Bee Gees

Friday 31 January 2014

Sanggar Puti Limo Jurai

Selesai berbelanja di Aur Kuning sekitar 530 petang.  Maknanya ada lagi sejam untuk berMaghrib. Saya tetap menanya tamu tamu saya ini samaada masih mahu bermakan tengahari di Kota Bukit Tinggi untuk hari ini. Majoriti menggeleng kepala sambil mengatakan makan di Kelok 37 tadi pun tak habis lagi kenyangnya.

Saya rasalah, 'part' makan ni memang saya jaga sepenuhnya. Saya tidak mahu tetamu saya ini merungut makanan kedekut.

Pengalaman lalu bersama Tour Agency yang mengelola kami sekeluarga , mahu pun group yang saya bawa, membuat saya terkilan bila melihat makanan yang terhidang tidak berbaloi dengan harga package yang dibayar. Bila saya yang mengelolakan sendiri setiap perjalanan saya, baru saya tahu, sebenarnya harga makan tidak akan merugikan Tour Agency tersebut.

Ya, tanyalah mereka yang sering mengikuti saya, puas tak makan dengan saya ni?


730 malam bersedia untuk makan malam.

Malam ni, anak teruna kami ni datang, si Janu Ad.

Saya diapit Pami dan Ad. 3 anak Minang.

Malam ini pun tetap saya bawa mereka makan di RM Sederhana. Kalau anda sering ke Bkt Tinggi, kira RM Sederhana taraf 5 bintang lah. Nak kamar berair-cond pun dia ada.

Tapi jaraknya agak jauh untuk berjalan kaki, walaupun masih dari jalur jalan raya yang sama dengan Ambun Suri.

Kemasan meja makan dan kerusi pun ada kelas tersendirilah.

Saya tahu tamu tamu saya ni gerun tengok dengan persiapan meja untuk kami makan ni. Berapa ratus rupiahlah pulak ni.

Terus terang ajelah, samaada makan di RM Simpang Raya, Tengah Sawah mahupun RM Pak Datuk, harganya sama sahaja, tak 'lari' jauh pun.

Selesai makan sekitar 830 malam, kami pulang ke Ambun Suri untuk acara selanjutnya. Walaupun ramai yang keletihan, saya paksa juga mereka mengekori saya untuk acara akhir malam di Bukit Tinggi ini.

Acara dirasmikan oleh Abg Lan dan Cikgu Fatimah.

Sori, foto kurang jelas....Fadhil kusyuk.

Anak anak dan Bapak Bapak turut mengambil bahagian.

Acara kemuncak Tarian Piriang.

Lagi foto rosak - Fadhil.

Tarian Bersamo.

Tetamu dan Penari.. Rata rata anak anak SMA dan pra-U.

Pulang ke Hotel jalan kaki aje....

Pertama kali ke Sanggar Budaya ini, saya siap naik bas pelancung lagi, tak tahu yang lokasinya hanya dihadapan Ambun Suri....pandai mereka sorok lokasinya.

Latar belakang Kota Bukit Tinggi.

Sekitar pukul 11 malam kami dah berada di Hotel semula. Malam ini tetamunya ramai, jadi tiada jualan disisi Hotel kerana penuh dek Mobil yang di parkir.

Tidur 'awal' lagi.

Selamat Tinggal Januari 2014 dan Gong Xi Fa Cai!

Latiff Hariri
1948 31012014
Sungai Petani

Thursday 30 January 2014

Panorama Sg Landia ke Maninjau

Bas bergerak perlahan mengarah ke barat Kota Bukit Tinggi. Destinasi yang sama saya bawa kumpulan yng terdahulu, menuju ke Danau Maninjau.

Sekitar pukul 11 pagi di Panorama Sungai Landia.

Panorama biasa bagi saya, tetapi mengasyikkan bagi yang pertamakali.

Keluarga Abang Lan.

Pekena saorang secawan kopi o panas, dan kami bergerak ke Danau Maninjau, menuruni Kelok 44.

Tiba di rumah Buya Hamka sekitar 12 lebih , suasana nyaman.

Fadhil dan anak anaknya.

Buya Hamka diwaktu remaja dan dewasanya.

Kami tidak lama disini, sempatlah juga membeli satu atau dua hasil tangan Hamka ni.

Berfoto kenangan.

Laman yang terjaga rapi.

Kami berhenti seketika digerai Goreng Pisang untuk alas perut, kerana saya mahu lewatkan makan tengahari di Kota Bukit Tinggi, dan bukannya di Danau Maninjau. Sedangkan Zuhur baharu sahaja berlalu.

Kelok 37.

Kami berpatah balik menaiki Kelok 44 untuk ke Kota Bukit Tinggi. Tapi berhenti seketika untuk Solat di Kelok 37 .

Paih ikan ini saya pernah jamah ketika usia 6 tahun di Tasek Raban, paling tepat Kampung Beng, Lenggong.

Dan citarasa Paih diatas, sebijik sepertimana yang saya makan kira kira 44 tahun yang lalu. Saya cuba nak samakan kerana ia benar benar sama, kerana dari lipatan sejarah yang saya korek dari saorang bekas Guru SMDA itu, ramai warga Bukit Tinggi/Minang yang berkampung di Lenggong!! 

Di Kelok 37 kami makan Ala Carte sahaja kerana tidak mahu mengganggu makan tengahari sebenar di Kota Bukit Tinggi nanti. Pekena soarang sepinggan Nasi Goreng dan Mee Goreng sahaja.

Bas memasuki Aur Kuning sekitar waktu Asar iaitu 330 petang. Jadi sempatlah orang rumah masing masing berbelanja.

Kami yang teruna ini pekena saorang segelas air tebu dan kuih cucur.

Amin oh Amin.

Kami disini melebihi pukul 5 petang, seakan akan mereka tidak mahu berhenti membeli belah. Ya lah, 6 helai telekong RM100.00 . Murah bagi kita warga Malaysia, tidak bagi saya warga Malaysia yang udah tahu 'trick' jualan di Indonesia.

SELAMAT TAHUN BARU CINA!!

Latiff Hariri
2048 30012013
Sungai Petani

Wednesday 29 January 2014

Berbendi bendi dan Lubang Jepang

Sebaik bas meninggalkan kami di Dataran jam Gadang itu, saya terus mengarah ke dataran dimana bendi bendi ini beratur menuggu pelanggan. Terdapat sekitar 20 kereta kuda yang setia manati mengikut susunan giliran.

Setelah memastikan harganya, saya pun mengarah tetamu tetamu ini menaiki Bendi masing masing. Ada yang tak setuju, jadi tertempah 3 kereta kuda untuk tetamu tetamu saya ini. Budak budak yang teruja sangat sangat, sedangkan emak bapak sekadar memenuhi keinginan anak anak.

Ok , semua dah teruja nak keliling Kota dengan Bendi.

Perjalanan sekitar 20 minit sahaja.

Berhenti semula di parkir Bendi.

Disini saya biarkan tetamu saya ini bersendirian untuk membeli belah. Kebanyakan Toko sudah mula menutup perniagaan, saya terus pulang meninggalkan mereka sendirian. Tiada yang perlu dirisaukan. Keselamatan di Kota Bukit Tinggi amat terjamin.

Sebelum itu , semasa perjalanan pulang dari Pagaruyung itu, satu persetujuan telah dicapai, bahawajadual makan malam adalah sekitar 730 malam, sebaik selesai solat Isyak.

Malam ini saya tukar menu kepada makanan asal Jawa - Ayam Penyet.
Moga tiada yang boring dengan menu yang bertukar, dah kerap sangat masakan Padang.

Jadi , malam itu, saya biarkan mereka bebas sebaik pulang dari makan malam. Saya tetap temankan mereka di Jam Gadang . Tapi, mereka pun tak lama, bila mereka pulang ke Ambun Suri, ternyata di pintu utama Ambun Suri peniaga peniaga jalanan sudah memulakan dagangan mereka. Harganya lebih kurang aje.

Saya hanya memerhati dari barendah tingkat satu, gelagat tetamu tetamu saya ini.

Tidur melepasi pukul 11 jua.

Paginya , Khamis 16 haribulan, seperti yang saya selalu warwarkan, sebaik sarapan pukul 7 pagi, kami akan bergerak.

Menuju ke Lubang Jepang dan Panorama Ngarai Sianok.
Monumen Lubang Jepun. 

Panorama Ngarai Sianok. 

Saya biarkan mereka bebas berbelanja disisi Lubang Jepang ini sekitar 30 minit
Keluarga Roslan Abdullah.

Memasuki Lubang Jepang dari pintu atas. 
Pemandunya Bapak Jeff Chong.

Adalah sekitar 30 minit didalam lubang Jepang ini . kami keluar ikut pintu bawah.


Menanti kehadiran bas.....

Hari ni jadual tidaklah padat kerana saya lebihkan mereka berbelanja di Aur Kuning.

Latiff Hariri
2048 29012014
Sungai Petani

Tuesday 28 January 2014

Istano dan Texas




Amin yang memandu bot di Danau Singkarak....ini bakal jadi sejarah ni!

Kami tiba sekitar 11 lebih sedikit di Kota Pagaruyung. Tiada gerimisnya lagi. Saya merasa lega. Sebaik selesai membayar tiket untuk memasuki Istano, kami tak sempat sempat lagi untuk berfoto.

Kenangan Kumpulan Pertama 2014 Padang Bukit Tinggi.

Memasuki Istano, bagi yang pertamakali, pasti kagum dengan seni binaan Istano ini.

Lagi kenangan bersama.

Fatimah mencuba pakaian gadis Minang, sementara yang lain tidak berani.

Tingkat 3 Istano, ketinggiannya saya anggarkan seperti bagunan 5 tingkat.

Dahulu kala tingkat 3 ini adalah tempat Puteri Puteri Raja.

Eh, korang bergaduh ek?

Puteri Minang Fatimah Azzahra.

Sekeluarga merenung jauh.......



Fadhil sekeluarga.

Kami berada disini untuk sejam lebih sikit, lepas tu membeli belah dihadapan ruang parkir. Saya terbeli 2CD Minang.

Bas bergerak sekitar waktu Zuhur menuju ke Taxas - Tengah Sawah.

Saya pastikan tatamu duduk dimeja hujung untuk menikmati sawah dan ikan danau RM ini.

Istimewa disini - Ikan Emas Bakar.


Merehatkan minda......

Sebaik selesai makan, kami berehat seketika untuk melihat peniaga parang yang begitu berjaya menjaja parang yang saya kira harganya amat patut untuk warga Malaysia.

Siapa Towkay ni?

Keluar dari Kota Pagaruyung ini, terdapat sebuah Masjid yang bentuk senibinanya seakan akan di Timur Tengah. Ini pun pertamakali buat saya menjejakkan kaki.


Masjid Quba'.Solat Jamak Zuhur dan Asar disini.

Bas bergerak lagi menuju ke barat menghala Kota Bukit Tinggi, tapi sebelum itu singgah minum teh dauh malberi di Kilang Kopi Kiniko


Betul kopikan?

Santai aje petang ini.

Sambil pekena teh, sambil main congkak.

Kami disini sekitar 40 minit, dan terus memasuki Aur Kuning lagi untuk berbelanja. Adalah sekiar sejam disini untuk menjamu mata, sebelum pulang ke Ambun Suri. Supir bas meninggalkan kami di jam Gadang untuk kami bebas dengan acara kami sendiri.

Latiff Hariri
1908 28012014
Sungai Petani

Monday 27 January 2014

Cerita Sensasi dan Danau Singkarak - 15 Januari

Sekembali dari Jam Gadang, sementara menanti mata untuk layu, biasalah mengadap tv lah. 

Saya suka menonton berita TV dan lawak jenaka di Indonesia. Drama dan hiburan lain saya kurang minat.
Beritanya, kerana terlalu terbuka dan pelbagai. Ya lah, 280 juta rakyatnya. Lawak jenakanya, lebih matang dari lawak jenaka kita. Ya, ada yang terlalu 'over' dan dianggap SGX.

Tapi, selalunya saya suka akan beritanya sebab tiada sorok soroknya.

Jadi bila sebaik sahaja membuka siaran TV ini terpapar wawancara dengan sesaorang yang menjadi sensasi di Kelantan suatu ketika itu, terpakulah juga mendengar kisah terkini beliau.

Sasarannya hanya Bangsawan dan orang kenamaan.

Lepas Putera Raja, kini Gabenurlah pulak.

Tidur malam saya kurang lena kerana sering terjaga, mungkin jugak terlalu dingin. Aircond dibuka, tingkap pun terpelahang. Udara asli dan buatan disatukan didalam kamar, menggigil jadinya.

Sebenarnya tidak semua kakar di Ambun Suri ini berhawa dingin. Memadai dengan membuka tingkap sudah cukup menyamankan.

Pagi itu bangun seawal 5 pagi. Subuh sekitar 520, jadi seakan akan waktu yang sama di Malaysia.

Menanti pukul 7 untuk sarapan, saya mula kalut memanggil ksemua tetamu saya ini supaya mengekori saya menaiki tingkat paling atas di Ambun Suri . Paling tepat - bumbung Ambun Suri.


Gunung Singgalang  - pagi ni kabus agak tebal.
Cuaca ok, tetapi kabus tebal.

Sekitar 15 minit diatas bumbung, kami pun turun ke lobi untuk sarapan.

Sarapan 

Kalau ikut jadual saya, saya gemar awal pagi bergerak ke destinasi pelancungan kerana pada saya masa amat berharga untuk tetamu saya nikmati. bayangkan sekitar selepas Asar kira kira 340 petang WIB, kebanyakan kedai atau toko sudah mula menutup perniagaan mereka. Jadi bila kita kelaur awal kita dapat mengatur masa untuk berbelanja pada lewat petangnya.

Pagi ini kami bergerak menuju ke Danau Singkarak. Ini danau kedua terbesar selepas Danau Maninjau. Saya jarang membawa tetamu melawat danau ini , kerana pemandangannya biasa sahaja. Permukaan air agak sama ketinggiannya dengan permukaan tanah.

Kali terakhir saya kesini bersama emak saya, makcik Sariaman , makcik Midah dan saorang kenalan makcik makcik saya. Pertamakali bersama anak anak saya ketika usia Izzudidn sekitar 3 tahun.

.
Danau Singkarak dari dalam bas kami 

Seperti yang dicadangkan Pami, kami minum sebentar di persekitaran Danau Singkarak.

Ada makcik yang berniaga kuih, jadi, sambil menikmatinya bersama teh botol, kami menikmati kedamaian danau ini.

Dalam saya melayan tetamu tetamu ini, seoarang tetamu saya in i dah siap mandi pagi untuk kali keduanya. 

Amin oh Amin. Dia tak tahan bila melihat anak anak SD melakukan latihan renang bersama Guru yang melatih mereka. 
Sambil minum, datang sebuah bot. Saya rasa Pami yang memanggil pemilik bot ini untuk bertanya samaada kami mahu menggunakan khidmatnya.

Saya terima aje, tanpa banyak soal. Bila dah memasuki dan menikmati kedamaian danau, baru terfikir akan keselamatan bot ini. Tapi, dah tengah danau pun, terus jalan ajelah. Bot dipandu perlahan. 
Pelampung satu aje kat atas. 
Muat untuk 25 orang katanya, kami berempatbelas ni pun dah sendat. 
Saya siap bawa mee segera dan Teh Bolot kedalam bot ini.

 Pemandangan dari tengah danau.

Perjalanan adalah sekitar 25 minit. Oklah, tiada perasaan risau pun, kerana bot perlahan dan air kurang berombak. 

Sebaik membayar sewaan, kami pun bergerak memasuki pekan Singkarak. Sedang berlangsung pasar minggunya. jadi jalan agak sesaklah.

Sebaik keluar dari Singkarak hujan gerimis pun turun. Saya , kalau hujan begini, mual risau akan tetamu saya yang bakal gagal menikmati keindahan alam di Ranah Minang ini.

Bas bergerak sederhana lajunya menuju ke destinasi seterusnya.

Latiff Hariri
0658 27012014
Sungai Petani