Hari ini Sabtu 28 Disember, merupakan hari prjalanan untuk Aqilah pulang ke Sandakan. Malamnya dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Ahad paginya, Kuala Lumpur ke Sandakan.
Jadi sebelum itu , makan makan beramai ramai dirumah.
Anak anak buah dari Pulau Pinang pun turut meraikannya.
Tiada mewah mewahnya, sekitar pukul 5 serentak kami berpisah. Adik saya bergerak ke Bandar SP , sedangkan kami bergerak ke Pulau Pinang.
Tiada kesesakan perjalanan petang ini. Tiba di Lapanagan Terbang sekitar pukul 615 petang. Sempatlah berAsar dan berMaghrib disini.

Airport yang sudah dibesarkan.
Sebaik selesai Solat, kami makan malam dahulu sebelum lapurmasuk .

McD je.
Lapur masuk sekitar pukul 745 malam, dan menapak perlahan ke Bilik Menunggu sekitar 820 malam.
Sekolah Vokasional buka pada 6 Januari, tapi Aqilah tersalah kira, yalah, orang semangat baru 6 bulan jadi Cikgu.
Kat rumah pukul 1115 malam. Aqilah dah berada di LCCT sekitar 1030 malam, menanti Subuh untuk pulang ke Sandakan pukul 630 pagi Ahad 29 Disember 2013.

Ini makan makan sebenar 1 Januari 2014.
Latiff Hariri
2028 09012014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment