Bee Gees

Tuesday 21 January 2014

Selasa 14 Januari SP-KL-Padang

Sebenarnya saya cuba merancangkan sesuatu bila sampai di Kuala Lumpur malam Selasa ini. Saya cuba  sebaik mungkin supaya janji saya untuk menjadikan durian durian ini sebagai ole ole untuk rakan OE81 saya di KL itu, menjadi kenyataan. 

Tunggu punya tunggu, hanya beberapa biji yang gugur dan memuaskan untuk dibawa ke KL, tetapi sikitlah pulak. Sekadar makan sebuah keluarga atau dua sahaja, akhirnya cita cita saya terbantut begitu sahaja.

Buah buah durian ini sudah dipenghujungnya, jadi agak kurang elok untuk diberi kepada orang.....

Maafkan saya RAR, In Sya Allah, bulan Mei ini pasti berbunga lagi, mohon didoakan ya.



Ini untuk titipan keluarga kakak saya dan adik saya di Ampang dan Shah Alam.

Jadi , malam itu kami bergerak sebaik selesai mengerjakan Solat Maghrib, paling tepat sekitar 810 malam.
Bertanyakan lokasi sebenar rakan sepejabat saya, saya dimaklumkan baha beliau baru keluar dari Gopeng. Jadi satu perjanjian dibuat, beliau tidak akan memecut, dan cuba menanti kehadiran saya dari SP untuk berkonvoi dua kereta.

Memasuki Jalan Baru, Perai, untuk mengambil adik lelaki saya sekeluarga, Mohd Fadhil Hariri.

Maknanya sendatlah kereta saya malam ini dengan tujuh penumpang.

Ya, saya bawa macam ribut malam tu.

Tepat 1030 malam saya berada di R&R Tapah mengisi minyak d Stesen Minyak Shell, dan kami berkonvoi selepas itu.

Tiba di Tol Bukit Lanjan sekitar12 tengahmalam, dan kami berpisah berhampiran Menara Petronas, kerana saya harus ke rumah Kakak saya di Ampang .  Rakan saya ke Kampung Baru untuk Supper lagi.

Sekitar 45 bersama keluarga abang Jabar ini, kami bergerak semula memasuki KL. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Saya terus aje ke Menara Petronas.


Menara Public Bank.

Bertemu semula keluarganya Roslan di Lebuhraya Sungai Besi dan kami bergerak terus ke LCCT untuk menghantar keluarga kami dahulu, kerana kereta kami akan di parkir, seperti biasa, di rumah Hatta Ghazali.

Sementara menanti pukul 430 pagi, kami lepak ajelah di FoodCourt LCCT itu.

Hatta menghantar kami berdua ke LCCT sekitar pukul 510 pagi, dan sebaik bersalaman, terus kami ke Surau untuk Solat Subuh.

Sebaik melangkah keluar dari Surau, saya terpandang sesaorang yang tergesa gesa menaiki bas untuk ke KL, lalu saya tahan dia dahulu.

Mr Liew - Guru Bahasa Inggeris saya masa Tingkatan 5.

Dia Guru/Jurulatih Jimnastik King Edward yang berjaya. Kini menjadi Duta Kecil untuk Bandar Taiping ke GuangZhou, China. Selain itu beliau merupakan sebahagian anggota Sukan Malaysia didalam Olahraga Jimnastik.

Kami beratur panjang memasuki Boarding Room, dan semuanya selesai sekitar 710 pagi. Tiada masaalah di Imigresen dan Cek Keselamatan MAB.

Roslan Abdullah, rakan sepejabat saya.

Kami dipanggil memasuki pesawat sekitar 720 pagi, bagi saya, terlalu awal dari biasa.

Semua gembira bila dapat tempat duduk masing masing. Anak anak abang Lan dan adik saya, Fadhil.

Anak anak Roslan dan isterinya, dibelakang, Fadhil.

Penerbangan tergendala kerana ada penumpang yang sengaja salah naik ke Pesawat ini. Saya rasa 'makcik' tu dah ketinggalan penerbanngannya, dan berkeras untuk pulang ke Indonesia, walaupun destinasi berbeza. Mungkin dia tak tahu .

Betul betul terbang sekitar 820 pagi, lewat 30 minit.

Dan kami mendarat dengan selamat di Bandara Minangkabau sekiat 830 pagi, kira lewat 20 minit.

Nak cek in Imigrasi Padang ni memang agak 'tension' kerana ......

Kesemua 13 penumpang 'gembalaan' saya, dari 3 keluarga.

Kali ini saya tak gunakan Coaster 13 seater itu kerana suasana dalam basnya agak sesak bagi kita yang berbadan sihat ini, jadi saya gunakan bas 27 seater.

Ya, semua happy dengan keadaan di Bandara dan Bas yang bakal dinaiki.

Kali ini Janu Ad tidak menjadi Tour Guide kami, kerana beliau ada tetamu lain dari Malaysia juga, yang terlebih awal menempah khidmat beliau. Saya tiada masaalah, janji ada pengganti yang seangkatan dengan Janu Ad.

Pami - Tour Guide kami untuk 5 hari mendatang.

Ok kan? Semua gembira.

Bas bergerak meninggalkan Bandara sekitar 920 pagi, memasuki Kota Padang.
Berbual dengan Janu Ad lewat talipon untuk medapat persetujuan bersama, akhirnya, jadual perjalanan asal terpaksa saya lencongkan ke laluan lain. Semuanya kerana Bas 27 seater ini tidak sesuai untuk memasuki Kompleks Wisata Pantai Air Manih. 

Saya tak jadi hal, kerana Batu Malin Kundang pun tidak terurus dengan rapi. Adalah merugikan jika kami kesana pun, kerana suasana Batu itu sendiri sudah terhakis dan tidak berbaloi untuk dilawati.

Terus sarapan di tempat biasa aje lah!

Latiff Hariri
1948 21012014
Sungai Petani

No comments: