Bee Gees

Wednesday, 11 July 2012

Balapan dan Padang Ke18 SMKSL - II

Sambil menunggu acara pertama peringkat akhir ini bermula, sudah tersedia aturcara untuk kesemua hadirin dari ibubapa PIBG ini, iaitu menyampaikan pingat kepada pemenang pemenang acara terdahulu.


Diselang seli dengan hujan yang seakan akan dikejar mak mertua

YDP Tuan haji Shahabudin menyampaikan pingat

Macam Rajalah pulak, siap berpayung

Acara pertama Balapan kategori kelas P3, bebudak tingkatan 1 dan 2 Perempuan


Berlarian didalam becak
Ibu ibu yang perihatin memberi sokongan kepada anak anak yang cemerlang bersukan, payah nak tengok suasana macam ni. Kebanyakan ibubapa tak berminat.

Selang seli penyampai pingat serta pecutan peringkat akhir Balapan

Ambulan yang perlahan...., hahaha

Giliran anak anak terunalah pulak

Ha.... yang ini bomba dan penyelamat

Giliran dari wakil Ibu untuk menyampaikan pingat

Lagi, anak anak gadis berlari

Anak anak teruna menerima pingat dari wakil ibu.


Acara terakhir sebelum berhenti rehat untuk acara mengunyah


Satu yang saya rasa kelainan untuk acara Sukan ke18 ini ialah, tiada protokol, semuanya santai bersahaja.


Mungkin gerangannya tiada Pengetua, jadi guru guru lebih santai mengambil masa untuk menghabiskan acara .
Suka jugak saya dengan suasana begini, santai aje.

Latiff Hariri
1938 11072012
Sungai Petani

No comments: