Bee Gees

Tuesday, 17 July 2012

Balapan dan Padang ke 18 SMKSL III

Satu yang pasti bila kita berPIBG ni.... satiap kali perjumpaan, dimestikan acara ini. Saya biasa sahaja, tapi ada kalanya saya lebih senang ber'teh-o' kosong beserta kuih kuih kering, daripada makanan berkuah atau bergoreng. Tapi, tuan rumah dah hidangkan, telan ajelah....banyak songel pulak....hehehe.


Saya lebihkan penjimatan kos menjamu ibubapa PIBG ini, tapi ya lah, bagi saya , saya kira tak kisah, tapi bagi YDP dan AJK yang lain, mungkin kalau 'simple' sangat, macam tak nak layan aje, jadi saya 'bedal' ajelah minum petang hari Sukan ke18 ini.

Puan Juliana bersama anak.

Tuan Haji Shahabudin dan GPK Cikgu Hamid

GPK Cikgu Anizat dan abang Atan kita

Menunya, kuih serimuka perisa durian dan mee kuah power

Sempatlah kami berAsar seketika di Surau bersebelahan.


Sedar sedar sudah menghampiri acara penutup sukan ke 18 ini iaitu Tarik Tali Akhir.




Izzuddin in action

Tukar posisi pulak

Akhirnya, kalah.... sebab padang tak rata, hahaha.


Sementara menanti acara penutup, kami dihidangkan dengan acara selingan penghibur hati , mata dan telinga, persembahan dari anak anak SMKSL

Dalam hujan pun, kena teruskan
Rumah Kuning pun ada selingannya untuk ibubapa

Silat Gayung yang bagi saya memang menarik, kerana terlebih aksinya , bukan bunyinya seperti cerita Hindustan itu! Tahniah!!

Taekwando pun ok, cuma lebih teruja dengan Silat gayong

Ini yang menarik minat saya, Tahniah B-Boyz dengan senamrobiknya

Pancaragam Kor ke3 Kem Sg Petani dengan lagu hit terkini Aku Budak Kampung, dikerumuni anak anak sekolah.

Tahniah sekali lagi B-Boyz

Olahragawan 2012

Olahrawati 2012

Saja mereka buat kecuh sepaya meriah

Semua dah 'standby nak balik, tunggu kata penutup dari Tuan Haji Shahabudin

Tahniah dan terima kasih semua!!

Berfoto sakan untuk kenangan 2012

Saya pulang sekitar 645 petang, dalam gerimis.


Memang saya ambil cuti untuk acara ini, tak sesuai rasanya mengisi borang untuk keluar yang panjang dari waktu pejabat. 


Apapun, saya memang terhibur dengan anak anak SMKSL serta guru guru dan kakitangan SMKSL yang berusaha keras menjayakan acara petang ini, walaupun tanpa Pengetuanya.

Tahniah sekali lagi.

Hujan masih gerimis sebaik tiba di rumah.

Latiff Hariri
1948 17072012
Sungai Petani

No comments: