Bee Gees

Friday 29 April 2011

Tari Monotor Perpisahan

Selesai sahaja acara tarian monotor ini, ada kumpulan kedua yang diminta naik ke pentas, iaitu angkatan lelaki dari Malaysia dan Indonesia. Saya tak lepaskan peluang merakam aksi abang abang kepada Zila ini.

Terbantut lagi rancangan untuk pulang.

Sambil tu saya terus mencari Ayahanda kepada pengantin perempuan untk memohon diri

Foto kenangan Pengantin bersama bapak bapak dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Tarian dari anak anak badan kesenian.

Ini campuran keluarga besar Malaysia-Indonesia


Bonda bonda pulak

Bila saya dapat bertemu dengan Ayahanda pengantin perempuan dan bersalaman sambil menyatakan hasrat untuk mengundur diri, salaman saya tak dilepaskan. Katanya saya harus naik ke pentas untuk tarian Monotor sebagai tanda 'restu' yang kehadiran kami amat dihargai. Pandang kepada Raja Anuar, dah tahu jawapannya.

Keluarga besar dari Malaysia

Ayah pengantin bersama kami bertiga diapit oleh jurumudi tari. Istimewanya pada saya, sebab bersama Tuan Rumah menarikan tarian ini. Terima Kasih!!

Kain selendang diserahkan kepada jurumudi tarian

Selepas bersalaman untuk kali kedua dengan tuan rumah, kami pun bergerak. Sedangkan Osman dan sebahagian dari keluarganya masih menunggu. Penerbangan mereka ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 10 malam, sedangkan kami pada pukul 640 petang. Kalau waktu Malaysia 740 senjalah.


Yang saya pasti, mereka berkenalan sekitar Jakarta/Semarang dan terus menjadi rakan akrab. Sorang tu budak Muar Hi-School, sorang lagi budak 'Rimau'. Dah lebih 15 tahun rasanya persahabatan mereka berdua.

Kijang kami meluncur laju ke kota Medan. Raja Anuar mahu ke Medan Plaza untuk berbelanja kali terakhir, sedangkan saya dan Wan mahu pulak ke hotel untuk bersiap siap. Awal lagi pun, baru pukul 315 petang. Tapi , saya sempat memberi amaran kepada Raja Anuar supaya bersedia untuk dijemput sekitar jam 5 petang untuk terus ke Bandara Polonia.

Latiff Hariri
0652 29042011
Sungai Petani

Thursday 28 April 2011

Tari Monotor

Bila acara Upah Upah tamat, saya perhati kesemua tetamu yang hadir tergesa gesa keluar dan meminta pentas dikosongkan segera. Saya yang sedang merancang untuk pulang, dan menanti Ayah dan Bonda pengantin keluar sahaja, terhenti dari bicara bila Pengantin mula diasak keluar menuju kepentas mengekori kedua dua ibu bapa dari kedua belah pehak.

Eh, ada apa pulak ni? Terbantut rencana nak pulang.

Sedangkan waktu itu sedang rancak diadakan tarian 'pencak silat' diatas pentas dengan aksi terbangnya.



Ayahanda dan Bonda Pengantin lelaki telah menduduki kerusi diatas pentas

Bonda dan Ayah Penganting perempuan pun duduk seiringan

Saya rasa acara ini agak tergesa gesa. Terus saya kata kepada Raja Anuar dan Wan.

"Ini menarik ni, kita tunggu lepas ni lah, baru kita balik."

Pencak silat pun dipendekkan cerita, supaya acara ini dapat bermula.

Dikepala saya masih tertanya tanya, apa yang akan berlaku diatas pentas ni nanti.


Hadirin terus memberi perhatian. Mereka teruja sepertimana saya, yang mula, tanpa segan silu , panjat keatas pentas melalui sisi, tanpa menggunakan tangga lagi. Orang tak marahnya, hehehe.

Tengok! Semua tamu beri perhatian. Yang bersongkok hitam-merah tu( ini songkok Edwardian ni) adalah ketua adat ini, kacak dan seangkatan umur saya jugak ni, tak pun muda sedikit. Beliau yang akan menjadi penunjuk-ajar kepada Pengantin tentang langkah seterusnya.

Pengantin memulakan Tarian Montor sambil diperhatikan oleh Ayahanda dari sisi.

Nyanyian, paluan gendang, dan rentak tari yang gemalai. Perhatikan jurumudi tarian dihadapan pengantin sedang memberi arahan. sedangkan tetamu tetamu dan jurukamera sudah berdiri disekeliling pentas.

Tugas saya pulak mengelilingi belakang pentas.

Pengantin akan menghampiri kedua dua Ayahanda Bonda disisi, sambil terus dengan rentak gemalainya.

Kembali ke tengah . Saya agak, kepada yang tak pernah melakukan tarian gemalai ini, pasti akan terasa betapa mudahnya tarian ini. Tetapi, setelah selesai anda lakukannya, akan terasa berat kedua dua belah lengan tangan anda!
Tarian ini mengambil masa melebihi 5 minit.

Tetamu tidak berganjak dari lokasi masing masing. Bukan senang nak tengok Pengantin menari.

Yang suami akan mengelilingi isteri sambil matanya memberi perhatian kepada isterinya tanpa perhati kearah lain. Menarik sekali.....

Jurumudi tarian berpasangan. Songkok KE tu!!

Kepalanya dilentok sambil mengelilingi pasangan. Adakalanya saya teringat kepada tarian seekor burung yang meminta perhatian dari pasangannya , lewat NATGEO kat TV tu.

Dah hampir siap satu pusingan.

Saya pun turut mengelilingi pentas ini untuk lokasi terbaik.


Lihat! Jurumudi pun turut berpusing sama, supaya diikuti Pengantin. Ini memang sesuatu yang pertamakali saya lihat.

Sebaik selesai, Pengantin dan ayahanada bonda pun menuruni pentas. Mungkin juga pengantin terasa lega.....

Saya mula memberi isyarat kepada Raja Anuar dan Wan supaya bersedia....


Latiff Hariri
0644 28042011
Sungai Petani

Tuesday 26 April 2011

Upah Upah

Selesai acara menyambut pengantin dan dipersandingkan, mereka terus dibawa masuk ke rumah untuk acara seterusnya. Sedangkan tetamu masih terus menjamu selera.

Saya turut mengekori tetamu tetamu yang lain memasuki ruang tamu.

Pengantin mengambil tempat dihujung ruang. Dihadapan mereka terhidang setalam makanan( saya agaklah) yang tertutup dengan daun pisang dan kain.

Pengantin sudah ditempatnya menanti permulaan istiadat Upah Upah

Penyelaras adat ini, memulakan dengan memperbetulkan kedudukan talam


Penutup talam dibuka.



Lalu dibawa keluar .

Dari ucapan penyelaras adat ini, katanya penutup daun pisang hendaklah diletak diatas almari makanan, dan pastikan tiada yang melangkahnya.


Pengendali adat Upah Upah memulakan acara dengan menyatakan adat ini adalah simbolik sebagai tanda berpisahnya kehidupan anak anak ini dengan orang orang tua mereka. Walaupun begitu, ikatan itu tetap utuh. Kata kata nasihat pun mula diberikan. Diselang seli dengan kata kata nasihat oleh keluarga terdekat dari sebelah emak kepada pengantin perempuan.

Saya tak dapat mengikuti kerana kata kata ucapan dari orang orang tua yang rapat dengan pengantin diselang seli dengan dialect mandailing. Walaupun begitu, saya faham, kerana rata rata tetamu wanita yang hadir menangis teresak esak, dan yang lelakinya tunduk merenung lantai.

Saya tak sanggup lama disini.....

Pada awalnya saya mengikuti jugak kata bicara mereka, tetapi bila ada yang dah mula teresak esak, dan bahasa yang kurang saya faham, saya mula melarikan diri dari majlis. Hahaha. Tak sanggup melihat kesemua tetamu perempuan menangis, dan yang lelakinya tunduk kebawah. Saya pasti kata kata akhir nasihat dan kenangan kisah lalu sedang diungkit. Pengantin perempuan turut menangis. Sedih macam ni....

Antara kata nasihatnya, acara ini adalah yang terakhir, sorang ibu dan anak boru( pakcik2) memberi kata nasihat dan menyuapkan mereka berdua dengan sajian makanan yang terhidang. Selepas ini tiada lagi, mereka berdua yang akan kendalikan sendiri tanpa dikelilingi oleh sanak saudara.
Pengantin lelaki memberi ucapan ringkas dengan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjaga beliau dari kecil hingga selesai menjadi saorang suami. Kata kata nasihat akan diguna pakai oleh mereka berdua.

Nasi Putih berlaukkan ayam, telur rebus dan udang. Ayam mempunyai pengertian yang kuat, telurnya yang putih bersih. Tabiat ayam yang patut dicontohi, pabila ibu ayam mengkais makanan, ia akan utamakan anak anak ia makan dahulu. Maknanya rezki yang dicari nanti adalah keutamaan untuk anak anak. Sedangkan udang membawa pengertian, yang hidup kita ini adalah dalam satu kelompok persaudaraan dan ikatan, sepertimana udang yang sering berenang renang mencari rezki secara berkumpulan.

Suapan pertama terakhir dari saorang ibu
.

Dari makcik makcik yang hadir

Aik, Amisya Hani nak kena suap sama ke?


Selesai kata kata terima kasih, hidangan makanan yang masih berbaki itu, diangkat dan disimpan diatas almari makanan didapur. Kalau dulu dulu , letak atas para atau aua gerobok. Macam tu lah lebih kurang.

Saya kira sudah selesai, dan saya sudah berura ura untuk pulang. Terus keluar rumah, berpakat dengan Raja Anuar dan Wan, besiap untuk pulang .


Latiff Harriri
1857 26042011
Sungai Petani

Monday 25 April 2011

Direnjis renjis dipilis, ditepungilah tawar.....

Bila kita mengadap kearah pelamin ini, kita akan perasan, ada kerawang disebelah kanan kita, dan songkok ala ala tarbus dikirinya, diatas puncak pelaminan. Itu tandanya, yang perempuan akan bersemayam dikanan , dan pasangannya dikiri. Pada mulanya saya pun tak peduli apa yang terhias di atas pelamin ini



Kerawang

Tarbus

Pengantin lelaki mengekori kedua ibubapa mertua beliau menuju ke pelamin. Suasana agak kelam kabut bagi diri saya. Ya lah, mencari lokasi menarik untuk memfokus aksi di pelaminan.


Bonda dan Ayahanda mendahului menantu ke pelaminan

Pengantin lelaki diiring mak andam
.
Sebaik pengantin singgah di pelaminan, acara makan tengahari pun bermula. Saya masih kekenyangan. Lagi pun saya masih menanti pulangnya Bapak Raja Anuar dari berbelanja di pusat membeli belah , bersama Pak Suparmin. Saya ada menanya Bapak Osman, hadiah apa yang patut kami berikan? Katanya , tak mengapa, tak perlu bersusah payah. Tapi, Raja Anuar lagi perihatin, tanpa banyak soal, terus keluar dari majlis membeli sesuatu.

Nasihat saya pada diri sendiri, lain kali beli siap siap di Malaysia. Sepertimana Roni dan Roza bernikah di Bukit Tinggi dahulu, hadiahnya saya siap beli di Sungai Petani.

Ok, dah menjadi Raja Sehari

Dimawar renjis oleh bonda

Dalam keenakkan hadirin menjamu selera, pengacara majlis terus meminta keluarga dari Malaysia memulakan acara merenjis. Saya pun suka disegerakan, supaya boleh cepat pulang .

Rupanya bukan kami sahaja yang nak cepat pulang. Ada jugak rombongan dari Kuala Lumpur yang mengejar penerbangan pada pukul 3 petang.

Ramai yang meminta saya mengambil foto dari kamera mereka, maka bergayut gayutlah 3-4 kamera dileher. Syukur ada yang mahu membantu, jadi puas saya tekun pada yang sebuah ini.

Kumpulan Gondang Sembilan masih mengalunkan nasyid yg mendayu dayu iramanya.

Saya kira acara merenjis mawar ini dimulakan oleh abang sulong Zila. Maaf ya, saya belum kenal mesra dengan keluarga Zila ini, kecuali emaknya, yang ternyata tidak dapat hadir pada acara ini.

Abang sulong dan isteri


Yang ini adik kepada Zila dan isterinya



Yang ini abangnya kepada Zila dan Isteri



Yang ini Zila dengan suaminya yang suam suam kuku dengan kami (Raja Anuar, Wan & Latiff)



Daun renjisan adalah daun sireh, kalau tak silaplah.

Sebaik selesai rombongan dari Malaysia, keluarga dari Medan dan Indonesia pulak mengambil alih acara ini. Yang dari Malaysia teruskan acara makan makan. Pengantin saya lihat masih sabar direnjis. Tak lapar ke?

Sekitar 10 minit kemudian, abang sulong kepada Zila , serta keluarganya memohon diri. Saya boleh agak masa hanya ada dua jam lebih sikit , untuk mereke berkejar ke Bandara Polonia.

Acara berpelukan dan menitiskan airmata pun bermula. Saya tahu, ikatan kekeluarga mereka masih kuat, kerana mereka berpangkat sepupu sesema mereka, sedangkan saya dengan keluarga Nenek Bulan sudah melepasia jenerasi ke empat. Kalau Jenerasi Janaton, dah jenerasi ke 7-8, lagi payah untuk saling mengenali.

Sambung makan sebelum berangkat pulang.

Ya, saya turut merasa sebak didada

Dalam tangis, kata kata ucap selamat dan doa terus bertukar sesama pasangan sepupu ini



Dalam mereka sibuk bersalaman, saya dan Wan mula mencari tempat untuk mengisi perut, sedangkan Raja Anuar dan Pak Suparmin masih belum pulang. Mereka buat hadiah agaknya!

Pengantin masih ditepung tawar. Jenuhlah korang berdua kena 'tenyeh' kat tapak tangan tu. Hehehe


Latiff Hariri
1900 250411
Sungai Petani