Bee Gees

Tuesday 3 July 2012

Angkasawan Negara Ke - 3 ??

Saya tak tahu pun tentang majlis ni sebenarnya, mujur ada rakan saya yg memaklumkanya dan ibu saya yang mendapatkan lebih info tentang program ini memandangkan program ini diadakan di UiTM Kedah.


Pada awalnya majlis ini akan dihadiri oleh Dr Sheikh Muszaphar tapi mungkin beliau sibuk dengan kerjayanya dan tempat beliau digantikan oleh Mejar Dr Faiz.


Kalau tanya saya, saya lebih meminati Dr Faiz berbanding Angkasawan Pertama kita itu, ini mungkin sebab riak wajah dan perwatakan Dr Faiz yang sentiasa ceria dan ini membuatkan saya menjadikan beliau sebagai idola saya.


Majlis ini diadakan pada hari Sabtu 30/6/2012, tapi saya dah buat perancangan untuk hadir ke majlis ini sejak hari Isnin lagi. Pada Jumaat malam sabtu, saya sudah membuat persiapan kamera yang akan dibawa dan dengan menggunakan tiket MediaMaya saya hadir untuk mengambil gambar majlis ini (lebih untuk berjumpa dengan Dr Faiz sebenarnya)


Saya berada di majlis seawal jam 830...tiada apa yang menarik pada awalnya hanya kelihatan ketibaan para pelajar sekolah rendah dan orang ramai, selain dari menanti kehadiran Menteri serta pengiring VVIPnya ..


Ini gambar-gambar di sekitar majlis :-




Ketibaan Menteri Sains dan Inovasi Dato Dr Maximus Ongkili disambut Rektor UiTM Kedah Dr Haidar

Dr Haidar beramah mesra dengan Dr Maximus

Ini pertama kali berebut-rebut ambil gambar gaya wartawan




Kehadiran sekitar 500 orang, termasuk pelajar

Melancarkan Majlis



Antara gerai pameran yang mengambil bahagian



Ketibaan Angkasawan Kedua Negara



Pelajar pelajar tidak melepaskan peluang merakam kenangan sejarah peribadi


Dr Faiz memulakan program ..

Berinteraksi bersama pelajar pelajar 


Peminat peminat yang teruja

"Can i have a photo with you Dr Faiz?" permintaan merendah diri saya. Mungkin sangkaan Dr Faiz dan orang ramai bahawa saya ini adalah jurukamera rasmi dari mana mana organisasi

"Yes, sure...." jawapan dan senyuman diberikan.

Langsung saya serahkan kepada salah saorang warga yang mengiringi Dr Faiz untuk merakam detik manis ini.

Sambil menggenggam tangan, kami pun berfoto sakanlah sempat juga Dr Faiz mengatakan supaya menulis 'Pemilihan Angkasawan ke-3' di bawah gambar.

Sebaik selesai , saya meminta Dr Faiz menandatangani 'otograf' untuk saya sambil menyatakan ,
" I'm a 16 years old student..."

Tergaman dan terkejut agaknya, memandang saya semula, lalu dutulis dan ditandatangani nota kecil ini untuk saya. 

Ini yang saya banggakan hehe...," Pemilihan Angkasawan Ke-3"


Maka terciptalah foto bersejarah ini untuk kenangan hidup saya.

Petang itu saya pulang dengan wajah dan hati yang tersenyum.....Terima Kasih Dr Faiz.

IzzuddinJanaton
0638 03072012
Sungai Petani

No comments: