Bee Gees

Friday, 26 July 2013

Khamis - Hari Kedua di Sandakan

Hari kedua ini, saya sekeluarga nak menyelongkar , apa yang ada di Bandar Sandakan. 

Kami naik Bukit Bendera. Seperti mananya Bukit Bendera Kota Kinabalu itu. Dapat melihat suasana menarik seluruh bandar Sandakan. Tak pun sebahagian.

Pagi seperti biasa, menghantar Aqilah ke Kolej beliau. Terus ke pasar mencari ikan ikan yang baru dinaikkan  ke darat.

Rambang mata tengok betapa tiada harganya ikan ikan di Sabah ini... Semua saaya nak beli.


Di hentian pertama Bukit Bendera.

Sekolah Sung Siew -  Sekolah Hidayat & Qursiah

Agak terlindung pemandangannya dek rimbunan dedaun dari pokok pokok sekitar

Masih hijau

Laut Sulu

Ini hentian kedua kami di Bukit Bendera, lebih jelas panoramanya


Menara Rotary

Lama jugak kami berhenti disini untuk mencari penjuru penjuru menarik dari atas, bandarnya Sandakan

Menuruni Bukit Bendera, kami terus ke timur untuk melihat sendiri pelabuhannya , Sandakan.

Ini Pelabuhan Sandakan

Tiada apa yang menarik. Saya masih mencari cari, katanya di pinggir kota terdapat sebuah pasar yang lebih murah harga ikannya daripada Pasar Besar Sandakan.

Dan saya rasa sudah temui, tetapi harganya lebih kurang aje.

                                        
Ikan Merah RM15/kg . Saya beli seekor RM18.00

Merayau dalam bandar Sandakan. Lebih besar dari Sungai Petani. Cuma SP ada banyak kilang multinasional.

Harganya lebih mahal di Sandakan.

Banyak kasut 'Made in Thailand. Rasa macam kat Betonglah pulak.

Faiqah beli telur penyu lagi dari abang yang berniaga secara 'gelap'.

Bulan puasa ni, nak jalan kaki jauh jauh memang meletihkan. Tak sampai sejam pun kami mundar mandir, semua dah ajak balik. Dan saya sempat menalipon abang Bacho untuk pembelian ole ole dari Sandakan.

Dalam kedai Hardware , macamlah kedai Hardware di SP tiada. Tapi, lain kalau kita membeli bersama orang yang pakar dalam bidang ini.

Pulang kerumah untuk persiapan masakan beriftar. Malam ni kami ajak 2 rakan bujang Aqilah berbuka puasa bersama.



Malam ni makanan Seafood yang banyak.

Dah hari kedua berpuasa di Sandakan

Latiff Hariri
1931 2072013
Sungai Petani

No comments: