Bee Gees

Monday 15 July 2013

Hari Anugerah Cemerlang SunLay

Sepanjang minggu pertama Julai ini, terlalu banyak acara atau aktiviti yang perlu saya hadir/lakukan. Yang pasti, ini merupakan minggu terakhir bulan Syaaban, jadi perlu di selesaikan semua aturcara sebalum terhentinya aktiviti makan disiang hari.......

Jumaat petang sekitar jam 515 petang saya menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Tmn Enstek Sepang mengambil semula kereta yang ditinggalkan Aqilah di rumah pakciknya Hatta Ghazali. Saya harus segera lakukan walaupun tiada masaalah bagi Hatta untuk menyimpan kereta tersebut diperkarangan rumah beliau.
Bertemu Hatta sekitar 1150 malam, dengan menaiki Komuter terus ke Nilai. 

Dan bergerak pulang sendirian bermula jam 106 malam, dan tiba di rumah 610pagi  Sabtu 6 haribulan....keletihan. 

                                      
105 pagi dihadapan rumah Hatta

Saya terpaksa 'skip' acara yang dianjurkan PPD di dewan MPSP Tikam Batu sekitar jam 1030 pagi akibat keletihan.

Sebelah petangnya seperti biasa aktiviti kebun . Saya 'clear'kan sekitar 8 berangan , 8 Nangka, 4 Emas dan 3 Awak untuk bekalan cuti seminggu saya nanti.



Hari Anugerah Cemerlang 2013

Acara bermula 830 pagi Ahad 7 Julai . Seawal 820 saya sudah berda di Dewan Semarak SunLay, dismabut guru guru, untuk sambutan kepada tetamu YDP dan Pengetua.

Memasuki dewan sekitar 845 pagi.

Hari yang mengiktiraf setiap individu sekolah yang berjaya menaikkan nama sekolah samaada dari sudut pelajaran mahupun ko-ko, termasuk Guru Guru dan IbuBapa.

Dewan Semarak.


AJK AJK PIBG

Kata kata aluan dari Tuan Pengetua Cikgu Ismail.

Antara ibubapa, pelajar dan guru guru yang yadir.

Tersenarai melebihi 200 nama yang akan menaiki pentas termasuk Guru Guru. sebaik selesai kata kata aluan dari YDP PIBG acara penyampaian sijil pun bermula. Dijangkkan akan tamat sekitar pukul 12 tengahari.

Muhammad Izzuddin pun naik pentas jugak......

Izzuddin

Sebagai Ketua Pengawas Cemerlang....(foto ihsan Cikgu Ismail)

Posing jangan tak posing

Guru Guru Cemerlang.

Wakil PIBG SMK Sungai Layar, Sungai Petani.

Tandahati dari Sekolah untuk YDP Tuan Haji Shahabuddin.

Antara guru guru yang menaiki pentas.

Bersama Ketua Pengawas Perempuan.

Acara ini selesai sekitar pukul 1145 pagi, terlebih awal dari yang dijangkakan. Jadi kami dari PIBG ni terus ke bilik mesyuarat untuk perjumpaan kali kedua PIBG SMKSL 2013.

Dapatlah balik awal untuk ke kebun......

Latiff Hariri
0628 15072013
Sungai Petani

No comments: