnya, saya genggam dan lepaskan keatas supaya dia terbang, dan terus meluncur sekitar 10m dari dahan durian ini.


Ok! Maknanya dia dah ok.


Menginap di dahan jambu susu ini pulak, menyorok dicelah celah daun.

Saya kira kali ini dahannya lenbih selamat untuk dia menyorok dari serangan helang dan sebagainya.


Saya biarkan aje, dan terus berlalu.....


Harap dah terbang dah si anak burung ini.

Latiff Hariri
0608 24072012
Sungai Petani

Thursday 19 July 2012

Santai Setiap Petang

Setiap petang, sekiranya berpeluang, saya akan membersihkan minda saya dengan berkebun. Dapatlah sekitar 40 minit bersama pokok pokok buah ini.


Semuanya tertakluk kepada cuaca dan 'mood' saya, tapi selalunya hujan menjadi punca saya gagal menjengok kebun.


Petang itu, tak semena mena terpandang 2 biji cempedak ini tergolek diatas tanah.

Jadilah, rezeki hari ini. Tapi, tahun ini memang buah tak berapa menjadi.


Hari Selasa 10 hb ni saya berpeluang mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Tinggi, Bagan Serai.


Masa sekolah rendah dahulu saya sering lewati Masjid unik ini, setiap kali saya menaiki bas ekoba ke Pulau Pinang atas arahan emak, untuk urusan keluarga. Masa tu tak boleh berhenti, hanya tengok dari jauh sahaja.


Kini pun masih gagal memasukinya.......



Salah satu Masjid tertua dengan senibina tersendiri.... yang pasti, disinilah tapak kuat PAS, hehehe. jangan jeles ek.

Kami lepasi Kuala Kurau.......

Ini anak anak berangan yang sudah membesar....saya tak kesempatan untuk jenguk jenguk selalu.

Cuaca pun masih lebat dengan hujannya setiap petang.


Kalau ada kesempatan, saya akan hayun penyabit untuk menebas semak samun yang semakin rancak tumbuh setiap kali musim hujan.


Jarang jarang buah durian ni luruh.....

Masih ada 7 biji durian yang kedekut untuk luruh. Spesis buah besar seakan akan durian Siam, bila luruh kena simpan 2 hari dahulu, baru senang dikopek untuk menjamah isinya.


Yang bestnya , isi bukan 'kucing tidur' tetapi, 'badak tidur' , hahaha.

Rata rata berat sebiji buah durian ni melebihi 5 kg!!

Bila petang begini, semangat saya kuat untuk berkebun, sebab dapat habuan durian.

Latiff Hariri
2018 19072012
Sungai Petani

Tuesday 17 July 2012

Balapan dan Padang ke 18 SMKSL III

Satu yang pasti bila kita berPIBG ni.... satiap kali perjumpaan, dimestikan acara ini. Saya biasa sahaja, tapi ada kalanya saya lebih senang ber'teh-o' kosong beserta kuih kuih kering, daripada makanan berkuah atau bergoreng. Tapi, tuan rumah dah hidangkan, telan ajelah....banyak songel pulak....hehehe.


Saya lebihkan penjimatan kos menjamu ibubapa PIBG ini, tapi ya lah, bagi saya , saya kira tak kisah, tapi bagi YDP dan AJK yang lain, mungkin kalau 'simple' sangat, macam tak nak layan aje, jadi saya 'bedal' ajelah minum petang hari Sukan ke18 ini.

Puan Juliana bersama anak.

Tuan Haji Shahabudin dan GPK Cikgu Hamid

GPK Cikgu Anizat dan abang Atan kita

Menunya, kuih serimuka perisa durian dan mee kuah power

Sempatlah kami berAsar seketika di Surau bersebelahan.


Sedar sedar sudah menghampiri acara penutup sukan ke 18 ini iaitu Tarik Tali Akhir.




Izzuddin in action

Tukar posisi pulak

Akhirnya, kalah.... sebab padang tak rata, hahaha.


Sementara menanti acara penutup, kami dihidangkan dengan acara selingan penghibur hati , mata dan telinga, persembahan dari anak anak SMKSL

Dalam hujan pun, kena teruskan
Rumah Kuning pun ada selingannya untuk ibubapa

Silat Gayung yang bagi saya memang menarik, kerana terlebih aksinya , bukan bunyinya seperti cerita Hindustan itu! Tahniah!!

Taekwando pun ok, cuma lebih teruja dengan Silat gayong

Ini yang menarik minat saya, Tahniah B-Boyz dengan senamrobiknya

Pancaragam Kor ke3 Kem Sg Petani dengan lagu hit terkini Aku Budak Kampung, dikerumuni anak anak sekolah.

Tahniah sekali lagi B-Boyz

Olahragawan 2012

Olahrawati 2012

Saja mereka buat kecuh sepaya meriah

Semua dah 'standby nak balik, tunggu kata penutup dari Tuan Haji Shahabudin

Tahniah dan terima kasih semua!!

Berfoto sakan untuk kenangan 2012

Saya pulang sekitar 645 petang, dalam gerimis.


Memang saya ambil cuti untuk acara ini, tak sesuai rasanya mengisi borang untuk keluar yang panjang dari waktu pejabat. 


Apapun, saya memang terhibur dengan anak anak SMKSL serta guru guru dan kakitangan SMKSL yang berusaha keras menjayakan acara petang ini, walaupun tanpa Pengetuanya.

Tahniah sekali lagi.

Hujan masih gerimis sebaik tiba di rumah.

Latiff Hariri
1948 17072012
Sungai Petani

Wednesday 11 July 2012

Balapan dan Padang Ke18 SMKSL - II

Sambil menunggu acara pertama peringkat akhir ini bermula, sudah tersedia aturcara untuk kesemua hadirin dari ibubapa PIBG ini, iaitu menyampaikan pingat kepada pemenang pemenang acara terdahulu.


Diselang seli dengan hujan yang seakan akan dikejar mak mertua

YDP Tuan haji Shahabudin menyampaikan pingat

Macam Rajalah pulak, siap berpayung

Acara pertama Balapan kategori kelas P3, bebudak tingkatan 1 dan 2 Perempuan


Berlarian didalam becak
Ibu ibu yang perihatin memberi sokongan kepada anak anak yang cemerlang bersukan, payah nak tengok suasana macam ni. Kebanyakan ibubapa tak berminat.

Selang seli penyampai pingat serta pecutan peringkat akhir Balapan

Ambulan yang perlahan...., hahaha

Giliran anak anak terunalah pulak

Ha.... yang ini bomba dan penyelamat

Giliran dari wakil Ibu untuk menyampaikan pingat

Lagi, anak anak gadis berlari

Anak anak teruna menerima pingat dari wakil ibu.


Acara terakhir sebelum berhenti rehat untuk acara mengunyah


Satu yang saya rasa kelainan untuk acara Sukan ke18 ini ialah, tiada protokol, semuanya santai bersahaja.


Mungkin gerangannya tiada Pengetua, jadi guru guru lebih santai mengambil masa untuk menghabiskan acara .
Suka jugak saya dengan suasana begini, santai aje.

Latiff Hariri
1938 11072012
Sungai Petani