Bee Gees

Monday, 22 July 2013

KK-Sandakan - 7 Jam Pemanduan

Saya dah niat seawal perancangan kami ke KK lagi, sebaik tiba di KK, saya nak makan tengahari di Restoran bersebelahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Saya nak pekena soto.

Kami tiba sekitar pukul 1 tengahari , hujan gerimis halus, dan dapat saya makan semangkuk Bakso, kerana katanya Soto dah habis. Saya makan juga bakso kerana memandangkan esok adalah hari pertama Ramadhan, tak pasti di waktu perjalanan pulang nanti, samaada berkesempatan untuk berbuka puasa di Restoran ini lagi. 


Bakso dan limau ais

Kami bergerak keluar dari Bandaraya KK ini sekitar 145 petang. Jalan agak sesak, dan meter tanda minyak sudah memberi isyarat amaran. Rimas jugak , selalu dapat kereta sewa ni, mereka beri minyak sekadar untuk bergerak dekat sahaja.

Stesen minyak Shell berhampiran Uni Malaysia Sabah. Bungkus Mcd sama disebelah setesen

Jalan sesak diselang seli dengan hujan lebat. Saya tidak dapat memandu laju. Menaiki gunung dan lereng dalam hujan ini, amat merbahaya.

Ni dah sekerat jalan ni. Kabus sekitar pukul 230 petang.

Tak berani nak laju dengan keadaan cuaca begini

Kundasang, sudah cerah


Terkenangkan Bukit Tinggi

3 bungkus RM10.00

Pemandangan dari atas Masjid Kundasang

Kami memasuki masjid ini sebaik orang ramai keluar dari Masjid selepas solat Asar. Maknanya sekitar pukul 4 kami di Kundasang. Tak tahulah  pukul berapa boleh sampai Sandakan.

Terus Jadi je....

Sekitar pukul 545 suasana semakin kelam. Seakan Semenanjung sekitar pukul 730 petang. Tiada kenderaan yang berlumba lumba selain dari saya dan sebuah kereta Vios.

Kami tiba disebuah pekan kecil, Telupid. Kununnya nak isi minyak kereta  yang meternya menandakan ada lagi setengah tangki penuh. Saya tak pasti berapa jauh lagi perjalanan, walaupun disisi jalan ada batu tanda yang menyatakan jarak ke Sandakan sekitar 150km lagi. Cukup minyak ni.

Di pekan Telupid ini, saya beli sekampit beras, sepapan telur, gula, garam dsbnya. Ya lah, saya menginap di rumah anak bujang saya, pasti makanan asas belum tersedia.

Sampai di pekan CheckPoint sekitar 830 malam. Berhenti untuk isi penuh petrol, ternyata dari KK ke CheckPoint, petrol yang digunakan sekadar RM38.00 sahaja.

Sering juga saya kemaskini kedudukan saya kepada Aqilah dan Abang Bacho supaya mereka tidak tertanya tanya dimana kami.

Memasuki bandar Sandakan ini dengan bantuan Maps Google. Teramat mudah, sebaik tiba di Batu 4, ada simpang lampu isyarat RHB bank, selamba saya memasuki kanan, dan dari situ Aqilah mengatur perjalanan saya melalui talipon untuk ke rumah beliau.

Hm, besar jugak rumah mereka ni....

Kelaparan, itu yang sebenarnya.

Sekadar memasukkan beg kedalam rumah, kami bertujuh , 2 kereta ke restoran bersebelahan CIMB untuk makan malam.

                         
Ala-carte aje, boleh la....

Sekitar pukul 10.30 kami pun pulang. Letih dan mengantuk. 

Bagus jugak rumah ni, semua tersedia, Sofa, TV, petisejuk, penghawa dingin.

Saya pilih penghawa dingin.... sebagai penyedap tidur. 

Esok dah Ramadhan, esok nak bersahur dan berpuasa.

Selamat Berpuasa

Latiff Hariri
1418 21072013
Sungai Petani


No comments: