Acara selesai melepasi waktu Zuhur, dan kami mula berrgerak melepasi pukul 215 petang, dalam hujan lebat, mengarah ke Taiping. Daerah yang penuh dengan kenangan ini.
Kami tiba di Tol utara Taiping sekitar pukul 340 petang, dan terus menalipon balu kepada saorang rakan baik aku seawal umur 9 tahun. Malangnya , aku berlangkah kiri, Puan Khatijah berada di Kuala Lumpur meraikan kejayaan anak beliau yang cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Tahniah untuk Arwah.
Sudah 50% gagal dalam misi ini.
Terus meluncur laju ke Restoran Doli. Hm, makin biasa rasanya kueteow disini, tidak sehebat dahulu lagi.
Dirumah emak, seperti biasa , adik aku yang paling manja dan yang paling kerap pulang
ke Taiping setiap hujung minggu,, pun ada bersama. Hanya seketika disini, emak dan adik aku sekeluarga tu hendak ke Kuala Gula mencari ketam nipah yang berkulit lembut. Aku dah selalu makan ketam tu. Berhampiran rumah kami di Sungai Layar tu, ada yang menternaknya. Jadi, tak mahulah kami mengikuti mereka ke sana.Lagi pun aku ada lagi 50% misi yang belum selesai.
Kami bergerak semula menuju ke utara, tetapi menggunakan laluan jalan negeri sahaja. Melepasi Kem Tahanan, Changkat Larah, akhirnya tak melebihi 40 minit kami dah berada di tengah pekan Batu Kurau. Izzuddin kata ada iras iras Lenggong pekan ni.
Berpandukan alamat yang dikirim lewat SMS oleh abang Zainol aku perlahankan kenderaan mencari simpang ke kiri ditengah pekan ini. Ya, teramat mudah, sudah kutemui. Tanpa bertanya lagi , aku membelok . Sah, ini laluannya . Daya ingatan aku masih kuat.
Kami meberi salam, dan disambut adik kepada Arwah, lalu dipanggil emaknya. Tanpa diminta naik keatas rumah, aku seakan akan sudah biasa dengan rumah ini. Terus memberi salam kedua kepada Bonda Shamsudiar serta cucu cucunya.
" Ya, makcik duk tunggu jugak, kawan Arwah ni. Zainol kata nak datang, hari ni baru dapat jumpa" Itu kata kata awal, menandakan kehadiran aku ditunggu.
Tapi, segala bayanganku tentang Bonda ternyata berbeza. Yang aku ingat 32 tahun dahulu Bonda kurus tinggi, aktif, tapi, kini sudah berbeza dimamah usia.
Tanpa segan silu jugak aku bersuara kepada cucu lelaki beliau yang sedang membuat air, supaya memadai membuat air teh o sahaja. Dan Bonda begitu senang , katanya, aku macam dah biasa biasa aje kerumah beliau, seolah olah sering bertandang.
Aku menceritakan tentang kenangan lama bersama Arwah seawal usia 14 tahun.
Sambil berbual , aku meminta kebenaran dari Bonda untuk meng'scan' kesemua gambar gambar lama milik Arwah.
Tiada halangan, cuma hanya sebuah album kecil milik Arwah diwaktu berkuliah di UiTM yang tersedia, sedangkan yang lain, harus dicari dahulu.. Tak mengapalah, aku tak kisah, janji terubat melihat wajah wajah arwah disaat saat akhir beliau.
Arwah meninggal sewaktu praktikal bersama Mbf Finance. Kemalangan.
Kata Bonda, dihari perkebumian arwah, ramai rakan rakan sekolah/UiTM yang hadir. Aku memohon maaf, kerana aku bukan salah saorang kawan yang hadir. Aku hanya mengetahu berita ini selepas melebihi 6 bulan pemergian arwah.
Aku ceritakan serba sedikit tentang arwah sewaktu kami bersama di sekolah mahupun di asrama. Arwah saorang yang mudah mesra, suka menyakat secara sopan dengan kawan kawan, dan tidak pernah berkasar. Dia rajin mengikuti gang usrah waktu diasrama, dan rajin bersolat.
"Syukurlah.... maknanya sedikit dosa arwah, kalau ikut dosa dia hanya 7-8 tahun sahaja" Itu kata kata bonda.
Aku tercangak, 7-8 tahun? Oooo, bonda kira dari akhil baligh anak teruna . Ok, aku faham.
" Dia anak ke 8 dari 10 beradik, anak makcik banyak yang pergi waktu berusia dibawah 12 bulan, sekarang ni yang tinggal hanya 4 orang, arwah yang ke-6 pergi. Dia meninggal ditahun 1988, sedangkan ayah dia pergi ditahun 1985."
Aku sayu mengenangkannya. Bonda tak nafikan yang arwah agak pendek diwaktu kecilnya. tapi, bila semakin dewasa, dia semakin tinggi. Aku selamba aje memberitahu Bonda , apa yang aku pasti, anak anak lelaki Bonda , sama saja wajahnya. Ditanyanya aku bagaimana aku mengenali abang Zainul. Aku ceritakan serba sedikit kisah yang ku baca lewat FB Suzaili. Dan dari situlah aku memanjangkan kaki kami sekeluarga untuk bertandang.
Bonda Shamsudiar amat terharu dengan kehadiran kami, kata beliau, " sambunglah sillaturrahim ini, walaupun Zainal sudah lama tiada, syukur, ada jugak kawan kawan dia yang datang dan ingat pada dia "
Mahu rasanya aku berziarah ke pusara, tetapi bonda kata harus dengan kenderaan kesana, jadi aku simpankan dahulu untuk suatu masa yang sesuai.
Kami disini melebihi sejam, dan memohon diri untuk pulang .
Hahaha, ketawa aku. Aku bersangka baik, mungkin maksud Bonda aku sudah mendapat pingat dari Raja, bukannya datuk yang bercucu.
"Tak lah makcik, panggil Latiff aje....."
Hati Bonda Shamsidar memang tersentuh dengan kehadiran kami. Hingga ke hadapan rumah, beliau menuruni tangga melepaskan kami.
Aku terkenang lagi ketika usia 15 tahun, aku pernah bertandang kesini bersama arwah McHelm, Arwah Zulkifly Bahrain. Mungkin juga bersama Roslan Wahab dan Daud Mahyuddin. Ya, aku ingat, arwah Ayahanda McHelm adalah tukang songkok yang tokonya terletak ditengah tengah pekan Batu Kurau. Walau pun Bonda Shamsudiar sudah lupa akan kehadiran kami, anak anak asrama KE, tapi, aku pasti mengingati beliau, yang begitu aktif berpolitik dan mendidik anak anak dengan AlQuran dan kelas agamannya.
Alfatihah - Buat Zainal Azmi Md Diyar @Mc Helm. Moga rohnya diberkati selalu.....
Syukur, terlaksana 50% misi untuk hujung minggu ni. Aku meluncur laju mengarai ke Jelai, untuk kutunjukkan kepada Izzuddin rumah lagi saorang sahabat ku disini, si Razif Ahmad.
Melepasi Redang Panjang menghampiri maghrib dan tiba di pekan Selama sekitar 745 malam. Malangnya, rakan ketat aku ni, Si Raja Anuar ni, berada di Ipoh pulak.
Terus ajelah, mengarah ke Kulim langsung ke Sungai Petani.
Seronok Sabtu ni, kerana aktivitinya penuh bermula dari pukul 9 pagi hingga ke 10 malam.
Latiff Hariri
1928 29032011
Sungai Petani
2 comments:
Sdr. Latiff dan Izzuddin,
Saya Zainul, abang arwah Zainal Azmi. Terima kasih kerana melawat emak saya dan kisah yang ditulis. Mengalir air mata saya mengenang kisah lampau. Arwah sebenarnya masih praktikal dengan MBf Finance ketika kemalangan dan tinggal bersama saya ketika itu.
Arwah memang amat disenangi oleh anak-anak saya dan anak-anak adik saya Zaini. Saya teringat kami pernah melancung ke Pulau Pinang dengan dua kereta dan anak-anak saya dan anak-anak Zaini berebut-rebut mengajak Pak Uda (arwah) menaiki kereta bersama mereka.
Saya juga teringat betapa senangnya saya mengambil arwah di ITM kerana beliau akan setia menunggu walaupun dulu tidak ada handphone.
Moga-moga kau bahagia di syurga Firdaus menunggu kami adikku.
Zainul Md. Diyar
T kasis huga untuk abang , serta Bonda. Sesungguhnya Zanal Azmi amat baik orangnya, dan disenangi ramai..Usikan beliau selamba aje dan tidak pernah menyakiti hati kami. Kuat pegangan agamanya.
Post a Comment