Bee Gees

Thursday, 23 January 2014

Air Mancur - RM Pak Datuk-Bika Neraka

Bas bergerak perlahan bila memasuki lorong lorong kecil ditengah tengah bangunan peninggalan sejarah Belanda.

Sesuatu yang bagus tentang pami, dia boleh menceritakan satu persatu tentang sejarah atau terkini tentang Kota Padang, dan mulum beliau tidak letih untuk berkata kata.

Jadi, masa kami berlalu tanpa kami sedari. Memasuki persekitaran Pantai Padang, kami diberitahu bahawa penjualan telur penyu adalah menyalahi undang undang bermula 2014. Jadi, gerai gerai penjual tertinggal lengang tanpa pemilik.

Akhirnya untuk tidak menghampakan, kami berhenti seketika disisi jalan untuk menikmati keindahan Laut Hindi ini.

Dah habis sebotol - Pami perkenalkan Teh Botol kepada abang Lan di Pantai Padang.

Selesai sekektika disini, kami terus bergerak ke Bukit Tinggi. Masa masih awal , jadi didalam bas ini kami berpeluang untuk tidur tidur ayam.

Dalam sedar mamai itu, saya terjaga dari lena, kami sudah memasuki Lembah Anai.

Saya pasti mereka akan teruja melihat keunikan Air Mancur ini, kerana airnya terbit dari dalam tanah, dan bukannya dari aliran sungai.

Tergesa gesa mereka, mungkin teruja untuk menyentuh kedinginan air mancur. Pami mengatakan bagi yang menyirami air tersebut kebadan, proses awet muda akan berlaku.

Sebenarnya muda sejam aje, kerana waktu di Indonesia lewat sejam!

Mohd Fadhil dan Mohd Amin, berfoto biasa sahaja.....

Zuraida, Fatimah Azzahra, Mohd Amin dan Mohd Fadhil sekeluarga

Kelaurga abang Roslan Abdullah bersama isteri dan anak anak.

Mereka beraksi sakan dihadapan kamera. Saya suka mengambil foto foto sahaja dari beraksi, akhirnya, saya fikirkan selepas semua sudah membasuh muka dan kaki masing masing, kami akan meneruskan perjalanan, tetapi lain pulak jadinya apabila anak abang Lan yang bongsu mula membasahkan keseluruhan badan beliau dengan berendam kedalam kolam ini. Saya diam tidak membantah....

Ayahnya pun ada berhampiran, biarlah ayah yang perhati.....tapi, kemudiannya anak dara abang Lan dan diikuti oleh abang Lan turut berendam sama. Saya tergamam seketika, tapi akhirnya menerima keadaan ini bila bukan sahaja keluarga abang Lan, tetapi keluarga Mohd Fadhil pun turut beremdam.

Melihat keadaan mereka yang tiada gentar atau segan silu, ramai pulak warga Indonesia yang lain turut serta.

Bukan sekadar berendam, siap menyelam!

Saya biarkan aje sekitar 30 minit mereka berendam.

Waktu pun masih awal, baru sekitar pukul 230 tengahari. Saya mahu merek kesejukkan supaya cepat terasa lapar, dan selera mereka laju nanti bila menjamah makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk.

Tadi mereka sudah memuji keenakkan sarapan pagi di rumah Kak Yus. Kau tunggulah bila dah makan kat RM tu nanti.

Fadhil yang memang suka dengan aktiviti lasak begini, selamba menaiki jambatan KA.

Kami bergerak sekitar 320 petang, menuju ke Kota Padang Panjang. Saya cadangkan untuk Solat Jamak disini.

Baru berhenti untuk Solat dan makan tengahari.

Sebaik selesai solat sekitar 340 petang, makanan pun dihidangkan untuk kami semua.

Ya, saya tahu, anak anak teruna ni selera mereka tengah naik, jadi saya katakan tiada hadnya untuk makan disini, terasa teringin akan sesuatu lauk itu, kau belasah aje lah!!


Saya tahu mereka menyukai menu petang ini.


Kepuasan bagi diri saya bila kesemua tatamu ini memuji keenakkan masakan Minang.

Bas bergerak sekitar 440 petang. Memasuki Kota Padang Panjang , dan berhenti seketika di gerai sisi jalan yang menjual Bika Neraka.


Uniknya Bika Neraka ni, kayu api yang diguna adalah dari batang pokok Kayu Manis.

Tujuannya supaya Bika berbau wangi lagi harum. Jadi harganya kenalah mengikut harga pasaran kayu manis itu.

Sambil menanti siapnya Bika, kami mencuba cara cara memasak dan menjaga api didalam gerai ini.

Abang Lan mencuba mengangkat belanga atas yang dipenuhi kayu api yang terbakar untuk melihat isi didalam belanga bawah.

Api diatas berfungsi untuk mencepatkan proses pemasaakan bahagian atas, manakala dibawa tersedia bara api yang memanaskan belanga dari bahagian bawah.

Memang enak makan Bika ini panas panas, diselang seli dengan kopi o panas.

Latiff Hariri
1958 23012014
Sungai Petani

No comments: